Monday, April 11, 2011

bab 16


“Encik Haikal saya berharap Encik Haikal banyak-banyak bersabar. Puan Nia mungkin tidak dapat bertahan dengan lebih lama. Keadaannya semakin menurun. Jadi, jika Encik Haikal atau ahli keluarga nak melawat dia saya benarkan tapi hanya seorang demi seorang.” Kata-kata doktor betul-betul membuatkan Haikal mati akal. Apa yang dia tahu hanya Nia. Nia!
            Ahli keluarganya yang lain turut hiba dengan situasi seperti itu. Mama mendekati Haikal yang terduduk dihadapan pintu masuk bilik pembedahan sambil menekup muka.
            “Haikal…” sapa mama.
            Haikal mengangkat wajahnya yang lencun dengan air mata.
            “Mama…” tanpa menunggu lagi. Haikal memeluk mamanya. Dia tidak dapat bertahan dengan semua yang terjadi.
            “Haikal sabar ye nak. Mungkin kita kena relakan Nia.” Kata mama dengan esakan yang bersisa.
            “Tapi ma.. Ekal… ekal..” dia memang tidak dapat meneruskan kata-katanya.
            Ahli keluarga dan kawan-kawan juga menitiskan air mata. Tambah-tambah yang rapat dengan Nia.
            “Haikal… mama rasa lebih baik Haikal yang masuk ke dalam dulu. Haikal tabahkan diri Haikal. Mama tau yang Haikal cintakan Nia tapi mungkin Allah lebih menyayanginya daripada kita semua. Okay…” mamanya cuba memujuk. Dia tahu bukan mudah untuk anak lelakinya melepaskan orang yang disayangi. Tapi mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya.
            Haikal mengangguk lemah kepalanya. Lalu perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik pembedahan.

Haikal melihat tubuh Nia yang kaku. Mengalir air matanya melihat Nia dalam keadaan seperti itu. Selalunya isterinya ceria dengan hidupnya tapi kini Nia bertarung nyawa. Haikal kembali ingat kata-kata Nia didalam mimpinya dan didalam diari. Mungkin benar Nia akan pergi meninggalkan dirinya.
            Haikal mencium lembut dahi isterinya yang dingin. Wajah Nia kelihatan tenang dan tiada keresahan atau kegelisahan melanda wajah isterinya yang putih itu.
            “Nia… macam mana abang nak teruskan hidup abang jika Nia pergi tinggalkan abang. Macam mana pula dengan anak kita, Nur Adrianna Miazara. Nia abang mohon supaya Nia bertahan demi cinta kita. Tolong laa Nia. Abang sayangkanNia, cintakan Nia. Please don’t leave me. I need you. What I’m supposed to do if you were not here with me? Nia… bangun laa. Abang merayu dengan Nia. Bangun laa sayang.” Haikal berbisik ditelinga isterinya.
            Tiba-tiba tubuh Nia menggeletar. Keadaan menjadi cemas. Doktor dan jururawat memasuki ke ruang tersebut dengan tergesa-gesa.
            “Doktor, apa yang terjadi ni?” Haikal panic melihat Nia seperti itu.
            “Maaf Encik Haikal. Mungkin berlaku komplikasi. Encik Haikal tolong tunggu di luar.” Kata doktor.
            Tubuh Haikal di dorong untuk keluar.
            Kesemua ahli keluarga terkejut melihat Haikal yang banjir dengan air mata dipipinya. Dia sudah seperti mayat hidup yang pucat. Terhenjut-henjut bahu Haikal menahan tangisan.
            “Ma…” hanya itu yang terkeluar dari mulut Haikal. Dia tidak tahu dengan siapa ingin dia tuju rasa hatinya. Hanya mama yang paling memahami dirinya.
            “Haikal… bersabar ye nak.” Kali ini bukan mama yang memujuknya tapi mak dan ayah mentuanya.
            Mak dan ayah mentuanya juga kelihatan begitu sedih.
            “Mak, ayah… Ekal sayangkan Nia…” itu yang diluahkan.
            Kedengaran suara ahli keluarga dan kawan-kawan teresak-esak dengan tangisan yang semakin menjadi-jadi.
            Mamanya sudah hilang dari pandangan mata. Mungkin mama tidak sanggup melihat adegan yang sesedih ini. Haikal tahu betapa sayangnya mama kepada Nia.
            “Ekal kena bersabar. Mungkin ni sudah ketentuan yang Maha Esa. Kita sebagai hamba-Nya harus merelakannya. Haikal kena kuat. Kami sebagai keluarga Haikal akan sentiasa menyokong Haikal.” Kata ayah mentuanya membuat Haikal sedikit meredakan tangisannya.
            ‘Ya Allah jika benar ini pengakhiran kisah aku dan dia. Aku redha ya Allah. Aku redha dia pergi. Mungkin ini yang terbaik untuk dirinya. Tapi aku mohon supaya berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Aku mohon ya Allah. Bantulah aku.’  Haikal memanjatkan doanya kepada yang Maha Esa.
            Mungkin dia harus dan merelakan Nia. Jika tidak mungkin Nia menderita menahan kesakitan.
            ‘Nia… abang sayangkan Nia. Abang cintakan Nia. Pergilah sayang. Pergilah jika dapat membuatkan sayang tenang. Abang janji abang akan sayang anak kita melebihi segalanya. Itu janji abang pada Nia. Jika sayang pergi dulu, tunggukan abang dipintu syurga.’ Rintih hati Haikal.

