Wednesday, April 13, 2011

KBK - 8


Sudah masuk pukul 11.50 malam dan aku masih tidak dapat melelapkan mata. Akhirnya aku membuat keputusan untuk membuka yahoo messenger. Sebaik saja aku membuka YM, aku melihat icon Darwisy juga turut kelihatan.
            Lia_syu: Assalamuailaikumwarrahmatullahiwabarakatuh. He he he…
            Lia tersenyum-senyum dihadapan laptopnya.
            A.Darwisy: Eh, Lia… wtpe kau on9 mlm2 cam nie?
            Lia_syu: Oit! Jwb la slm dlu. Ni tak men redah jew. Aku xwtpe pun.  Yg kau tu, xtdo lg ke cik abg oi!
            A.Darwisy: Aku dh jwb dlm ati laa.. kau tu yg ska buat heboh… dh mcm jom heboh2.. he he he… seperti biasa la… chat ngan Tasya…  hu hu hu..
            Lia terkedu apabila nama Tasya yang dibangkitkan dalam chatnya. Kenapa hatinya menjadi sayu? Tak mungkin kata-kata Shafiq ada benarnya.
            BUZZ!!!
            Bunyi BUZZ membuatkan lamunan Lia terhenti.
            A.Darwisy: kau tido ke?
            Lia_syu:Eh, xde la. Mak aku pnggil td. Sory…
            Bohong Lia. Lia sendiri hairan bila masa dia pandai menipu ni.
            A.Darwisy:Auntie pn blum tido lg? lmbt mama kau tido. Lia…..
            Lia_syu: Blum gi… tgh tmankn hubby tercnta tgk tv.. biasalaa nk loving2.. mcm kau xfhm..  he he he… eh, xpe la.. kau tgh chat ngan Sya kn? So, aku undur diri laa.. xnk jd kacau daun..
            Lia sengaja ingin menceriakan hatinya. Dia tidak mahu menganggu sahabatnya yang sedang dilamunan cinta. Lebih baik jika dia mengundur diri dari chatting ni.
            A.Darwisy: Owh.. diorg tu rmantik tol aku tgk.. sweet je. Hehe… ala.. Lia.. kau no of9 kew? Tggu laa… aku dh lma xchat ngan kau ni. rndu gler.. nk jmpe pn jrang.. calling2 lg laa jarang.. stay k…
            Lia tersenyum membaca apa yang dibalas Darwisy. Tapi, ini masih belum dapat membuat dia ceria. Kenapa?
            Lia_syu: rndu konon? Hahaha.. xgnggu kew nnt… kang xpasal2 aku dpt cop ‘PENYIBUK’ ha ha ha…
            Lia cuba ketawa tapi dia tahu ketawanya itu hanya sekadar menyedapkan jiwa yang sedang berkocak hebat.
            A.Darwisy: Laa.. serius laa. Aku mmg rndu kat kau tau. Xde mknanya kau nk dpt title PENYIBUK… kau tu PA aku.. so dimana aku ada distu kau WAJIB n HARUS ada..  lgpun Tasya dh nk of9…
            Lia sudah mengagak kenapa Darwisy tidak membenarkan dia offline.
            Lia_syu: Yela2.. aku caya kau.. n.. aku pun rndu kat kau gak! He he he…  wokeyh Boss! Ptut laa kau suh aku jgn of9.. rpe2nye kekasih hati dh nk ciao… sian2… ish3..
            Lia cuba berjenaka.
            A.Darwisy: WOW! First time kau kta kau rndu kat aku… terharu gler… selalunya aku yang terhegeh-hegeh nk rndu kat kau. Tp xpe laa.. aku bgga kau rndu kat aku.. uish! Spe kata… aku mmg nk chat ngan kau pun… tp disbbkn asyk sibuk ngan urusan yg tu, yg ni…  dh jarang chat.. kau pe khabr? Shat?
            Lia_syu: kuang asam garam betul la kau ni. nasib bek kau jauh dr mata, klu dkat… sah2… satu tmbukan mndarat kat bahu kau. Mna nk pi tau, org tu dh GF… kot2 laa lupe kat org disini… erm.. aku? Mcm biasa laa.. sntiasa shat. Kau?
