Wednesday, March 2, 2011

bab 6


Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Segala persiapan perkahwinan aku dan Haikal disediakan oleh Lynda Rahim. Bermula dari perhiasan pelamin sampai laa ke pakaian persalinan aku dan Haikal. Aku mengenakan gaun labuh yang berwarna silver yang disertakan dengan jahitan manik-manik berkilauan dan Haikal juga mengenakan pakaian taxedo yang berwarna hampir sama denganku.
            “You look so beautiful.” Haikal yang berada di dalam bilik persiapan memujiku.
            Haikal menghampiriku dan mencium tanganku.
            “Awak pun sama gak. Handsome.” Aku mencuit hidung Haikal. Kedengaran pintu diketuk dari luar.
            “Boleh Anna masuk?” Anna sudah pun berada di dalam bilik persiapan kami. Baik tak  payah tanya.           
            “Dah masuk baru nak tanya.” Seloroh Haikal.
            Anna tersengih-sengih mendengar kata-kata Haikal lantas dia menunjukkan ‘peace’ kepada Haikal.
            “Mau apa masuk bilik orang ni. Kacau daun je abang long dengan kak Nia nak lovey dovey.” Selamba Haikal mengatakan kepada Anna. Aku sudah tertunduk malu.
            “Ei.. abang long ni, tak senonoh laa. Kot ya pun tunggu laa habis majlis dulu nak lovey dovey. Ni kat sini juga laa dia nak manja-manja kucing dengan kak Nia. Tau laa isteri dia cantik.” Anna membalasnya.
            “Eh, suka hati abang long laa. Nak lovey dovey kat sini ke kat rumah ke. Yang awak tu sibuk kenapa. Dah-dah cepat pergi… kacau orang nak beromatika je kat sini.” Lantas pipiku dicium lembut.
            Anna cepat-cepat memalingkan mukanya menghadap pintu. Aku sudah menjadi seperti patung. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan tapi hatiku disapa bahagia.
            “Eiyuw… abang long ni tak senonoh betul la. Dah laa Anna tak tinggal kat sini lama-lama. Nanti semakin miang pula abang long. Kesian kat kak Nia. Actually Anna masuk ni sebab nak peringatkan majlis nak start tak lama lagi. Mama suruh Anna pesan abang long dengan kak Nia bersiap sedia. Tak pe laa Anna nak keluar dulu.” Anna meninggalkan aku dan Haikal bersendirian kembali.  
            Haikal memandang wajahku kemudian dia mendongakkan wajahku untuk menatap wajahnya.
            “Asal tengok lantai je, tak nak muka abang dah ke?” Haikal cuba berjenaka.
            Aku baru tersedar yang Haikal mengelarkan dirinya abang. ‘Abang?’ aku mengerutkan dahiku.     
            “From now on I want you to call me as ‘abang’. Ok?” Haikal seakan-akan tahu apa yang berada difikiranku.
            “Ok.” aku setuju dengan cadangannya itu.
            “So, shall we?” Haikal menghulurkan tangannya.
            “Hmm.” Aku menyambut tangannya.
            Aku dan Haikal beriringan ke ballroom Istana Hotel. Tema majlis perkahwinanku berwarna silver dan hitam. Semua yang berkenaan dengan majlisku diuruskan oleh mama. Mama yang beria-ria untuk mengatur semua acara kami pada malam itu. Aku dan Haikal hanya menurut kata-kata mama. Kami tahu mama akan melakukan yang terbaik untuk kami berdua.

