Monday, February 28, 2011

bab 2


Sesi fotografi sudah selesai, itu merupakan acara terakhir dalam majlis hari ni.  Mak dan ayah kelihatan lega berbanding tadi. Para tetamu sudah pun beransur pulang. Kini yang tinggal hanyalah ahli keluarga dan sanak saudara serta Haikal.
            Tiba-tiba tangan ku ditarik oleh Haikal. Dia meminta aku untuk mengikutinya. Tangan ku di tarik dari belakang. Aku dapat melihat wajah Haikal yang cukup tegang. Naik seram juga aku dibuatnya melihat wajahnya seperti itu. Berbeza dengan wajahnya yang sebelum ini, yang memberi senyuman yang manis kepada tetamu yang hadir.
            Kini aku hanya berdua-duaan di dalam bilik bersama Haikal. Pintu bilik juga di tutup rapat dan dikuncinya. Barulah dia melepaskan tanganku yang dipegang olehnya sebentar tadi. Aku akan berhadapan dengan masalah yang baru iaitu bersama tidak aku kenali ataupun yang lebih tepat ‘Suamiku’.
            Matanya tajam melihat ke arahku dan dia mengukirkan senyuman yang sinis. Dari matanya aku dapat melihat api yang sedang membara.
            “Don’t you remember me?” soal Haikal.
            Aku masih lagi terpinga-pinga dengan soalannya. ‘Bila masa pulak aku kenal dia?’-desisku.
            “Huh? What do you mean? Have we met before?” aku mengaru-garu kepalaku yang tidak terasa gatal. Haikal masih lagi memandangku dengan renungan yang tajam. Naik lemas aku dibuatnya.
            “Kau ni betul-betul lupa atau kau sengaja buat-buat lupa?!” aku dapat merasa Haikal cuba mengawal amarahnya.
            “Serius, saya memang tak kenal awak. Lagipun bila yang kita pernah jumpa? Saya memang tak ingat.” Aku memberi penjelasan kepadanya. Memang benar aku tidak ingat siapa dirinya.
            Kemudian, Haikal telah memanggilku dengan gelaran yang membuatkan aku ternganga mendengarnya.
            “Kau ni memang minah Trouble-Making betul la. Suka menyusahkan orang!” tersedak aku dibuatnya apabiladia memanggilku ‘minah Trouble-Making’. Seingat aku hanya seorang saja yang pernah memanggilku dengan gelaran tersebut.

Flashback.

