Thursday, March 3, 2011

bab 7


“Mama… Nia ada kat sini tak?” kelam kabut Haikal masuk ke dalam rumah mamanya.
            Mama hanya membisukan dirinya. Malas untuk menjawab soalan anak lelakinya tidak bertanggungjawab seperti itu.
            “Mama… Ekal tanya ni, Nia ada kat sini ke tak? Kat rumah pun tak da, kat rumah sewa dia pun dia tak balik. Risau Ekal dibuatnya.” Tanya Haikal lagi.
            Datin Rozmiza yang tidak dapat menahan geram dihatinya lantas memberi satu tamparan ke pipi Haikal. Seumur hidupnya, tidak pernah sekali anak-anaknya dipukul atau ditamparnya tapi kali ini perbuatan Haikal amat melampaui batas.
            Haikal terasa perit pipinya ditampar oleh mamanya.
            “Asal mama tampar Ekal? Apa yang Ekal dah buat sampai mama tampar Ekal?” Haikal menggosok-gosok pipinya yang sudah bertukar warna. Pipinya yang putih gebu sudah menjadi kemerah-merahan.
            “Ekal tanya apa salah Ekal… Ekal tau tak apa yang Ekal lakukan masa majlis perkahwinan tu keterlaluan. Kamu sanggup tinggalkan Nia disitu dengan para tetamu yang ramai demi mengejar kekasih hati kamu tu. Kamu memang layak untuk ditampar kamu tau tak. Perbuatan kamu ni memang tak boleh dimaafkan. Mama sedih sebab mama dapat anak macam kamu ni.” Datin Rozmiza sudah terhenjut-henjut. Segala yang terbuku dihatinya telah diluahkan kepada Haikal.
            Haikal cuba memujuk mamanya untuk berhenti menangis.
            “Mama… Ekal minta maaf. Hari tu Ekal terpaksa. Ekal kena beri penjelasan kat Sofea dengan apa yang berlaku. Ekal dah terang kat dia yang Ekal dah mula menyayangi Nia. Ekal nak Sofea faham yang Ekal dan dia dah tak ada apa-apa hubungan. Ekal cuma sayangkan Nia je bukan Sofea ataupun orang lain. Ekal tau perbuatan Ekal meninggalkan majlis tu salah, tapi masa tu Ekal tak tau nak buat pa. Sekarang ni, Ekal cuma nak jumpa Nia untuk minta maaf kat dia mama. Bagi Ekal jumpa dengan Nia kejap… please mama.” Haikal merayu-rayu kepada mamanya untuk membenarkan dia berjumpa dengan Nia.
            “Dah terlambat Ekal. Nia tak da kat sini.” Mama mengesat air matanya.
            Haikal terkedu.
            “Apa maksud mama? Ekal tak faham… apa yang terlambat? Mama jangan tipu Ekal…” Haikal memegang kedua-dua bahu mamanya untuk mengetahui kebenaran yang sebenar.
            “Nia dah pergi dari sini. Dia ikut mak dan ayah mentua kamu pulang ke rumah. Hatinya terluka teruk dengan semua perbuatan kamu dekat dia.” Haikal terduduk mendengar Nia telah pergi meninggalkannya.
            Mama sudah pergi ke dalam bilik dan kembali dengan memegang sesuatu ditangannya.
            “Sebelum Nia pergi Nia berikan mama surat ni untuk berikan kepada kamu. Dia minta kamu maafkan dia dan halalkan makan minum dia selama dia tinggal bersama kamu.” Mama menyerahkan surat tersebut kepada Haikal.
            Surat itu dibuka dan dibaca.

