Tuesday, March 22, 2011

KBK - 5


Sudah lima bulan Fazriel pergi meninggalkan Lia dan selama lima bulan tu juga la Lia banyak mendiamkan diri. Dia tidak seperti dulu yang penuh keceriaan dan cerita dari mulut becoknya itu. Lia lebih banyak mengasingkan diri dari bertemu dengan orang ramai dan dia banyak menghabiskan masanya didalam bilik sambil menangisi apa yang telah menimpanya.   
            Auntie Norizah dan Uncle Rahim pun risau lihat sikap Lia seperti itu. Kerap kali juga mereka bawa Lia berjumpa dengan pakar tapi tetap jawapan yang sama. Lia menghadapi kemurungan yang teruk dan satu caranya hanya membangkitkan semangat hidupnya yang telah pergi bersama arwah Fazriel.
            Darwisy yang leka melihat Lia dari jauh terasa bahunya dicuit lembut. Dia menoleh ke belakang dan dia melihat wajah auntie Norizah tersenyum hanbar kepadanya.
            “Macam tu laa keadaan dia setiap hari. Termenung sana sini. Kalau tak pun dia menangis sorang-sorang dia. Auntie dah tak tau nak buat dah dengan Lia. Auntie cuma harap satu hari anak gadis yang ceria akan kembali. Auntie terlalu rindu dengan semua telatah dia dalam family ni.” keluh auntie Norizah sambil mengelap air mata yang menitis ke pipi.
            “Auntie sabar la erk. Man yakin satu hari nanti Lia akan bangkit dari semua kesedihan dia. Mungkin sekarang Lia belum terima orang yang dia sayang yang dia kasih, tinggalkan dia. Tambah-tambah pada hari perkahwinannya sendiri.” Darwisy memujuk.
            Dia masih ingat pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada Lia sewaktu majlis perkahwinan Lia apabila pengantin lelaki meninggal sebelum sempat ke majlis akad nikah. Ada yang mengatakan Lia seorang yang pembawa sial, pembawa bala bencana la dan macam-macam perkara yang menyakitkan hati sesiapa yang mengenali Lia sepenuhnya. Nasib baik ketika itu Lia masih dalam keadaan tidak sedari diri, kalau tak mungkin lagi teruk tekanan yang dihadapinya pada hari itu.
            “Auntie pun harap macam tu la Man. Erm, tak pe laa auntie nak hantar makanan kat Lia jap. Dia belum makan tengahari lagi ni.” Auntie Norizah bersama dulang yang berisi lauk pauk melangkah ingin masuk ke bilik Lia.
            “Auntie…” panggil Darwisy menyebabkan langkah auntie Norizah terbantut.
            “Ye..” auntie Norizah menoleh ke arah Darwisy.
            “Biar Man bawa makanan ni kat Lia la. Lagipun Man dah lama tak sembang dengan Lia. Mana nak tau Man boleh pujuk Lia ke.” Darwisy menawarkan diri untuk membawa dulang makan ke Lia.
            “Baiklah Man. Auntie percaya kamu je yang dapat nasihatkan Lia.”
            Dulang tangan bertukar tangan.
            “Terima kasih auntie.”
            Auntie Norizah sudah melangkah pergi meninggalkan Darwisy di situ.
            Perlahan-lahan Darwisy melangkah menuju ke bilik Lia. Dia menolak pintu bilik Lia yang sedikit renggang. Dia melihat Lia memegang potret Fazriel. Hatinya menjadi sayu apabila melihat Lia dalam keadaan seperti itu.
            “Lia…” perlahan Darwisy menyapa Lia.
            Lia masih membatukan dirinya dibirai katil sambil tangannya kemas memegang potret itu.
            “Lia…” Darwisy masih mencuba tapi masih tiada balasan. Akhirnya Darwisy mendekati Lia dengan lebih rapat.
            “Lia… are you okay?” Darwisy memalingkan tubuh Lia untuk berpusing ke arahnya.
            Dia terkejut melihat wajah Lia yang sudah banjir dengan air mata yang menggila mengalir ke pipinya. Darwisy menarik nafas yang panjang sambil meletakkan dulang tersebut di tepi katil.
