Saturday, April 30, 2011

Bab 4


Arissa masih memikirkan pelawaan Syed Airiel untuk ke makan malam keluarganya pada hari sabtu ini tapi yang merisaukannya ialah pakaian apa yang harus dipakainnya.
            “Tak kan aku nak pakai casual je kot or baju kurung. Tak pun baju kerja aku. Hadeh! Leceh la bos ni. Aku bagi tumpah air je. Tu pun sampai nak suruh aku jadi pasangan dia malam tu. Menyesal kot ikut cakap bos. Argh!!!” arissa melepaskan keluhan di dalam biliknya.
            Arissa melabuhkan tubuhnya di atas katil. Dia memandang ke arah siling sambil memeluk erat teddy bearnya.
            Tok! Tok! Tok!
            Tiba-tiba pintu bilik tidurnya diketuk oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan si Amany teman pejabat dan merangkap sebagai teman serumahnya.
            Dengan malasnya, Arissa bangun untuk membuka pintunya yang dikunci dari dalam.
            “Arissa… Arissa…” panggil Amany dari luar.
            “Kejap…”
            Lalu pintu biliknya dibuka.
            Amany tersengih, kemudian masuk dengan selamba ke dalam bilik Arissa tanpa menunggu pelawaannya.
            Arissa yang berada disitu, bercekak pinggang.
            “Amboi… amboi… amboi… selamba gajah je kau kan masuk bilik. Mau apa malam kacau aku nak tidur ni?” bebel Arissa. Nasib baik dia sudah kenal dengan sikap Amany seperti itu.
            “Saja ja nak kacau kau tidur.” Balas Amany sambil membaringkan tubuhnya di atas katil milik Arissa.
            Arissa menghampiri Amany yang sedang enak menikmati tilamnya itu.
            “Oi! Suka hati kau je kan. Hai la, nasib baik kawan aku kalau tak dah lama aku hantar kau ke zoo Negara. Biar berteman dengan orang utan."
            Amany tergelak kecil mendengar Arissa membebel. Dari dulu lagi Arissa suka membebel. Dah macam makcik-makcik.
            “Yela-yela. Orang tak suka aku mai sini kan. Tak apa ala biar aku bawa diri masuk bilik sendiri.” Amany berpura-pura merajuk.
            “Aceh… nak merajuk-merajuk konon. Ceh… tak sesuai.” Arissa sengaja membuat suara sengau.
            Amany yang mendengarnya apa lagi, tergelak-gelak jadinya. Niat hati ingin kembali ke bilik tertidurnya terbantut gara-gara Arissa.
            “Ha ha ha… kau ni kan Arissa. Memang tau.”
            Arissa tersengih-sengih.
            ‘Hah! Alang-alang Amany ada kat sini, apa kata aku tanya sal baju. Mana nak tau ada baju yang boleh aku pinjam ke. Dia ni kan hantu fesyen. Mesti dia ada banyak baju ni.’ Akal Arissa mula berfikir.
            “Amany…” lembut Arissa memanggil.
            Amany menggosok-gosok tengkuknya. Meremang kot dengar minah ni buat suara macam ni.
            “Hah! Kau nak apa ni? Dah macam perempuan miang je aku tengok kau buat suara macam tu. Geli laa..”
            “Miang kau kata? Kalau miang macam ni.” Arissa mengurut-urut lembut lengan Amany.
            Pantas Amany menarik lengannya.
            “HOih! Eii.. kau ni les laa… eiyuw..”
            Arissa tergelak tebahak-bahak melihat gelagat Amany seperti itu.
            “Padan muka. Ha ha ha…” kata Arissa dengan bersisakan gelak tawa.
            “Dah la. Dari aku layan kau, baik aku masuk tidur. Assalamuailaikum.” Amany sudah bergerak menuju ke muka pintu.
            “Eh eh… jap-jap.” Laju Arissa menahan Amany.
            “Apa?”
            “Aku nak pinjam baju kau. Boleh?” Arissa berterus terang dengan niatnya untuk meminjam baju Amany.
            Amany mengangkat keningnya.
            “Baju? Baju apa?” soal Amany.
            “Erm.. baju.. baju untuk dinner. Kau ada tak?” balas Amany.
