Monday, February 28, 2011

bab 3


Hari ni Haikal akan membawa aku membawa aku ke rumah keluarganya. Bagaimanakah tanggap keluarga Haikal terhadap diriku? Dapatkah mereka menerima diriku? Pelbagai persoalan bermain difikiranku ketika ini.
            Aku memakai dress labuh yang berwarna biru muda dan aku mengenakan tudung yang berwarna yang sama. Setelah bersiap, aku keluar membawa beg bajuku ke ruang tamu. Kelihatan Haikal sedang berbicara sesuatu dengan ayah dan Amirul. Sekali-sekala aku melihat mereka ketawa sesama sendiri. Apa yang lawak pun, aku tak tau.
            Mak menyentuh lembut bahuku.
            “Nia, mak nak ucap terima kasih sebab sudi bantu keluarga ni. Nia dah banyak berjasa kat keluarga ni dan mak nak minta maaf sebab terpaksa mengantikan kamu untuk meneruskan majlis perkahwinan adik kamu semalam. Mak minta maaf, ye.”
            Mak mengalirkan air mata. Begitu juga dengan aku yang sudah banjir dengan air mata di pipi. Biarpun apa yang berlaku aku tidak pernah menyalahkan mak atau ayah.
            “Tak pe mak, Nia tak marah pun. Mungkin apa yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya. Mak jangan nangis lagi ye. Cukuplah mak menitiskan air mata untuk Amira. Nia tak nak tengok mak bersedih macam ni lagi. Lagipun Nia percaya Haikal akan jaga Nia dengan baik. Mak jangan risau, ok.”
            Aku menyeka air mata yang masih lagi mengalir di pipi mak. Aku memberi senyuman kepada mak. Biar hilang semua gundah gulana yang terpahat dihati mak. Kemudian, kami beriringan menuju ke tempat ayah, Haikal dan Amirul berborak.
            Haikal memandang mataku. Mungkin ada kesan yang aku baru lepas nangis kot. Aku tersenyum dan menggelengkan kepalaku menunjukkan tiada apa-apa yang berlaku. Haikal hanya membalas senyumanku itu.
            “Mak… ayah… Ekal dan Nia minta diri dulu laa ye. Nanti Ekal datang melawat mak dengan ayah sekeluarga.” Haikal meminta izin kepada mak dan ayah.
            “Ekal, kamu tolong jaga Nia elok-elok ye dan ayah nak ucapkan terima kasih sebab sudi bantu keluarga ayah semalam. Kami dah banyak menyusahkan kamu. Harap kamu dapat maafkan ayah sekeluarga.” Sayu kedengaran suara ayah bertutur.
            “Ayah jangan risau. Nia dah jadi tanggungjawab Ekal. Walaupun perkahwinan ni bukan kehendak kami tapi insya-allah Ekal akan tetap menjalankan tanggungjawab Ekal sebagai seorang suami kepada Nia. Ekal tak akan mensia-siakan dia. Ayah tak perlu risau ye.” Aku dipandangnya lantas tanganku digengam erat.
            Seluruh tubuhku terasa dingin apabila tangannya melingkari pinggangku. Aku terkaku tanpa kata. Jika aku menepis tangannya , nanti menjatuhkan maruahnya pula. Apapun dia tetap suamiku. Aku harus menghormatinya. Aku hanya membiarkan tangannya dipinggangku.
            Lalu Haikal meminta diri untuk meneruskan perjalanan. Aku memeluk tubuh mak dan ayah sebelum aku melangkah pergi meninggalkan mereka.  Kemudian, Amirul mencium tanganku dan sempat dia berbisik kepadaku.
            “Mirul nak baby boy tau. Senang sikit boleh buat geng.” Terbatuk-batuk aku mendengar apa yang disampaikan oleh Amirul. Amirul tersengih-sengih melihatku. Lalu, tangannya aku cubit. Amirul mengerang kesakitan.
            “Ahh… sakit laa kak Nia. Kak Nia ni macam mak ketam laa. Suka cubit orang.”
            Haikal mengerut dahinya. Mungkin dia tidak tahu apa yang sedang berlaku diantara aku dan Amirul. Lebih baik tidak tahu daripada tahu kalau tak habis aku diusiknya lagi. Amirul masih lagi menggosok-gosok lengannya. Habis merah dek dicubit aku.
            Selepas selesai bersalaman dengan mak dan ayah, aku menaiki kereta BMW 5 series milik Haikal. Kemudian kami meninggalkan perkarangan rumah aku.
            Pipiku terasa basah, ternyata butir-butir air mata telah mengalir dari kelopak mata ku. Haikal menghulurkan sapu tangannya dan dia memberi isyarat supaya aku mengesat air mataku. Dia menoleh ke arahku dan dia mengukirkan senyuman. Dia meneruskan pemanduannya.