            Darwisy melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Lia.
            Berkali-kali Darwisy meraup wajahnya sebelum dia memulakan perbicaraan dengan Lia.
            “Lia… sampai bila kau nka jadi macam ni?” Darwisy mengawal nada suaranya. Dia agak benggang dengan Lia yang  masih tidak berubah. Padahal perkara tu sudah berlalu beberapa bulan yang lalu.
            Lia masih menangis dan terus menangis tanpa menghiraukan pertanyaan Darwisy.
            “Nur Arlia Syuhada! I’m talking to you right now! Can you stop crying!” api amarah Darwisy terhembur keluar juga.
            Dia memang tidak tahan melihat Lia seperti ini. Jika dikatakan seperti mayat hidup pasti orang akan mempercayainya. Dengan wajah yang cengkung, tubuh yang tidak bermaya, mata yang sembab dan bibir yang sudah hilang dengan ukiran senyuman yang menawan. Sungguh Darwisy begitu merindu sahabatnya yang dulu sentiasa ceria.
            “Wisy…. Aku nak Fazriel. Aku nak dia…” akhirnya Lia membuka mulutnya untuk bersuara walaupun yang dikatakannya masih tidak masuk akal.
            Darwisy menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Dia binggung apa lagi yang harus dilakukan untuk menyedarkan Lia.
            “Lia… please. Aku minta sebagai kawan baik kau, please stop those thing ni. Aku tau kau still sedih dengan apa yang terjadi tapi, sekarang dah lima bulan benda tu berlalu. Tak kan kau still nak murung macam ni. Aku yakin kalau Fazreil masih hidup lagi pun dia tak nak tengok kau macam ni. You have to move on. Benda yang lepas biarlah ia berlalu, kita yang hidup ni kena terus berjuang. Kau seorang gadis yang cukup ceria dulu tapi sekarang kau lebih teruk dari mayat hidup. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Sampai bila Lia? Sampai bila?”
            Lia tidak berkata apa-apa. Dia masih lagi menangis.
            “Lagipun, you still have us behind you. Mummy  kau, daddy kau, aku and semua ahli kelaurga still sayang dan support kau. Kau tak kesian ke kat mama kau yang tak habis-habis risau tengok keadaan kau. Tambah daddy kau sampai dapat darah tinggi tengok anak perempuan dia seperti mayat hidup. Kau tak fikir ke semua tu?” tambah Darwisy lagi.
            Lia masih begitu menyebabkan Darwisy fed-up untuk meneruskan kata-kata. Ahkirnya dia membuat keputusan untuk pergi meninggalkan Lia sementara waktu. Biar Lia dapat memikirkan kata-katanya itu.
            “Wisy…” panggil Lia setelah Darwisy memulakan langkah untuk keluar dari biliknya.
            Darwisy memberhentikan pergerakkannya lalu memandang ke arah Lia yang bangkit berdiri dari posisinya.
            “Kau tolong aku erk? Please jangan tinggalkan aku sorang-sorang.” Perlahan Lia barkata.
            Kata-kata Lia membuatkan Darwisy mengukirkan senyuman.
            “Lia… you don’t have to worry. Selagi aku hidup selagi tu aku akan sentiasa berada dengan kau. Okay? Sekarang ni kau makan kay. Aku dah bawa makanan kat kau.” Darwisy hampir terlupa dengan makanan yang dibawa masuknya tadi.
            Lia perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.
            Darwisy kembali mendekati Lia.
            “Nah… kau makan kay.” Darwisy memberi dulang tersebut kepada Lia.
            “Wisy…”
            “Hmm..” Darwisy yang sibuk mengeluarkan setiap lauk hanya mengiakan saja.
            “Kau tolong suapkan, boleh?” Lia meminta.
            Darwisy yang mendengarnya tersenyum lebar.
