Monday, April 11, 2011

kbk - 6


“Wisy kamu tolong tengok-tengokkan si Lia tu ye. Auntie harap dengan percutian yang kamu rancang ni dapat memberi ketenangan kepada Lia.” Kata auntie Norizah dengan penuh harapan. Dia mengerling ke arah Lia yang baru menuruni anak tangga itu.
            “Baik laa auntie. Auntie jangan risau, Wisy pasti dia akan tenang kat sana. Lagipun ada yang akan teman dia juga kat sana.” Kata Darwisy dengan otak yang merencanakan sesuatu.
            Tujuan dia mengajak Lia pergi bercuti adalah untuk merapatkan Lia dengan sepupunya itu, Shafiq Fahmi. Darwisy berharap jika dia merapatkan mereka, Lia dapat melupakan musibah yang menimpa dirinya akhir-akhir ini. Lagipun Shafiq juga sedang mencari calon untuk dijadikan isterinya itu.
            “Siapa lagi yang pergi dengan kamu?” tanya auntie Norizah sambil memaut lembut bahu Lia yang sudah berada ditepinya.
            “Kawan Wisy, Tasya and my cousin, Shafiq.” Jujur jawab Darwisy.
            Lia hanya tersenyum.
            “Oh.. tak apa laa. Asalkan kamu jaga anak auntie ni baik-baik sudah. Syu, nanti dah sampai kat sana jangan lupa call mummy okay?”
            Darwisy ligat mengambil beg baju Lia untuk dimasukkan ke dalam but.
            “Ye la mummy. Nanti Syu dah sampai sana, Syu call mummy okay. Mummy jaga diri tau. Nanti kirim salam daddy ye.” Lia mengucup tangan auntie Norizah.
            “Kami pergi dulu ye auntie.” Darwisy meminta diri.
            “Hati-hati memandu. Kalau ada apa-apa jangan lupa call auntie.” Sempat lagi auntie Norizah memberi pesanan.
            Darwisy dan Lia hanya menganggukkan kepala mereka. Mereka memboloskan diri masuk ke dalam kereta dan meninggalkan perkarangn rumah Lia. Aunite Norizah masih melambai-lambai tangannya kepada mereka berdua.

