Sunday, February 27, 2011

bab 1


“ Cantiknya anak mak ni! Tak sangka mka, hari ni kamu dah nak kahwin.” Mak kelihatan sungguh bahagia tapi kenapa Amira tidak menunjukkan rasa yang sama. Bukankah hari ni dia akan diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Zulkarnain. Pemuda kacukan German yang menjadi kegilaan ramai wanita.
            “Mira, are you ok? You look different today. Ada apa-apa yang tak kena ke?” aku mula tidak sedap hati dengan kelakuan Amira.
            “Ala Nia, biasa la tu orang dah nak kahwin. Gelisah je la kat hati tu. Dah nak jadi milik orang. Nanti kamu kahwin pun akan rasa macam tu juga.” Penjelasan mak tidak dapat membuang rasa yang aneh dalam hati aku. Tapi, aku hanya tersenyum untuk mengelakkan dari dihidu mak.
            Aku tidak pernah melihat mak tersenyum seperti ni. Pasti mak sangat bahagia akan menerima menantu pertama. Amira merupakan anak yang kedua di dalam keluarga dan aku pula, merupakan kakak sulung dari tiga orang adik beradik. Amira langkah bendulkan… Ops. For your information, aku hanyalah anak yang di ambil dan dijaga oleh Encik Rahman dan Puan Hasmilah iaitu kedua orang tua angkatku. Aku bukanlah anak kandung mereka. Selama 25 tahun aku dibesarkan oleh mereka berdua. Kemudian lahirlah Amira dan juga Amirul.
            Terasa tubuhku dicuit seseorang. Mak tersenyum melihat aku yang sudah jauh termenung. Kemudian tangan ku di pegang mak untuk mengikuti langkahnya.
            “Jom, Nia! Kita keluar dulu, biar pengantin perempuan bersiap-siap. Sekejap lagi rombongan dah nak sampai.” Aku akur dengan permintaan mak.
            Entah kenapa aku berasa ada yang tidak kena dengan Amira. Dia tidak seperti kebiasaanya. Seperti ada sesuatu yang disorokkkan dari pengetahuan kami sekeluarga.
            Amira seorang gadis yang manis dan sentiasa ceria tapi hari ni, sikapnya memang berbeza dari sebelum ni. Apa yang menganggu fikirannya pun aku tidak tahu. ‘ Ah, tak da apa-apa kot. Perasaan aku je ni.’ aku berbicara sendiri untuk menghalau rasa yang tidak enak bertandang dihati.

Rombongan pihak lelaki sudah pun tiba tapi…
            “Amira…. Amira! Bukak pintu ni. Amira….” Bertalu-talu pintu bilik diketuk tapi tiada jawapan. Aku dapat menghidu sesuatu sedang berlaku.
            Amirul sudah pun membawa kunci bilik Amira bersamanya. Kunci bilik sudah bertukar tangan. Lantas pintu bilik Amira di buka.
            ‘KLAK!’
            Pintu bilik terbuka luas dan tiada sesiapa didalam bilik itu hanya pakaian pengantin yang dipakai Amira sebentar tadi dengan sepucuk surat ditinggalkan di atas katil tersebut. Aku dan mak mendekati katil, lantas mak mengambil surat yang ditinggalkan di atas katil. lalu surat itu dibaca oleh mak…