            “Nak buat pa?” Amany tidak membalas soalan Arissa malah dia menanyakan soalan kepada Arissa.
            “Ada la. Kau ada ke tak de ni?” Arissa jika boleh tidak mahu memberitahu tujuan dia ingin meminjam baju Amany. Kalau Amany tau pasti dia akan difikir bukan-bukan.
            “Tak da-tak da… kau jawab dulu soalan aku baru aku bagitau kau.” Amany mengugut.
            Arissa mengaru-garu kepalanya.
            ‘Nak bagitau ke tak nak. Bagitau, tak payah?’ desis Arissa seorang diri.
            “Aku bagitau kau jangan terkejut tau.” Pinta Arissa.
            “Okay.” Ringkas amany membalasnya,
            “Macam ni, hari sabtu ni aku nak keluar dinner dengan bos. Sebab tu aku nak pinjam baju kau.” Teragak-agak Arissa menjelaskan kepada Amany.
            “WHAT?!” suara Amany yang separuh menjerit.
            “Kata tak nak terkejut.” Perlahan suara Arissa menutur kata.
            Amany menekup mulutnya.
            “Ops.. sorry. Aku tak boleh nak kawal tadi. Cuba kau cerita sikit apa yang jadi. Macam mana kau boleh nak keluar makan dengan bos? Kau nak pergi dating ea dengan bos? Bila yang korang bercinta?” bertalu-talu Amany bertanyakan kepada Arissa.
            Arissa menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali. Inilah sebabnya dia tidak mahu menceritakan hal sebenar kepada Amany.
            “Aku mula dari soalan kau yang terakhir. First, aku takpernah bercinta dengan bos. Second, yang aku nka keluar dengan bos malam sabtu ni bukan dikira sebagai dating and lastly, aku keluar makan dengan bos sebab aku terpaksa. That’s all. Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan pulak.” Panjang lebar Arissa menerangkan persoalan Amany tadi.
            “Oh okay. But sebab pe terpaksa? Aku tak faham la.” Amany masih belum memahami.
            Arissa menarik nafas yang panjang sebelum dia memulakan ceritanya,
            Amany terangguk-angguk mendengar cerita sahabatnya itu.
            “Oh macam tu…” kini baru dia faham tujuan Arissa keluar makan dengan Syed Airiel.
            “Macam tu la. So, kau ada baju yang boleh aku pinjam tak?” dia berbalik tujuan utama dia menerangkn hal ini kepada Amany.
            “Ada tu ada la tapi…” amany tidak lagi menyambung kata-katanya.
            “Tapi?”
            “Kau tengok la baju aku saiz apa. XL. Kau tu, L pun dah cukup besar. Tak kan nak pakai baju saiz XL kot. Nanti family dia ingat kau tu orang-orang kat sawah.” Penjelasan Amany boleh masuk akal.
            “Habis tu? Nak buat macam mana ni?” Arissa tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
            Amany sudah tersengih-sengih. Pasti dia mempunyai idea.
            “How about, kau pergi shopping. Aku boleh temankan kau. Lagipun aku dah lama tak jejak kaki ke shopping complex.”
            Cadangan Amany membuatkan Arissa pantas menggelengkan kepalanya.
            “Tak nak la. Satu malam je pun. Tak kan nak kena shopping. Eh, tak nak la aku.” Bantah Arissa.
            Amany sudah tahu pasti ini jawapan yang diberi Arissa. Yela, perempuan kedekut mana nak keluarkan duit untuk membeli belah.
            “Kedekut betul la kau ni. Just satu helai je pun. Bukan nak suruh kau beli satu kedai tu.” Bebel Amany.
            “Tak nak. Tak nak. Tak nak. Titik!”
            “Lantak kau la. Malas aku nak fikirkan lagi. Baik aku tidur lagi bagus.” Amany laju meninggalkan Arissa di dalam biliknya.
            “Amany…. Tolong la..” merengek Arissa dibuatnya. Namun tidak dihiraukan oleh Amany.

