Ke hulu ke hilir Syed Airiel jadinya. Pening memikirkan permintaan neneknya. Nak ditolak pun susah tak ditolak pun susah. Kenapa sejak neneknya memberitahu tentang perkara ini, hanya Arissa yang bermain difikirnya. Apa mungkin dia… Argh! Tak mungkin. Arissa hanya pekerja untuknya. Tidak lebih dari itu.
“Okay Riel.. kamu dah bersedia nak jumpa dengan bakal isteri pilihan nenek?” tiba-tiba suara nenek menghentikan lamunannya.
Sejak dia bersetuju menerima cadangan neneknya itu, neneknya kelihatan ceria. Tapi dia sebaliknya. Perkara membuatkan dia menjadi rungsing. Siapa bakal isterinya juga tidak diketahui. Jika ditanykan kepada uminya pasti jawapan yang sama.
“ Riel nanti tahu siapa isteri Riel.” Jawapan yang sama sehingga membuatkan dia malas mahu menanyakan lagi.
“Kalau dah siap, kita tunggu apa lagi. Jom la kita pergi jumpa dia. Kasihan pula nanti dia tertunggu-tunggu.” Arah Sharifah Hanum kepada cucunya itu.
Dia tahu Syed Airiel terpaksa mengikut semua arahannya ini. tapi dia yakin, perempuan pilihannya ini pasti dapat membuatkan Syed Airiel bahagia dan dia tahu perempuan ini juga seorang perempuan yang baik.
“Nenek tunggu kamu kat dalam kereta ye.” Kata Sharifah Hanum sambil berlalu begitu saja.
Syed Airiel tidak sempat berkata apa-apa. Tiada siapa yang berani melawan kata-kata neneknya itu.
“Riel, dah la. Nenek kamu dah tunggu kat dalam kereta tu.” Kali ni Sharifah Hajariah pula yang bersuara.
“Hmm.. baik la umi. Riel pergi dulu ea. Assalamuailaikum umi.” Syed Airiel bersalaman dengan Sharifah Hajariah sebelum dia meninggalkan perkarangan villa mereka.
Sepanjang perjalanan, Syed Airiel hanya membisukan diri. Tidak tahu apa yang boleh diborakkan bersama neneknya itu. Jika dulu pasti ada saja yang boleh dibualkan tapi sekarang, Syed Airiel lebih memilih untuk mendiamkan diri.
“Ek hem. Diam je cucu nenek ni. Riel marahkan nenek ye.” Sharifah Hanum cuba memecahkan suasana mereka yang sunyi sepi itu.
“Eh tak ada la nenek. Riel Cuma tak tahu nak bualkan apa dengan nenek.” Jujur Syed Airiel.
“Nenek tahu Riel tengah fikirkan calon isteri Riel kan. Riel jangan risau, nenek pilih perempuan ni jadi isteri Riel bersebab. Tak kan la nenek nak anaiya kehidupan cucu nenek ni kan. Nenek pasti, Riel pun mesti suka dengan perempuan ni.” Kata-kata sharifah Hanum dengan begitu yakin sekali.
Seribu satu persoalan bermain difikiran Syed Airiel pada kala ini. Lebih baik dia meneruskan pemanduannya.
‘Arissa! Apa yang dia buat kat sini?’ desis Syed Airiel.
“Riel, jom la kita masuk.” Pelawa Sharifah Hanum.
Syed Airiel masih tidak lepas daripada memandang Arissa. Dia mencari-cari kelibat Arissa. Jika dia tidak salah, dia nampak Arissa disini tadi. Ataupun dia yang sudah tidak betul. Asyik berfikir tentang Arissa sehingga terbawa-bawa ke sini.
“Riel.” Sekali lagi Sharifah Hanum memanggil nama cucunya itu.
Sharifah Hanum melihat ke arah syed Airiel lihat. Apa yang dicari cucunya itu.
“Riel kamu tengok apa tu? Airiel!” sharifah Hanum menguatkan sedikit suaranya itu.
“Hah? Apa nek?” termangu-mangu Syed Airiel jadinya.
Sharifah Hanum menggelengkan kepalanya melihat gelagat cucunya ini.
“Tak. Nenek tanya. Apa yang kamu tengok tu? Kalau tak ada apa-apa, marilah kita masuk dalam. Kasihan perempuan tu nanti.” Jelas Sharifah Hanum.
“Oh. Tak ada apa-apa nek. Erm, nenek masuk dulu la. Riel tertinggal barang dalam kereta. Kejap lagi Riel masuk.” Bohong Riel.
Dia ingin membuat kepastian, perepuan yang dia lihat tadi bukan Arissa.
“Yela. Tapi jangan lambat sangat ye.” Sebelum Sharifah Hanum masuk ke dalam, dia memberi pesanan terlebih dahulu kepada Syed Airiel.
“Baiklah nek.” Patuh Syed Airiel.
Sebaik saja Sharifah Hanum memasuki restoran tersebut, dia mencari kelibat calon isteri untuk cucunya itu.
