Wednesday, April 13, 2011

bab 17


Nia menggosok-gosok matanya apabila dia terdengar deringan telefon bimbitnya yang berada di meja solek. Ketika Nia ingin bangun melangkah ke meja solek, dia sedar pinggangnya masih lagi dalam pelukkan Haikal yang masih lagi dibuai mimpi.
            Nia ingin mengalihkan tangan Haikal yang masih melingkari dipinggangnya namun pelukkan Haikal semakin dieratkan.
            “Abang… abang…” Nia terpaksa mengejutkan suaminya itu.
            Haikal masih membatu namun pelukkannya di pinggang Nia masih belum dileraikan.
            “Abang, Nia nak bangun ni. Telefon bunyi tu. Abang…” sekali lagi Nia cuba mengejutkan Haikal.     
            “Bestnya peluk bantal peluk abang ni.” Haikal berkata sambil mata masih tertutup.
            Nia mengetap bibir mendengar kata-kata Haikal.
            “Abang… lalu la sikit. Nia nak bangun ni.” Nia cuba mengalihkan tangan Haikal.
            “Ala.. biarlah yang. Esok pagi sayang call la balik panggilan tu.” Selamba Haikal memberi jawapan kepada isterinya.
            Telefon bimbitnya masih lagi berdering.
            “Abang… tak boleh la. Mana nak tau ada emergency ke. Abang…” sedaya upaya Nia cuba menolak tangan Haikal.
            Akhirnya Haikal terpaksa melepaskan pelukkannya dipinggang Nia.
            Nia bingkas bangun mendapatkan telefon bimbitnya.
            “Ish, tak tau ke sekarang dah pukul berapa. Kalau nak telefon pun, telefon laa esok ke lusa ke. Yang nak call malam ni, apasal. Ganggu orang nak tidur je.” Nia tersenyum mendengar bebelan Haikal.
            Haikal sudah bangun lalu dia menyandarkan dirinya di hujung katil.
            Nia pelik melihat nama pemanggilnya.
            “Assalamuailaikum. Mak, asal mak call Nia ni?” tanpa berlengah lagi Nia terus mengemukakan soalan yang bermain difikirnya.
            “Hah! Betul ke ni mak? Macam ni, sekejap lagi Nia dengan abang Ekal datang. Mak jangan risau kay.”
            Haikal terkejut mendengar suara isterinya yang panic. Lalu dia bangun menghampiri isterinya itu.
            “Ye, ye. Waailaikumsalam.” Perbualan Nia dengan ibu mertuanya sudah ditamatkan.
            Nia memandang wajah Haikal yang berada disebelahnya.
            “Kenapa sayang?” soal Haikal.
            “Mira.. bang.. Mira..” Nia tidak tahu macam mana untuk menceritakan kepada Haikal.
            “Mira? Kenapa dengan Mira?” tanya Haikal yang tidak dapat mengagak apa yang sedang terjadi.
            “Mira… dia lari dari rumah.” Dengan berat hati dia terpaksa menceritakan kepada Haikal.  
            “What? Again?” nada suara Haikal begitu terkejut dengan pernyataan Nia sebentar tadi.
            Dia menggeleng kepalanya berkali-kali.
            Nia hanya menganggukkan kepalanya.
            “Habis sekarang macam mana?” nada suara Haikal kembali tenang.
            “Mak minta kita pergi sana. Kita pergi sana ye abang.” Kata Nia.
            Haikal mengerling melihat jam di dinding. Sekarang sudah hampir pukul 5.00 pagi. Tapi yang peliknya, macam mana keluarga mentuanya boleh sedar Mira lari dari rumah. Sedangkan, ketika ini pasti diorang sudah melelapkan mata.
            “Okay la. Nia pergi siap dulu.” Arah Haikal kepada isterinya.
            Nia mengangguk lemah. Kasihan Haikal. Kerana keluarganya, Haikal terpaksa bersusah payah.
           