Arissa membuat keputusan untuk berjumpa dengan Syed Airiel. Dia ingin menanyakan pakaian apa yang harus dipakainya pada malam itu nanti. Pada mulanya dia teragak-agak untuk menanyakan hal ini tapi setelah berkali-kali dipaksa oleh Amany akhirnya dia bersetuju.
            “Macam ni jela. Aku syorkan kau pergi minta pendapat bos kita. Maybe dia boleh tolong kau. Lagipun dia yang minta tolong kau kan, mesti dia ada jalan penyelesaian masalah ni.” Cadang Amany kepada Arissa yang sudah serabut.
            “Aku nak kata apa kat bos?” soalan budak darjah satu yang dilontarkan oleh Arissa kepada Amany.
            “Apa la punya bengap kau ni. Harap nama je budak U tapi soalan macam ni pun kena tanya aku ke?” Amany mula berleter.
            “Ala tolong la. Aku buntu ni. Tak boleh nak fikir apa-apa lagi. Please…”
            “Hmm.. macam ni jela. Kau tanya kat bos, apa yang kau nak pakai malam tu. Yang tu je la. Tu pun nak suruh kau ajar.” Bising Amany lagi.
            “Malu laa..” keluh Arissa.
            Amany menjuih bibir.
            “Dah tak payah nak mengada-ngada. Aku dah ngantok. Sekarang aku nak tidur. So terpulang kat kau samada nak dengar cadangan aku ke tak. Goodnight.” Amany menutup pintu biliknya.
            Perbincangannya dengan Amany pada malam baru-baru ni masih terngiang-ngiang di telinganya.
            “Arissa…” tiba-tiba suara Syed Airiel mengejutkannya.
            Cepat-cepat Arissa berdiri dari tempat duduknya.
            “Masuk ke bilik saya sekejap.” Kata Syed Airiel.
            Arissa hanya mengangguk kepalanya.
            Dia mengikuti belakang Syed Airiel tapi secara tidak sengaja dia terlanggar belakang Syed airiel yang tiba-tiba berhenti. Ni semua akibat dia sedang berangan-angan memikirkan hal itu.
            “Aduh.”
            “Auch.”  Serentak mereka bersuara.
            Pekerja-pekerja disekeliling menjadi pemerhati.
            Syed Airiel menoleh ke arah Arissa yang berada dibelakangnya.
            Arissa menggosok-gosok dahinya yang terkena bahu Syed Airiel.
            “Apa bos ni. Main emergency break macam tu. Sakit tau. Aduh…” Arissa membebel  sambil ligat menggosok dahinya.
            Syed Airiel menjegilkan matanya.
            “Siapa punya salah?  Siapa yang suruh awak jalan tak guna mata. Yang pergi jalan dekat-dekat dengan saya tu apa sal?” marah Syed Airiel.
            Arissa mendongakkan dagunya memandang Syed Airiel yang ada beberapa inci darinya.
            “Bos la punya salah. Lain kali kalau nak berhenti tu bagi la salam dulu ke, hai ke, apa ke. Ni tak main berhenti suka-suka hati. Saya tahu la ni syarikat bos tapi at least peka la sikit dengan keadaan sekeliling.” Jawab Arissa yang tidak puas hati dirinya dipersalahkan.
            Pekerja-pekerja terdiam mendengar Arissa melawan kata-kata bos mereka.
            Syed Airiel mengetap bibirnya. Geram mendengar kelancangan mulut Arissa. Lalu dia menarik tangan Arissa untuk mengikutinya masuk ke dalam bilik.
            Arissa meronta-ronta meminta tangannya dilepaskan namun pegangan Syed Airiel semakin kuat.
            “Bos, lepas la. Haram tau pegang tangan anak dara orang.” Marah Arissa.
            Syed Airiel pura-pura tidak mendengar kata-kata Arissa.
            “Can you please let go my hand?” pinta Arissa setelah mereka berada di dalam bilik Syed Airiel.
            Syed Airiel melepaskan tangan Arissa.
            “Sakit tau.” Dia menggosok-gosok pergelangan tangannya yang dipegang kuat oleh Syed Airiel.
            Tangannya mula kelihat merah-merah kesan dari pegangan Syed Airiel tadi. Syed Airiel yang melihat tangan Arissa mula rasa bersalah.
            Yang mengejutkan Syed Airiel apabila dia melihat Arissa menitiskan air mata.
            “Arissa… I’m sorry. Saya.. saya…”
            Arissa terjelopok sambil menangis semahu-mahunya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tiba-tiba menjadi emosi seperti ini. Padahal Syed Airiel bukan melakukan apa-apa kepadanya. Apa yang terjadi adalah salahnya juga.
            Syed Airiel terkedu melihat tindakan drastic Arissa.
            Syed Airiel turut duduk bertinggung untuk samakan posisi badannya dengan Arissa.
            “Arissa.. saya minta maaf. Saya tak sengaja nak pegang tangan awak kuat-kuat macam tu. Kalau awak rasa sakit sangat kita pergi klinik kay.” Syed airiel cuba memujuk. Inilah kali pertama dia memujuk seseorang selain daripada adiknya dan Hana.
            Arissa mengesat air matanya. Kemudian dia bangun berdiri dan diikuti dengan Syed Airiel yang menunggu kata-katanya.
            Serba salah pula jadinya apabila bos sendiri meminta maaf pada pekerjanya.
