Friday, March 11, 2011

bab 12


Sudah 4 bulan perkara itu berlalu. Sulfian juga tidak pernah lagi menelefon atau mengugutku. Aku lega, mama dengan daddy tidak kisah dengan latar belakangku. Alhamdulillah. Aku ingat lagi macam mana Haikal menghemburkan marahnya kepada Sulfian Hisham 4 bulan yang lalu.
            “Abang…. Sulfian Hisham telefon.” Aku memberitahu kepada Haikal, orang yang menghubungiku ketika ini ialah Sulfian Hisham.
            Haikal meninggalkan kerjanya lalu mengambil telefon dari tanganku tapi sebelum itu Haikal menyuruh aku mengucap salam terlebih dahulu.
            “Assalamuailaikum.” Kemudian dia meletakkan kembali telefon itu ditelinganya. Dia ingin mendengar apa yang ingin dikatakan lagi oleh Sulfian Hisham.
            “Puan Nia… macam mana dengan perkara yang pernah kita bincangkan bersama? Puan Nia dah bersedia untuk tinggalkan Haikal atau nak saya tolong sampaikan perkara ini kepada Haikal dan keluarganya? Kalau Haikal mengetahui perkara ini pasti dengan serta-merta Puan Nia akan ditinggalkannya. Lagipun siapa sanggup mempunyai isteri dari keturunan yang tidak baik. Betul tak, cakap saya?”
            Sulfian masih tidak tahu yang sedang mendengar percakapannya itu adalah Haikal. Wajah Haikal sudah berubah menahan geram lalu dia berkata,
            “Who said? Kau dengar sini, siapa pun Nia aku tetap terima dia seadanya. Lebih baik kau tak payah nak hasut Nia atau keluarga aku untuk dengar semua cerita-cerita kau sebab aku dan keluarga aku tak mudah makan hasutan orang-orang macam kau! Lagi satu, yang pernah melakukan kesilapan adalah ibu kandung dia bukan dia. So aku rasa sesiapa pun tak seharusnya menghukumnya demi kesalahan yang pernah dibuat oleh ibu dia. Jadi, kau dengar sini baik-baik! Lepas ni, aku tak nak dengar yang kau terus menghubungi Nia untuk ugut-ugut dia. Tapi kalau aku tau yang kau still ugut dia, I will make sure yang kau akan berhadapan dengan undang-undang. Faham!”
            Lantas Haikal memutuskan talian tersebut. Sejak dari tu, aku tidak dapat lagi panggilan telefon dari Sulfian Hisham.
           
