Saturday, March 19, 2011

bab 13


“Nain…” Amira mendapatkan Zulkarnain yang leka membuat kerja di dalam bilik kerjanya. Zulkarnain berpaling melihat Amira yang sudah lencun dengan air mata yang membasahi pipinya.
            “What happen?”
            Zulkarnain mendekati Amira yang berada di muka pintu bilik kerjanya. Belum sempat dia mendapatkan Amira, Amira lebih pantas memeluk dirinya dengan esakan. Zulkarnain dapat merasakan yang Amira melalui hari yang sukar pada hari ini. Jika tidak, masakan Amira berkelakuan seperti ini.
            “Mira…” lembut Zulkarnain memanggil Amira untuk menatapnya.
            Amira meleraikan pelukannya.
            “Can you tell me, why are you crying like this?” soal Zulkarnain.
            Amira menarik tangan Zulkarnain untuk duduk disofa didalam bilik tersebut. Zulkarnain hanya mengikut langkah Amira.
“I… I… I rindukan mak, ayah, kakak and adik I.” perlahan-lahan Amira memulakan percakapannya.
“But, asal tiba-tiba je ni? Before this, I tengok you okay je.” Zulkarnain masih tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh Amira. Dia pasti ada sesuatu yang menyebabkan Amira berkelakuan seperti ini.
“Tadi I ada terjumpa kak Nia kat Pavillion. Bila I tengok dia, I teringatkan mak dan ayah I.  Nain… kita balik jumpa parent kita okay? Sampai bila kita nak sembunyikan hal ni dari diorang. Lagipun semua yang terjadi ni salah kita. Kita balik ya…” Amira cuba memujuk Zulkarnain.
Wajah Zulkarnain mula tidak keruan. Dia akui apa yang terjadi antara dia dan Amira memang merupakan kesalahan mereka berdua. Tapi, dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan ahli keluarganya yang lain apabila mengetahui dia dan Amira telah mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan keluarga mereka.
Dia telah menikah dengan Amira selepas tiga bulan mereka berdua meninggalkan majlis perkahwinan mereka. Oleh sebab itu juga dia tidak mahu untuk pulang ke pangkuan ahli keluarganya.
“Nain…” Amira menegur Zulkarnain yang leka sedang memikirkan sesuatu.
“Yeah…” Zulkarnain tersedar dari lamunannya.
“You dengar tak apa yang I katakan ni?” Amira menyoal Zulkarnain yang masih dalam kebinggungan.
“Ya… I dengar.”
“So? Kita balik kay.” Sekali lagi Amira mencuba nasib sambil memaut lembut lengan Zulkarnain.
Amira terkejut apabila pautannya ditarik kasar oleh Zulkarnain.
“No! Kita tak akan balik. Never!” sergah Zulkarnain.
Lalu Zulkarnain meninggalkan Amira yang masih terkedu di dalam bilik tersebut.
Amira menitiskan air matanya. Dia benar-benar terkejut dengan sikap Zulkarnain terhadap dirinya. Sebelum ini, Zulkarnain tidak pernah berkasar dengannya. Di dalam bilik kerja Zulkarnain bergema dengan sedu sedan Amira.