Assalamuailaikum,
            Abang… Nia minta maaf kerna pergi tanpa meminta izin dari abang tapi Nia tidak mungkin menghubungi abang yang tengah memujuk Sofea. Jadi Nia meminta izin dari mama dgn daddy. Diorg mengizinkan Nia untuk pergi. Nia harap lepas ni, abang tak usah laa cari Nia lagi. Nia tahu abang masih mencintai Sofea dan semua kata-kata dan ungkapan abg kat Nia pd mlm tu hanya satu kepura-puraan. Abg… sebnarnya Nia sdah jatuh hati dgn abg tnpa Nia sedari. Tp nasib baik abg cpat sedarkan Nia yg perkahwinan kita hnya berlandaskan kepura-puraan. Nia tahu Nia tidak standing dgn Sofea. Jika dibandingkan Nia dgn Sofea, ibarat langit dan bumi kn… abg jika benar abg mncintai Sofea, abg tlg tinggalkn Nia. Biar abg tidak terikat dgn perkahwinan ni lagi. Nia tdak sanggup untuk mnjd boneka cinta abg. Abg ungkap kata cinta dan kemudian abg tngglkan Nia termangu-mangu seorg diri. Nia masih lg ada perasaan abg…. Nia bukan boneka permainan abg yg abg suka2 ambik kemudian abg cmpak. Satu sja yg Nia minta dr abg, anggap sj speri Nia sedang merayu kat abg. Ceraikan Nia! Boleh Nia kembali ke kehidupan Nia yg asl dn abg bleh truskan hbungan abg dgn Sofea. Jika Nia  masih terikat itu akn menganggu hbungan abg dn Sofea. Nia tak nk jd penghalang cinta abg biarlah Nia mngundurkan diri. Abg jgn rsau Nia tak akn slhkn abg. Semua yang terjd ni salah Nia shrusnya di hari perkahwinan tu Nia bantah untuk teruskan perkahwinan tp Nia tidak lakukan semua tu kemudian Nia biar perasaan Nia hanyut dgn abg. Semua ni slh Nia bkn abg mahupun org lain. Abg tlg ampuni semua salah dan silap Nia sepnjg Nia mnjd isteri abg. Halalkan mkn minum Nia. Dan terima kasih abg kerna sudi memberi Nia kenangan ketika Nia tggal bersma abg. Terima kasih… dan maafkan Nia….
                                                                                                                        Yg benar
                                                                                                                                       Nia maisara

Haikal kembali menutup surat yang diberikan oleh Nia kepadanya. Akhirnya tanpa dia sedari dia menitiskan air mata. Bahunya diusap lembut oleh mama. Dia memandang ke arah mama dengan mata yang berkaca.
            “Dia terluka teruk dengan semua perbuatan kamu kat dia. Ekal… dia seorang perempuan pasti hatinya terluka jika suaminya sendiri memilih untuk meninggalkan dirinya demi perempuan lain. Sekarang ni kamu harus banyak bersabar. Bukan senang untuk Nia menerima semua ni. Beri masa untuk Nia berfikir dan bertenang.” Mama cuba memujuk Haikal yang masih lagi dengan esakan.
            “Tapi ma… Ekal sayangkan Nia. Ekal tak nak lepaskan Nia pergi dari hidup Ekal. Ekal tak boleh hidup tanpa dia ma… Mama kena tolong Ekal. Tolong Ekal, ma…”
            Inilah kali pertama Datin Rozmiza melihat anak lelakinya menitiskan air mata demi seorang wanita. Kasihan juga dia melihat Haikal yang sudah tidak tentu arah tapi Haikal patut sedar perbuatannya malam itu memang susah untuk dimaafkan. Hati Nia sudah dilukai dengan teruk. Sekarang ini apa yang boleh dilakukan hanyalah pasrah dan berdoa supaya jodoh mereka berpanjangan. Jika benar mereka mempunyai jodoh bersama pasti mereka akan disatukan tapi jika tidak mereka harus menerima kenyataan itu.