            A.Darwisy: Ap ssh.. tmbh laa asm dgn gram tu.. kan dah cukup perisa.. he he he… peace2.. aku grau2 je.. tu pun nk ambik serius… hu hu hu.. Lia.. evn aku dh ada GF.. kau ttp no satu tau.. xkira apa pun… u stil the no. one… gud2..  aku pn shat gak…
            Kata-kata Darwisy benar-benar membuat hatinya kembali ceria. Rupanya Darwisy masih tidak melupai dirinya. Lia semakin binggung dengan dirinya.
            Lia_syu: Erm… wisy…
            A.Darwisy: Hah? Npe ni?
            Lia_syu: Sje je.. nk kacau kau… he he he…
            Lia membatalkan niatnya untuk bertanyakan seberapa jauh hubungan dia dan Tasya.
            A.Darwisy: Bg suspen jew. Igtkn ad ap td… Lia, kita kuar nk? Dh lma xlepak ngan kau.. rndu laa plak… amacam?
            Lia_syu: he he he… Kluar? Gi mna?
            Lia sedikit teruja dengan pelawaan Darwisy. Sudah lama mereka tidak menghabiskan masa bersama-sama. Selalunya mereka akan keluar berempat. Lagi dua orang itu, pastinya Shafiq dan Tasya.
            A.Darwisy: Mcm ni… esk… dlm kul 10 aku gi ambik kau kat rumah.. then dlm perjlnan kta rncang laa.. ok x? esk kau x bz kn?
            Lia_syu: Erm.. ok2… aku tggu kau kat rumah… nope.. aku nk bz pe nya… keja pun belum..
            A.Darwisy: Ok, klu mcm tu.. esk aku gi ambik kau.. kiranya on laa ye..
            Lia tersenyum gembira.
            Lia_syu: Yup… aku tggu tau.
            A.Darwisy: Ok.. Lia.. dh nk dkat kul 1.30 dh ni.. jom tido jom.. esk nk kuar gi.. kang dua2 pengsan.. xbgn2..
            Lia mengerling melihat jam di dinding biliknya.
            Lia_syu: Hurm.. ok laa. Aku pun dh mguap gak ni. jumpa esk ya.. aku tggu k.. daa… salam…
            Lia terlebih dahulu mengundurkan diri.
            A.Darwisy: Ok2… wsalam…
            Kemudian hubungan terputus.
            Lia menutup laptopnya dan melangkah menuju ke katilnya.
            Dia menghempas badannya di atas katil. Lia tidak sabar menunggu hari esok. Perlahan-lahan Lia melelapkan matanya.

Seperti yang dijanjikan Lia menunggu Darwisy di hadapan rumahnya. Lia mengenakan dress labuh yang berwarna dark brown dan tudung yang berwarna krim. Lia mundar mandir menanti Dariwsy.
            “Syu.. cuba duduk dulu. Kejap lagi sampai laa si Darwisy tu.” Suara puan Norizah menegur anak gadis yang resah menanti sahabatnya itu.
            “Dah pukul berapa ni mama. Cuba mama tengok. Janji pukul 10 tapi sekarang dah pukul 10.45 pun belum muncul-muncul lagi. Macam mana Syu tak geram.”
            Ni memang salah satu sikap Darwisy yang kurang digemarinya. Sejak dari zaman persekolahan lagi, Darwisy selalu tidak menepati janjinya.
            “Jam laa kot. Yang Syu ni, tiba-tiba nak naik angin apasal? Dulu mama tengok elok je.” Puan Norizah binggung dengan sikap Lia yang semakin berubah seja akhir-akhir ini. Jika nak dikatakan pasal kematian Fazriel, perkara itu dah berlalu 9 bulan yang lalu. Tak mungkin anak gadisnya belum bisa menerima kenyataan itu lagi.    
            Tidak lama kemudian muncul kereta Honda Jazz berwarna hita di depan pintu pagar rumahnya.
            “Kereta sape pulak ni? Tak kan Wisy tukar kereta baru?” Lia berlari menuju ke arah pagar rumahnya.
            “Syu… jangan lari, nanti jatuh.” Pekik Puan Norizah yang melihat Lia sedang berlari.
            Pantas Lia membuka pagar rumahnya untuk melihat siapakah gerangan pemilik kereta Honda Jazz itu.
            Lia terkejut apabila, orang yang melangkah keluar dari kereta tersebut adalah Shafiq Fahmi dan bukan Darwisy.
            Shafiq memberi senyuman kepada Lia sebaik saja melihat wajah Lia dihadapan keretanya.