            “As my pleasure…” jawab Darwisy dengan penuh kerelaan.
            Lia hanya tersenyum kecil.
            “Buka mulut…” Darwisy menyedok nasi ke dalam sudu untuk menyuap Lia.
            Lia teragak-agak untuk membuka mulutnya. Dia sedikit malu dengan keadaan seperti itu. Jika dikenangkan zaman persekolahnya, mereka sentiasa makan sambil bersuap. Maklumlah kawan baik laa katakan.
            Akhirnya satu pinggan nasi tu telah berjaya dihabiskan Lia. Ini merupakan kali pertama dia menghabiskan makanannya. Sebelum ini, setiap kali mummynya membawa makanan belum tentu akan disentuhnya. Kadang kala makanan tu hanya dipandang sepi.
            “Habis dah… good girl.” Darwisy sengaja melayan Lia seperti anak-anak kecil.
            Dia yang melihat Darwisy memujinya seperti itu turut tersenyum.
            “Eh… eh. Ada orang dah start senyuman laa… ni berita hebat ni. Kena kasi tau auntie ni. Auntie…. Oh auntie….” Berkali-kali Darwisy melaungkan mummynya.
            Auntie Norizah yang mendengar laungan Darwisy tergopoh-gopoh mendapatkannya.
            “Man ada apa Man? Apa dah jadi?” auntie Norizah agak termengah-mengah menyuarakan soalannya.
            Mungkin berlari kot tadi. Darwisy mengagak.
            “Cuba auntie tengok ni…” Darwisy menunjuk jarinya ke arah Lia.
            Auntie terkejut melihat Lia sudah menghabiskan makanannya dan wajah anaknya itu sudah mengukirkan senyuman walaupun masih kelihatan samar-samar.
            “Man… betul ke ni Lia?” soal auntie seolah-olah tidak percaya yangdilihat dengan mata kepalanya sendiri.
            “Yes auntie. This is your beloved daughter.” Kata Darwisy.
            Lia sudah tertunduk malu. Dia malu dengan mummynya, dia malu pada diri sendiri dan pada Darwisy yang sentiasa menyokongnya. Dia tahu selama beberapa bulan ini dia selalu membuat ahli keluarga dan orang terdekat risau tentang dirinya.
            Tanpa berlengah lagi, dia berlari mendapatkan mummynya yang berdiri dimuka pintu biliknya.,
            “Mummy… maafkan Syu. Maafkan Syu, mummy. Syu tau, Syu dah buat mummy dengan daddy risau. Syu minta maaf.” Dia memeluk auntie Norizah dengan erat.
            Auntie Norizah menitiskan air mata kesyukuran kepada Allah S.W.T dan dia juga berterima kasih kepada Darwisy. Walaupun dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Darwisy kepada anak gadisnya ini tapi Darwisy berjaya membuka pintu hati Lia untuk kembali.
            “Tak pe Syu. Mummy tak pernah salahkan Syu. Mummy bersyukur yang anak mummy dah kembali. Yang tu sudah cukup untuk mummy. Mummy gembira Syu dah sedar semua yang terjadi.”
            Darwisy yang melihat kisah antara ibu dan anak terukir senyuman dibibirnya tanpa disedarinya sendiri.
            “Terima kasih mummy. Terima kasih…” itu saja yang dapat dikatakan oleh Lia pada saat itu.
            Lia meleraikan pelukkan dan mengesat air mata mummynya.
            “Man… auntie nak ucapkan terima kasih kat Man. Man berjaya pujuk Lia balik ke dirinya yang asal. Walaupun masih awal tapi sekurang-kurangnya Lia dah sedar.” Kata auntie Norizah kepada Darwisy.
            “Tak ada laa auntie. Man tak buat apa-apa pun. Lia sendiri yang nak brubah. Kan Lia kan?” jawab Darwisy sambil matanya meliar ke arah Lia yang masih disisi auntie Norizah.
            Lia dan auntie Norizah tersenyum melihat jawapan Darwisy.
            ‘Thanks Wisy. Kau memang kawan aku. Thank you again sebab sedarkan aku dari semua ni. terima kasih.’ Ucap Lia dalam hati.