“Mana pula dia ni? Tak kan dah balik kot.”
“Ek hem. Nek...”
“Eh, laa nenek ingatkan kamu dah balik tadi. Maaf la buat kamu tertunggu-tunggu.” Pinta Sharifah Hanum.
“Eh tak apa la nek.” Hanya senyuman diberikan kepada Sharifah Hanum.
Sementara itu, Syed Airiel masih mencari-cari Arissa. Dia yakin, perempuan yang dilihat sebntar tadi adalah Arissa.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
‘Pasti nenek.’ Desis Syed Airiel.
Memang tekaannya tepat sekali.
“Ye nek. Riel masuk sekarang.” Akhirnya dia terpaksa mengalah. Mungkin dia tersalah tengok.
Tanpa berlengeh lagi, Syed Airiel masuk ke dalam restoran tersebut.
“Arissa, apa awak buat kat sini?” terkejut Syed Airiel melihat kehadiran Arissa. Yang mengejutkan lagi, apabila Arissa duduk semeja dengan neneknya.
“Eh, bos. Bos pula buat apa kat sini?” Arissa menanyakan kembali soalan yang sama kepada bosnya. Bukannya dijawab malah disoalnya lagi.
Syed Airiel mengerut dahi. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku disini. Kenapa ada Arissa disini? Dimana pula gadis yang bakal menjadi calon isterinya itu? Seribu persoalan bermain difikirannya.
Sharifah Hanum berdehem.
“Kamu berdua nak terus berdiri ke? Riel tak nak duduk? Rissa?” soal Sharifah Hanum dengan tenang sambil meneguk air yang dipesannya sebentar tadi.
Syed Airiel dan Arissa sama melabuhkan punggung bersebelahan dengan Sharifah Hanum.
‘Ish, tak kan Arissa ni gadis yang nenek katakan tu?’ soal Syed Airiel dalam hati.
‘Apa pula bos aku buat kat sini ni?’ begitu juga dengan Arissa.
Mereka saling membalas pandangan tanpa memikirkan Sharifah Hanum sedang memerhati gerak geri mereka berdua.
“Riel…” perlahan suara Sharifah Hanum memanggil nama cucunya itu.
Syed Airiel masih lagi tidak putus memandang ke arah Arissa yang berada dihadapannya itu.
Arissa naik rimas dengan cara Syed Airiel memandangnya. Gaya dah macam orang sasau pun ada juga.
“Airiel…” sekali lagi Sharifah Hanum memanggil Syed Airiel.
Dan masih lagi tiada respon sehingga la..
“Bos!”
Muncung bibir Arissa menunjukkan sharifah Hanum sedang memanggilnya.
Baru Syed Airiel tersedar yang dia sedang mengelamun.
“Aik, tak kan dah tak sabar dah. Kot ye pun. Ni nenek tak kasi tau apa-apa lagi kamu dah macam orang tak betul. Nampaknya memang tak salah la pilihan nenek kan.” Bicara Sharifah Hanum sambil tersenyum.
Arissa tidak faham dengan kata-kata Sharifah Hanum tapi sebaliknya dengan Syed Airiel. Dia sudah seperti dapat mengagak apa yang ingin disampaikan oleh neneknya itu.
Syed Airiel memandang ke arah neneknya untuk meminta kepastian dan penjelasan.
“Tak payah la kamu nak buat muka macam tu. Memang betul dia gadis pilihan nenek. Arissa adalah gadis tu. Gadis yang nenek pilih untuk jadi isteri kamu.” Jelas Sharifah Hanum sambil memegang tangan Arissa.
Tersebur air yang baru disedut Arissa. Terkejut dia mendengar kenyataan Sharifah Hanum.
Tersedak-sedak dia dibuatnya.
“What?!” hampir separuh menjerit Arissa.
Sharifah Hanum memandang Arissa dan memintanya untuk menenangkan diri.
Syed Airiel yang sudah terkena dengan air yang disebur Arissa hanya mendiamkan diri. Dia tidak memikirkan tengah dirinya yang basah tapi kenyataan yang baru diterimanya ini.
“Hah! Bos… ala .. bos.. sorry sorry. saya tak sengaja bos. Sorry bos sorry. saya.. erm .. saya..” Arissa sudah seperti orang kena penyakit pattison saja. Mengelabah apabila melihat keadaan Syed Airiel seperti itu.
Sharifah Hanum tergelak-gelak melihat gelagat Arissa seperti itu. Memang gadis kelam kabut. Itu tidak dapat dinafikan lagi.
Syed Airiel masih membatukan diri.
Otaknya seolah-olah tidak boleh berfungsi. Pelbagai perkara yang bermain difikirannya.
‘Arissa? Kahwin? Aku kahwin dengan Arissa? What the….’ Keluh Syed Airiel.
Arissa semakin mengelabah. Dipanggil berulang-ulang kali, Syed Airiel masih membeku.
Arissa melambai-lambai tangannya dihadapan muka Syed Airiel. Itu satu-satunya cara untuk mengembalikan Syed Airiel ke dunia asal.