Aku dan Haikal melangkah masuk ke ballroom sambil dipimpin erat oleh kedua-dua adik Haikal yang sibuk menawarkan diri untuk menjadi pengapit. Cahaya bergemerlapan menyuluh ke arah aku dan Haikal yang baru tiba. Kemudian diikuti dengan bacaan doa yang dibaca oleh daddy Haikal sendiri.
            Setelah tamat bacaan doa kami beriringan menuju ke pelamin dan pada ketika itu aku terlihat Am sedang merenung ke arahku. Wajahnya kelihatan sayu. Terdetik rasa sedih dan serba salah kepada Am. Kini sudah pasti dia mengetahui aku bukan lagi miliknya kerana aku sudah sah menjadi hak Afli Haikal iaitu suamiku dan juga bos kepada Am. ‘Am maafkan Nia…’  kedengaran Haikal membisikan sesuatu kepadaku.
            “Don’t bother about other. Ok?”lembut Haikal berkata padaku. Haikal seperti tahu aku seperti memerhatikan Am.
            Aku sekadar memberi senyuman kepada semua tetamu yang hadir dan kepada Haikal yang berada disebelahku.
            Semua para tetamu yang hadir memberi tepukkan setelah aku dan Haikal melabuhkan punggung di kerusi persandingan. Majlis bermula dengan sesi menjamu selera dan dihiburkan dengan tarian tradisional oleh persatuan dari istana budaya. Pelbagai juadah dihidangkan kepada hadirin yang hadir.          
            Mak dan ayah juga turut hadir ke majlis pada malam itu. Mereka kelihatan sungguh gembira. Amirul juga sudah berkenalan dengan Hafiz dan Anna. Mereka bertiga berbual rancak. Begitu juga dengan mama dan daddy yang tidak putus-putus dengan senyuman dibibir. Nadia dan Tasya turut memeriahkan majlisku.
            Am duduk semeja dengan Nadia dan Tasya. Mereka seperti sedang berbual sesuatu yang serius. Wajah Am nampak tegang dan Tasya sepertinya ingin meredakan Am. Aku tidak tahu apa yang dibualkan oleh mereka.
            “Am, you tak tau apa yang terjadi masa you ada kat Penang hari tu. Nia berkahwin dengan Haikal pun sebab Amira tinggalkan majlis perkahwinannya. Mak Nia minta dia gantikan tempat Amira.Kau bukan tak tau Nia tu macam mana. Dia sanggup melakukan apa saja demi keluarga dia. That’s why you tak boleh nak blame dia dalam masalah ni. Lagipun Haikal dah ada steady girl before this so dia sendiri pernah cakap dengan Nia apa yang berlaku antara dia dan Nia hanya satu kepura-puraan. Haikal tetap akan meneruskan hubungan dia dengan girlfriend dia whether she likes or not.” Tasya menjelaskan hal yang sebenarnya kepada Am supaya dia tidak salah faham dengan Nia.
            “Dia sepatutnya bagitau kat I. You know what, masa Haikal bagi kad jemputan kahwin dia dengan Nia, I dah macam kind of fool person. Haikal seolah-olah tahu siapa I dengan Nia.” Am melepaskan keluhan dihatinya.
            “Am… you should know Nia terlalu mencintai diri you. Dia pun terseksa dengan semua perkahwinan ni. You patut cuba memahami keadaan dia bukan menyalahkan dia.” Kini Nadia pula yang cuba menjelaskan kepada Am.
            Tasya dan Nadia tahu betapa kuatnya cinta  Am untuk Nia tapi sebagai kawan mereka tak akan membiarkan Nia dipersalahkan seratus peratus. Am seharusnya tahu perkara yang menimpa Nia.
            “Kalau betul dia cintakan I, dia tak kan terima perkahwinan tu.” Am meraup wajahnya. Dia masih tidak puas hati dengan segala penjelasan yang diberikan oleh Tasya dan Nadia.
            “Sekarang terpulang pada you sama ada you nak percaya atau tak. We all tak boleh nak paksa-paksa you untuk percayakan kata-kata kami. But one thing that I hope from you is please stop blaming Nia.” Tasya sudah fed up dengan sikap Am yang masih berdegil untuk tidak mendengar penjelasan mereka. Dia faham dengan apa yang dirasakan oleh Am tapi tak sepatutnya Am menyalahkan Nia tanpa usul periksa.
            “I don’t care, yang I tau I akan rebut Nia dari tangan Haikal. He not deserve for Nia. Nia is mine.”
            Tasya dan Nadia saling berpandangan.
            “What you are trying to do? Please stop doing something that might hurt Nia.” Tasya binggung dengan sikap yang seperti ini. Setahunya Am yang dikenalinya selama ini adalah seorang yang penyabar, dapat bertolak ansur tapi sekarang apa yang dilihatnya berlainan dengan perwatakannya sebelum ni. Mungkin benar kata orang cinta dapat membuat manusia berubah.
            “You all just wait and see. After this I akan buat something sebagai permulaan untuk merebut Nia kembali. I tak kan lepaskan Nia.” Keras Am menutur bicara.
            Tiba-tiba Haikal datang menyapa mereka.
            “Hai, ni kawan-kawan Nia ea?” Haikal sudah melabuhkan punggungnya disebelah Am. Tasya dan Nadia sekadar melemparkan senyuman.
            Nia menghampiri mereka berempat.
            “Abang buat pa kat sini? Bukan nak ajak Nia sekali.” Nia turut melabuhkan punggungnya disebelah kawan-kawan baiknya.
            “Saja nak berkenalan dengan kawan-kawan Nia.Asal Nia tak bagitau kat abang yang Amri Eizham ni kawan Nia?” Haikal sengaja menimbulkan persoalan itu di tempat duduk mereka.
            Tasya dan Nadia yang dapat merasa ketegangan disitu cepat-cepat mengubah topik perbicaraan mereka.
            “Nia kau nampak cantik laa pakai baju ni. Dah macam model laa pulak. Kalah aku tau.” Tasya menyelamatkan keadaan.
            “Erm, betul tu.” Nadia mengiakan kata-kata Tasya.
            “Thank you.” Aku sudah tidak tahu untuk berkata apa lagi. Kini dia semeja dengan bekas teman lelakinya dan juga suami yang baru dinikahinya sebulan yang lalu serta kawan-kawannya.
            Am tak habis-habis memandang ke arahku yang bertentangan dengan tempat dudukku. Haikal yang tidak senang dengan sikap Am lantas menegurnya.
            “Cantik sangat ke isteri I sampai you tak jemu memandang dia.” Haikal menunjukkan wajah selamba.
            Aku tidak menyangka yang Haikal akan berkata sebegitu kepada Am. Tasya dan Nadia yang berada dimeja itu terus terdiam tanpa. Am mengangkat kedua-dua belah tangannya menunjukkan dia menyerah. Tidak mahu bertegang urat dengan Haikal.
            “By the way Encik Haikal. I've got something to give to you both as a wedding gift. Special from me.” Am meminta diri untuk memberi sesuatu kepada aku dan Haikal sebagai hadiah perkahwinan kami.
            Tasya dan Nadia seperti sudah tahu sesuatu tapi disorakkan dari pengetahuan aku. Tiba-tiba kedengaran Am membuat satu pengumuman.
            “Sempena dengan majlis perkahwinan bos saya iaitu Encik Haikal dan Puan Nia saya akan menghadiahkan sebuah lagu yang diminta khas oleh Encik Haikal untuk dinyanyikan kepada Puan Nia. Jadi, terimalah ‘milikku saja’.”
            Aku memandang wajah Haikal yang berlagak tenang.  Kemudian dia menoleh ke arahku dan dia tersenyum.
            “Enjoy it. Bukan senang nak dapat orang nyanyi live kat majlis perkahwinan kita.” Sinis kedengaran suara Haikal.
            Am sudah memulakan mendendangkan lagu milikku saja.
           