Mak masih teresak-esak menangis diruang tamu manakala ayah pula sudah tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Adrianna dihantar ke rumah mentuanya untuk sementara. Ketika ini, tidak mungkin mereka membawa Adrianna bersama.
            “Mak, macam mana mak sedar yang Amira lari dari rumah?” soal Haikal sebaik saja dia muncul dari bilik Amira.
            “Masa tu mak nak pergi dapur kemudian mak tengok pintu bilik Amira terkuak sikit. Mak singgah masuk ke dalam tapi…” mak tidak dapat meneruskan kata-katanya.
            Aku mengusap-usap perlahan tubuh mak.
            “Abang… Nia rasa Nia tau Mira ada kat mana.” Kataku.
            Haikal memandangku renungan yang tajam.
            “Nia tahu Mira pergi mana?” soal mak dengan mata yang berkaca.
            Lemah aku mengangguk kepalaku.
            Aku menarik nafas yang panjang sebelum menceritakan perkara sebenar kepada mak dan ayah. Aku rasa mereka seharusnya tahu perkara sebenar mengenai Mira dan Nain.
            Haikal yang berada disebelahku menggenggam erat tanganku. Mungkin cuba memberi aku kekuatan. Haikal tahu apa yang sedang bermain difikiranku.
            “Tak apa sayang. I’m here with you.” Bisik Haikal ke telingaku.
            Mak dengan ayah yang ternanti-nanti jawapanku.
            “Mak, ayah, Nia rasa dah sampai masanya mak dengan ayah tau yang Mira… yang Mira…” sukar untuknya memberitahu perkara ini kepada orang tuanya. Apatah lagi, dia sudah berjanji dengan Amira untuk merahsiakan hal ini dari penetahuan sesiapa.
            ‘Maafkan akak, Mira. Akak terpaksa.’ Desis Nia.
            “Yang Mira, kenapaNia?” soal mak.
            “Emm, mak… ayah… kalau Nia bagitahu mak dengan ayah jangan marahkan Mira ye. Tolong ye mak, ayah..” pintaku.
            Haikal sudah menggeleng-geleng kepalanya.
            ‘Nia…Nia.. masa-masa macam ni pun sempat lagi dia nak fikirkan pasal hati adiknya itu. Sedangkan, sebelum ini Amira sendiri tidak pernah berfikir untuk dirinya.’ Kata Haikal dalam hati. Bertuah dia mempunyai isteri sebaik Nia.
            Akhirnya mak dengan ayah bersetuju dengan permintaan Nia.
            “Baiklah. Mak dengan ayah tak akan marahkan Mira.” Ayah pula yang bersuara setelah lama ayah mendiamkan diri.
            “Sebenarnya, Mira dah kahwin.” Perlahan aku bersuara.
            Kelihatan seperti mak dengan ayah terkejut dengan kebenaran yang baru aku sampaikan kepada mereka.
            “Kahwin? Mira kahwin dengan siapa?” kedengaran suara mak sebak.
            Aku tidak tahu bagaimana untuk menerusnya. Aku menoleh ke arah Haikal. Aku cuba meminta supaya Haikal meneruskannya.
            “Mak, ayah, Mira dia dah kahwin dengan Nain. Dia dah kahwin selepas beberapa bulan ditinggalkan rumah tempoh hari.” Kini Haikal yang menyambung ceritaku yang tergantung tadi. haikal seoalh-olah mengerti dengan renunganku diwajahnya.
            Mak sudah tidak dapat berkata apa-apa. Ayah pula sudah menunjukkan wajahnya yang garang.
            “Mak… ayah…. Jangan marahkan Mira, masa tu mungkin Mira dengan Nain terpaksa berkahwin tanpa berbincang dengan mak dengan ayah. Mungkin masa tu…” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku ayah memotong.