Aku tidak sedar bila masa aku terlelap. Apabila aku sedar, aku masih lagi didalam kereta tetapi kini aku berada diperkarangan rumah banglo yang cukup mewah.
            Aku menggosok-gosok mataku kemudian melangkah keluar dari perut kereta tersebut. Ketika aku ingin menuju ke arah pintu rumah tersebut, tiba-tiba ada seorang wanita muncul dari muka pintu tersebut lalu dia berjalan menuju ke arahku. Dibelakangnya  kelihatan Haikal sedang mengikuti langkah wanita itu. Tubuhku dipeluk erat oleh wanita itu dan dia dia berkata sesuatu kepadaku.
            “Nia menantu mama… Alhamdulillah, akhirnya mama ada juga seorang menantu. Tak kisah laa macam mana korang kahwin yang penting sekarang mama dah ada menantu.”
            Aku masih lagi terpinga-pinga tidak mengerti dengan apa yang sedang berlaku. Aku memandang wajah Haikal yang berada tidak jauh dari situ. Dia sekadar mengangguk kepalanya seperti sedang mengisyaratkan sesuatu.
            Mamanya meleraikan pelukannya. Dia memandang wajahku dan mengusapnya. Mama tersenyum melihatku yang masih lagi terkejut dengan perkara yang sedang berlaku sekarang. Dari semalam hidupku penuh dengan kejutan. Dari satu, satu kejutan menghampiriku.  Apa yang aku fikirkan berlainan dengan apa yang berlaku.
            “Haikal, jom bawa Nia masuk dalam rumah. Kesian kat dia mama tengok. Dah macam kena pukau. Mesti terlalu letih ni. Kamu tolong angkat beg baju Nia masuk ke dalam. Biar mama bawa Nia masuk dulu. Nia.. jom kita masuk dulu.” Mama mengajakku untuk masuk ke dalam.
            Aku memandang wajah Haikal untuk meminta penjelasan. Dia mingisyaratkan aku supaya masuk dahulu kemudian dia akan menjelaskan semuanya. Aku menuruti kata-katanya.
            Aku melangkah masuk ke dalam rumah Haikal. Perhiasan dalamannya memang sungguh menggagumkan. Kemas dan teratur. Terpegun aku melihat semua perhiasan di dalam rumah ni.
            Datang seorang perempuan menghampiri kami.
            “Datin mau saya siapkan makan siang buat Datin sekeluarga?”
            ‘Datin?’ sekali aku terkejut dengan gelaran yang dipanggil oleh perempuan Indonesia itu. Aku melihat mama Haikal sekadar mengiakan sahaja. Perempuan Indonesia tadi beredar meninggalkan kami berdua. Mama menjemput aku duduk disebelahnya,
            “Datin?” aku menekup mulutku apabila aku tersedar bahawa aku terkuatkan suaraku.
            “Maafkan saya datin.. eh, mama…” mana satu aku nak panggil ni. Keliru laa..
            “Panggil mama je Nia. Panggil mama, ye.” Mama Haikal memegang tangan yang sudah seperti ais batu. Dingin!
            “Ba.. baiklah ma… ma.” Tergagap-gagap aku dibuatnya.
            “Nia jangan risau, Haikal dah cerita semua kat mama pasal kamu dua orang. Bagaimana kamu berdua boleh menikah. Asalnya mama kecewa juga sebab tiba-tiba dapat tau yang Haikal dah pun berkahwin. Tapi, bila difikir-fikirkan balik. Mungkin Allah dah dengar doa mama kot. Lepas tu, bila mama tengok Nia tadi terus mama rasa Nia gadis yang tepat menjadi isteri Haikal.” Panjang lebar amam memberikan penjelasannya.
            “Aik, rancak mama dengan Nia bersembang. Apa yang dibualkan tu?”
            Entah dari mana Haikal datang tiba-tiba muncul dihadapan kami. Dia melabuhkan punggungnya berhadapan dengan tempat duduk kami.
            “Tak de apa-apa. Mama saja borak-borak dengan menantu mama ni. Dah laaa, kamu bawa Nia masuk bilik. Mungkin dia nak berehat ke. Kejap lagi kamu dua turun kita makan tengahari sama-sama.” Haikal menjungkitkan bahunya tanda dia ikut saja. Haikal mengajakku lalu aku meminta diri untuk naik ke bilik.
            “Mama, Nia naik dulu ye.” Aku mengikut Haikal dari belakang. Satu per satu anak tangga aku naiki.
            Sampai saja ditingkat itu, aku berjalan mengikut Haikal yang menuju ke biliknya. Setiap pintu terdapat ukiran nama. Aku tidak sempat membaca setiap nama diukir. Aku hanya sempat melihat ukiran-ukiran itu. Kami berhenti betul-betul didepan bilik yang berukiran ‘Afli Haikal’. Haikal membuka pintu biliknya.
            “Masuk laa..” Haikal mempelawaku masuk ke dalam biliknya itu.
            Bilik Haikal kelihatan kemas dan cantik teratur. Warna dinding yang berwarna light brown menyejukkan suasana didalam bilik tersebut. Aku melihat sekeliling biliknya, lalu sesuatu yang telah menarik minatku.