            “Aaaaahhhhh! Iguana… pakcik tolong alihkan iguana tu dari sini. Tolong ye, pakcik. Saya geli laa dengan benda alah tu.”
            Aku meminta tolong kepada seorang pakcik yang menjadi pengawal keselamatan disitu. Aku sememangnya anti dengan binatang yang berlidah sperti ular itu. Naik semua bulu romaku. Yulks!
            “Ehhh… nak bawa kemana pets saya tu? That’s mine ok!”
            Pets? Gila apa mamat ni. binatang macam tu dia panggil ‘pets’. Lantas sangar yang berisi iguana itu dipulangkan balik kepada lelaki itu. ‘Dia ni mesti Iguana Lovers.’ – desisku.
            Pakcik guard itu memohon maaf kepada lelaki tersebut. Lelaki itu hanya memberi isyarat yang sudah pun memaafkan pakcik itu. ‘Kesian kat pakcik. Tak pasal-pasal kena minta maaf. Bukan salah dia pun. Aku yang minta dia tolong ubahkan benda alah tu.’ Aku berkata pada diriku.
            “Ek hem… excuse me Mr. Iguana Lovers. Actually I yang minta pakcik tu tolong ubahkan ‘pets’ you. Lagipun pets you boleh menakutkan customer yang datang nak buat exercise kat sini. I’m sorry.”
            Lelaki itu memandang ke arahku.
            “What  you call me just now? ‘Mr. Iguana Lovers’? Hello, minah Trouble-Making. Suka hati aku laa nak bawa mana pun iguana aku ni. Dia hak aku. So, suka hati aku laa.. Penyibuk!”
            Amboi! Aku cakap elok-elok dia main kasar pulak ye. Nak kena ni, mamat ni. Lagipun betul laa aku cakap. Mana boleh sesuka hati nak bawa iguana tu kat tempat-tempat macam ni. Bukan semua orang bloleh terima binatang yang exotic macam tu.
            “Ewah-ewah sedap je kau panggil aku ‘minah’ ye. Aku cakap elok-elok kau main kasar. Apa yang aku cakap memang betul. Sini Celebrity Fitness bukan zoo Negara yang kau nak tayang iguana kau tu kat semua orang. Tak semua boleh terima binatang macam ni tau. Kalau adanya budak-budak yang takut dengan binatang tu, maunya dia menangis terlolong kat sini. Fikir laa sikit, mamat iguana lovers!” ambik kau. Baru puas hati aku.
            Seperti lelaki itu sedang menahan marah. Wajahnya menjadi merah.
            “Hey! Suka hati aku laa. Aku bukan minta kau tolong jaga iguana aku. Aku datang sini pun sebab nak ambik barang yang tertinggal. That’s all. Yang kau tiba-tiba nak cari pasal dengan aku ni, kenapa?”
            Lelaki itu sudah pun menghampiriku dengan wajahnya yang bengis. ‘Harap muka je handsome tapi perangai, hampeh.’-bisik kecil hatiku.
            “Bila masa lak aku cari pasal dengan kau? Aku cakap elok-elok, kau yang tiba-tiba nak marah orang tu apasal. So, sekarang kau nak kata aku yang salah. Macam tu?”
            Belum sempat dia berkata kepadaku, ada seorang perempuan menghampirinya. ‘Mak aih! Seksi gila.’ Desisku lagi.
            Perempuan itu hanya memakai pakaian yang menjolok mata. Dengan sebahagian tubuhnya terdedah dan tidak sepatutnya ditunjukkan kepada orang lain.
            “Sayang…. You buat apa lagi ni. Panas tau I tunggu you kat parking lot tu. Jom laa, sayang…”
            Perempuan itu menarik-narik lengan lelaki tersebut. Lantas lelaki itu memberi kunci keretanya kepada perempuan itu. Kemudian dia memberi isyarat kepadanya untuk beredar dahulu. Perempuan itu hanya menurut kata-katanya.
            “After this, kau jangan muncul depan aku lagi. Kau dah menyusahkan aku. Nasib baik aku cepat datang kalau tak ntah ke mana-mana iguana aku kau nak suruh buang. You’re such minah Trouble-Making!” sinis kata-katanya.
            Dia hanya berlalu tanpa sempat aku mengatakan apa-apa.
            “Eiii! Mangkuk pinggan punya laki. Dia panggil aku minah Trouble-Making?! Argh!!!! Dah laa tak bersopan lepas tu suka-suka hati nak bagi amaran kat aku. Siapa yang teringin nak jumpa dia lagi. Perasan!” aku melepaskan geram aku  tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang disitu.
            “Hoih! Kau pesal? Tiba-tiba cakap sorang-sorang. Gila apa? Dah laa , jom kita masuk. Yang kau tercegat lagi at sini tu, kenapa?” Tasya mengejutkan aku.
            “Kau ni, aku tengah hangin satu badan kau tambahkan lagi angin aku. Hah! Yang kau datang lambat ni apasal? Kau gi parking kereta ke tolong orang jaga kat tempat kereta tu. Atau kau baru habis lovey dovey dengan Kimi dalam fon. Kau tu bukan boleh kalau sehari tak report kat dia apa yang kau buat.”
            Tasya menunjukkan barisan giginya yang putih itu. Dah macam duta colgate. Tersengih-sengih.
            “Sape yang buat kau marah ni? Cuba citer sikit kat aku.” Tasya memaut tanganku dan kami beriringan masuk ke dalam.
            “Nanti laa aku citer kat kau. Buat aku hilang mood je kalau citer pasal mamat sengal tu.  Dah laa lebih teruk dari mangkuk pinggan.” Keluhku.
           