“Kita nak gi ambil sape lagi?” soal Lia yang sudah bertukar tempat.
            Kini dia duduk dibahagian penumpang disebelah belakang. Shafiq terlebih dahulu mengantikan tempat duduknya.
            “Pergi ambil buah hati pengarang jantung si Darwisy laa.” Jawab Shafiq selamba sambil menoleh wajahnya ke belakang.
            Lia mengerutkan dahinya.
            “Buah hati pegarang jantung? Siapa?”
            Darwisy menyiku sepupunya itu kerana kelancangan mulutnya berbicara. Sebenarnya dia dan Tasya telah merasmikan hubungan sebagai kekasih namun dia merancang untuk memberitahu Lia pada malam mereka sampai disana nanti. Tapi disebabkan mulut sepupunya yang sudah memang tidak boleh menyimpan rahsia untuk seketika terpaksa laa dia mengambil tindakan untuk menceritakan kepada sahabat karibnya itu sebelum Lia melancar perang dingin dengannya.
            “Lia… sebenarnya aku… aku…” dia tidak tahu dari mana dia harus memulakan ceritanya.
            “Haa… dah sampai pun kita kat depan rumah pegarang jantung si Darwisy ni a.k.a Shamien Natasya.” Celah Shafiq apabila kereta milik Darwisy sudah betul-betul berhenti dihadapan rumah banglo tiga tingkat milik keluarga Tasya.
            “Lia, nanti sampai sana aku cerita semuanya kat kau kay. Aku tak bermaksud untuk sembunyikan perkara ni dari kau cuma…”
            Lia memotong.
            “Eh, tak pe la. Dah gi tolong si Tasya tu. Kesian kat dia, dah la lama menunggu. Si Shafiq ni la.” Sempat lagi dia megerling kepada Shafiq yang sudah berada ditepinya ini.
            Darwisy hanya menjungkitkan bahunya sahaja.
            Lia cuba memberi senyuman yang manis kepada Shafiq mahupun Darwisy. dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya terasa sakit apabila mengetahui mengenai Darwisy dan Tasya.
            ‘Mungkin sebab dia orang terakhir yang mengetahui tentang ni kot.’ Lia cuba mengagak teka teki yang sedang bermain dalam hatinya.
            “Aik! Lain macam je cik adik kita sorang ni. Cemburu ke, cik Arlia Syuhada oi?” Shafiq mengusik Lia.
            Dia sedar akan perubahan air muka Lia apabila mengetahui perkara ini. Lia menunjuk buku limanya kepada Shafiq.
            ‘Badan harap je kecik tapi garang nak mampos.’ Desis Shafiq.
            “Banyak laa kau punya cemburu. Aku cuma terkejut je la. Tak sangka kawan aku yang sorang tu pandai tangkap cintan. Ingatkan nak solo seumur hidup. Kot-kot laa teringin nak jadi bujang telajak.” Kata Lia sambil bercanda.
            “Ewah-ewah. Sesedap rasa kau mengutuk aku. Tak ada insurans mulut apa?” tiba-tiba suara Darwisy mencelah. Datang dari mana entah.
            “Eh, ada ke insurans mulut. Kalau ada aku nak beli laa. Mana laa nak tau, aku termakan sambal belacan yang mengundang bencana untuk mulut aku ni. Boleh minta insurans cover.” Tersengih-sengih Lia memberi jawapan yang ikhlas dari hatinya kepada Darwisy.
            Darwisy mengetap bibir menahan geram dengan sikap Lia yang tidak pernah mahu mengalah.
            Wajah Tasya memberi senyuman kepada Lia sebaik saja dia meloloskan dirinya masuk ke dalam kereta.
            “Hi Lia… hi Shafiq.” Tasya menyapa keduaa-dua makhluk yang sudah sekian lama berada di dalam kereta tersebut.
            Shafiq hanya mengangkat tangannya manakala Lia melemparkan senyuman kepada Tasya.
            Keadaan menjadi diam hanya suara Darwisy dan Tasya yang kedengaran didalam kereta serta suara Dj dicorong radio berceloteh. Lia lebih memilih untuk melihat permandang diluar kenderaan daripada dia melayan hati yang sedang dilanda hiba. Jika dulu, dia yang banyak bersembang dengan Darwisy tapi kini, Darwisy mempunyai seseorang yang boleh menemankan untuk bersembang. Siapa lagi kalau bukan si Tasya.
