Tuesday, March 1, 2011

bab 4


Pagi itu aku meminta izin dari Haikal untuk pulang ke rumah sewaku yang berada berdekatan dengan kawasan perumahannya. Haikal membenarkan aku pulang ke rumah sewaku. Haikal masih lagi bersikap dingin denganku.
            Aku menaiki teksi untuk pulang ke sana. Teksi itu memberhentikan kenderaannya betul-betul didepan pagar rumahku. Kelihatan Nadia dan Tasya sedang sibuk mencuci kereta masing-masing. Maklumlah, hujung minggu.            
            “Assalamuailaikum.” Aku memberi salam.
            “Waailaikumsalam. Eh! Nia, kau dah balik? Macam mana dengan majlis perkahwinan adik kau? Meriah?”
            Mereka masih lagi tidak tahu hal sebenarnya yang terjadi. Tasya dan Nadia merupakan sahabat karibku dan juga rakan serumahku.  Lantas aku memeluk tubuh Nadia yang membuka pintu pagar untukku. Aku  menangis teresak-esak dibahunya. Tasya mendekati kami.
            “Nia, are you ok? What happen?”
            Tasya dan Nadia saling berpandangan. Nadia mengusap-usap tubuhku.
            “Mari masuk dulu. Lepas tu kau cerita asal kau boleh jadi macam ni, ok? Dah-dah jom kita masuk dulu.” Tasya dan Nadia berdampingan dan mengiringi aku masuk ke dalam.