            “Hai…”
            Lia mengerutkan dahinya. ‘Kenapa Shafiq yang datang? Mana Darwisy?’ soalnya dalam hati.
            “Dah tak payah nak muka macam monyet dalam hutan. Ni semua Darwisy punya kerja. Dia suruh aku datang ambik kau. Dia kata Tasya tak sihat and dia terpaksa teman Tasya ke klinik.” Jelas Shafiq.
            Lia terkedu dengan pernyataan Shafiq. Tidak sangka Darwisy sanggup membatalkan janji temu mereka semata-mata untuk menemankan Tasya ke klinik. Jika benar Darwisy tidak dapat keluar dengannya, tidak payahlah bersusah payah meminta Shafiq mengantikan dirinya.
            Lia menjadi sebak apabila memikirkan hubungan persahabatan dia dan Darwisy tidak seperti dahulu lagi.
            “Hello… kau ni ada kat sini ke dah melayang ke awing-awangan.” Shafiq melambaikan tangan dimukanya.
            Lia kemudian sedar tidak memberi sebarang reaksi.
            “Eh, Shafiq… masuk la Shafiq. Syu, asal tak jemput Shafiq masuk. Kesian kat dia.” Puan Norizah yang tiba-tiba muncul dari belakang Lia mempelawa Shafiq masuk.
            Shafiq mendapatkan tangan puan Norizah lalu diciumnya tanda hormat kepada orang yang lebih tua.
            “Tak pe laa auntie. Shafiq datang ni pun nak ambik Lia keluar.” Terang Shafiq tentang kehadirannya hari ini.
            “Darwisy tak jadi keluar ke?”
            Puan Norizah yang tahu rancangan Lia untuk keluar dengan Darwisy lalu bertanyakan kepada Shafiq.
            “Darwisy kata dia ada hal. Tu yang dia suruh saya datang ambik Lia ni. Kira macam ganti tempat dia laa.” Kata Shafiq lagi.
            Lia masih membatukan diri.
            “Syu… kamu menungkan apa tu?” tegur puan Norizah apabila melihat Lia jauh melayan diri.
            “Hah? Tak ada apa la mama. Tak pe laa mama. Syu pergi dulu ea. Assalamuailaikum mama.” Lantas Lia meminta diri.
            Puan Norizah hanya terangguk-angguk sahaja.
            “Kami pergi dulu ye auntie.” Giliran Shafiq meminta diri.
            “Okay… hati-hati. Jangan baik lambat sangat.” Sempat lagi Puan Norizah memberi pesanan.
           
Di dalam kereta Lia hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan rasa hatinya ketika ini. Sedih, marah, cemburu semua bercampur. Tapi kenapa perlu cemburu? Dia tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada Darwisy.
            Tiab-tiba telefonnya berbunyi.
            Lia membuka begnya untuk melihat siapa gerangan yang menghantar mesej kepadanya.
            Lia… I’m so sorry. Aku terpaksa mnta Shafiq temankn kau keluar. Tasya xshat. I’m sory kay. Next time kita keluar. Aku janji… len kali aku xbuat dah. Sorry again.
            Lia menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg. Dia memejam rapat matanya. Dia tidak sanggup untuk merasa seperti ini.
            Shafiq yang dari tadi menjadi pemerhati memberanikan diri untuk bersuara.
            “Darwisy?” soal Shafiq.
            Lia tidak menjawabnya tapi hanya menganggukkan kepalanya.
            Shafiq tidak tahu untuk membicarakan apa lagi dengan Lia. Dia tahu pasti sekarang hati Lia sangat sakit.
            ‘Lia.. lia.. cubalah kau fahami perasaan tu.’ Keluh Shafiq dalam diam.
            Shafiq membuka radio. Dia tidak mahu suasana yang sunyi menyelubungi keretanya. Dia ingin menghangatkan kembali suasana. Mungkin selepas dengar radio, hati gadis disebelahnya ini akan sedikit tenang.
            Radio hot fm menjadi pilihan Shafiq. Lagu yang diputarkan adalah lagu terbaru Dina feat Zizan. Shafiq cuba menguatkan suara radio. Dia tidak pernah dengar lagu ini sebelumnya.  Mungkin boleh dilayan. Teka Shafiq.
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Bait kata permulaan lirik itu membuatkan Shafiq terkedu. Dia ingin menutup kembali radio itu namun pantas dihalang Lia.