            “Cantiknya…” aku terpegun melihat pemandangan  dari tingkap bilik Haikal. Biliknya berhadapan dengan kolam mandi dan lanskap yang berada berdekatan dengan kolam mandi tersebut. 
            “Nia nak mandi ke atau nak berehat-rehat dulu?” aku menoleh ke arah Haikal yang ligat mengambil bajunya dari almari.
            “Awak…” aku memanggil Haikal.
            “Hmm…”
            “Asal awak tak bagitau yang awak ni anak Dato’? soalku.
            “Penting ke gelaran tu?” soalan dijawab dengan solan.
            “Maybe tak penting bagi awak tapi at least bagitau laaa. Lagipun saya langsung tak tahu pasal keluarga awak.” Aku menyuarakan jawapanku.
            “Ok, let me tell you about my family. Come, sit here.” Haikal memanggilku untuk duduk dibirai katil.
            “Ekal anak sulung dalam family ni, I have a brother and a younger sister. Daddy Ekal nama dia Helman Yusoff and my beloved mother, Rozmiza Elyass. Daddy ada company sendiri and now  I work under my daddy company. Adik lelaki Ekal nama dia Muhd Hafiz Fahmi dan my younger sister, Nurul Iman Joanna. Dua-dua still study lagi. Sorang belajar kat Uitm shah alam dan sorang lagi tengah sambung form 6. Diorang dua jarang ada kat rumah. Daddy pulak buzy dengan projek baru dia kat Sepang. Sebab tu, rumah ni sunyi masa Nia datang tadi. So, do you understand now? Have anything else you want to ask me?”
            Haikal menceritakan tentang keluarganya kepadaku. Baru aku tahu yang keluarganya mempunyai perniagaan sendiri.
            “Just one things yang saya nak tau. Macam mana mama boleh terima saya dengan hati yang terbuka? Saya expect mama or family awak akan marah-marahkan saya.” Haikal menarik nafas yang panjang. Aku menunggu jawapannya.
            “Actually mama nak sangat Ekal kahwin tapi Ekal selalu elak. Tak sangka pulak Haikal akan terikat dengan perkahwinan yang tak pernah dirancang. Lagipun Nia ada ciri-ciri yang mama suka. Pakai tudung, lemah lembut and sopan santun… kiranya Nia ni memang macam pilihan mama laa. Maybe, that’s why mama boleh terima Nia dengan hati yang terbuka.” Sekali lagi Haikal menerangkan kepadaku.
            Aku berdiri dan menuju ke  arah meja di tepi katil Haikal. Terdapat satu gambar wanita yang mesra memegang tangan Haikal. Kelihatan mereka seperti pasangan yang bahagia.  Wanita tersebut sama seperti perempuan yang pernah aku temui ketika aku terjumpa dengan Haikal buat kali pertama. ‘Pasti ni girlfriend Haikal’ tiba-tiba perasaan bersalah menyelinap ke dalam hatiku.
            “That’s my girl. I love her so much. Her name, Sofea Aliaa.” Suara Haikal menghilangkan lamunanku.
            Aku mengangguk kepala.
            “Malam ni kita balik rumah Ekal ye.”
            “Rumah?” aku keliru. Ni bukan rumah dia ke? Aku tertanya-tanya.
            “I got my own house at Bangsar. This is my second house. I come over here every weekends.” Haikal seperti tahu apa yang sedang bermain difikiranku. Lalu dia menjelaskan satu per satu kepadaku.
            “Oh, I see…”
            Haikal sudah berdiri dan menuju ke bilik mandi.
            “Ekal nak mandi jap. Kalau Nia nak baring-baring ke or nak rehat-rehat. Buat je macam rumah sendiri. Ok?”
            Haikal sudah hilang dari muka pintu bilik airnya. Pintu bilik di ketuk dari luar.
            Tok ! Tok ! Tok !
            Aku melihat mama sedang berdiri didepan pintu sambil memegang sesuatu ditangannya.
            “Ambil ni, nanti Nia pakai ye. Dulu barang ni, nenek Haikal yang bagi kat mama sempena perkahwinan mama dengan daddy. So, sekarang Nia dah jadi menantu mama, mama hadiahkan rantai tangan ni untuk Nia.” Kotak baldu itu bertukar tangan.
            “Tapi ma…” mama mencelah.
            “Tak de tapi-tapi. Nia tetap menantu mama, and you deserve this. Take it. Ok?” mama meyakinkan aku.
            “Thanks mama. Thanks a lot sebab sudi terima Nia.” Lantas aku memeluk tubuh mama. Mama mengusap-usap belakang badanku.
            “It’s so ok. Nia menantu mama. Memang patut mama terima Nia. Dah jangan fikir macam-macam. Sekejap lagi, turun makan. Bibik dah siapkan makan tengahari untuk kita semua. Mama turun dulu, ok.” aku meleraikan pelukkan. Kemudian mama mencium pipiku. Pintu bilik ditutup semula.
            Aku bersyukur  kerana Allah memberi aku ibu mentua yang dapat menerimaku dengan sepenuh hati. Tapi bagaimana dengan ahli keluarganya yang lain? Dapatkah mereka menerima kehadiranku?