            Assalamuailaikum,
                   Mak, abah, kak Nia, Amirul dan semua, maafkan Mira. Mira belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga lagi. Keputusan yang diambil oleh Mira dan Nain kerana kami terburu-buru. Kami telah membuatkna keputusan unutuk meneruskan kerjaya masing-masing terlebih dahulu. Sebetulnyta,seminggu sebelum perkahwinan ni, Mira dapat tawaran untuk menjadi duta produk kecantikan kepada sebuah syarikat yang terkemuka diluar Negara.mira diminta untuk melaporkan diri pada hari esok. Oleh sebab itu, Mira telah pun berbincang dengan Nain tentang perkara ni dan dia juga tekah bersetuju. Lagipun Nain juga mendpaat tawaran unutk meneruskan kariernya di Eropah. Mira dan Nain memohon seribu kemaafan di atas perkara yang kami lakukan pada hari ni. Mira terpaksa… pekerjaan lebih penting berbanding perkahwinan ni begitu juga dengan Nain. Kariernya lebih penting berbanding segalanya. Maafkan Mira mak, ayah. Mira akan pulang suatu hari nanti. Mira harap mak dengan ayah memaafkan semua perbuatan Mira. Maafkan Mira, mak…. Maafkan mira..
                                                                                                                        Yang benar,
                                                                                                                        AMIRA
             Mak tidak dapat bertahan dengan berita yang disampaikan oleh Amira di dalam suratnya itu. Akhirnya, mak jatuh longlai disisi katil.
             “Mira asal kamu buat mak macam ni? mana silapnya mak semasa mendidik kamu, Mira. Kamu lebih memilih pekerjaaan kamu dari keluarga ni. Sampai hati kamu, Mira.” Tesedu-sedan mak melepaskan tangisannya.
            Ayah yang berada disisi mak masih lagi memujuk mak untuk bersabar. Tiba-tiba kakiku dipaut erat oleh seseorang. Tersentap apabila aku melihat mak sedang memluk kakiku sambil menangis.
            “Nia kena tolong mak. Hanya Nia saja dapat bantu keluarga ni. Adik kamu dah malukan mak, mak dah tak tau nak letak muka mak ni kat mana lagi. Nia mesti tolong mak.” Aku tidak mengerti apa yang ingin disampai oleh  mak.
            Lantas tubuh mak aku peluk. Tidak sanggup melihat mak menangis sebegitu. Padahal sebentar tadi baru je mak tersenyum riang tapi kini semuanya telah musnah.
            “Mak nak Nia buat pe? Nia akan tolong mak selagi Nia mampu. Mak jangan macam ni, Sedih Nia tengok mak. Mak cakap je, apa yang mak nak Nia buat. Pasti Nia turuti. Yang penting mak tak sedih lagi.” Mak mengangkat mukanya dan memandang wajahku. Lantas air mata yang kuat mengalir di pipi mak diseka oleh ku.
            “Nia teruskan perkahwinan ni ye. Majlis ni tetap akan berlangsung hanya pengantinnya saja yang berlainan.”
             Aku terpana mendengar kata-kata mak. ‘aku kena kahwin? Dengan siapa?’ bisik ku sendiri.
            “Tapi mak, Nia….” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata mak mencelah.
            “Nia tolong mak, Nia. Mak merayu kat kamu. Kamu kena tolong mak…” aku tidak sanggup melihat mak merayu-rayu seperti ini. Sesunggahnya seorang ibu tidak layak merayu-rayu kepada anaknya. Tambahan pula, aku buknalah anak yang dikandungnya. Siapalah aku untuk dirayu-rayu seprti ini. Akhirnya, aku hanya mampu bersetuju dengan permintaan mak.
            Aku terpaksa menamatkan zaman bujang ku dengan sekelip mata. Tidak pernah terlintas di minda ku bahawa aku akan dikahwinkan secepat ini. Tapi, bagaimana dengan Am? Dapatkah dia menerima bahawa kekasihnya aku berkahwin dengan orang lain? Siapa pula yang bakal menjadi suami aku? Sanggupkah dia menerima semua perkahwinan ni? sediakah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri ? Pelbagai persoalan bermain difikirkan ku kini.
            Aku tersedar dari lamunanku pabila suara ayah memanggilku.
            “Nia, maafkan ayah. Disebabkan adik kamu, Nia yang terpaksa melakukan pengorbanan ni. Maafkan ayah sebab tak pandai nak mendidik anak ayah. Maafkan ayah…” air mata aku terus mengalir.
            “Tak pe, yah. Ayah tak salah pun. Kalau diikutkan dengan pengorbanan mak dengan ayah yang sudi menjaga dan merawat Nia dari kecik sampai sekarang tidak ternilai, yah. Biarlah kali ni, Nia membalas jasa mak dengan ayah yang menjaga Nia selama ni. Ayah tak perlulah minta-minta maaf kat Nia. Nia sayangkan ayah dengan mak serta keluarga ni. hanya keluarga ni laa yang Nia ada. Ayah jangan sedih lagi ye.”
             Air mataku diseka. Amirul yang berada disisiku juga turut mengalirkan air mata. Perlahan-lahan aku memberi senyum kepada ayah supaya hilang keresahan yang melanda dirinya. Walaupun hatiku terasa pedih, biarlah asalkan mak dengan ayah tidak lagi terluka ataupun kecewa dengan perbuatan Amira kepada mereka.