Dari jauh Haikal melihat Nia sedang leka termenung di taman rumah mereka. Minggu ini Haikal sengaja membawa Nia balik ke rumah mereka. Memandangkan Nia masih lagi memikirkan perkara yang mengganggu fikiranya sejak mereka pulang dari Pavillion. Haikal risau melihat Nia berkelakuan seperti itu.
            Kadang-kadang Nia akan meracau di dalam mimpinya. Dia sering menyebut nama Amira. Mungkin Nia terlalu merindui adiknya itu.
            Perlahan-lahan Haikal mendekati Nia. Kemudian dia menyentuh bahu Nia. Nia terkejut dengan kehadiran Haikal di situ.  Cepat-cepat dia mengesat air matanya.
            “Sayang…” 
            Haikal kini berada betul-betul dihadapan Nia. Dia mengeleng kepalanya melihat Nia seperti itu. Dia tidak tahu cara untuk memujuk Nia supaya tidak berkelakuan seperti ini. Nia seolah-olah bukan seperti Nia yang pernah dikenalinya satu ketika dahulu.
            “Awal abang balik hari ni?” Nia cuba mengelak dari ditanya oleh Haikal kenapa dia menangis. Nia mengambil briefcase Haikal lalu mencium tangan suaminya itu.
            Haikal mengeluh kecil. Dia pasti Nia cuba mengelakkan dirinya dari pertanyaan yang bakal disoalnya. Walaupun usia perkahwinan mereka belum mencecah setahun tapi dia sudah dapat menbaca semua gerak geri Nia.
            “Saja abang balik awal. Abang ingat nak ajak Nia makan malam kat luar hari ni. Baby abang hari tak buat hal ke?”
            Haikal tidak mahu memberi tekanan kepada Nia lalu dia turut memainkan peranan dalam permasalahan ini. Dia mengerti Nia mungkin tidak bersedia berkongsi dengannya tentang semua yang sedang berlaku.
            Nia hanya mengukir senyuman kepada Haikal. Dia lega Haikal tidak menanyakan perkara itu kepadanya lagi.
            “Tak payah laa abang. Lagipun Nia baru je selesai masak lauk kegemaran abang.” Nia memperbetulkan kedudukannya. Haikal juga turut melabuhkan punggung bersebelahn dengan Nia.
            “Lauk kegemaran abang? Yang mana satu ni? Lauk favourite abang ada banyak…” dengan nada yang ingin bergurau.
            “Nia masak asam pedas ikan pari. Abang sukakan ikan pari…” Haikal menarik nafasnya ala gaya ingin menghidu bau masakan yang dikatakan oleh Nia.
            Nia sudah ketawa kecil melihat gelangat Haikal. Haikal yang terdengar ketawa Nia perlahan-lahan mengukirkan senyuman.
            “Jom laa Nia.. abang dah lapar ni. Perut abang dah minta untuk diisi. Lagipun sekarang dah petang. Tak elok perempaun mengandung duduk kat luar macam ni. Nanti masuk angin.” Haikal mengajak Nia masuk ke dalam rumah mereka.
            Nia hanya menjawab dengan menganggukkan kepalanya.
            Mereka berdua beriringan masuk ke dalam rumah sambil berpimpinan tangan.