Dia milikku
Ku puji ku cinta
Tiada habisnya tiada terkira
Dia milikku
            Sedari dulu
            Tiada yang boleh pisahkan dia dariku
            Tiba-tiba kau datang aku kamu menang
            Ku berani bertarung hatinya pasti kukuh
            Dia pasti milikku saja
            Ku yakin hatinya terjaga
            Jangan kau coba-coba         
            Buat hatinya terluka
            Dia cintaku sayangku           
            Bukan kasihmu pacarku      
            Kalau kau tak percaya tanya saja sahabat
            Oh oh oh oh oh ohx7

            Setelah Am selesai mendendangkan lagu para tetamu memberikan tepukan yang gemuruh kepada Am. Am tersenyum dan kembali ke meja kami. Haikal masih lagi dengan wajahnya yang tenang menyambut Am yang menghampiri kami.
            “Nice song. Thanks for the song. I very love it. Isn’t it, Nia?” Haikal memandang ku yang sudah tidak keruan. Tasya mengenggam tanganku yang beada dibawah meja untuk memberi semangat.
            “Oh ya… thanks for the song.” Aku mengiakan saja.
            Am tersenyum melihat aku yang tidak keruan dan Haikal yang masih berlagak tenang dengan semua yang terjadi. Tasya dan Nadia sudah seperti penonton yang menyaksikan sketsa yang menyesakkan jiwa.
            “Good. I glad both of you like it. But, actually that song I sing to you, Mr. Haikal. So, I think you know what I try to tell you.” Am tersenyum sinis.
            “Oh really? I don’t care and  I don’t mind. Now my turn to sing a song to my beloved wife. Sayang…  just wait for me. This song is special for our relationship.” Sebelum Haikal meninggalkan kami dia menghampiriku dan dahiku dicium.
            Am memalingkan wajahnya. Dia tidak sanggup melihat kemesraan Haikal melayan diriku.
            “Sayang… this song is just for you. I love you dear.”  Tetamu pasti binggung dengan apa yang sedang terjadi. Majlis perkahwinanku sudah seperti battle. Dari satu lagu ke lagu yang lain.
I’ve been letting you down, down
Girl I know I’ve been such a fool
Giving in to temptation
When I should’ve played it cool
The situation got out of hand
I hope you understand
It can happen to..
Anyone of us, anyone you think of
Anyone can fall
Anyone can hurt someone they love
Hearts will break
’cause I made a stupid mistake
It can happen to..
Anyone of us, say you will forgive me
Anyone can fail
Say you will believe me
I can’t take my heart will break
’cause I made a stupid mistake
A stupid mistake