Sudah sebulan lebih Nia pergi meninggalkan dirinya. Ketika dia pergi ke rumah keluarga mentuanya, Nia sudah pun pergi membawa diri. Dia sendiri tidak tahu ke mana Nia pergi. Apabila ditanykan kepada mak dan ayah mentuanya, mereka sekadar mengegelengkan kepala.
            “Mak tolong bagitau kat Ekal, Nia pergi kemana. Tolong laa mak, ayah… Ekal perlu jumpa dengan Nia. Ekal nak jelaskan semua ni kat Nia mak.” Haikal merayu-rayu kepada mak dan ayah mentuanya.
            “Kami tak tahu Haikal. Sejak balik dari rumah kamu, Nia hanya beritahu pada mak yang dia ingin pergi jauh dari sini. Dia ingin memulih kembali dirinya. Mak tak salahkan kamu dengan apa yang kamu lakukan pada malam tu tapi mak cuma kesal yang kamu berpura-pura mencintai Nia sedangkan kamu mencintai wanita lain.” Keluh mak.
            “Dia tak boleh pergi tinggalkan Ekal mak. Ekal sayangkan dia. Ekal tak pernah berpura-pura mencintainya. Jujur Ekal katakana Ekal memang cintakan Nia sebelum Ekal terima untuk menikah dengan dia lagi.”
            Mak dan ayah tidak faham dengan apa yang ingin disampaikan olehnya. Benar hatinya mula terpaut pada Nia sejak kali pertama dia bertemu dengan Nia di depan pintu masuk Celebrity Fitness. Ketika itu dia sudah tau yang dia mula menyukai Nia. Disebabkan tu juga laa di sanggup terima pernikahan tu. Tapi dia masih keliru dengan perasaannya pada ketika itu. Diantara kesetiaan kepada Sofea atau cinta yang mula berputik untuk Nia.
            “Jika kamu tak mahu teruskan perkahwinan ni, minta tolong sangat. Kamu tolong lepaskan Nia. Mak tak akan marah atau salahkan kamu. Mak tau ni semua salah mak dan ayah yang paksa kamu terima Nia hari tu. Sepatutnya mak membatalkan saja perkahwinan Amira tapi mak takut untuk dapat malu, mak telah paksa Nia dan kamu untuk meneruskan majlis tu. Sekarang mak hanya berharap satu saja dari kamu,ceraikan Nia jika kamu memang tidak sayangkan dia. Nia tak sepatutnya menderita seperti ini. Walaupun dia bukan darah daging mak tapi dia paling banyak berkorban demi keluarga ni. Kamu tolong laa Ekal, mak merayu… lepaskan Nia.” Pipi mak sudah banjir dengan air mata.
            Ayah mengusap-usap bahu mak.
            “Mak. Ayah. Ekal tak akan lepaskan Nia. Ekal cintakan Nia. Ekal janji Ekal apa pun yang terjadi Ekal tetap tak kan lepaskan Nia. Ekal janji mak, ayah Ekal akan cari Nia sampai jumpa dan Ekal akan membahagiakan dia. Itu janji Ekal pada mak dengan ayah.”
            Mak dengan ayah memandang ke arahnya. Lantas bahunya ditepuk-tepuk oleh ayah.
            “Syukurlah kalau itu yang kamu katakana. Ayah cuma harap kamu tak akan sakiti Nia lagi.” Ayah memberi sepenuh kepercayaan kepada dirinya.  Mak turut mengangguk-anggukkan kepala mendengar kata-kata ayah.
            Lamunan Haikal terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
            “Masuk.” Haikal membetulkan posisinya.
            “Encik Haikal ada seseorang yang nak berjumpa dengan Encik Haikal.” Suhaila atau dikenali sebagai Sue iaitu setiausahanya memberitahu dimuka pintu.
            “Ok, suruh dia masuk.”
            “Silakan masuk Encik.” Kedengaran suara Sue menyuruh tetamu itu masuk ke dalam.
            “Assalamuailaikum, bro.” Haikal menoleh ke arah muka pintu. Karl Ariff sedang tersenyum melihatnya.
            Karl Ariff merupakan share partner, kawan baik dan juga abang kepada Zulkarnain. Dia mengenali Karl Ariff sejak dia menuntut di luar Negara lagi. Kemudian persahabatan mereka berpanjangan kerana urusan bisnes.