Aku mengusap-usap kandunganku yang sudah memcecah 7 bulan. Aku tidak mendapat apa-apa alahan ketika mengandung tetapi Haikal yang terpaksa menerima semua alahan tu. Dia tidak boleh menghidu bau yang pelik-pelik, morning sickness seperti biasa laa muntah-muntah, kerap pening dan kadang-kadang tu dia pula yang sering merasa mual. Kasihan aku tengok Haikal terpaksa merasai semua itu. Aku pula hanya kuat mengidam. Sampai sekali tu, aku mengidam nak makan telur ostrich. Cuba bayangkan.  Dan satu hal yan g membuatkan Haikal pening ialah apabila aku teringin nak main dengan Iguana kesayangannya. Padahal sebelum ini nak tengok Iguana pun aku tak berani. Oleh disebabkan itu Haikal terpaksa mengambil kembali Iguana kesayangannya dipusat jagaan binatang. Tanpa aku sedari aku tersenyum apabila teringat semua kejadian yang pernah menimpa dalam hidup.
            Due date untuk aku melahirkan bayi dalam kandunganku ialah pada bulan Mei. Iaitu sama bulan dengan bulan aku dan Haikal mendirikan rumah tangga.
            Haikal baru keluar dari bilik mandi dengan tuala yang masih tersangkut dipinggangnya mendekatiku.
            “Sayang…” perlahan Haikal menegurku dari belakang.
            Aku menoleh ke arahnya lalu memberikan satu senyuman. Keharuman yang melekat dibadan Haikal yang baru usai membersihkan diri membuatkan aku terasa nyaman.
            “Hmm.. wanginya abang.” Aku mendekatkan diriku dengan dirinya.
            Haikal tersengih nakal.
            “Sayang, jom kita keluar nak?” soal Haikal sambil mendonggakkan wajahku.
            Aku tersenyum melihat Haikal seakan-akan mengodaku untuk menatap matanya yang menawan. ‘mentang-mentang laa mata dia warna brown. Nak menunjuk pula.’ Bisik nakalku dalam hati.
            “Keluar pergi mana?” aku membalasnya soalannya dengan soalan.
            “Sayang ni, abang tanya dia, dia tanya abang balik. Kita keluar pergi jalan kat mana-mana jela. Shopping complex ke mana-mana je laa. Lagipun kesian kat baby abang kat dalam perut Nia ni, boring duduk kat dalam rumah je.”
            Pantas Haikal mengusap lembut perutku. Kemudian dia bercakap sesuatu dengan bayi dalam kandunganku.
            “Baby papa boring kan duduk dalam rumah je. Betul tak, sayang papa?” dia mencium perutku yang sudah menunjukkan bentuk itu.
            Aku memukul manja bahu Haikal.
            “Ish, abang ni. Ada ke patut tanya kat baby. Mana laa dia tau nak jawab macam mana. Sekarang ni, yang boring tu abang bukan baby. Kan?” lembut kau menutur kata.
            Haikal kembali menegakkan dirinya yang sedikit menunduk untuk memncium perutku sebentar tadi.
            Haikal hanya tersenggih mendengar kata-kataku.
            “Alaa Nia ni. Abang boring laa duduk kat dalam rumah cuti-cuti ni. Mama, daddy dengan adik-adik syok je pergi melancong. Kita kena duduk rumah. Nak honeymoon pun tak boleh.”
            Aku membuntangkan mataku. Haikal sudah berlalu ke almari baju sambil tersenyum kepadaku.
            “Ah…”
            Tiba-tiba aku terjerit. Haikal yang baru hendak menyarungkan baju ke tubuhnya mendapatkanku.
            “Kenapa, sayang? Nak beranak dah ke? Abang nak kena buat pe ni? Eh, bukan lagi dua bulan ke due?” bertalu-talu soalan yang diwar warkan kepada aku.
            Haikal mundar mandir dihadapanku sambil memecit-mecit kepalanya. Aku yang peniing melihat kelakuannya seperti itu lalu menarik tangannya mendekatiku yang duduk di hujung katil.
            “Abang… cuba relaks. Nia tak beranak lagi laa.”
            Haikal memandang ke arahku.
            “Habis tadi yang Nia menjerit tu apasal?” Haikal melabuhkan punggungnya disebelahku.
            “Cuba abang rasa ni.”
            Aku menarik tangan Haikal memegang perutku.
            Haikal tersenyum apabila dia dapat merasa bayi dalam kandunganku sedang bergerak-gerak.
            “Sayang… dia gerak laa.”
            Sikap Haikal yang seperti budak-budak mencuit hatiku.
            “Sebab tu laa tadi Nia menjerit. Nia terkejut je. Sorry ye dah buat abang terkejut.” Aku memohon maaf atas keterlanjuran aku membuat Haikal terperanjat.
            “It’s okay.”
            Haikal mencium dahiku. Bahagianya dikurniakan seorang suami yang penyayang seperti Haikal.
            “Tadi abang kata nak keluarkan. Jom laa.” Kini aku pula yang mengajak Haikal keluar berjalan-jalan.
            “Jom….”
            “Boleh cari sekali hadiah untuk perkahwinan Am dengan Nadia.”
            Terkejut? Aku pun terkejut juga bila Nadia dengan Am jemput aku dan Haikal datang untuk majlis perkahwinan diorang dua. Rupanya selama ni, aku tidak tahu yang Nadia memang pernah menaruh hati pada Am malah sebelum aku dengan Am bercinta lagi. Oleh disebabkan aku dan Haikal telah berbaik-baik, Am dengan Nadia pun menjalinkan hubungan dan tanpa diorang sedar. Dua-dua telah jatuh cinta dan mereka buat keputusan untuk mendirikan rumah tangga seperti aku dan Haikal.
            “Ok. Lepas tu, abang ingat nak cari barang-barang untuk baby kita ni.” Haikal bersetuju dengan kata-kataku.
            “Kita nak keluar pukul berapa ni? Sekarang dah nak masuk zohor. Kita sembahyang dulu laa. Ok, abang?” aku menyuarakan pendapatku.
            Haikal hanya menurut. Aku lebih selesa jika sudah menunaikan tanggungjawab kepada yang Esa baru keluar bebas ke mana-mana begitu juga dengan Haikal.