“Huh? What? That guy yang  kau jumpa kat Celebrity Fitness jadi husband kau?” Tasya terkejut mendengar pengakuanku mengenai Haikal.
            Nadia memegang tangan kiriku. Dia cuba memberi semangat kepadaku supaya bersabar.
            Aku sekadar menganggukkan kepalaku. Tasya memundar-mandir dihadapan aku dan sambil bercekak pinggang.
            “Amira adik kau tu memang tak guna la! Pasal dia kau yang kena tanggung semua ni. It’s not fair ok. Habis, parent Haikal tau tak yang dia buat macam ni kat kau?”
            Aku menceritakan semua yang terjadi kepada Nadia dan Tasya. Aku sudah tidak tahu kemana lagi arah untuk aku luahkan semua yang terbuku didalam hati. Ingin diceritakan kepada mak dengan ayah, takut diorang risau. Cukuplah dengan kejadian yang menimpa keluargaku baru-baru ni. Aku tidak sanggup melihat mereka risau dengan keadaanku.
            “Tasya, kau ni relaks laa. Dah laa Nia tengah tension, kau nak tambah lagi tekanan dia. We as her friend should try to help her not to push her like this.” Nadia ingin menjernihkan keadaan yang semakin tegang.
            Tasya melabuhkan punggungnya disebelah denganku. Dia menarik nafas yang panjang baru dia memulakan percakapannya.
            “Nia I’m so sorry. Aku tak berniat nak buat kau lagi tension tapi aku benggang dengan adik kau, Amira. Bagaimana dia sanggup buat family dia macam ni? Aku tak habis fikir tau. Lepas tu dengan perangai Haikal yang menyakitkan hati tu. Argh!!! Aku memang tak boleh tahan macam ni. Kau kawan aku dan apa yang kau rasa aku pun turut merasakannya. Aku tak sanggup melihat kau sedih macam ni.”
            Tasya juga turut memegang tanganku. Dia memandang ke arahku dan mengusap air mata yang kian galak mengalir.
            “Dah tak nak nangis macam ni. Kau nampak lagi hodoh aw. Nanti habis jatuh reputasi aku sebagai kawan kau. Hahaha…” Tasya cuba berjenaka untuk mengusir semua kekusutan yang melanda.
            Nadia turut tersenyum melihat aku dan Tasya.
            “Haa.. macam tu laa kawan aku. Senyum pun. Kan cantik macam ni.” Nadia mencubit pipi ku.
            “Aku memang cantik pun…. Korang je yang tak perasaan. Hahaha…” baru aku bersuara setelah sekian lama aku mendiamkan diri.
            Tasya dan Nadia menggeleng-geleng kepala mereka.
            “Ish…ish…ish… dah mula angkat bakul sendiri pula cik kak ni. Hahaha.”
            Riuh-rendah jadinya bila sura ketawa kami bersatu. ‘Tasya, Nadia.. thanks korang sudi dengar semua keluhan aku. Thanks again’ desisku sendiri.
            “Kau nanti tak tinggal sini dah laa…” soal Nadia.
             Aku hanya menjungkitkan bahu. Entah laa aku sendiri pun tak tau. Kehadiranku di dalam rumah Haikal langsung tidak di terima. Tapi disebabkan dia suamiku, terpaksa laa aku tinggal disana.
            “Entah… aku pun tak tau. Tapi, sekali sekala aku nak datang sini tak pe kan..?”  
            Nadia dan Tasya menaikkan ibu jari mereka tanda setuju. Kemudian disambut dengan ketawa kami bertiga.          
            “Nia, kau nak ambik semua barang-barang kau ke?” Tasya menanti jawapanku.
            “”Rasanya tak kot. Certain things aku aku tinggal kat sini. Aku ambik yang penting-peting je. Baju aku, barang kerja, laptop and scandal partner aku a.k.a Myvi aku. Yang tu je kot aku angkut gi kat rumah Haikal. Nanti kalau aku bawa banyak-banyak, susah pulak. Aku menumpang je.” Jelasku sambil meniti anak tangga.
            “Oh… aku tolong kau kemas barang-barang kau ea…” Nadia menawarkan diri untuk membantuku. Tasya juga turut mengekoriku.
            Tanganku lincah memasukkan barang-barang keperluanku ke dalam beg pakaianku. Kemudian aku tertoleh melihat gambar lelaki yang amat aku sayangi berada di atas meja solekku. Aku menuju ke arah meja solek lantas aku mengambil gambar tersebut untuk dibawa bersama tapi segera aku membatalkan niatku.
            Tasya dan Nadia yang melihat pergerakan dan kelakuanku dari tadi menegurku.
            “Nia…. Am dah tau kau dah berkahwin?” Tasya menyoalku. Aku sekadar menggelengkan kepalaku.
            Sejak hari aku barnikah sampai ke hari ini, aku langusng tidak menghubungi Am. Lagi pula dia sedang berada di luar Kuala Lumpur. Dia harus menghadiri kursus di Pulau Pinang selama seminggu.
            ‘Am… Nia rindukan Am. Kalau Am yang jadi suami Nia pasti Nia bahagia. Nia tak sedih-sedih macam ni. Nia sayang Am.’ Air mataku mengalir tanpa diduga.
            Tasya dan Nadia yang sibuk membantuku sebentar tadi datang menghampiriku. Bahuku diusap lembut.
            “Dah laa tu. Kitaorang tahu kau sedih. Mungkin dah bukan jodoh kau dengan Am. Kau sabar ea.” Nadia memujukku.
            “Tapi aku sayang dia Nad, Sya…Aku tak tau macam mana nak berdepan dengan dia pasal benda ni nanti. Aku takut dia bencikan aku. Aku tak sanggup kalau dia benci aku. Aku sayang dia sangat-sangat. Tapi sekarang….” Aku tidak dapat meneruskan kata-kataku. Bahuku terhenjut-henjut menahan esakan.
            Aku sudah seperti kanak-kanak kecil yang menangis tidak berhenti-henti. Tasya mengusap-usap belakang tubuhku.
            “Nia jangan macam ni. Sedih aku tengok kau dalam keadaan begini.. Hal Am nanti aku tolong kau ye. Kau jangan risau k. Aku yakin pasti Am faham tentang ni. Dia tak kan benci kau laa, dia sikit punya sayang kat kau sepenuh hati dia. Lagipun kau bukan sengaja nak tinggalkan dia dan kahwin dengan lelaki mangkuk tu. Dah, jangan nangis lagi.”            
            Aku mengesat air mataku yang terus mengalir ke pipi. Hidungku sudah seprti buah strawberry., habis merah-merah. Mata aku juga turut membengkak kerana terlalu banyak menangis. Perlahan-lahan aku mengukirkan senyuman walaupun dihati masih terasa pedih.
            “Korang… boleh tak korang peluk aku?” aku seakan kanak-kanak kecil meminta untuk dipeluk.
            “Alahai manjanya… yela-yela. Meh sini kitaorang nak peluk kau.” Lantas Nadia dan Tasya memeluk tubuhku. Dapat juga aku mengubat sedikit rasa sedih yang sempat bertandang dihati ni.
           