She was kind of exciting
A little crazy I should’ve known
She must have altered my senses
’cause I offered to walk her home
The situation got out of hand
I hope you understand

A stupid mistake
She means nothing to me
(nothing to me)
I swear every word is true
Don’t wanna lose you
                Entah kenapa hatiku senang mendengar Haikal mendendangkan lagu tersebut kepadaku. ‘Sudahkah aku jatuh kasih dan sayang kepadanya?’ desis hatiku.
            Haikal kembali ke meja. Kini dia melabuhkan dirinya bersebelahan denganku. Lantas tanganku diambil dan diciumnya.
            “Sayang I’m sorry what I’ve done for you before this. Would you forgive me?” haikal menanti jawapanku. Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa, aku hanya menganggukkan kepala. Lantas tubuhku dipeluk erat.
            Aku sudah tidak peduli dengan Am yang berada disitu, apa yang aku tau aku sudah mula mencintai Haikal. Aku membalas pelukkannya.
            “I love you…” bisik Haikal ke telingaku.
            Aku turut membalasnya.
            “I love you too…” tiba-tiba seseorang memberi tepukkan kepada kami berdua. Haikal melepaskan pelukkan dan menoleh ke arah tepukkan itu. Aku juga turut menoleh ke arah itu.
            “Sofea…!” nama itu meniti dibibirnya.
            Aku terpana. Tasya, Nadia dan Am yang berada disitu turut terpana.
            “Thank you Afli… thank you so much. Patut laa selama ni bila I call you, you selalu kata you sibuk rupanya you sibuk dengan perkahwinan you. You buat I macam orang bodoh menunggu panggilan you. Thank you again Afli.” Lantas perempuan itu meninggalkan kami dengan air mata yang membasahi dipipi.
            “Sofea… tunggu.” Haikal ingin mengejarnya tapi aku sempat menghalangnya namun sia-sia apabila dia menarik tangannya dari pegangan aku. Aku ditinggalkan disitu seperti orang bodoh. Para hadirin semua sibuk menyaksikan Haikal meninggalkan aku demi mengejar wanita lain.
            Mama dan daddy meneriak memanggil nama Haikal untuk kembali tapi langsung tidak dihiraunya. Tasya dan Nadia mengusap-usap tubuhku. Am turut menyaksikan semua itu tidak dapat berkata apa-apa.
            Sekali lagi aku disakiti Haikal. Dia mengungkapkan kata-kata cinta sekadar dibibir bukan lahir dari hatinya. Aku yang bodoh kerna mempercayai semua kata-katanya. Mataku berpinar-pinar dan kepalaku terasa pening. Air mata yang galak menitis dipipi tidak dapat ku bendung. Dengan para tetamu yang berbisikan sesame mereka menyebabkan aku terasa sesak. Aku yang seperti tidak dapat bertahan akhirnya jatuh rebah namun pantas disambut oleh Am.