Rupanya Haikal membawaku ke Pavillion dan sudah dua jam kami berada disini. Aku yang sudah tidak mampu meneruskan perjalanan lalu merehatkan diri di ruang yang disediakan manakala Haikal masih lagi berada di dalam kedai Mother Care sedang membeli belah barangan bayi.
            Aku disahkan bakal menerima bayi perempuan. Semua barangan yang dibeli oleh Haikal kebanyakan berwarna merah jambu. Kata Haikal, bayi perempuan lebih cantik jika memakai benda berwarna merah jambu.
            Aku yang leka memerhati orang yang sedang lalu lalang terpaku kepada seseorang yang mempunyai hubungan rapat denganku.
            “Amira!”
            Aku melihat seseorang seperti Amira yang berada didalam sebuah kedai yang bertentangan dengan kedai Mother Care menorak langkah untuk mendapatkannya.
            Haikal melihat aku yang terburu-buru mengejar seseorang, meninggalkan barang yang diambilnya untuk dibeli.
            Belum sempat aku menegur gadis itu, dia sudah pun berlalu pergi. Hati aku kuat mengatakan yang gadis itu merupakan adikku, Amira.
            Haikal memegang bahuku.
            “Nia nak pergi mana ni?” soalnya melihat aku yang terpinga-pinga.
            “Abang…Nia nampak Amira…. Amira ada kat sini, bang.” Perlahan aku membalas soalan Haikal dengan mata yang bertakung.
            “Amira? Adik Nia yang tinggalkan majlis tu?” soal Haikal lagi.
            Aku menganggukkan kepala sambil mengalirkan air mata. Aku tidak tahu kenapa aku berasa sedih melihat Amira. Mungkin kerana aku merinduinya. Duga hatiku sendiri.
            “Hey…. Shuhs… tak mau nangis macam ni. Ok, apa kata kita duduk dulu. Nia bukan larat nak jalan lagi. Ok?” Haikal menyeka air mataku.
            Aku menuruti semua suruhan Haikal.
            “Ok, tak pe laa… dengan keadaan Nia macam ni, baik kita balik ok sayang…” Haikal memujukku yang masih dengan sisa air mata dipipi.
            “Tak nak… Nia nak jumpa Amira. Nia yakin perempuan tadi tu Amira.” aku memang yakin yang perempuan itu Amira. Kuat hatiku mengatakan yang dia itu Amira. Kenapa Haikal tidak mahu memahami diri ni.
            “Nia jangan macam ni, nanti Nia sakit siapa susah. Abang juga, lagipun Nia kena ingat baby dalam kandungan Nia ni. Can you stop crying like this, sayang?” nada suara Haikal mula meninggi.
            Aku lagi kuat laa menangis. Bukan nak pujuk tapi bagi lagi sakit hati. Aku melihat Haikal menarik nafas yang dalam.
            “Sayang… I’m sorry okay. Abang risau tengok Nia menangis macam ni. Please… jangan nangis lagi. I promise, I will try to find your sister. Ok?”
            Haikal sudah bertinggung  dihadapanku sambil memegang erat tanganku.
            Aku mengesat air mata lalu mengangkat jari kelingking.
            “Janji?” pada awalnya Haikal tidak mengerti apa yang ingin dilakukan oleh aku lalu turut mencantumkan jarinya dengan jariku tanda janji.
            “Abang janji, but…”