            “Cukup! Jangan kamu nak bela dia lagi. Patut la selama ni ayah tengok dia asyik termenung. Rupa-rupanya ada benda yang dirahsiakannya.” Marah ayah.
            Mak kelihatan sungguh sedih.
            “Sampai hati kamu berdua rahsiakan perkara ni daripada pengetahuan kami.” Luluh suara mak kedengaran ditelinga aku.
            Mataku sudah tidak dapat bertahan, akhirnya menitiskan air mata juga. Haikal yang berada disebelahku cuba memberi kekuatan kepadaku.
            “Tapi mak… ayah…”
            “Sudah! Ayah tak nak dengar apa-apa lagi. Kamu dengan Mira sama saja. Mira tak habis-habis dengan sikap nak malukan mak bapa. Yang kamu pula, tak habis-habis nak bela dia.” 
            Aku terkedu melihat ayah begitu apabila mengetahui perkara ini. Sudah lama ayah tidak menunjukkan wajah seperti itu.
            “Mak tak sangka kamu sanggup membelakangi kami. Nia, bukan mak nak marah kamu tapi mak cuma kesal sebab kamu tahu perkara ni dan kamu langsung tak kasi tau kat mak dengan ayah. Jika betul Mira tu dah kahwin dengan Nain, kenapa Nain sendiri tak jumpa mak dengan ayah? Kenapa harus kamu dengan Haikal yang jelaskan perkara ni pada kami? Kenapa?” sambung mak dengan bersisakan tangisan. 
            “Bukan macam tu mak. Nia… Nia…”
            “Sudahlah Nia. Kamu dah kecewakan kami. Memang dasar anak angkat. Tak kenang diuntung. Susah payah ayah dengan mak jaga kamu dari kecik sampai ke besar. Ni balasannya kamu kepada kami? Kalau ayah tau macam ni sikap kamu bila dewasa, lebih baik ayah biarkan saja kamu kat luar rumah malam tu. Memang dasar anak angkat! Mulai hari ni kamu bukan anak kami lagi. Jangan sesekali kamu berani pijak rumah ni!” kata-kata ayah seperti halilintar menusuk telingaku.
            “Abang!” jerit mak.
            Air mataku sudah merembis keluar tidak henti. Haikal memujukku.
            “Sayang… sabar la. Ayah tengah marah tu. Sayang jangan ambik hati ya.” Kata-kata Haikal tidak mengubat kesakitan yang dirasai aku ketika ini.
            Ayah sudah hilang dari tempat duduknya tadi.
            “Nia… maafkan ayah kamu. Dia tengah marah tu sebab tu dia…” cepat aku memotong kata-kata mak.
            “Mak…Nia minta ampun. Mak halalkan makan minum Nia selama Nia jadi anak mak. Nia minta maaf mak. Nia minta maaf. Bukan niat Nia nak senbunyikan perkara Mira dari pengetahuan mak atau ayah tapi, Nia dah berjanji dengan Mira mak. Nia minta ampun.” Aku sudah terduduk dikaki mak.
            Tubuhku terhenjut-henjut. Aku dapat merasakan tangan mak memegang bahuku.
            “Bangun Nia. Bangun.. mak tak salahkan Nia tapi mak kesal. Kenapa kamu membelakangi kami. Itu saja.” Luah mak.
            “Mak… ayah dah tak nak Nia. Tak guna Nia ada dalam rumah ni lagi. Nanti bertambah marah ayah dekat Nia. Biarlah Nia pergi mak. Mak… terima kasih kerana sudi jaga dan rawat Nia selama Nia jadi anak angkat mak. Nia sayang mak, Nia sayang ayah, Mirul dengan Mira tapi sekarang tak mungkin ayah boleh terima Nia. Nia minta maaf mak. Nia minta maaf.” Tubuhku didorong untuk berdiri.
            Haikal tidak sanggup isterinya dalam keadaan seperti itu. Ini bukan salah isterinya sehinggakan dia harus menerima semua ni. Nia cuma ingin membantu Amira.