            Shafiq pula leka melayan laptop serta broadbandnya. ‘Haish, doktor sorang ni pun. Sempat lagi dia angkut laptop dengan broadband dia. Padahal nak bercuti je pun, bukan nak pindah terus kat air terjun tu. Lawak la sorang ni.’ Lia berkata-kata didalam hatinya sambil menahan ketawanya dari terburai.
            “Oit, Lia! Asal dengan kau? Tersenyum-senyum, tersengih-sengih tengok Shafiq tu apasal?”
            Mau bergugur jantung mendengar sergahan berani mati dari Darwisy. Mata Darwisy memandang ke arahnya melalui cermin  yang berada ditengah-tengah.
            “Alaa.. Wisy dia terpegun laa tu tengok aku ni yang terlebih handsome. Biasa la, Amir Khan. Siapa tengok boleh cair oo..”
            ‘Laa.. takkan dia perasan aku dok tengok dia dari tadi kot. Hadeh. Malu-malu.’
            “Ah, tak ada maknanya aku nak tengok muka kau. Daripada aku tengok kau lebih baik aku tengok jalan raya lagi bagus. Dapat faedah. Perasan! Amir Khan konon. Lagipun aku bukan tengok kau pun tadi. Yang aku tengok laptop kau. Actually kan aku pelik laa dengan kau. Nak pergi bercuti pun wajib dan perlu ke nak usung laptop serta broadband tu? Nak kata pindah terus kat sana tak termasuk dalam perancangan laa pulak.” panjang lebar Lia cuba mempertahankan dirinya padahal semua tu untuk cover line je pun. He he he.
            “Kalau malu kata je la. Aku tak heran pun malah aku lagi appreciate tau. Hah! Lagi satu, suka hati aku la nak bawa laptop ke, apa ke. Yang kau sibuk tu apasal? Nak pinjam tu cakap je. Aku bukan kedekut macam kau.” Balas Shafiq seperti tidak mahu mengalah.
            “Nak malu buat pe, aku pakai baju la. Lain laa kau, muka tu berkulitkan kulit gajah. Tebal berinci-inci. Sebab tu kau tak ada apa-apa perasan malu nak puji diri sendiri. Seperti pepatah moden, buka buku baca sendiri. Macam kau la tu. One more thing, aku tak kedekut okay. Tak K.E.D.E.K.U.T. Faham?” Lia turut membuat sesi balas membalas. Dia sendiri pun tidak pasti sama ada kata pepatah tu betul atau tak. Kalau la cikgu BM nya tahu dia telah merosakkan bahasa, pasti kena KSK. Apakah KSK? Kasih sayang ketam a.k.a cubitan.
            “Sedap hati kau je kata kulit aku kulit gajah. Untuk pengetahuan kau, kulit aku ni lagi halus and nipis dari kulit bayi tau. Lincin je. Bukan macam kau. Cik Lia sayang, memang la kita buka buku baca sendiri, takkan nak suruh orang tolong bacakan kot. Lain la kalau buta huruf. Kau tu buta huruf ke? Entah. Aku tak faham dan tak nak faham.”
            “Ei, kau ni kan…” Lia mengangkat buku limanya dihadapan Shafiq.
            “Apa-apa? Eleh, setakat nak tumbuk orang buat pa? Badan kecik, ada hati nak tumbuk orang. Kang aku tolak, melayang kot.” Shafiq menjelir lidahnya.
            Darwisy dan Tasya binggung dengan kedua-dua mereka ini. Dari tidak asyik bergaduh saja. Kalah anjing dengan kucing.
            “Argh!!!” separuh jerit Lia menahan geram.
            “Hoih! Korang ni, yang gaduh tak habis-habis ni apasal? Bingit kot. Kang aku bagi nikah dua-dua baru tau.” Sergah Darwisy dengan meneruskan pemanduannya.
            Shafiq dan Lia membalas pandangan.
            “Siapa nak kahwin dengan dia ni?” kata mereka serentak.
            Tasya yang berada didepan menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tersenyum melihat gelagat kedua-dua orang yang terpenting dalam hidup lelaki yang bernama Muhd Aiman Darwisy. Benar kata Darwisy, Lia seorang gadis yang cukup keras kepala. Patut laa setiap kali mereka bersembang pasti Darwisy tidak jemu-jemu menceritakan tentang Lia kepadanya.
            ‘Pasti kau seorang perempuan yang sangat istimewa dalam hati Darwisy.’ sendiri Tasya berkata kepada dirinya.
            Lia mencuka mukanya dan Shafiq memalingkan tubuhnya dari bertentangan dengan Lia. Rasa geram masih bersisa dalam hati masing-masing.