Sudah dua bulan perkara itu berlalu. Segala kesedihan dapat diredakan. Perempuan yang berada di dalam hatinya hanyalah Nur Nia Maiasara. Tiada perempuan lain yang dapat menjadi pemaisuri dalam hati ini. Jika ada pun hanyalah anak perempuan mereka, Nur Adrianna Miazara.
            Jika diberikan peluang untuk memutarkan masa, dia ingin memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada Nia dan tidak akan pernah sesekali menyakiti hatinya. Tapi apakan daya, masa hanya terus berlalu bukan kembali berputar. Dia harus menerima kenyataan yang semuanya sudah berlalu.
            “Jauh termenung.” Seseorang memeluk tengkuknya dari belakang.
            Haikal dapat mengagak siapa yang memeluknya. Dengan bau Christion Dior Jadore, dia pasti ini pasti…
            “Aik! Darling abang ni baru mandi ke? Wangi je bau. Nak goda abang ke ni?” Haikal menarik tangan milik perempuan itu menghadapnya.
            Wajah perempuan hanya tersenyum melihat Haikal tersengih-sengih memandangnya.
            “Abang ni… wangi pun salah, busuk pun salah.” Perempuan itu cuba memperlahankan nada suaranya.
            Kini dia sudah berada disebelah Haikal.
            “Abang tak kata salah pun. Abang puji sayang lah.” Kata Haikal seakan-akan mengoda.
            “Ni yang buat Nia semakin sayang kat abang ni.” kata Nia sambil memegang tangan Haikal.
            Nia terselamat pada malam itu. Haikal benar-benar terkejut dengan apa yang disampaikan oleh doktor kepada mereka.
            “Encik Haikal, isteri awak terselamat dan sekarang keadaaannya stabil. Ni berkat doa Encik Haikal dan keluarga. Mungkin dalam beberapa jam lagi, Puan Nia akan sedarkan diri.” Kata doktor sambil menepuk bahunya.
            Berita yang disampaikan betul-betul mengejutkan semua orang. Haikal tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa.
            “Ish, abang ni. Orang tengah cakap dengan dia, boleh lagi tu dia gi mengelamun.” Nia ingin pergi meninggalkan Haikal namun pantas dihalang oleh Haikal.
            “Bukan mengelamun la sayang. Abang teringatkan masa Nia hampir-hampir nak pergi tinggalkan kami semua. Abang tak dapat bayangkan jika Nia betul-betul pergi masa tu. Abang…”
            Belum sempat Haikal menghabiskan ayatnya. Nia meletakkan jarinya dibibir Haikal.
            “Abang… Nia minta maaf jika malam tu, Nia dah susahkan hati abang. Maafka Nia.” Nia mengucup lembut tangan Haikal yang masih digenggamnya.
            “Bukan salah Nia pun. Tak apa laa sayang. Apa yang terjadi membuatkan abang lebih menghargai Nia. Abang berjanji, abang akan bahagiakan Nia dan juga anak-anak kita yang ada dan yang akan datang.”
            Kata-kata Haikal membuatkan Nia membulatkan matanya.
            “Amboi abang. Anak baru umur dua bulan dah merancang nak anak baru ke?” soal Nia dalam nada yang lembut.
            “Apa salahnya. Nak buat senang je.” Selamba Haikal berkata.
            “Yela, senang untuk abang. Tapi siapa yang nak beranak? Nia juga kan. Suka hati dia je.”
            Nia menghadiahkan Haikal satu cubitan.
            “Aduh… Nia ni. Nak bergurau pun tak boleh.” Haikal berpura-pura merajuk. Dia ingin melihat apa yang ingin dilakukan oleh isterinya untuk memujuknya.
            “Eh, abang. Anak kita menangis la. Nia masuk dulu ea.”
            Harapannya menunggu Nia memujuknya meleset sama sekali. Sejak dah ada anak ni, Nia lebih memberi tumpuan kepada puteri kecil mereka. Nak buat macam mana. Anak didahulukan, suami dikemudiankan.
            ‘Tak apa tunggu la malam sikit. Tau la macam mana nak buat. He he he’ akalnya merancanakan sesuatu.
            Haikal mengejar Nia masuk ke dalam rumah.

5 comments:

  1. fuh!! lega rasanya.
    tadi hati sebak dah hmpir2 nak nangis bila bc part atas tu.
    tp akhirnya nia slmt gak...
    best crita ni..cpt2 smbung ye.

    ReplyDelete
  2. siti.. hehe.. ok2... bydaway thnx.. =D
    amira: ngee.. hehe

    ReplyDelete
  3. lega rasanya.part atas tu dada dah dup dap dup dap.rasa nk nangis je tapi bila baca yg bawah fuhh lega nia slmt.cepat sambung ye

    ReplyDelete
  4. heheh.. skali skala bg suspen.. huhuhu.. wokeyh! akn nina try siap kn ari ni gak.. huhuhu.. TQ =D

    ReplyDelete