“Sedap Nia masak asam pedas tadi.” puji Haikal sebaik saja mereka berdua selesai menjamu selera.
            Nia tersenyum mendengar pujian Haikal. Nia ingin mengemas meja makan namun dengan pantas dihalang oleh Haikal.
            “Nanti biar abang yang tolong kemaskan. Sekarang abang nak bersembang dengan Nia. Dah jarang abang tak dengar Nia bercerita. Rindu…”  
            Haikal mengambil tangan isterinya lalu bibirnya memberi satu ciuman ditangan halus itu.
            Nia pelik melihat Haikal pada malam ini. Selalunya selepas selesai menjamu selera Haikal terlebih dahulu yang masuk ke dalam bilik untuk menguruskan kerjanya tapi berlainan pula dengan malam ini.
            Untuk tidak mengecilkan hati Haikal, Nia menurut kata-kata Haikal.
            Haikal sudah menarik tangan Nia untuk mengikut dirinya ke ruang tamu. Kemudian dia melabuhkan punggungnya dikerusi panjang yang berhadapan dengan televisyen.
            Haikal memalih tubuh Nia yang memandang ke arah televisyen untuk berhadapan dengannya. Haikal merenung tajam mata Nia yang tidak mengerti dengan Haikal.
            “Abang….” Nia menegur Haikal yang tajam merenung ke arah matanya.
             Dia tidak sanggup bertatapan dengan mata Haikal yang cukup membuat hatinya berkocak hebat.
            “Ye sayang…” kata-kata Haikal seolah-olah membisik ke telinganya.
            “Asal abang tengok Nia macam tu?”
            Nia mengerutkan dahinya dengan sikap Haikal. ‘Asal pula dengan laki aku malam ni? Dema ke apa?’ desis Nia.
            “Saja… salah ke abang nak tengok Nia macam tu?” suara Haikal yang seakan ingin mengoda.
            Nia sudah seperti cacing kepanasan dengan tingkah laku Haikal. Dia mengarukan kepalanya yang tidak terasa gatal.
            “Salah tu memang tidak tapi just pelik.” Jujur Nia.
            Haikal menaikkan sebelah keningnya.
            “Pelik?”
            Nia mengiakannya.
            “Apa yang pelik? Abang rasa biasa je…” Haikal sengaja ingin bertarik tali dengan Nia. Hanya dengan cari ini, dia dapat banyak mendengar suara Nia bercerita. Jika tidak, Nia lebih banyak mendiamkan diri. Kalau tak pun, Nia lebih memilih untuk menjadi pendengar yang setia.
            “Pelik laa…. Tak pernah-pernah abang macam ni. Selalunya lepas makan malam abang terus masuk bilik tapi malam tak pula. Then, abang tenung Nia ni semacam. Sampai naik bulu roma Nia tau. And,  cara abang tersengih-sengih tu…” Nia memuncungkan mulutnya untuk menunjuk ke arah senyuman Haikal yang meleret itu tapi disalah tafsir oleh Haikal.
            Haikal lebih pantas bertindak mencium bibirnya. Lama mereka dalam keadaan begitu. Sesekali Haikal menggosok belakangnya.
            Nia terpaku dengan tindakan drastic Haikal mencium bibirnya. Dia sangkakan ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh Haikal kepadanya tapi ternyata lain jadinya. Bibir Haikal lembut melepaskan pautan bibirnya.
            “I love you so much…” perlahan kata Haikal.
             Haikal beralih ke kandungannya lalu Haikal turut memberi ciuman ke perutnya.
            “…and also you.” Haikal menyudahkan kata-katanya.
            Tanpa disedari, Nia mengalirkan air mata. Dia sedar yang sejak akhir-akhir ini, dia lebih banyak sensitive dengan apa yang terjadi.
            Haikal mengesat air mata yang hangat mengalir di pipi isteri kesayangannya itu. Dia tidak mahu melihat Nia terus menitiskan air mata.
            “This tear… is mine. Nia tak boleh suka-suka hati nak bazirkan air mata ini. Okay sayang…” haikal memeluk tubuh Nia.
            “Abang…. I love you much more than you love me. Thank you for loving me.” Nia membalas pelukkan Haikal.
            “Nia… abang minta if apa-apa yang membebani Nia, tolong kongsi dengan abang. Abang tak sanggup tengok Nia memendam semua ni. I know, you trying to hide something from me. I hope after this, Nia luahkan semua yang Nia rasa tu kat abang. Kalau perlu, abang sanggup bahu abang menjadi tempat Nia meluahkan rasa dan telinga abang sebagai pendengar cerita hati Nia. Please sayang…” panjang lebar Haikal cuba memujuk Nia.
            Nia melepaskan pelukkan lalu menatap Haikal.
            “Abang… Nia minta maaf. Bukan maksud Nia nak rahsiakan semua rasa hati Nia dari abang. Tapi Nia tak nak susahkan abang…”
            Pantas jari Haikal menghalang Nia dari terus berkata-kata.
            “Nia tak pernah susahkan abang. Masalah Nia, masalah abang. Abang harap sangat Nia sudi kongsi dengan abang. Kecuali laa jika abang tak sempurna untuk Nia…”
            Kini giliran Nia menekup mulut Haikal.
            “Abang… Nia janji Nia akan kongsi semuanya dengan abang. Tapi, abang jangan laa terus menerus merayu macam ni kat Nia. Abang merupakan suami dan lelaki yang paling sempurna untuk Nia. Abang jangan cakap macam tu lagi okay.”
            Nia kembali memeluk Haikal.
            “Sayang janji akan kongsi semuanya dengan abang? Betul ni?” duga Haikal.
            Nia yang masih memeluk Haikal, memberikan anggukkan.
            “Nia janji, lepas ni apa pun masalah Nia, Nia akan kongsi dengan abang.”
            Wajah Haikal yang membelakangi tubuh Nia, mengukirkan senyuman. Dia lega mendengar isterinya akan berkongsi masalah bersamanya. Dia tidak mahu lagi membiarkan isterinya tenggelam dengan rintahan hati sendiri.
            “Terima kasih sayang… thank you so much.”
            Malam itu, mereka berdua sama-sama meluahkan segala yang terbukku di dalam hati terutamanya Nia. Haikal menjadi pendengar setia kepada semua cerita yang selama ini terbuku di dalam hati Nia.
            Baru dia tahu sedikit sebanyak tentang sikap Nia yang berubah sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja masalah Amira tetapi juga tentang Karl Ariff. Hati Haikal menjadi panas apabila bibir isterinya menyebut nama lelaki yang pernah menyukai isterinya dalam diam. Walaupun Karl Ariff itu merupakan sahabat karibnya tetapi, dia tahu Ariff sangat menyimpan perasaan kepada Nia.
            Dalam keasyikan mendengar cerita Nia. Tiba-tiba dia terasa bahunya dihempap oleh sesuatu. Haikal menoleh ke arah bahunya lalu dia melihat Nia sudah terlentok manja dibahu kirinya. Dia mengerling melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Pantas saja isterinya sudah terlena.  
            Dengan berhati-hati, Haikal mengangkat tubuh Nia yang sarat dengan mengandung ke bilik mereka. Dia meletakkan Nia diatas katil kemudian menyelimutkan Nia. Lalu Haikal mencium dahi Nia. Haikal turut rebah disebelah Nia. Akhirnya malam itu merupakan malam yang dapat memberi ketenagan kepadanya. Dia tidak payah memeningkan fikirannya memikir soal Nia.
            Lama kelamaan Haikal juga terlena sambil sebelah tangannya memeluk erat tubuh isterinya itu.

2 comments:

  1. sory sbb lmbt post n sory if bab ni xmemuaskan or xbst ke apa2 laa.. sorry again.. =)

    ReplyDelete

relax corner ..!!!