Sudah seminggu aku menetap dirumah kediaman Haikal dan selama seminggu juga hubungan kami masih lagi begitu. Tiada perubahan. Namun aku tetap menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri. Makan pakainya aku siapkan. Walaupun kami tidur berasingan bilik tapi sekali-sekala aku akan masuk ke dalam biliknya untuk mengambil pakaian kerjanya untuk digosok. Itupun dengan izin Haikal.
            Aku dan Haikal masing-masing sibuk dengan pekerjaan kami. Kadang-kadang Haikal akan keluar awal pagi dan pulang lewat malam. Mungkin sibuk menguruskan kerjanya atau mungkin juga untuk mengelakkan diri dari bertemu denganku dirumah. Aku bekerja sebagai penasihat undang-undang disebuah syarikat pembinaan.  Sejak dua menjak ni aku semakin sibuk menguruskan projek baru di syarikatku. Aku terpaksa memyedia surat perjanjian diantara dua buah syarikat. Pening… banyak sangat kerja yang perlu aku siapkan. Dengan rumah tangga aku yang tak seperti orang lain. Alangkah indahnya jika aku dapat terbang bebas seperti burung dilangit.
            Am pulak tidak henti-henti menghubungiku. Sejak dia pulang dari Pulau Pinang kerap kali dia cuba menghubungiku tapi satu panggilannya pun tidak aku jawab. Kasihan juga bila melihat kesungguhannya mencariku. Sampai dia sanggup datang ke rumah sewaku semata-mata untuk mencariku. Nasib baik Tasya membantuku bersemuka dengan Am, jika tak aku sendiri tidak tahu apa yang aku harus lakukan. Aku tidak berniat langsung untuk mengelakkan diri dari bertemu dengannya tapi buat masa sekarang aku masih belum sedia untuk memberitahu tentang status sebenarku. Lagipun aku tak sanggup melihat dia terluka. Dia terlalu baik untukku.
            Aku juga harus menjaga maruah Haikal sebagai suamiku. Walaupun kehadiranku hanyalah sebagai kepura-puraan baginya tetapi aku harus menghormatinya sebagai suamiku. Cara yang terbaik untuk aku dan Am ialah dengan menghindarkan diri dari bertemu dengannya. Sampai satu detik, aku sendiri akan menceritakan semuanya kepada Am. Dengan harapan Am tidak akan membenci diriku. Biarlah aku menjalinkan hubungan dengannya sebagai seorang sahabat. Mungkin ini yang terbaik bagi aku dan dia.
            Hujung minggu ni, mama menjemputku dan Haikal untuk makan malam bersama dirumah mereka. Di dalam telefon mama Cuma cakap ada sesuatu yang hendak dibincangkan.     
            “Assalamuailaikum, Nia.” Kedengaran suara mama dihujung talian.
            “Waailakumsalam mama. Ada apa mama call Nia ni?” aku memulakan perbicaraan.
            “Tak ada apa-apa. Saja ja mama nak cakap dengan menantu mama ni. Nia sibuk ke sekarang ni?” soal mama.
            “Eh, tak da laa mama.”
            “Nanti hujung minggu ni mama ada buat makan malam kat rumah. Nia ajak Haikal datang rumah ye. Lagipun ada sesuatu mama nak bincangkan dengan kamu berdua. Kamu berdua balik ye.” Lembut suara mama menuturkan bicara.
            “Baiklah mama. Nanti Nia bagitau kat Haikal. Insya-allah.” Ringkas jawabku.
            “Hmm.. ok laa mama ada kerja sikit nak buat ni. Nanti kamu kirim salam kat Ekal ye. Assalamuailaikum.” Mama meminta diri.
            “Waailaikumsalam.” Talian diputuskan.
            Masih terngiang-ngiang suara mama menjemputku dan Haikal untuk balik ke rumah pada beberapa hari yang lalu. Kini aku dan Haikal dalam perjalanan menuju ke rumah mama.
            “Nanti dah sampai sana aku nak kita buat seperti yang aku bagitau kat kau hari tu. Aku tak nak mama dengan daddy tahu pasal kita. Faham?!” keras arahan Haikal kepadaku.
            “Faham.” Lemah suaraku menjawabnya. Aku hanya sekadar menurut perintah.