            “Biarlah… lagu tu macam best je.” Perlahan kata Lia.
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
            ‘Darwisy alangkah kau tahu betapa kau yang aku perlukan ketika ini.’ Lia bermonolog didalam hati.
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
            Benarkah, aku mulai mengasahi sahabatku sendiri? Lia binggung memikirkan perasaanya ketika ini. Kenapa setiap bait lirik ini seperti menuju kepada dirinya sendiri. Kenapa?
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
            Lia tidak dapat menahan air matanya daripada menitis setelah mendengar setiap bait-bait lirik ini sehingga tamat. Akhirnya Lia menitiskan air matanya. Sungguh pedih dirasainya.
            Shafiq tiba-tiba memberhentikan kereta dibahu jalan. Kemudian menoleh ke arah Lia yang berada disebelahnya. Dia dapat melihat Lia terluka dengan apa yang sedang terjadi.
            Shafiq memaling Lia untuk menghadap mukanya. Lia yang sedari tadi memaling mukanya ke arah cermin kini sudah menoleh ke arah Shafiq. Shafiq dapat melihat jelas air matanya.
            “Air terjun mana pula yang landing kat muka kau kali ni?” Shafiq berjenaka.
            Dia ingin meredakan kesedihan gadis dihadapannya ini. Dia akui, yang dia mula mengasahi gadis ini. Tapi apa mungkin gadis ini akan melihat dirinya sedangkan didalam hati dan mata gadis ini hanya ada Darwisy iaitu sepupunya sendiri.
            Lia mengesat air matanya yang sudah kurang membasahi pipi.
            Dia memandang tepat ke arah mata Shafiq yang tidak putus melihat dirinya. Matanya pasti sudah membengkak dan merah. Tu la kesan yang sentiasa terjadi jika dia menangis semahunya.
            “Shafiq… jangan kasi tau sesiapa ya, aku nangis.” Perlahan Lia bersuara.
            “Hah? Apa kau cakap? Tak dengar la.” Shafiq pura-pura tidak dengar dengan permintaan Lia.
            Lia menghadiahkan satu tumbukan dilengan Shafiq. Namun tumbukan itu tidak sekuat mana hanya sekadar ingin mengacah.
            “Uish, dalam nangis-nangis pun sempat nak tumbuk orang tu.” Adu Shafiq apabila Lia memberi tumbukan pada lengannya. Nasib baik perlahan, kalau kuat mau lebam lengannya.
            Lia akhirnya mengukirkan senyuman.
            “Senyum pulak dia.” Kata Shafiq.
            “Habis, kau sanggup ke nak tengok aku nangis?” soal Lia pula.
            “Aku tak kisah, asalkan dapat buat kau rasa lega.” Serius kedengaran kata-kata Shafiq.
            Pada mulanya, dia hanya ingin berjenaka namun tidak sangka dianggap serius oleh Shafiq.
            “Thanks…” ucap jujur Lia.
            Sedikit sebanyak rasa sedihnya yang sempat bertandang sudah beransur pergi selepas melayan sikap Shafiq.
            “No thanks. Tak main la thanks… thanks ni.” selamba Shafiq berkata membuatkan Lia binggung.
            “Then?”
            “Kau kena teman aku satu hari pergi jalan. Kalau betul-betul kau nak berterima kasih dengan aku la.” Kata Shafiq lagi.
            “Okay la.. kita nak pergi mana ni?” Lia bersetuju dengan pelawaan Shafiq.
            Mungkin dengan ini dia dapat melupakan perkara yang terjadi pada dirinya.
            “Kita pi aquaria nak?”
            Lia sudah memperbetulkan posisinya.
            “Erm.. okay ja.” Sekali lagi Lia bersetuju.
            Shafiq hanya memberi senyuman.
            “So, lets go.” Shafiq kembali pemanduannya.
            ‘Lia… aku akan pastikan tiada lagi air mata yang keluar. Kau tak seharusnya bersedih. Jika Darwisy tak pandai nak ambil hati kau, biar saja aku yang rebut hati kau.’ Kata Safiq sendiri.
            ‘Wisy… maafkan aku. Aku mungkir janji kita. Aku cintakan kau Wisy. Terlalu cintakan kau.’ Keluh Lia dalam hati.
            Kedua-dua mereka kembali mendiamkan diri masing-masing sehingga sampai ditempat yang dituju.

2 comments:

relax corner ..!!!