Hari ni Darwisy akan berjumpa dengan Shafiq. Entah apa yang ingin disampaikan oleh Shafiq kepadanya. Kedengaran di dalam telefon Shafiq seperti ada sesuatu yang penting untuk disampaikan tapi dia sendiri tidak tahu apakah sebenarnya perkara itu.
            “Wisy…” Shafiq melaungkan namanya sebaik saja melihat dia berjalan memasuki restoran ‘The Chicken Rice Shop’.
            Dia mengangkat tangan yang dia sudah nampak keberadaan Shafiq disitu. Dia berjalan mendekati meja yang diduduki Shafiq. Kelihatan seperti Shafiq terlebih dahulu memesan makanan tengahari mereka.           
            “Apasal kau nak jumpa aku ni?” soal Darwisy setelah dia melabuhkan punggungnya.
            “Relaks laa bro. Apa kata kita makan dulu lepas sambil-sambil makan aku cerita kat kau.” Cadang Shafiq.
            “Okay la.” Ringkas balasnya.
            Mereka berdua enak menikmati juadah yang terhidang dihadapan mereka. Shafiq terlebih dahulu memesan nasi ayam bermadu bagi Darwisy dan nasi ayam kukus bagi dirinya sendiri. Shafiq seperti sudah tahu makanan kegemarannya setiap kali dia makan di restoran itu.
            “Cerita laa apa yang kau nak ceritakan tu.” Kata Darwisy sambil menyuap nasi ke mulutnya.
            Shafiq yang meneguk air memulakan percakapannya itu.
            “Macam ni Wisy. Ibu aku dah bising pasal calon menantu. Dia nak sangat aku kahwin. Dah berserabut kepala otak aku nak elak soalan cepumas ibu aku tu.” Jelas Shafiq.
            “Habis? Apa masalahnya?” Darwisy masih tidak dapat menangkap erti disebalik jawapan Shafiq itu.
            “Masalahnya… aku tak ada calon…”
            “Laa… doktor pakar macam kau pun susah nak dapat calon ke?” Darwisy mengarukan kepalanya yang tidak terasa gatal.
            Sepupunya ini kalau bahagian mencari teman hidup memang payah. Bagi dirinya, dia ingin mencari seseorang yang sesuai mengikut cita rasanya. Masalah cita rasanya tu agak tinggi melambung. Dia nak seorang gadis yang sopan tutup aurat tapi rambut blonde. Lagi, katanya dia nak seseorang seperti Han Ji Eun pemain drama Full House. Ada ke patut. Lepas tu, dia nak seorang gadis yang mempunyai mata berwarna hazel dan mempunyai bibir yang nipis. Satu hal lagi, dia nak gadisnya itu seorang yang caring, baik, suka melakukan senaman, happy-go-lucky, hardworking, sweet dan yang memelikkan ialah dia nak gadis yang ganas. Yang boleh tahan dengan benda-benda lasak.
            Darwisy sendiri pun pening dengan sikap sepupunya itu. Sehinggakan nenek mereka pun turut pening dalam mencari calon isteri yang sesuai kepadanya. Kalau dia sendiri pun tidak sanggup untuk memilih Shafiq sebagai calon suami, itupun kalau dia seorang perempuan la.
            “Hoih!” sergah Shafiq yang melihat Darwisy sudah jauh ke alam dunianya sendiri.
            Darwisy tersedar lalu tersengih melihat muka Shafiq yang agak kelihatan benggang.
            “Sorry… sorry.” pinta Darwisy.
            “Sorry naik lori laa.” Kata Shafiq lagi.
            “Aik dah macam cerita Laila Isabella laa pula. Hahaha…” Darwisy tidak dapat menahan ketawanya.
            “Kau ni kan. Aku panggil kau ke sini untuk tolong aku. Bukan gelakkan aku macam ni. Kalau dari awal aku tau macam ni, baik aku dating dengan kelengkapan untuk bedah orang lagi bagus.” Hembur Shafiq pada sepupunya itu.
            “Alaa relaks laa. Okay.. apa kata. Kau serahkan tugas ni kat aku. Nanti aku try cari calon kat kau. Amacam, okay?” Darwisy mengangkat ibu jarinya.
            Shafiq masih berfikir tentang cadangan yang ditawarkan oleh Darwisy.
            “Okay tapi kau jangan kasi aku yang dah tak ada gigi. Kalau kau bagi macam tu kat aku, nampaknya ke dasar laut laa aku humban kau. Kang kau yang kahwin dengan perempuan tak bergigi tu.”
            Darwisy tersenyum dengan jawapan yang diberi oleh Shafiq kepadanya.