            Paap!
            Lantas aku ibarat tersedar dari sebuah mimpi yang panjang. Wajah Haikal ku tenung. Rupanya lelaki yang dihadapanku ini ialah mamat iguana lovers tu. Macamana la aku boleh tak cam muka dia. ‘Tidaaakkkk!’ hatiku menjerit-jerit.
            “So, now you remember me?”
            Aku hanya mampu mengangguk. Tidak ada sebab untuk aku sangkal peristiwa itu. Kedengaran Haikal sedang mengeluh kesal.
            “Hmmm!” aku memandang Haikal yang sudah duduk ditepi katilku. Wajahnya lebih serabut dari berus sabut. Kasihan juga aku melihat dia seperti itu. Tapi, bukan dia saja yang tersepit dalam pemasalahan ini. Aku turut terlibat. Ada sesuatu yang ingin dikatanya tapi seperti tidak terluah.
            “Aku tak nak perkahwinan ni. Aku dah ada pilihan aku sendiri. Aku tak nak jadi pak sanggup laa.” Akhirnya dia meluah juga rasa yang terbuku dihatinya.
            Berkali-kali dia meraup wajahnya. Dia kelihatan binggung dan tertekan.
            “Habis kau ingat aku sanggup dengan semua ni. Aku pun macam kau juga, ada pilihan sendiri. Tapi aku harus berkorban demi keluarga aku. Jika tak mak dengan ayah yang akan dapat malu. Cukuplah dengan perbuatan adik aku yang mengecewakan mereka. Lagipun, kenapa kau bersetuju nak teruskan perkahwinan ni jika kau tak suka?”
            Gaya pertuturan aku juga sudah bertukar, dari saya- awak terus jadi kau- aku. Tapi, aku juga tidak habis fikir jika dia tak mahu dengan perkahwinan ni, kenapa dia bersetuju tok kadi meminta izin untuk meneruskan majlis tersebut.
            Tanganku direntap kasar.
            “Ouch. Sakit laa. Lepaskan tangan aku.” Aku meronta-ronta supaya dia melepaskan tangan aku.
            “Oh, tau pula kau sakit ye. Yang aku ni, tak tau rasa sakit. Tiba-tiba kena kahwin dengan kau yang tak pernah aku kenal hanya bertemu kat depan entrance Celebrity Fitness. Aku beri salam je, terus ayah kau kata tok kadi dah lama menunggu. Kemudian ayah kau bisik kat aku untuk selamatkan keluarga ni. Aku confuse, binggung. Yang aku tau, aku dijemput disini untuk mengantikan tempat abang pengantin lelaki. Last minute dia ada urusan nak diselesaikan. Tapi, aku tak sangka aku bukan mengantikan tempatnya saja malah tempat pengantin sekali. Aku tak tahu apa yang aku harus lakukan pada masa tu. Lari keluar dari rumah atau menyelamatkan maruah keluarga ni? aku binggung!” suaranya sudah mula meninggi.
            Aku tidak dapat berkata apa-apa. Ada benar juga yang dikatakannya sebentar tadi. Jika aku ditempatnya juga, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Apapun, aku harus berterima kasih kepadanya sebab sudi membantu keluarga ni yang langsung tidak ada kena-mengena dengan dirinya.
            Haikal kembali duduk dibirai katil.
            “Aku minta maaf atas semua yang berlaku. Maafkan aku…”
            Haikal memandangku dan dia tersenyum. Aku terpana! Sebentar tadi dia cukup marah dengan hal yang berlaku tapi sekarang…. Aku semakin keliru dengan lelaki dihadapanku ini. ‘Who are you, Haikal?’ bisikku sendiri.
            “Kenapa kau nak minta maaf? Bukan salah kau pun. Lagipun kau juga seperti aku yang terpaksa menerima perkahwinan yang tidak pernah kau rancang.” Dia kembali menenangkan dirinya.
            “Kalau kau tak nak teruskan perkahwinan ni, aku faham. Lebih baik jika kau ceraikan aku. Tidaklah kau akan terluka seperti ni. Biarlah aku yang saja yang tanggung hal ni. Lagipun kau tidak kau tak sepatutnya terjebak dalam masalah keluarga aku. Kau langsung tiada kaitan dengan keluarga ni.  Aku tak patut biar kau tanggung semua ni dengan aku.”
Aku memberanikan diri menyuarakan pendapatku. Aku tidak seharusnya membiarkan dia turut serta dalam masalah ni. Dia mempunyai kehidupannya sendiri. Biarlah masalah ni, aku sendiri yang tanggung. Lagipun ni masalah keluargaku.
Haikal menarik tangan ku mendekatinya. Dia memegang daguku untuk memandang wajahnya. Dari tadi aku hanya tunduk wajahku merenung lantai dibilikku. Ada sesuatu yang menyebabkan aku tidak berani memandang wajahnya terutama matanya.
“Look at me. Kau ingat kahwin cerai  ni perkara main-main ke? Come on laa, soal perkahwinan yang sah bukan perkahwinan pondok-pondok. Biarpun kau bukan pilihan aku, tapi sekarang kau dah pun aku nikahi. Apapun alasannya, buat masa sekarang aku tak fikir hal cerai-berai ni. Yang tu cerita lain, ok.” Haikal masih lagi berlagak tenang.
“Tapi….” Haikal meletakkan jarinya dibibirku.
“Shuhs..! we should think as an adult  not like this.” Dia cuba meyakinkan aku dengan kata-katanya.
Aku sekadar mengukirkan senyuman kepadanya. Sungguh aku tidak sangka Haikal seorang lelaki yang baik. Aku telah salah faham dengan dirinya.
“So, sekarang kau punya turn kena tolong aku.” Aku mengerutkan dahiku.
“Tak payah kau kerut-kerutkan dahi kau tu. Sekarang kau Cuma tolong aku untuk selesaikan masalah aku dengan family aku pulak. Family aku langsung tak tahu yang anak dia ni, dah pun berkahwin. So, now I need you to help me solve this problem with my family. Ok?”
Baru aku faham apa yang cuba disampaikan oleh Haikal kepadaku sebentar tadi. Aku mengangguk kepalaku tanda aku bersetuju membantunya.
“Kau nak suruh aku buat pe nanti ?”
Haikal tersenyum melihatlu dan dia meminta aku supaya duduk disebelahnya.
“Esok aku akan bawa kau jumpa family aku dan aku tak nak kau cakap apa-apa kat depan mama and daddy. Biar aku je yang jelaskan hal ni kat diorang. Kau hanya perlu jawab bila ditanya sahaja. Faham?” sekali aku mengangguk kepalaku.
“Kau ni, dah macam burung belatuk je. Asyik terangguk-angguk. Hahaha…. You’re funny you know. So, nampaknya malam ni aku terpaksa bermalam kat sini la. Kau tak kisahkan… lagipun kita kan dah jadi husband and wife yang sah.” Haikal mengenyit matanya kepadaku.
Terkejut aku mendengar pernyataannya. Dah laa panggil aku burung belatuk. Cari pasal betul laa mamat ni. Baru je berbaik-baik tadi.
Haikal masih lagi ketawa. Merona wajahku menahan malu diusik oleh Haikal. Biarpun dia kini sudah sah menjadi suami aku tetapi both of us still as a stranger. Aku masih belum cukup mengenali dirinya.
Semakin lama aku disini, semakin galak dia mentertawakan aku. Lebih baik aku meminta diri keluar dari bilik ni.
“Tak pe laa, kau duduk sini dulu. Nanti aku bawakan baju untuk kau. Lagipun kau bukan baju nak tukar pun. Tak kan nak tidur pakai baju melayu tu. Baju tu baik kau sangkut dulu, esok kau boleh pakai lagi. Malam ni, biarlah aku tidur bilik Amira. Kau berehat laa ye. Mesti kau penat dengan semua ni. Aku keluar dulu.”
Ketika aku ingin melangkah keluar dari bilik, sekali lagi tanganku ditarik. Tubuhku terdorong menghampirinya. Hanya beberapa inci bibirku inigin mengena pipinya. Kemudian Haikal mengukirkan senyuman untukku. Aku terpana!
“Esok depan mama and daddy kau jangan berani nak berkau-aku dengan Ekal. Faham?” panggil dirinya juga sudah berubah. Sempat lagi dia memberi peringatan kepadaku.
Lantas tanganku dilepaskan. Aku tidak dapat lagi bertahan lama didalam bilik tu, kalau tak tau apa yang akan jadi pulak lepas tu. Dah laa perangai dia yang suka mengusik. Cepat-cepat aku membuka pintu dan meninggalkan dirinya.
“Argh! Malunya… memang mangkuk pinggan betul laa laki ni. Eii…” aku terlanggar tubuh Amirul ketika aku sedang ngomel sendirian.
“Kak Nia, asal muka akak merah ni? jangan-jangan, ada apa-apa yang korang buat tak kat dalam bilik tu. Haaa…” Amirul tersenyum nakal melihatku.
Mak dengan ayah yang turut berada disitu juga tersenyum melihatku. Aku berbisik sesuatu ditelinga Amirul. Lantas dia menaikkan ibu jarinya tanda setuju. ‘Ah, lega.’
Aku meninggalkan mak dengan ayah disitu. Semakin dilayan semakin teruk aku dikenakan. Baik aku pergi dari situ. Pipiku terasa bahang. ‘Malunya…’keluhku.


Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk. Lantas Haikal membuka pintunya melihat Amirul membawa sepasang persalinan untuk dirinya.
“Nah, kakak suruh bagi kat abang.” Pakaian tersebut bertukar tangan.
“Asal kakak sendiri tak bagi?”soal Haikal.
“Ntah. Dia malu kot. Sape suruh abang kurung akak lama-lama kat dalam bilik tu. Kan dia dah malu.” Tersengih Haikal mendengar kata-kata Amirul.
Dia tahu apa yang sedang bermain difikiran adik iparnya itu. Tapi, apa yang yang difikirkan tidak sama dengan apa yang terjadi. Dia tidak akan sesekali menyentuh Nia Maisara kerana hatinya bukan milik gadis yang bernama Nur Nia Maisara. Hati dan dirinya hanya milik gadis pujaan hantinya, Sofea Aliaa.
            ‘Ah… macam dengan Sofea..? Apa aku nak kata kat dia nanti? Masalah lagi!’ fikir Haikal.
            Nia yang berada didalam bilik sedang berbaring-baring di atas katil. Hari ni merupakan hari yang paling meletihkan dalam hidupnya. Dengan Amira yang tinggalkan keluarga ni laa dan dirinya yang terpaksa berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya lagi. Macam-macam. Nia pusing memikirkan hal itu.
            Kemudian Nia mengeluarkan diari miliknya yang sempat diambil dari biliknya sebelum dia keluar dari situ. Dia menulis sesuatu di dalam diarinya.