            “Waailaikumsalam. Hey! How are you, man?”
            Karl Ariff menutup pintu dan menghampiri ke arahnya. Mereka bersalam seketika.
            “Eh, duduk laa Ariff.” Haikal menjemputnya duduk.
            “Ingatkan tak nak jemput tadi.” Haikal tersengih mendengar kata-kata Ariff.
            “Ke mana kau menghilang selama 3 bulan ni haaa… dah lama tak dengar berita kot.” Haikal mula mengajak berborak.
            “Aku pergi mencari ketenangan hati. I’m a little bit frust with someone.” Jawab Ariff.
            “Frust? With who?” Haikal menyoal.
            “Dengan gadis impian aku. Tiba-tiba ja aku dengar dia dah kahwin dengan orang yang aku kenal.” Selamba Ariff.
            “Kau tak bagitau kat aku pasal gadis idaman kau tu.” Haikal tertanya-tanya.
            “Tak cerita pun kau dah tau. Sebab orang yang kahwin dengan gadis idaman aku tu, kau.” Haikal terkejut dengan pernyataan berani mati dari Ariff.
            “Maksud kau, Nia?”
            “Habis kau ada kahwin dengan orang lain ke?” sinis soal Ariff.
            Hati Haikal menjadi pedih bercampur sakit apabila mengetahui sahabat baiknya juga menaruh hati dengan isterinya. Cukup laa dengan pekerjanya pernah menjadi kekasih isterinya. Ini sahabat baiknya turut menyimpan hati pada isterinya. Hatinya bagai disiat-siat.
            “Tapi sekarang kau dah tau dia dah kahwin dengan aku.” Haikal mengawal nada suaranya.
            “And kau tak bahagiakan dia. You left her at your wedding party and chase other girl in front of guests who attended. Am I right?” suara Ariff mula meninggi.
            Haikal mengempal kedua-dua belah tangannya.
            “You dunno what exactly happen that night. Right?” Haikal sedikit berang dengan sikap Ariff yang seperti kuah lebih dari sudu.
            “But you still not deserve for her! And you know what, the day that you married with Nia. Actually I’m the one who supposed replace the groom. If not due to an emergency call that I received that noon, now definitely Nia will be mine and not your’s.” Ariff tidak dapat mengawal amarahnya lagi.
            Jika diikutkan hati Haikal yang sedang membara pasti Ariff akan mendapat hadiah penumbuk sulungnya. Tapi Haikal perlu bertenang untuk mengetahui apa yang tersirat dihati Ariff.
            “Kau ingat aku tak tau yang Nia dah pergi tinggalkan kau. Kau fikir aku tak tau apa yang terjadi diantara korang berdua. Huh?” Ariff sedikit membongkak.
            Haikal yang sudah hilang sabar dengan sikap Ariff. Lantas dia mencekak kolar baju Ariff.   
            “Relaks… I only tell you the truth.” Ariff menarik tangan Haikal yang kuat menggenggam kolar bajunya.
            Haikal kembali menenangkan hatinya.
            “”Apa kata kita buat perhitungan? What you said?” Ariff memberi cadangan.
            “Maksud kau?” Haikal mengawal getar hatinya.
            “If aku ketemui Nia dahulu aku nak kau lepaskan dia. Boleh?”
            “But if aku yang jumpa dia dulu, apa kau nak buat?” soalan berbalas dengan soalan.
            “If kau yang jumpa dulu aku akan mengundur diri. Macam mana? I dare you!” cabar Ariff. Dia tahu Haikal memang pantang dicabar. Sebab itu dia berani mencabar Haikal untuk merebut Nia.
            “Ok! I will make sure  I’m the one who going to win this fight. Nia is mine. Only mine… forever.” Haikal menyahut cabaran Ariff.
            “We will see.” Haikal dan Ariff berjabat tangan tanda sepakat.
            Ariff meninggalkan Haikal di dalam biliknya. Haikal menekan butang intercom dan memaklumkan kepada Sue supaya membatalkan semua urusannya hari ni.
            “Sue… saya nak awak batalkan semua urusan saya pada hari dan saya nak memaklumkan kepada awak saya mungkin tidak ada di pejabat untuk beberapa hari.”
            Kemudian dia menelefon mamanya.
            “Assalamuailaikum. Mama ni Ekal nak kasi tau mama yang Ekal mungkin tak masuk pejabat untuk beberapa hari tau. Nanti mama tolong kasi tau dekat daddy ea. Assalamuailaikum.”
            Belum sempat mama membalas kata-kataku Haikal terlebih dahulu meletakkan ganggang telefonnya. Lantas dia mengambil kunci kereta dan meninggalkan pejabatnya.
            Sebelum Haikal melangkah keluar dari pejabat, Haikal terserempak dengan Amri Eizham.
            “Amri Eizham, surat peletakkan jawatan awak saya tak luluskan. Awak jangan lupa yang awak ada kontrak dengan syarikat ni selama 2 tahun. Jadi saya harap awak faham.”  Ucap Haikal.
            “Tapi Encik Haikal…” Haikal memotong kata-kata Am.
            “What happen between us, I hope you not mix with official business. Jika awak masih tak puas hati dengan keputusan saya, kita berbincang selepas saya balik ke pejabat nanti.” Haikal pergi meninggalkan Am yang terpinga-pinga disitu.
            Haikal memandu keretanya ke rumah sewa Nia. Dia harus berjumpa dengan Tasya atau Nadia. Dia yakin Tasya dan Nadia pasti tahu keberadaan Nia di mana buat masa sekarang ni.