Daddy, Haikal dan Hafiz sedang sibuk berbual-bual sambil menonton televisyen. Mama pula sedang berbicara sesuatu dengan bibik. Aku dan Anna adik perempuan Haikal sibuk membersihkan meja makan.
            “Kak Nia, Kak Nia kerja sebagai apa erk?” suara Anna mengajak aku berbual.
            “Kak Nia kerja sebagai penasihat undang-undang kat sebuah syarikat pembinaan.” Aku melemparkan senyuman kepada Anna yang dari tadi tidak lekang dengan senyuman dibibir.
            “Nape Anna tersenyum-senyum dari tadi ni? Ada apa-apa ke kat muka kak Nia?” aku meraba-raba seluruh mukaku. Risau juga jika ada sesuatu yang melucukan diwajahku.
            “Tak ada apa-apa. Anna cuma seronok sangat sebab dah dapat seorang kakak. Selama ni Anna selalu impikan nak ada seorang kakak tapi tak sangka pula abang long kahwin secara mengejut macam ni. Abang long mesti bahagiakan dapat isteri secantik Kak Nia.” Aku sekadar tersenyum mendengar kata-kata Anna.
            Anna tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam rumah tangga aku dengan abang longnya. Jika dia tahu hubungan kami tak seindah yang disangka. Apa yang dilihat hanya sekadar kepura-puraan. Aku dapat merasa kelopak mataku semakin berair. ‘Nia bertahan… jangan sesekali kau menitiskan mata kat depan family mentua kau.’ Aku memberi semangat kepada diriku sendiri.
            “Nia, Anna.. apa kamu berdua bualkan tu. Mama tengok rancak je. Boleh mama join sekali.” Mama menghampiri aku dan Anna yang masih berada di meja makan.
            “Anna tanya kat kak Nia, dia kerja sebagai pe. Kalau mama nak tau, kak Nia ni seorang lawyer ma… mesti abang long bertuah sebab dapat isteri yang cantik macam kak Nia. Bukan saja cantik tapi pandai pulak tu. Kan mama?” Anna tak habis-habis memuji diriku. Habis blushing pipi aku dek pujian Anna yang melambung-lambung tu.
            Aku masih lagi lincah mengemaskan. Tidak berani aku untuk mengangkat wajahku memandang mama. Malu kot…
            “Anna dah-dah laa tu usik kak ipar kamu tu. Kesian mama tengok dia sampai merah pipi dia asyik kena puji dengan kamu. Nia…” mama menegur Anna yang semakin galak mentertawakan aku. Namaku dipanggil. Nak tak nak aku harus memandang wajah mama. Jika tak, nanti apa pula kata mama.
            “Ye ma…”
            “Jom laa kita sembang kat depan tu dengan daddy semua. Lagipun ada something yang mama nak discuss dengan korang dua.” Mama mengajakku.
            “Tapi ma… meja makan ni sape nak kemas…” tanganku sudah ditarik oleh Anna.
            “Alaa kak Nia ni, biar jap gi bibik tolong kemas kan.” Hubungan aku dan Anna semakin rapat. Anna seorang gadis yang manja tapi dia juga seorang yang keras kepala. Itu yang diberitahu oleh mama masa perjumpaan pertama aku dengan family Haikal.
            Aku melabuhkan punggungku disebelah Haikal. Haikal tersenyum memandang ke arahku. ‘Ah senyuman plastik.’ Bisik hatiku.
            “Sebenarnya Nia, Ekal… mama dengan daddy ada sesuatu nak bincang dengan kamu berdua.” Aku dan Haikal saling berpandangan.
            “Ada apa ma?” Haikal menanyakan kepada mama.          
            “Tak de, mama dengan daddy ingat nak buat kenduri sikit sempena perkahwinan kamu berdua ni. Lagi pula adik beradik  kita tak tau yang Haikal dah pun mendirikan rumah tangga. Nanti apa kata diorang. Sebab tu mama dengan daddy panggil kamu berdua balik sini hari ni untuk bincang pasal benda ni laa. Apa kata kamu berdua?” Haikal memandang wajahku.
            “Ikut suka mama laa. Haikal ikut je. Tapi tak tau kat Nia.” Kini semua mata memandang ke arahku.
            “Nia pun ikut je ma…” jawabku.
            “Eh, kamu berdua ni, main ikut-ikut pula. Mama dengan daddy tanya ni sebab nak minta izin kamu berdua. Kalau kamu bersetuju mama nak uruskan semua benda ni.” sekali lagi mama menanyakan hal yang sama kepada kami berdua.
            Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan pada ketika itu. Aku hanya mengikut semua keputusan yang bakal Haikal lakukan.