            “Sakit sangat ke?” tanya Syed Airiel.
            Arissa menggelengkan kepalanya.
            “Habis kenapa awak menangis?” tanya Syed Airiel lagi.
            “Saya dah jadi second-hand. Siapa suruh bos pegang tangan saya. Nanti saya tak laku macam mana? Huwaaa…” sebenarnya itu alas an utama kenapa dia menangis.
            “Hah? Pasal yang tu je awak menangis?” Syed Airiel sedikit terkejut mendengar pengakuan Arissa.
            Arissa hanya mengangguk kepalanya.
            Syed Airiel sudah ketawa terbahak-bahak. Inilah kali pertama dia mendengar seseorang menangis sebab dipegang oleh lelaki. Tak pernah masuk dek akal, kena pegang dah jadi second-hand.
            Dengan mata yang merah, dia memandang tajam ke arah wajah Syed Airiel.
            “Asal bos gelak?”  katanya sambil menggosok hidungnya.
            “Yela ni kali pertama saya dengar ada orang kata pegang tangan jadi second hand. Lawak la awak ni Arissa.”
            “Lawak bos kata? Kalau saya tak laku macam mana? Bos nak tanggung. Tak kan… hish! Dah la, kalau cakap dengan bos pun bukan bos faham. Buat tambah sakit hati ada la.” Arissa tidak dapat menahan geram dengan sikap Syed Airiel dan dia sendiri pun masih tidak faham kenapa sikapnya jadi seperti ini. Entah… entah…
            “Bos hari berapa hari bulan?” soalnya pada Syed Airiel.
            “25 hari bulan.” Jawab syed Airiel dengan dahi yang dikerutkan.
            Arissa baru perasan kenapa dia bersikap seperti ini. Inilah petanda ABC(Allah bagi cuti). Patutlah angin satu badan. Rupa-rupanya ada udang sebalik nasi lemak. He he he. Malu sudah.
            Arissa tersengih-sengih seorang diri tanpa mempedulikan bosnya yang masih didalam situasi tanda soal.
            “Tak apa la bos. Saya keluar dulu la.” Pantas dia meminta diri. Tidak dapat bertahan lama-lama bersama bosnya apabila sedar diri sendiri yang emosi terlebih.
            Langkahnya terhenti apabila syed Airiel memanggilnya.
            “Arissa tunggu jap. Saya nak tanya awak something pasal malam sabtu ni.”
            “Hah!” jerit Arissa secara tiba-tiba.
            Arissa hampr terlupa tentang perkara ini. Sepatutnya dia perlu berbincang dengan bosnya tentang pakaian yang harus dipakainya malam itu.
            “Kenapa dengan awak, Arissa?” Syed Airiel terkejut dengan sikap Arissa seperti itu.
            “Tak ada apa just pasal baju.” Geleng Arissa sambil berkata-kata.
            Syed Airiel mengerutkan dahinya.
            “Baju?”
            “A’ah. Baju. Bos, saya nak kena pakai baju apa malam tu nanti? Casual ke, baju kurung ke, baju ni ke or baju apa?” kelam kabut dia meluahkan perkara ini.
            “Saya pun baru nak bincang dengan awak pasal benda ni. Awak macam dah tau-tau je. Hari sabtu ni, acara makan malam bermula pukul 8.00 tapi kita kena ada kat sana dalam pukul 6.30 dan saya akan ambil awak pada pukul 12 tengahari. Okay?”  
            “Pukul 12? Asal awal sangat bos? Nak kena ada sana pukul 6.30 tapi nak ambil pukul 12. Awal tu..” tak pernah sekali pun Arissa tidak melawan kata-kata Syed Airiel.
            Syed Airiel melepaskan keluhan. Pening dengan kerenah Arissa. Kadang-kadang dia rasa seperti dia pekerja dan Arissa pula majikan.
            “Arissa… just ikut cakap saya okay. Hari sabtu ni pukul 12 saya datang ambil awak.”
            Arissa ingin membalas kata-kata Syed Airiel tersenyap apabila bosnya yang terlebih dahulu memotong kata-katanya.
            “Shuhs.. jangan cakap apa-apa. Just listen.” Syed Airiel meletakkan satu jari dibibirnya tanda meminta Arissa untuk mendiamkan diri.
            “So… Arissa, saya malam tu awak berkelakuan sebaik mungkin. Please… just for one time, buat perkara yang dapat memuaskan hati saya. Faham?” sambungnya lagi.
            Arissa hanya menganggukkan kepalanya dengan mulut yang ditutup rapat.
            “Saya tanya awak faham ke tidak?” keras Syed Airiel mengulang soalannya.
            “Bos… saya dah boleh cakap ke?” kata Arissa seperti sedang berbisik.
            Syed Airiel beristagfar di dalam hatinya. Kenapalah dia ada pekerja seperti ini. Kalau bab melawan memang terror tapi kalau bab-bab macam ni, blur la pulak. Susah betul ada pekerja macam ni.
            “Tak apa la Arissa. Cakap dengan awak ni kan buat saya dapat migraine je. Jadi saya anggap apa yang saya cakap tadi, awak dah faham la ye. Jadi, awak dah boleh keluar. Terima kasih.”
            Arissa terpinga-pinga dengan sikap bosnya.
            ‘Tadi tak bagi cakap sekarang suruh keluar. Tak faham betul la.’ Desisnya.
            Akhirnya Arissa mengalah lalu melangkah keluar dari bilik Syed Airiel.