            Aku mengangkat kening.
            “But?” soalku.
            Haikal menguntumkan senyuman.
            “You have to give me one big smile. Please….” Haikal menunjukkan wajahnya  yang comel kepadaku.
            Aku yang tidak menahan rasa geli dihati mengukirkan senyuman.
            “That’s my girl… kan cantik kalau senyum macam ni.” Haikal memujiku.
            Aku tersipu-siupu malu mendengar pujian Haikal.
            “Ok, laa. Jom balik. Lagipun kita dah lama kat sini kan…” Haikal mengajak aku balik ke rumah.
            “Tapi… kita tak beli apa-apa pun lagi.”
            Dari tadi satu barang apa pun belum dibeli. Disebabkan  Haikal terlalu memilih dalam membeli sesuatu benda dan gara-gara aku terlihat Amira.
            “Sayang… esok kan ada lagi. Nanti kita datang lain ok. But now, kita balik. You look very tired my dear.” Sekali lagi Haikal memujuk aku.
            Nak tak nak, aku t erpaksa ikut.
            “Ok laa..” nada yang tidak rela.
            “Erm… tak payah nak muncungkan mulut macam tu. Kang tak pasal-pasal baby dalam perut pun ikut macam Nia. Muncung macam musang.” Sempat lagi  Haikal mengusik aku.
            Oh… musang ea. Tunggu laa.
            Serang ketam bermula. Aku mencari tempat yang sesuai untuk menghadiahkan satu cubitan kepada Haikal. Haikal menjerit menahan kesakitan.
            “Aduh… sakit laa Nia.” Haikal mengosok-gosok pehanya yang menjadi mangsa cubitan aku. Aku yang berada disisinya memberikan satu senyuman yang nakal.
            “Sedap tak abang?” soalku bertujuan untuk mengusik.
            “Sedap Nia kata. Tak pe… tak pe. Ni kat shopping complex kan. Tunggu laa kat rumah. Abang bagi lagi best punya…”
            Haikal menunjukkan gigi taringnya sambil membalas dengan senyuman yang penuh maksud tersirat. Lantas aku memegang kedua-dua telingaku yang ditutupi dengan tudung tanda aku mohon maaf.
            Haikal menggelengkan kepalanya. Kemudian disambut dengan ketawa kami berdua disitu. Pasti orang yang lalu lalang memikirkan kami tidak siuman.
            Haikal memimpin tanganku untuk pulang ke rumah. Aku bersandar mesra dibahu Haikal dengan tangan yang kuat dalam genggaman Haikal. Hatiku kembali berbunga ceria. Berada disisi Haikal membuatkan aku bahagia dan aku harap semua ini berpanjangan. Tanpa kami sedari ada seseorang yang sedang memerhati ke arah aku dan Haikal. Lalu dia turut mengukirkan senyuman.

4 comments:

  1. sorry klu xmemuaskan... n utk pengetahuan smua...
    nxt week nina tukar url tau..
    apa2 t nina kasi tau ok...

    ReplyDelete
  2. best3, mira ke yg tengok nia tadi tu??

    ReplyDelete
  3. ayuna... apa kejadah nia nak senyum kat pasangan bahagia tu???? hahahaha.... off kos amira kowt!!! tapi kenapa erk amira lari tadi??? owh mungkin sebab dia bersalah kowt!!!

    ReplyDelete
  4. ayuna & korro suffian : heheh... pndai korang teka.. heheh

    ReplyDelete