“Tasya…. Nadia…..” Haikal sudah terjerit-jerit dipagar rumah mereka. Dia tidak peduli dengan jiran tetangga disitu.
            “Hoih! Yang kau terpekik-pekik kat sini, kenapa?” Tasya sudah bercekak pinggang di muka pintu rumahnya.
            “Tasya… tolong aku. Bagitau aku kat mana Nia sekarang. Please… I need to see her.” Tasya menghampiri Haikal yang merayu-rayu kepadanya.
            “For what. Untuk kau sakiti hati dia lagi. Sudah laa… kau cerai jelaa Nia tu.” Tasya tidak memberi muka kepada Haikal.
            “Please… I need to see her. I love her… love her so much. Please Tasya… I beg you.” Haikal sudah berlutut dihadapan Tasya.
            Tasya terkejut dengan tingkah laku Haikal. Bahu Haikal kelihatan terhenjut-henjut.
            “Hey bangun laa. Kau jangan berlakon lagi laa. Aku tak kan percaya kan kata-kata kau. Dah, bangun!” Tasya sedikit mengeras. Tidak mudah baginya untuk mempercayai kata-kata orang yang telah banyak kali menyakiti hati temannya.
            Haikal mendonggak melihat Tasya yang sedang memandang ke arahnya. Sekali lagi Tasya terkejut apabila dia melihat wajah Haikal sudah dibasahi dengan air mata.
            “I beg you… please…. I need to know where Nia right now. Please…” Haikal masih merayu-rayu kepada Tasya.
            “Sorry Haikal. Aku betul-betul tak tau Nia ada kat mana sekarang ni. Sejak majlis perkahwinan korang sampai sekarang Nia tak pernah menghubungi kami.” Tasya tidak dapat memberitahu kepada Haikal tentang perkara yang sebenarnya. Dia sudah berjanji dengan Nia yang dia tidak akan beritahu sesiapa tentang keberadaannya pada ketika ini.
            Haikal yang sudah berdiri memegang pagar rumah Tasya.
            “Tasya… Nia kii…rimmm.. sa…lam.. kat kau.” Nadia yang baru sedar kehadiran Haikal disitu cepat-cepat menekup mulutnya yang sudah terlepas cakap.
            “Nia? Tasya kau kata yang kau tak tau Nia ada kat mana tapi macam mana Nia boleh kirim salam kat kau. Hah, Nadia?” Haikal memandang kedua-dua mereka.
            “Erm… Haikal aku dah janji dengan Nia tak akan kasi tau sesiapa tentang dimana dia berada sekarang ni. Aku minta maaf.” Akhirnya Tasya berkata perkara yang sebenarnya kepada Haikal.
            “Please Tasya… aku perlu berjumpa dengan Nia.. aku nak minta maaf dengan dia. Terlalu banyak dosa dan salah aku lakukan kepadanya. Aku berjanji lepas ni, aku tak akan sakiti Nia lagi. Please Tasya, Nadia…” Sekali lagi Haikal merayu-rayu kepada mereka berdua.
            Tasya dan Nadia membalas pandangan. Kemudian mereka…..


Haikal melihat susuk tubuh seseorang yang sangat dirinduinya selama sebulan ini. Hampir dia berputus asa untuk terus mencari Nia. Tapi dia harus berterima kasih kepada Ariff kerana telah membuka hatinya untuk terus mencari Nia. Dia tidak mahu kehilangan Nia buat kali kedua. Cukuplah dengan apa yang dia rasai sebelum ini.
            Haikal menghampiri gadis yang dicintainya yang sedang termenung memandang ke arah matahari semakin terbenam. Terima kasih kepada Nadia dan Tasya yang sudi memberitahu tentang keberadaan Nia. Rupanya selama ini Nia bersembunyi di Switzerland. Dia tidak dapat menahan rasa rindu untuk memandang wajah Nia akhirnya Haikal menegurnya.
            “Nia Maisara…” lembut Haikal menyapa Nia.
            Nia menoleh ke arah pemilik suara itu. Nia terpaku, dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lelaki yang dirinduinya kini berada dihadapannya. ‘Haikal!’ desisnya. Haikal kelihatan tidak terurus dan wajahnya yang sedikit cengkuk.
            “Abang….” Nia bersuara.
            Mereka berdua saling berpandangan.

4 comments:

  1. wahhhh..... eeeeeiiiiiii.. sukenyerr...... im so happy...... oklah korang gunalah kesempatan yang ada ni untuk bulan madu ya....good luck... give me baby twin..... babies cute of course....

    ReplyDelete
  2. best...best suka sangat harap2 kali ni dia org akan mulakan hidup baru n haikal jgnlah lukai lagi hati isterimu k ....

    ReplyDelete
  3. suka....at last, jumpa nia juga ye...nak lg...!!!!

    ReplyDelete
  4. weee~ seronoknye!! harap2 sumenye baik2 aje dh.. :P

    ReplyDelete