Arissa meraba-raba telefon bimbitnya yang berada dihujung meja lampudisebelah katilnya. Dengan mata yang tertutup dia masih mencari-cari telefonnya.
            “Huarghh!!! Hello…” sapa Arissa kepada pemanggil tersebut.
            “Hello. Boleh saya bercakap dengan Arissa?”
            “Saya bercakap. Ni siapa?” jawabnya dengan mata yang masih tertutup.
            “Arissa!!!!” jerit Syed Airiel. Macam mana dia tak benggang. Dah janji pukul 12 tapi dia masih boleh sedap tidur.
            Hilang semua mengantuk yang masih bersisa sebentar tadi apabila suara Syed Airiel menjamah telinganya di pagi hari.
            Arissa menoleh ke arah jam dinding. Ternganga apabila angka jam menunjuk pukul 12.10 tengahri.
            “Bos… just give me 10 minute. Okay.” Lantas talian diputuskan.

            “Sorry-sorry… lambat.” Pinta Arissa setelah memboloskan diri ke dalam kereta milik Syed Airiel.
            “It’s so kay. But we have to rush. Ada banyak kerja yang nak kena buat hari ni.” Syed Airiel memecut keretanya.
            Arissa yang berada disebelahnya terkejut melihat penampilan Syed Airiel sperti itu. Berbaju polo berlengan pendek berwarna hitam dan berseluar jeans. Rambutnya diletakkan sedikit gel menambahkan kekacakkannya.
            ‘Masya-allah, handsomenya…’ katanya dalam hati.
            Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila telefon bimbit Syed Airiel berdering.
            “Yes Liza. I on the way. You prepare semua kay. I akan datang dalam 15 minit lagi. Okay-okay. Thanks.” Syed Airiel menamatkan perbualannya lalu dia menoleh ke arah Arissa dan melemparkan senyuman.
            “Problem dah solve.” Ringkas Syed Airiel berkata kepada Arissa yang masih binggung dengan kata-kata yang disampaikan oleh syed Airiel.
           