Haikal kelihatan tegang sejak balik dari rumah mama. Sepanjang dia memandu Haikal langsung tidak berkata apa-apa. Aku tidak berani membuka suara dengan wajahnya yang serius.
            Haikal membelokkan kereta ke kanan. Kemudian dia berhenti dihadapan sebuah rumah dua tingkat. Aku mengerling ke arah jam dipergelangan tanganku. Hampir pukul 11.30 malam. Ketika makan tadi, aku sempat berkenalan dengan adik-beradik Haikal termasuk daddy nya.  Alhamdulillah mereka dapat menerimaku seperti mama juga.
            Kereta Haikal masuk diperkarangan rumah tersebut. Kemudian dia parking kereta ditempat yang telah disediakan. Aku tersentak apabila pintu kereta dihempas kuat.
            ‘Poook!’
            Haikal mengeluarkan beg pakaian ku dan dibawa masuk ke dalam rumah. Wajah Haikal masih kelihatan serius. Malah lebih serius dari tadi. Aku memberanikan diri untuk menegurnya.
            “Awak… awak ok ke tak ni?” aku menghampirinya.
            “Mulai hari ni, kita hanya akan berpura-pura dihadapan mama and daddy aku! Dan aku akan teruskan hubungan aku dengan Sofea. Kau setuju atau tak, aku tak kisah! Kau tak hak untuk melarang apa yang akan aku lakukan. Faham?!”
            Sekali lagi aku tersentak apabila ditengking oleh Haikal seperti itu. Rupanya apa yang dilakukannya hanya sekadar kepura-puraan. Haikal meninggalkan aku berkeseorangan di ruang tamu rumahnya itu.
            Ya Allah apa yang bakal aku tempuhi ni. Bantulah aku  Ya Allah. Aku mohon kepada-Mu supaya memberi aku kekuatan. Segala apa yang berlaku aku pasrah Ya Allah. Tapi Kau berilah kekuatan kepadaku. Sedikit demi sedikit air mataku mengalir.
            Kusangkakan panas yang sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. Kini aku terpaksa meneruskan kehidupanku dengan perkahwinan yang hanya berlandaskan kepura-puraan. Aku mengalihkan beg pakaianku kemudian aku merebahkan badanku disofa yang panjang diruang tamu itu.
 Kedengaran azan subuh berkumandang. Aku tidak sedar bila aku terlelap disofa yang panjang itu. Aku bangun dan membersihkan diriku untuk menunaikan solatku. Kelihatannya Haikal juga sudah bangun apabila aku terdengar deruan air dari bilik diatas.