Riuh-rendah suasana diruang tamu. Kebanyakan dari para tetamu berbisik-bisik diantara mereka. Sesekali, mereka tersenyum-senyum melihat diriku. Mungkin mereka tahu apa yang sedang belaku didalam rumah ni. aku tidak mahu mengendahkan mereka, biarlah apa yang dikatakan oleh mereka aku tidak peduli. Yang penting majlis ni, harus diteruskan. Hatiku ibarat dihiris sembilu tapi aku tetap memberi senyuman kepada tetamu-tetamu yang hadir.
            Tok kadi dari tadi sudah kelihatan bersiap sedia hanya menunggu pengantin lelaki saja melafazkan ijab dan kabul. Aku masih lagi tidak tahu siapa yang bakal aku kahwini dan siapa bakal menjadi suamiku. Aku hanya bisa menanti dengan kehadirannya dan berdoa keapda Allah S.W.T supaya siapa yang bakal aku kahwini dapat menerimaku. Terbayang wajah Am dimindaku. ‘Am, maafkan Nia. Nia terpaksa membuang semua kenangan kita bersama. Sebentar lagi, Nia akn menjadi hak kepada seseorang yang tidak pernah Nia kenali. Nia akan bergelar isteri. Maafkan Nia.’ Aku berbisik kepada diriku sendri.
            “Assalamuailaikum.” Kedengaran suara lelaki memberi salam.
            Mak dengan ayah telah menyambutnya dimuka pintu. Dia kelihatan seperti seorang lelaki dari keluarga yang kaya-raya. Lihat saja pakaiannya, walaupun hanya berbaju melayu tetapi kain yang dipakainya kelihatan seperti kain yang mahal. Tambahan pula, butang baju melayunya berkilauan dengan berlian yang bertakhta satu.
            “Marilah masuk. Tok kadi dah tunggu tu.” Ayah menjemputnya masuk. Kemudian ayah membisikan sesuatu ditelinganya.
            Dia kelihtan sperti terkejut dan terpinga-pinga. Mungkin dia juga sepertiku yang terpaksa menerima perkahwinan yang mengejut itu.
            Kini dia sudah berada dihadapan tok kadi dan lagi beberapa minit aku akan bergelar seorang isteri kepada lelaki yang dihadapanku ini. Tiada lagi Am yang menceriakan hari-hariku.
            “Marilah kita mulakan majlis ni. Tak baik lengah-lengahkan masa lagipun sekejap lagu dah nak masuk waktu asar. Lebih elok jika kita mulakan sekarang majlis ni. Saya minta izin untuk mulakan majlis ni.” tok kadi sedang berbicara sesuatu dengan pengantin lelaki. Sesekali pengantin hanya mengangguk-angguk kepalanya.
            “Jika tak da apa-apa, saya mulakan majlis ni la, ye.” Sekali lagi tok kadi meminta izin kepada ahli keluarga.
            Upacara pernikahanku akan  bermula apabila ijab dan kabul dilafazkan.
            “Aku nikahkan dikau, Muhd Afli Haikal bin Helman Yusoff dengan Nur Nia Maisara binti Abdullah dengan mas kahwinya 80 ringgit tunai.”
            Kini baru aku tahu gerangan lelaki yang bakal aku kahwini ini. Aku terasa seperti kehidupanku sedang memainkan diriku. Aku akan menikahi seorang lelaki yang cukup asing bagiku, yang tidak pernah aku kenali sepanjang hidupku.
            Hanya dengan sekali lafaz, aku telah pun sah menjadi isteri kepada jejaka yang benama Afli Haikal. Air mata yang ku tahan dari tadi, akhirnya mengalir juga. Bukan kerna aku bahagia tapi kerna sebaliknya.
            Pengantin lelaki menghampiriku untuk sesi membatalkan air sembahyang. Lantas dahiku diciumnya dan kemudian dia membisikkan sesuatu ditelingaku.      
            “After this, aku nak jumpa kau! Ada perkara yang belum selesai between me and you! I need an explaination.” Sinis dia berkata kepadaku.
            Aku hanya mampu senyum untuk mengelakkan dihidu oleh mak dan ayah yang berada berhampiran denganku. Aku tidak tahu apa yang bakal aku tempuhi selepas ini. Aku hanya berserah kepada yang Esa. Hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk diriku.

7 comments:

  1. seyes best!!Ina!!smbg ag!!awin x sabo ni!

    ReplyDelete
  2. wow!! very impressive... nice intro... boleh tak kalau link kan blog ni kat Blog KOLEKSI TINTA-TINTA INDAH NAN KREATIF supaya senang nak cek n3 terbaru... boleh yer... make it please...

    of kos nanti blog ni bakal popular lebih-lebih lagi novel ni begitu mengujakan....

    ReplyDelete
  3. awin... thnx...
    korro sufian: alrite.. by da way.. thnx 4 reading... =D

    ReplyDelete
  4. Nina, bestnye citeni... Mane la mak n ayah nia tu rembat pgntin lelaki tu kan...

    ReplyDelete
  5. 0whh s0 sweet !!! xsabarnyaa nak baca lagi hhee
    ney baru pertama kali baca neyh hehhe

    ReplyDelete
  6. hehe.. tq2 sbb sdi bce.. heheh.. arap2.. sudi membri komen lg.. n slam perkenalan..

    ReplyDelete