“So, siapa yang you nak I make over ni?” tanya seorang wanita yang bekerja disalah sebuah butik terkemuka di kuala lumpur.
            Syed Ariel hanya menunding jarinya ke arah Arissa yang sedang melihat baju di dalam butik tersebut.
             Liza memandang Arissa yang berada jauh dari mereka.
            “Dia penganti Hana ke?” soal Liza.
            Liza merupakan sabahat kepada Hana dan juga kepada Syed Airiel sendiri.
            “Liza boleh tak kita jangan cerita pasal dia. I malas nak ingat pasal dia lagi. Okay?” pinta Syed Airiel.
            Liza hanya menjungkit bahunya. Dia faham apa yang telah dilalui Syed airiel. Tapi dia tidak faham kenapa dia tidak suka dengan Arissa.
            “Arissa…” Syed Airiel memanggilnya.
            Perlahan-lahan Arissa mengatur langkah menghampiri bosnya dengan seorang wanita yang kelihatan anggun disitu.
            “Arissa perkenalkan orang yang bertanggungjawab menguruskan pakaian dan penampilan awak hari ni, Liza.”  Syed Airiel memperkenalkan Liza kepada Arissa.
            Arissa menghulurkan tangan untuk berjabat.
            “Hye, Arissa.” Dia sekali lagi memperkenalkan dirinya.
            “Liza.” Balas Liza.
            “So, Liza I serahkan tugas ni dekat you. And now she’s yours.”
            “Okay. I will make sure, you akan puas hati dengan penampilan dia.” Kata Liza dengan penuh keyakinan.
            Arissa binggung. Dia hanya mendengar perbualan bosnya dengan Liza. Dia dah macam barang jualan pulak. Main serah-serah.
            “Come…” Liza meminta Arissa mengikutinya ke ruang persalinan.
            Arissa hanya membuntuti langkah Liza yang berada dihadapannya.
            Hampir 4 jam Arissa terpaksa menjadi model dalam menukar pakaian. Pelbagai pakaian yang telah dicubanya namun masih belum dapat menambat hati bosnya. Dan akhirnya, baju yang ke dua belas berjaya menambat hati Syed Airiel.
            “Riel… kali ni last I tolong you. If baju yang dia pakai ni pun you tak nak, I tarik diri.” Liza hampir fed-up dengan sifat Syed Airiel yang cerewet.
            “Arissa, awak dah boleh keluar sekarang.” Tambah Liza.
            Dengan berhati-hati, Arissa menorak langkah keluar dari bilik persalinan sambil memuncungkan bibirnya. Mana taknya penat menukar baju semata-mata ingin memuaskan hati bosnya. Kali ini baru dia tahu sikap bosnya yang cerewet.
            ‘wow! Cantiknya…’ syed Airiel memuji Arissa didalam hati.
            “Okay. Nice…. Liza, I kagum dengan hasil kerja you Cuma satu je. Mulut tu.. muncung mengalahkan musang.” Syed Airiel mengawal nada suaranya. Hatinya berkocak hebat melihat penampilan Arissa seperti ini.
            “Muuuuu…. Ei, bos ni kan leceh tau tak? Penat saya tukar baju berhelai-helai. Ingat syok ke? Kalau setakat satu dua tak apa la juga, ni sampai 12 helai. Gila cerewet…” bebel Arissa dengan memuncungkan lagi bibirnya.
            Liza yang berada di sebelah Arissa sudah tergelak-gelak mendengar kata-kata Arissa. Walaupun dia baru mengenali gadis ni tapi ternyata pandangan pertamanay pada gadis ini, salah 100 peratus.
            “Melawan… melawan. Potong gaji baru tau. Tapi apa pun, you look beautiful.”
            Arissa tersipu-sipu malu apabila Syed Airiel menggelilingnya sambil memandangnya dari atas hingga ke bawah sambil memuji dirinya.
            Liza trersenyum melihat sikap Syed Airiel dan Arissa. Mereka berdua kelihatan secocok dan ini kali pertama dia melihat Syed Airiel tersenyum seperti ini.
            Sesekali dia melihat Arissa tidak jemu-jemu membantah kata-kata Syed Ariel dan begitu juga dengan Syed Airiel yang tidak mahu mengalah. Dalam tersenyum hatinya masih dilanda hiba. Dulu ketika Syed Airiel bersama Hana, dia turut merasa seperti ini.
            ‘Riel, alangkah indahnya jika you tau perasaan I pada you.’ Bisik hatinya sendiri.
           