Setelah berjam-jam didalam kereta. Akhirnya, sampai juga ditempat yang ingin dituju. Air terjun Kota Tinggi negeri Johor. Sepanjang perjalanan ke sana, Darwisy yang memandu. Ada juga sesekali Shafiq menanyakan kepada Darwisy jika dia inigin merehatkan diri untuk seketika. Tapi, Darwisy lebih memilih untuk memandunya sendiri.
            Sepanjang perjalanan itu jugalah aku memilih untuk melelapkan mata dari berjaga dan menahan geram dengan Shafiq. Ketika ini kami masih melancarkan perang dingin. Kami sama-sama tidak mahu mengalah. Darwisy dan Tasya turut pening melihat kami seperti itu.
            “Lia… saya tanya sikit boleh?” Tasya meminta.
            Kini kami telah masuk ke bilik masing-masing. Maklumlah, letih perjalanan pun masih belum lega. Aku tinggal sebilik dengan Tasya manakala Darwisy sebilik dengan Shafiq. Pada awalnya, Dariwsy berpendapat untuk menempatkan setiap seorang satu bilik tapi pantas dibantah oleh kami bertiga. Yela, itu namanya membazir. Baik berkongsi daripada membazirkan duit.
            “Tanya laa..” jawabku sambil mengeluarkan pakaian dari beg.
            “Awak dengan Wisy memang rapat macam ni ea?”
            Soalan Tasya membuatkan keningku terangkat.
            “Maksud awak?”
            Tasya mendekati katilku.
            “Tak ada laa. Selalunya kalau keluar dengan dia pun mesti dia akan cerita pasal awak. Mesti awak seorang yang sangat istimewa dalam hati dia kan.” Tasya berterus-terang.
            “Maybe sebab kami kenal dari form one kot. Lagipun keluarga kami saling mengenali satu sama lain. Awak jangan risau la, we’re meant to be a best friend and not more than that. Saya dengan Darwisy tu dah macam adik dengan abang. You don’t have to worry kay.” Lia sedar yang Tasya mula berada tidak selesa dengan perhubungan dia dan Darwisy.
            Sebelum terjadi sesuatu yang tidak elok diantara mereka bertiga, lebih baik dia menerangkan situasi yang sebenar kepada Tasya. Untuk mengelakkan salah faham. Lagipun dia faham, perempuan mana yang tidak risau jika buah hati mempunyai perempuan yang lebih akrab daripada diri mereka sendiri.
            “Thanks ye Lia. Erm, maafkan saya jika soalan saya tadi menyinggung perasaan awak.” Ikhlas Tasya berkata-kata.
            Lia akui yang Tasya seorang gadis yang suka berterus terang dan dia juga seperti seorang gadis yang baik.
            “It’s so kay. Saya faham. How about kita tukar cara percakapan kita nak?” Lia mengubah topik. Dia tak faham kenapa hatinya ibarat dihiris-hiris sembilu apabila perkara ini diutarakan.
            “Nak tukar kepada apa?” soal Tasya sambil tersenyum.
            “Apa kata, kita guna nama ringkas. Boring laa saya-awak saya-awak ni. Okay tak?” Lia mengangkat ibu jarinya meminta persetujuan.
            Setelah seminit dua Tasya berfikir, akhirnya dia bersetuju. Sebenarnya dia juga tidak berapa suka untuk ber‘saya’ dan ber‘awak’ dengan sesiapa pun. Nampak seperti terlalu formal dalam percakapan.
            “Okay. Setuju…” dia membalas mengangkat ibu jarinya.
            Mereka berdua bersorak gembira.
            “Yeah!”
            “Just call me Sya and…” Tasya menunggu Lia meneruskan ayatnya yang terputus.
            “…and call me, Lia.” Kemudian kedua-dua mereka ketawa.
            Lia senang dengan kehadiran Tasya walaupun adakalanya dia sedikit kurang selesa apabila Darwisy menceritakan tentang gadis itu kepadanya. Dia sendiri tidak faham. Tak mungkin dia menaruh hati kepada Darwisy. Mereka dua pernah berjanji untuk tidak melibatkan soal hati dalam persahabatan ini. Oleh disebabkan itu, mereka lebih memilih untuk menjadi kawan baik selamanya.
            Tok! Tok ! Tok !
            Ketukan pintu bilik mengejutkan Lia dan Tasya yang sedang meraikan permulaan persahabatan mereka secara rasmi.