            Mak hanya membatukan diri. Dia tidak tahu apa harus dilakukan. Berkali-kali
Nia memohon maaf tapi hati kecil begitu susah menerima semua ini. Dia betul-betul tergores dengan apa yang dilakukan oleh Amira dan Nia. Bukan dia tidak sayangkan anak perempuannya ini tapi, dia tidak tahu. Dia terkilan kerana Nia sanggup menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan mereka.
            “Dah la sayang. Biar mak dengan ayah tenang dulu. Diorang tengah marah tu. Nanti, esok-esok diorang lega la. Kita balik ya. Abang tak nak tengok Nia macam ni. Sakit hati abang tengok Nia menangis macam ni. Kita balik kay.” Lembut Haikal berkata kepada isterinya yang tercinta.
            ‘Ya Allah, kenapa kami sering diuji Ya Allah. Kau bantulah hamba-Mu ini. Kuatkanlah hati isteri hamba menempuhi duugaan ini Ya Allah. Dan Kau bukalah pintu hati kedua mentuaku untuk menerima isteriku. Bukan salahnya sehingga dia harus menerima semua ini Ya Allah.’ Haikal berdoa dalam hati supaya Allah menguatkan isterinya.
            Mereka baru sahaja merasakan kebahagiaan dengan kehadiran Adrianna namun tidak sangka dalam kebahagiaan ada kesengsaraannya.
            Tubuh Nia dipeluk erat. Dia tahu, sekarang ini Nia memerlukan dirinya disisi untuk berlindung.
            “Ayah… Nia minta ampun. Nia minta maaf atas semua kesalahan Nia. Maafkan Nia ayah. Nia sayangkan ayah. Halalkan makan minum Nia.”
            Nia mendapatkan ayahnya ketika mereka ingin melangkah keluar dari perkarangan rumah keluarga mentuanya.
            Ayah mentuanya tetap membatukan diri malah tangan yang disua oleh Nia tidak diendahkannya. Begitu keras hati ayah mentuanya itu.
            Dengan melihat Nia dilayan seperti itu, Haikal mengambil keputusan untuk membawa Nia pergi. Dengan ini, keluarga mentuanya dapat meredakan amarah mereka. Ketika ni, Amirul yang tiada dirumah. Jika dia ada pasti, Nia terbela namun apakan daya keluarga mentuanya begitu keras hati menerima kata maaf Nia.
            “Jom ye sayang..” Haikal mengajak isterinya.
            Nia masih tidak berganjak dari pagar rumahnya.
            “Tapi bang.. mak dengan ayah tak nak maafkan Nia…” muka isterinya sudah lencun dengan air mata.
            “Shuhss… sudah la sayang. Kita balik dulu. Jom.” Haikal tidak sanggup berterusan melihat Nia seperti itu.
            Tangan Nia ditarik untuk mengikutinya.
            Wajah Nia masih menoleh ke arah rumahnya dengan harapan ayah dan mak dapat memaafkannya.
            Sebaik saja mereka memboloskan diri ke dalam kereta, Haikal meninggalkan perkarangan rumah itu. Haikal membiarkan isterinya menenangkan dirinya. Walaupun dengan menangis, mungkin itu dapat meredakan kesedihan isterinya.
            Dia tidak sangka ayah mentuanya akan melemparkan kata-kata seperti itu kepada Nia semata-mata Nia merahsiakan perkara sebenar mengenai Mira. Pelik! Haikal mula curiga dengan sikap ayah mentuanya.
            Tak mungkin disebabkan perkara itu, ayah mentuanya begitu marah. Yang dia tahu, ayah mentuanya seorang yang pernyabar dan seorang yang bertimbang rasa. Dia semakin yakin ada sesuatu yang disorokkan oleh keluarga mentuanya.