13 comments:

  1. nice3....liza jgn la kaco daun merpati sejoli ni!!!

    ReplyDelete
  2. awin,, hehe... pe pun thnx yaa! =D

    ReplyDelete
  3. Hahaha..... Sian Arissa dah jadik second hand...

    ReplyDelete
  4. hiruma: hahah... tu laa pasal.. padahal pgang tgn je pun.. tu pun mnangis sbb tkut x laku.. hehe

    ReplyDelete
  5. suka2... kelakar lah arissa 2... camne lah tyme dinner 2....nak lg.... hee..he...

    ReplyDelete
  6. best2!!!
    cpt2la si liza nie meng-make over si rissa nie..
    biar terbelalak mte airiel tgk....
    hihihi....
    cpt2 post ye cik nina ku syg~~~hehe..

    ReplyDelete
  7. bell: hehe.. dinner tu.. semestinya kelam kabut.. huhhuhu
    cik dila: hahhaaa.... dh terbeliak cme xterkuar je gi.. hehe.. okeyh!!!

    ReplyDelete
  8. hahah! amalina.. laki tu, kte t'bygkan DAVId HENRIE la.. aahahahah ..

    ReplyDelete
  9. nurul: haha.. David Henrie? mcmana bleh msuk dia dlm citer ni.. haha..

    ReplyDelete
  10. salam..akak baru terjumpa blog ni..dan tajuk novel ni menarik akak seperti magnet ..mula membaca dati bab pertama..cerita ni sampoi..hampir setiap bab akak gelak sorang sorang..happy giler membaca nukilan ..harap ada entri selepas ni..sbb tak mau melepaskan cerita ni yg dapat merawat jiwa yang rawan..keep it up

    ReplyDelete
  11. kak ida: thnx.. hehe.. nina akn try buat yg terbaik utk en3 pas ni.. pepun thnx 4 ur support ya!! =D

    ReplyDelete