11 comments:

  1. tahniah kepada nina...anda memang seorang penulis yang hebat, insyallah bakal berada di ambang kejayaan dengan bakat anda ni....

    karya anda ni memang hebat, w'pun anda masih muda tp cara penulisan anda seperti penulis2 terkenal.

    ReplyDelete
  2. la, siannye nia,,,,pleass sambung, xsabar nak tau,,

    ReplyDelete
  3. nak lagi.....best...sian nia...!!!!

    ReplyDelete
  4. tq sbb sudi mmbca.... insya-allah nina akn smbung lg.... ad yg lbh menarik menanti smua.. heheh... =D thnx again...

    ReplyDelete
  5. ina ku sayang, sowy ak lambat komen, tadi x smpt sebab kalut nak g driving, best!!!sesangat best! Lagi na!

    ReplyDelete
  6. wah... wah.. wah... ini yg best ni... konflik yg besar dan interesting...

    hrrmmm... i'm so like it.....

    ReplyDelete
  7. awin : hahah.. xpe2.. cek fhm aih.. haha(loghat utara seketika..)hehe..

    korro sufian: thnx =D

    ReplyDelete
  8. kesiannya dia... dh r kne kawen cmtu, dpt laki cmni... huu~ mahu lg..

    ReplyDelete
  9. heheh.. biasa laa dugaan menimpa.. hehe.. alrite.. =D

    ReplyDelete
  10. harap2 lepas ni kekasih nia datang menganggu nia... biar heykal jelos.....
    tak sabo nak bace nex n3!

    ReplyDelete