            “Eh, kau sekarang apa cerita? Sat aku tengok kau dengan Tasya, sat lagi dengan Lia. Yang mana satu kau nak ni? Nak try jadi buaya Malaya ka?” soal Shafiq yang sedikit keliru dengan Darwisy. Dia tahu yang sepupunya ini rapat dengan Lia tapi bagaimana pula dengan Shamien Natasya anak sahabat kepada mak langnya itu.
            “Oh ho.. aku bukan buaya kay. Dua-dua pun aku tak sure tapi yang pasti aku dengan Lia hanya kawan baik tak lebih dan tak kurang. Kau macam tak tau aku dengan Lia tu macam mana. Lagipun sekarangkan dia still dalam proses pemulihan diri yang agak kemurungan itu. Kalau Tasya lak aku tak berapa pasti sangat. Aku enjoy kawan dengan dia. Tasya seorang gadis yang bijak, pandai berkomunikasi dengan orang sekeliling and cantik.” Darwisy memberitahu hal yang sebenar kepada Shafiq.
            Shafiq sebenarnya kurang percaya dengan kata-kata Darwisy. Yela, jika dilihat kembali, Darwisy dengan Lia seperti mempunyai sesuatu yang sukar nak dijelaskan tapi yang pasti apa yang terjalin bukan sahaja sebagai kawan baik. Dia percaya yang lelaki dan perempuan boleh berkawan sebagai kawan baik tapi perasaan juga boleh turut hadir kerana itu memang lumrah manusia. Dengan Tasya, dia lihat Darwisy agak rapat tapi dia tak tahu kerapatan mereka ke arah mana. Antara percintaan atau sebagai kawan. Dia sendiri keliru dengan Darwisy.
            “Okay kalau tu yang kau kata.” Dia tidak mahu meluahkan kata-kata itu kepada Darwisy takut dianggap sebagai salah memikirkan hal sebenar. Jadi lebih baik dia merahsiakan hal ini pada dirinya sendiri.
            “Eh, macam mana dengan Lia? Alang-alang dah buka cerita pasal dia, aku nak tau gak perkembangan dia macam mana. Hari tu dengar kata dia murung gila selepas arwah bakal suami dia tu meninggal. So, sekarang ni dia dak okay ke?” Shafiq sedikit sebanyak mengetahui soal Lia dar keluarga mereka menanyakan soalan kepada Darwisy.
            “Dia dah okay sekarang cuma still menangis gak laa kalau dia teringatkan arwah Fazriel. Eh, jap…” tiba-tiba suatu akal menerjah dalam fikirannya.
            “Apa yang jap?” soal Shafiq yang tidak mengerti apa-apa.
            Darwisy berfikir, kenapa tak jodohkan Lia dengan Shafiq. Lagipun diorang dua ni sesuai dan dia juga seperti perasan yang Shafiq mempunyai hati kat Lia sejak berjumpa di airport subang jaya. Dia tersenyum nakal.
            “Shafiq… aku rasa aku dah jumpa calon isteri untuk kau.” Selamba Darwisy.
            “Hah?” dia tidak mengertinya lagi.
            ‘Tak kan Wisy nak… aku… dan..Li…’  cepat-cepat dia membuang fikiran tersebut.
            Shafiq melihat Darwisy tersenyum bahagia. Dah macam dia yang jumpa calon isteri. ‘Wisy… Wisy.. bila laa kau nak sedar perasaan kau…’ kata-kata Shafiq dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.
            Darwisy masih tersenyum.

9 comments:

  1. hailohhh..
    darwisy nak jadi matchmaker plak.

    ReplyDelete
  2. zt.. haha.. drwisy tu ting tong sikit... hehe..
    awin : tq looney mooney aku ni.. haha
    amira: hehe.. blum pasti gi.. tggu yg strusnya.. hehhe

    ReplyDelete
  3. bagi syafiq ngn tasya lah
    lia ngn wish..hahh amacam..haha
    papepun nice story;)

    ReplyDelete
  4. haha.. nak kenenkan org... tp perasaan sniri xpsti... mcm mne tu Wisy...? kang tk dpt Lia krg bru thu...

    ReplyDelete
  5. pe trok pny shafq .. blonde?? hahah .. giler pelik dy!! dh blonde, nk pkaia tdung lagi . wahahah~ gelak guling2 ow !! ahahah ... mimpi je keje!! ish2 .. hahaha

    ReplyDelete
  6. kak zura : hehhe...

    nabilah : Tq2..

    kiwi : tau xpe.. tu laa ssh nya org yg xleh nk tau perasaan smdri mcmana.. hehe

    nurul : hahaha.. dh permintaan kte msuk kn jew.. heheh

    ReplyDelete

relax corner ..!!!