            “Mama uruskan je laa. Haikal setuju je dengan cadangan mama tu. Lagipun Nia pun macam setuju je dengan cadangan mama.” Sinis je kedengaran suara Haikal ditelingaku.
            “Baiklah kalau kamu berdua bersetuju. Senang sikit mama nak uruskan. Mama bercadang hujung bulan depan kita langsungkan majlis perkahwinan kamu.” Mama kelihatan sungguh teruja.
            “Anna nak jadi pengapit kak Nia.” Anna mencelah.
            “Kalau macam tu Hafiz pun nak jadi pengapit abang long laa.” Hafiz turut menawarkan dirinya. Haikal kelihatan tenang tapi aku yakin pasti hatinya tidak keruan. Bagaimana dia akan berhadapan dengan Sofea Aliaa tentang perkara ini.
            Mama dengan daddy menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.          
            “Sibuk je, kamu berdua ni. Macam kamu berdua pulak yang nak kahwin. Kak Nia dengan abang long kamu pun tak macam kamu dua orang.” Kata daddy.
            Mama tersenyum girang begitu juga dengan daddy. Tiba-tiba tanganku terasa ada yang pegang. Aku melihat tangan Haikal erat memegang tanganku. Aku memandang wajah Haikal dan aku terpaku apabila matanya bertentangan dengan mataku. Aku dapat merasa debaran jantungku semakin kuat.
            Aku tidak faham dengan semua layanan Haikal kepadaku. Kadang-kadang aku merasa seperti Haikal ikhlas melayanku tapi kadang-kadang dia seperti… ah! Susah untuk aku jelaskan.
            Mama dengan Anna sibuk membincangkan tentang majlis perkahwinanku manakala Hafiz dan Haikal rancak berbual tentang binatang exotic kegemaran mereka. Hafiz juga seperti Haikal yang meminati binatang-binatang seperti iguana, ular dan sebagainya. Daddy pula meneruskan menonton rancangan di televisyen. Aku yang seperti orang mati akal, tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Sekali-sekala aku melihat masing-masing tertawa. Tanganku masih lagi kemas didalam genggaman Haikal.
            Jam sudah menunjukkan pukul 10.45 malam. Lantas Haikal meminta diri untuk pulang ke rumah. Mama meminta supaya kami bermalam disana tapi Haikal lebih selesa jika bermalam dirumah sendiri, katanya. Padahal dia tidak selesa untuk berdua-duaan denganku didalam satu bilik begitu juga dengan diriku.
            Kami sampai di rumah pada pukul 11.50 malam. Haikal tidak lekang dengan senyuman selepas menerima panggilan dari seseorang sebelum kami meninggalkan perkarangan rumah mama. ‘Mungkin Sofea kot.’desisku.
            “Nia…” Haikal memanggilku.           
            Aku menoleh ke arah Haikal yang berada tidak jauh dari tubuh.
            “Goodnight.” Haikal mendekatiku lantas dahiku dicium. Itulah ciuman yang kedua selepas majlis membatalkan air sembahyang semasa pernikahan aku dahulu.
            Aku terpana. Aku tidak faham dengan sikap Haikal yang tiba-tiba baik denganku. Aku termanggu berseorangan di ruang tamu. Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata. Aku masih memikirkan insiden tadi. Aku meraba dahiku,masih terasa hangat bekas dicium Haikal tadi. Aku tersenyum sendiri tapi cepat-cepat aku memadam rasa yang sempat bertandang dihati.
            Kemudian aku bangun, aku mengeluarkan diari ku yang aku simpan di dalam laci  meja solek lalu aku mencatatkan sesuatu ke dalamnya. Setelah siap aku menyimpan kembali diariku ke dalam laci. Aku merebahkan kembali diriku ke atas katil dan aku cuba untuk melelapkan mata. Akhirnya aku terlena.

5 comments:

  1. sorry klu bab ni agk memboringkan.. isnya-allah bab yg akn dtg nina akn buat yg lbh terbaik k... =D

    ReplyDelete
  2. gudwork nina..best cite awk..hehe

    ReplyDelete
  3. ok ape bab nie... kesian erk kat nia.... entah ape ntan yg merasuk haikal waktu tu! ablaza kowt..

    ReplyDelete
  4. zura: thnx...
    korro sufian : alaa.. bab ni nk wujudkn kekeliruan.. bab yg akn dtg ni lg mgejutkn tau.. heheh...

    ReplyDelete
  5. kasihan betul dgn Nia, mangsa keadaan....senang je Haikal mpermainkan perasaan Nia....
    Nia, tabahkan dirimu...

    ReplyDelete