            Dear diary,
            Hari ni, ak berkahwin dgn seseorg yg tak penah aku kenal. Hanya berjumpa secara kbtulan ketika aku berada di  celebrity fitness. Siapa sangka yg aku tlah pun burglar sbg seorg isteri kpd lelaki yg bernma Muhd Afli Haikal.aku tak tau apa yg bakal terjd dgn hubungan kami. Terus terang aku katakana aku masih lg mencintai Am dan tdak pernah terniat utk aku mnduakan dirinya. Bagaimana jika dia tahu aku sdah mnjd hak org lain? Dan bagaimana dgn aku? Terpaksa ddk serumah dgn lelaki yang tdak pernah aku cintai apa lg syg. Aku dan dirinya, masing2 mmpnyai kekasih hati sndiri. Tdak mgkin utk kami meneruskan hubungan itu. Myb utk aku jew… dia lelaki, pasti dia menikahi satu lg, tp aku? Argh!!!! Aku tak tau ap yg patut aku lakukan. Ya Allah bantu lah hamba-Mu ini. Berikan kekuatan pada diriku utk menempuhi ranjau yg pnuih onak duri ni. Amira.. alangkah jika kau tahu apa yg sedang berlaku sekarang. Akak terpksa mngantikn tmpat mu utk meneruskan majlis perkahwinan kau dan Nain.
                                                                                                                        27/5/10
            Setelah aku meluah semua rasa yang terbuku dihati. Kini diari tersebut aku tutup dan aku simpan rapi. Diari ni sajalah tempat aku untuk meluah rasa. Biarlah, aku menanti esok apa yang bakal terjadi. ‘Wahai diriku, tidurlah engkau. Pasti kau letih dengan semua ni, kan. Tidur la. Pejamkan matamu.’ Aku memujuk diriku sendiri.
            Biarlah esok menjadi hari yang baru bagiku. Alangkah indahnya jika, semua ini sekadar mimpi. Tapi, itu tidak mungkin. Aku sudah sah menjadi isteri kepada Afli Haikal a.k.a  mamat Iguana Lovers. Menanti hari esok merupakan satu penyeksaan bagiku.

5 comments:

  1. ulalala!! Jgn lah bt yg femily dia rejek!! takmo la...sian nia nanti!

    ReplyDelete
  2. besh sgt2 !! sambung ... btw .. trozkn ek tulis n3 pnjg2 .. heheh .. xpuas deyh !! btw thx dearxx

    ReplyDelete
  3. awin : hehehe tgk jew bab 3 t.. perkara yg mengejutkn lg tu... heheh

    marina: thnx.. ok2...=D

    ReplyDelete
  4. Owh mcm tu rupenye Ayah die dpt cr pgntin... Hahaha nseb baik dpt yg nsem ek... Nina, kt bab ni ade word yg tertinggal la..

    ReplyDelete
  5. sis WC heheh... ea? ok2.. thnx gtau... huhuhu =D

    ReplyDelete