Perlahan-lahan aku membuka mataku dan aku melihat aku berada kini berada didalam bilik. Aku melihat disekelilingku wajah mama, daddy, mak, ayah, Amirul, Hafiz dan Anna sedang menunggu aku sedar. Tapi hanya satu wajah yang aku ingin melihat disini tidak ada, Haikal.
            Aku cuba bangun untuk bersandar dibirai katil dibantu oleh mama.
            “Ma… abang Haikal mana?” soalku kepada mama. Walaupun aku tau apa yang bakal aku dengari akan menyakitkan hati tapi aku masih berharap yang Haikal akan turut bersama dengan mereka.
            “Haikal tak da dengan kita Nia. Sejak semalam lagi dia tak balik sini.” Jawab mama sambil mengusap tubuhku.
            Air mata ku menitis sedikit demi sedikit.
            “Mama… daddy… izinkan Nia balik ikut mak dengan ayah Nia. Nia perlu waktu untuk semua ni. Boleh ye, mama?” aku meminta izin kepada kedua orang mentuaku untuk pulang bersama mak dan ayah. Aku tidak sanggup untuk terus dilukai oleh Haikal lagi.
            “Tapi macam mana dengan kamu dan Haikal?” soal mama.
            “Nia tak tahu. Sekarang ni, semua keputusan berada dalam tangan Haikal. Apapun keputusan Haikal, Nia terima.” Aku masih lagi mengalirkan air mata.
            “Balik laa jika itu dapat buat Nia tenang. Mama minta maaf bagi pihak Haikal. Tak sepatutnya dia melakukan ini kepada kamu. Mama minta maaf.” Mama turut mengalirkan air mata.
            Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
            “Tak mama tak salah. Tak ada sesiapa pun yang salah dalam hal ni. Yang salahnya Nia sebab membiarkan perasaan Nia hanyut bersama Haikal sedangkan Nia tahu yang Haikal mencintai perempuan lain.” Aku mengesat air mata mama. Lantas tubuhku dipeluk erat.
            “Nia menantu mama, mama sayangkan Nia. Tapi demi kebahagiaan Nia mama lepaskan kamu ikut mak dan ayah kamu balik. Mungkin disana Nia dapat menenangkan hati Nia.” Mama meleraikan pelukkan.
            “Terima kasih ma... daddy.” Daddy hanya menganggukkan kepalanya.            
            “Kak Nia…. Anna sayang kak Nia. Anna minta maaf bagi pihak abang long ye.” Anna memeluk diriku sambil teresak-esak.
            “Tak pe Anna. Kak Nia tak marah abang long Anna pun. Kak Nia faham. Kak Nia pun sayang Anna juga.” Aku mengusap belakang Anna. Hafiz juga menghampiriku dan meminta aku memeluk dirinyan juga.
            “Hafiz pun sayang kak Nia.” Aku tidak dapat membendung rasa sebak menahan begitu kasihnya mereka kepadaku.
            “Kak Nia pun.”
            “Mak… ayah Nia ikut mak dengan ayah balik rumah ye. Kita balik rumah kita k. Nia rindu nak balik rumah kita.” Aku memandang ke arah kedua orang tuaku yang dari tadi hanya menyaksikan semua yang terjadi.
            “Ye sayang… kita balik rumah kita.” Mak mengiakan kata-kataku.
            Aku bersiap-siap untuk mengikut mak, ayah dan Amirul untuk pulang ke rumah. Sebelum itu aku sempat menulis sepucuk surat kepada Haikal.
            “Mama… tolong bagi surat ni kat abang Haikal ye. Sampaikan kepadanya yang Nia minta maaf dan halalkan semua makan minum Nia selama ni.” aku menyerahkan surat tersebut kepada mama.
            “Kenapa Nia cakap macam tu? Nia tak kan pergi tinggalkan keluarga ni terus kan…” sayu suara mama kedengaran.
            “Nia perlukan ketenangan dan masa untuk lupakan semua yang terjadi. Tak mudah bagi Nia nak hadapi semua ni. Nia harap mama faham dengan keputusan yang Nia ambil ni.” aku berharap pengertian dari mama dan juga seluruh keluarga Haikal.
            Aku bersyukur kerna family Haikal dapat menerimaku tapi aku tidak sanggup untuk terus dilukai lagi. Cukup laa dengan semua perbuatan Haikal kepadaku selama ni. Biarlah segala yang terjadi aku jadikan sebagai kenangan.
            Aku bersalaman dengan semua disitu sebelum aku melangkah pergi meninggalkan mereka. Berkali-kali dahiku dicium oleh mama. Begitu juga dengan Anna yang tidak mahu melepaskan pelukkannya.
            “Ma… daddy, Anna, Hafiz… kak Nia pergi dulu. Assalamuailaikum.” Aku meminta diri. Aku tidak sanggup menunggu lagi disitu, takut aku tidak sanggup pergi meninggalkan mereka.
            Didalam kereta aku mengalirkan air mata mengenangkan Haikal yang pergi meninggalkanku untuk Sofea.  ‘Abang… terima kasih atas semua yang pernah abang cipta untuk Nia. Terima kasih. Nia sayangkan abang.’ Bisik kecil hatiku.

7 comments:

  1. what theeeee..
    adoi..
    haikal ni.
    kot iye pon, agak2 arr. dalam majlis tuu.
    cissskek betul.

    ReplyDelete
  2. adeeehh.... cianlah awak nia....

    takpe kelak kau akan berbahagia.

    ReplyDelete
  3. cian nia sampai hati haikal buat nia cam tu tapi tak pa nia buktikan bahawa nia masih dapat hidup bahagia walaupun tanpa haikal satu hari nanti mesti haikal menyesal sabar ye nia mungkin ada hikmah disebalik nya

    ReplyDelete
  4. erm.. klu cite nieyh boring gtau erk..

    ReplyDelete
  5. Uwaa~ TT^TT
    smpai hati Haikal tgglkan Nia mcm tu...! ni yg nk emo nih!
    haha.. go Nina! nak lagi dan lagi~!

    ReplyDelete
  6. sedihh nye..sian kt nia...cpt2 sambung yee...

    ReplyDelete