            Lia menawarkan diri untuk membuka pintu.
            “Hai ladies… korang buat pe hah? Sampai dengar kat bilik kitaorang dengan gelak tawa yang macam tuttt….”
            Lia mencebik bibirnya apabila setiap kata yang dikeluarkan oleh mulut Shafiq. Darwisy yang berada dibelakang Shafiq kelihatan segak berpakaian ringkas seperti itu. Berbaju T-Shirt berwarna hitam dan berseluar jeans tambah pula dengan rambut yang basah. Fuh! Siapa yang tengok pun boleh cair kot.
            Lia menggelengkan kepalanya.
            “Eh, yang kau ni asal tiba-tiba geleng kepala? Sewel apa.” Setiap yang dikatakan oleh Shafiq memang pedas kedengaran ditelinganya.
            “Eh, kau ni apasal ea? Asyik nak cari pasal dengan aku je. Kang tak pasal-pasal ada juga orang yang makan buku lima aku ni.” kata Lia tidak puas hati.
            Tasya yang tadi berada dibelakangnya kini sudah berada disisinya.
            “Dah-dah. Korang ni… cuba bawa-bawa bersabar sikit. Hah! Kau ni pun satu, yang syok sangat cari pasal dengan Lia tu kenapa? Dah teringin nak makan buku lima Lia ke?” Darwisy cuba menyejukkan keadaan yang sudah mula memanas.
            “Ingat aku kisah? Setakat penumbuk sebesar tu aku tak heran la. Kalau beruang tengok pun dia gelak tau.” Seperti biasa Shafiq tidak mahu mengalah walaupun kata-katanya tidak diterima dek akal.
            Memang laa beruang tak heran. Kalau dah nampak manusia depan dia, apa lagi langkah kanan la.
            “Eii..” belum sempat Lia membalasnya, Darwisy mencelaah.
            “Sudah laa tu. Haduih! Korang ni, kita datang sini nak bercuti bukan nak bertekak macam ni. Dah la, Lia… Tasya. Sebenarnya kitaorang datang sini nak ajak korang pergi jalan-jalan kat sekitar sini. Korang nak ikut tak?” Darwisy sedikit berang dengan sikap dua makhluk ni. Namun dia tidak lupa tujuan asal mereka berdua singgah disini.
            “Tak apa la Wisy. Aku ingat nak bersihkan diri dulu la. Kau dengan ‘dia’ nak pergi jalan-jalan, pergi laa dulu. Nanti aku join the adventure okay. Sya, kalau nak ikut diorang ikut je la, nanti Lia ikut dari belakang.” Nada suaranya menjadi normal kembali.
            “Oh, okay. So, Tasya? You want to join us or stay?” kini soal Darwisy kepada kekasihnya.
            “It’s so kay. I stay la. Lagipun I ingat nak mandi dulu. Letih lagi ni.” jawab Tasya jujur.
            Shafiq sudah lagi tidak menyampuk perbicaraan mereka.
            “Okay if tu yang korang nak. So, kami jalan dulu la. Kalau ada apa-apa jangan lupa call and kalau nak jalan tu jangan sorang-sorang. Make sure berteman. Kita kat tempat orang. Okay girls?” sempat lagi Darwisy memberi pesanan kepada mereka berdua sebelum Darwisy dan Shafiq melangkah perg meninggalkan mereka.
            Pintu bilik ditutup semula.
            “Lia nak mandi dulu or Sya dulu?” soal Tasya setelah mereka masing-masing ke katil.
            “Sya dulu la. Lia ingat nak kemas barang dulu.” Lia hanya tersenyum.
            “Okay then. Sya masuk dulu la.”
            Tasya sudah hilang dari muka pintu bilik air.
            Lia kembali mengemas bajunya yang terbantut gara-gara rancak berbual dengan Tasya.
            Dia tersenyum sorang-sorang apabila mengenang dia mempunyai seorang kawan perempuan yang baru dikenalinya telah menjadi kawan baiknya. Tapi jika difikir-fikir, memang layak la. Jika Tasya berpacaran dengan Darwisy, secara automatik Tasya juga akan menjadi kawan baiknya. Hanya seseorang membuat hatinya panas. Shafiq Fahmi!
            Dia tak faham kenapa Shafiq sering menyakitkan hatinya sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Setiap kali mereka berbicara pasti ada saja yang tidak puas hati mengundang.
            “Ah.. asal tiba-tiba nak fikir pasal dia tu? Buat sakit aje.” Cakap Lia sendirian.
           