Syed Airiel menangkap tangan Arissa yang masih lagi melambai-lambai ke arahnya itu.
Tersentak Arissa dengan tindakan drastic bosnya itu.
“Nenek apa semua ni? Riel tak faham. Kenapa perlu Arissa?” soal Syed Airiel kepada neneknya setelah dia tersedar dari angannya tadi.
“Arissa, Riel… sebenarnya….” Sharifah Hanum menceritakan semua alasan sebab apa dia memilih Arissa untuk menjadi isteri cucunya itu.
Sejak balik dari perjumpaan dengan calon isterinya ataupun lebih tepat, Arissa tempoh hari. Syed Airiel dan Arissa masing-masing mengelakkan diri dari bertembung antara satu sama lain. Jika dia memerlukan sebarang dokumen, dia akan meminta Amany tolong menghantarkan ke biliknya.
Sehingga ada desas desus didalam office mengatakan Syed Airiel dan Arissa sedang bergaduh. Tidak ada seorang antara pekerjanya tahu bahawa tidak lama lagi, Arissa bukan sahaja menjadi PA nya tapi akan menjadi isterinya.
Jika tidak disebabkan neneknya, Syed Airiel pasti akan membantah perkahwinan ini. Tidak mungkin dia akan berkahwin dengan pekerjanya sendiri. Tambah-tambah gadis seperti Arissa yang sentiasa membuat hidupnya menjadi haru biru.
Siapa sangka tinggal lagi beberapa hari lagi Arissa bakal menjadi isterinya. Jika pekerjanya tahu pasti havoc. Itu yang paling Syed Airiel pasti dalam semua perkara.
Sharifah Erlina menangis semahu-mahunya setelah mengetahui perkahwinan Syed Airiel dengan Arissa yang telah ditetapkan itu. Dia sangka bahawa satu hari nanti, dia dapat bersama dengan abang sepupu yang dicintainya sejak kecil itu.
Tidak sampai lagi seminggu Syed Airiel akan jatuh ke tangan perempuan lain. Tambah-tambah perempuan yang memang tidak disukainya sejak kali pertama bertemu. Dia lebih rela jika Syed Airiel dengan Hana. Sekurang-kurangnya, tidak lah dia diketepikan seperti ini. Tapi jika dengan Arissa, dirinya selalu disbanding-bandingkan dan itu menyebabkan dia bertambah menyampah dengan Arissa.
‘Arissa, kau tunggu la. Kau tak kan pernah bahagia dengan abang Riel. Aku akan pastikan kau menyesal memilih untuk masuk ke dalam family ni.’ kata-kata Erlina dengan penuh api dendam yang membara.
Hanya dengan sekali lafaz, Arissa sah menjadi isteri kepada Syed Airiel. Seperti angan-angan sahaja apabila dari seorang pembantu peribadi berubah menjadi isteri.
Dup dap dup dap.
Jantung Arissa berdegup pantas apabila bibir Syed Airiel mengucup lembut didahinya ketika acara membatalkan air sembahyang.
“Arissa.. tunggu apa lagi. Cepat salam dengan suami kamu tu.” Tegur Sharifah Hanum.
Terketar-ketar Arissa menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Syed Airiel. Ini adalah kali kedua tangan mereka bersentuhan. Jika dulu hanya kerana perbuatan drastic Syed Airiel tapi kini semuanya sudah berbeza dan mungkin pada masa yang akan datang kelak bersalaman dengan Syed Airiel adalah perkara rutin untuk dirinya.
Syed Airiel menyimpan semua kegugupannya dengan tersenyum. Dia dapat rasa dingin tangan Arissa apabila mereka bersentuhan sebentar tadi.
Dia sendiri binggung dengan perasaan yang dia rasai pada kala ini. Gembira, resah, gelisah bercampur.
Sesekali mata mereka bertembung ada suatu perasaan aneh yang meresap ke dalam jiwanya. Jantungnya juga tidak henti-henti berdegup kencang. Jika dengan Hana dia tidak pernah rasa seperti ini.
Buat pertama kalinya Syed Airiel rasa dia dapat merelakan hubungan dia dan Hana yang sudah terputus beberapa tahun yang lalu.
Sharifah Erlina mengukirkan senyum sinis kepada Arissa. Sungguh sakit hatinya pada kala ini tapi ada sesuatu yang sudah dirancangnya.
‘Arissa.. Arissa.. kau silap sebab sudi untuk jadi sebahagian dari keluarga ni. Aku akan buat kau menderita. Mungkin kau boleh tersenyum gembira sekarang tapi tidak lagi selepas ni. kalau aku tak boleh dapatkan abang Riel, jangan harap kau pun boleh dapat dia.’
Dia yakin rancangannya itu pasti berjaya. Untuk sementara waktu ini biarlah dia terpaksa berpura-pura. Asalkan nanti, dia dapat hasil yang baik.
Bila hati dikuasai dengan niat jahat, macam-macam boleh terjadi. Lupa terhadap Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.