Haikal melihat Nia jauh termenung. Dia pasti kesedihan yang dirasainya seminggu yang lepas masih belum terubat dan selama seminggu ini jugalah Nia banyak mendiamkan diri. Sedih dia melihat Nia seperti itu. Tiada lagi terpancar kebahagiaan diwajah isterinya itu. Yang ada hanyalah wajah sugul dan tidak bermaya.
            Haikal mendekati isterinya.
            “Assalamuailakum.” Perlahan Haikal memberi salam kepada isterinya. Dia tidak mahu mengejutkan Nia.
            Nia menoleh ke arahnya Haikal.
            “Waailaikumsalam.” Nia tersenyum.
            Haikal tahu senyuman Nia tidak seikhlas seperti dulu.
            “Nia buat pe ni?” Haikal mengambil tempat disebelah Nia.
            “Saja nak tengok bulan. Cantikkan bulan tu. Terang je.” Kata Nia sambil menunjukkan bulan itu kepada Haikal.
            “Cantik lagi isteri abang ni.” Haikal berkata.
            Sempat lagi dia  mencuit dagu isterinya.
            Nia sudah berdiri ingin berlalu pergi.
            “Eh, Nia nka pergi mana ni? Duduk la dengan abang kat sini.” Haikal memegang pergelangan tangan Nia.
            “Nak siapkan lauk untuk abang la. Abang tak makan lagi kan?” soal Nia kepada Haikal.
            “Kejap lagi la. Abang nak sembang dengan Nia dulu. Dah lama abang ta dengar mulut Nia cakap. Kalau cakap pun. Sepatah dua kata. Abang rindu kat Nur Nia Maisara yang dulu. Yang selalu happy.” Luah Haikal.
            Nia sebak mendengar pengakuan jujur Haikal. Dia sedar, dia sudah jarang melayan suaminya seperti dulu. Jika dulu, dia sering bersembang dengan suaminya tapi sekarang suaminya yang banyak bercerita berbanding dirinya. Dia hanya akan menganggukkan kata-kata suaminya.
            Dengan Adrianna pun sudah jarang dia bermain. Kebanyakan Adrianna menghabiskan masa dirumah keluarga Haikal.
            “Hey, asal termenung lagi ni?” Haikal mengejutkannya dari lamunan.
            “Abang… Nia minta maaf ye. Nia…”
            “Minta maaf untuk apa? Nia tak ada buat salah pun kat abang. Dah la, jangan fikir macam-macam.” Pujuk Haikal.
            Nia mendiamkan diri.
            “Sebenarnya, abang nak bagitau. Abang ingat minggu depan nak bawa Nia pergi bercuti.” Tokok Haikal.
            “Bercuti?” soal Nia pula.
            “Yup… abang ingat nak bawa Nia gi jalan-jalan. Lagipun dah lama Nia tak pergi bercutikan.”kata Haikal sambil tersenyum kepadanya.
            “So, macam mana? Nia setuju tak?” sambung Haikal apabila melihat Nia masih mendiamkan diri.
            “Adrianna macam mana?” soalan dijawab dengan soalan.
            “Abang ingat nak bawa Nia je. Kira macam honeymoon kedua la. Adrianna kita tinggalkan kat mama. Ataupun Nia nak bawa Adrianna sekali? Abang tak kisah. Abang ingat nak bagi Nia rehat untuk beberapa hari.”
            Haikal tersengih-sengih memandang ke arah Nia.
            “Nia ikut je bang. Kalau abang rasa itu terbaik untuk Nia, baiklah.” Jawab Nia sambil tersenyum.
            “Macam tu la, isteri abang. Sayang Nia.” Satu kucupan singgah di dahi Nia.
            Nia bersyukur mempunyai Haikal disampingnya. Dia tahu Haikal melakukan semua ini untuk mengubatkan rasa sedihnya. Lantas tubuh Haikal dipeluk erat. Haikal yang terkejut dengan tindakan drastic isterinya hanya membalaskan pelukkan Nia.
            “Nia pun sayangkan abang. Terima kasih ye abang. Terima kasih…” ucapan tulusnya.
            Pelukkan dipereratkan lagi.
            Haikal tersenyum dengan sikap Nia seperti ini. Sekali lagi dahi Nia dikucup lembut.
            “I love you so much…” bisik Haikal ditelinga Nia.
            “Me too abang.. me too.” Balas Nia.
            Haikal berharap agar kesedihan isterinya akan hilang. Dia sanggup menanggung kesedihan itu daripada melihat Nia menderita.

11 comments:

  1. confuse sikitkn entry ni... actually ada semthing yg buat mak ngan ayah nia bersikap mcm tu.. huhuhu.. sory ye..

    ReplyDelete
  2. naper ayah nia ckp camtu kat nia??
    ksian nia,mira yg salah nia plak yg kna.
    geram tul..

    ReplyDelete
  3. erm.. ayh nia xberniat pun.. tp dsbbkn ad seseorg yg mnjd dalang.. diorg terpksa buat cm tu.. tu entry kali ni agk cnfuse..

    ReplyDelete
  4. ade ape dgn ayh nia???cpt3...next n3...

    ReplyDelete
  5. jeng3.. suspen sikit.. hehe.. wokeyh2.. akn nina try secpt mgkin k..

    ReplyDelete
  6. cpt ye post next n3.sian kt nia.nsb baik dpt hubby yg memahami

    ReplyDelete
  7. aida.. hehe.. tq2.. i.allah t nina smbung gi.. =D

    ReplyDelete
  8. nina2... sambung laa.. bila nk sambung... hee

    ReplyDelete
  9. bila nak sambung....cepat la nina....x sabar nak baca...

    ReplyDelete