Lia danTasya berjalan beriringan menuju ke kolam renang. Ketika itu, Tasya terpandang seorang lelaki yang segak. Dia kelihatan seperti kacukan. Wajahnya yanh putih bersih, mata yang berwarna biru muda, bibir yang kemerah-merahan dan itu membuktikan dia tidak merokok, rambut spiky dan dia juga kelihatan seperti seorang yang tenang.
            Cepat-cepat Tasya mengalihkan pandangannya apabila lelaki itu seperti sedar seseorang sedang memandang ke arahnya.
            “Fuh.. selamat dia tak perasan.” Perlahan Tasya mengeluh namun dia tidak sangka yang percakapannya itu sempat didengari Lia.
            “Selamat apa Sya?” soal Lia apabila dia terdengar sesuatu dari mulut Tasya.
            “Hah? Oh.. tak ada apa-apa. Eh, cepat la. Diorang dah lama tunggu tu.” Cepat-cepat Tasya cuba mengelak daripada terus ditanya oleh Lia. Nanti tak pasal-pasal dia mendapat title ‘seorang Girlfriend yang curang’. Minta simpang jauh-jauh la.
            Lia tersenyum melihat Tasya kelam kabut menjawab soalannya. Macam dia tak perasan yang Tasya sedang asyik melihat jejaka handsome tu tadi. Disebabkan dia tidak mahu menimbulkan rasa yang tidak enak diantara mereka, Lia memilih untuk mendiamkan diri.
            “Lia… cepat la. Diorang dah bising tu.” Jerit Tasya yang sudah jauh ke hadapan darinya.
            “Ye… Lia datang.”
            Lia berlari-lari mendapatkan mereka berempat.
            Darwisy tersenyum melihat mereka berdua. Tapi dia tidak tahu kepada siapakah senyuman itu diberi. Tiba-tiba hatinya dilanda sayu. Shafiq yang berada ditepi Shafiq sudah tersengih-sengih macam kerang busuk. Pasti ada sesuatu yang difikirkan didalam kepala otak doktor muda itu.
            ‘Ish! Harap muka je handsome tapi perangai hampeh.’ Kutuk Lia dalam hati.
            “Lia jauh termenung ke arah Shafiq. Dah jatuh hati ke?” suara Darwisy membuatkan telinganya berdesing. Bukan disebabkan suara yang kuat tapi disebabkan nama Shafiq yang menerjah ke ruang telinganya.
            “Wisy… kau jangan cari pasal. Kang buku lima kau tak dapat. Kasut aku ni yang jadi santapan malam kau.” Lia sengaja mengeraskan perkataan kasut.
            Darwisy mengangkat kedua tangannya tanda dia mengalah. Tidak mahu bertikam lidah dengan Lia. Tasya sudah tergelak-gelak melihat aksi itu. Cuma Shafiq yang masih bersikap selamba.
            “Okay la.. kau ni. Sikit-sikit nak pukul orang. Cuba la jadi macam si Tasya ni. Lembut je. Kan ayu orang lelaki tengok.” Darwisy berjenaka.
            Walaupun Darwisy cuma berjenaka tapi hatinya dilanda sayu dan sakit yang sukar dikatakan apabila dirinya dibandingkan dengan Tasya.
            “Lia… aku gurau je la. Jangan laa macam ni.”
            Darwisy sedar perubahan muka Lia memohon maaf. Mungkin Lia terasa dengan jenakanya.
            Lia menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “Eh, tak ada la. Tiba-tiba aku kepala aku sakit. Maybe sebab dah lama tak bercuti jauh-jauh macam ni kot. Sorry ea Sya, Wisy, Shafiq. Aku minta diri dulu la. Sakit sangat kepala aku ni. Berdenyut-denyut.” Lia meminta diri.
            Dia tidak tahan menanggung rasa hati yang memuncak melihat Tasya dan Darwisy seperti itu. Dia perlukan waktu untuk bersendiri.
            “Lia nak Sya temankan?” Tasya mendekati Lia yang sedang memicit-micit kepalanya.
            “Tak pe la Sya. Lia boleh balik sendiri. Lagipun, Lia ingat nak ambik angin kat sekitar sini.” Sekali lagi dia cuba mengelak.
            Tanpa menunggu lagi Lia terlebih dahulu melangkah pergi meninggalkan mereka. Suara Dariwsy yang memanggilnya juga tidak dihiraukan. Kini dia sangat-sangat sakit didalam hatinya. Dia tidak mahu Dawisy dan lain melihat dirinya menangis.
            Dia mengesat air matanya yang mengalir ke pipi. Lia mempercepatkan jalannya. Dia tidak mahu jika Darwisy mengejarnya.
            “Lia…. Lia…” Darwisy masih memanggil Lia.
            “Wisy… biar aku yang pergi tengok Lia. Lagipun aku kan doktor. Maybe I can help her.” Shafiq menawarkan dirinya untuk mengejar Lia.
            “Hmmm… okay. Nanti ada apa-apa jangan lupa call aku. Risau aku tengok dia sakit macam tu.” Keluh Darwisy.
            Shafiq segara mengejar Lia. Mungkin Lia tidak jauh dari sini. Dia yakin Lia mempunyai perasaan kepada Darwisy. Jika tidak, masakan Lia terasa apabila Darwisy asyik membahaskan tentang Tasya.
            “You jangan risau kay. Maybe Lia memang betul tak sihat kot. Lagipun dia tak makan lagi dari tadi. Masuk angin la tu. Don’t worry, okay.” Tasya memujuk Darwisy yang runsing memikirkan soal Lia.
            ‘You love him, don’t you?’ Tasya tersenyum bila dia sendiri terhidu sikap Lia.

4 comments:

  1. auuuuuuu...Mr b!!!i will get u la!!!hahaa...cepat2 la dear buat ag!!! i want that Hunk 2 be mine la!!hik3

    ReplyDelete
  2. awin.. haha.. sbr2.. klu jodo x ke mana yunk oi.. haha.. chill2.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. agaknya lia dgn sape erk????nak tahu.......

    ReplyDelete
  4. heheh... jeng3.. tggu ye.. huhuhu.. =)

    ReplyDelete

relax corner ..!!!