Thursday, April 14, 2011

KBK -9

Darwisy mundar mandir di dalam bilik tidurnya. Dia tahu Lia terasa hati dengannya. Sejak dia tidak tepati janjinya, Lia semakin menjauhkan diri darinya. Sudah sebulan Lia bersikap dingin dengannya. Dia binggung memikirkan cara untuk memujuk sahabatnya itu.
            Darwisy sedar yang Lia juga semakin rapat dengan Shafiq. Di mana ada Shafiq disitu pasti ada Lia. Dia mula merindui kenangan ketika mereka bersama-sama. Minggu depan keluarganya membuat family gathering dan Lia salah seorang tetamu yang perlu dijemput hadir.
            Seperti tahun-tahun sebelum dia berangkat ke US. Setiap kali ada jamuan makan, Lia pasti akan dijemputnya. Maklumlah, kenalan rapat. Yang berbeza kali ini, gadis yang akan menemaninya ialah Shamien Natasya dan bukan Nur Arlia Syuhada. Bagaimana dengan Lia?
            Darwisy meraup wajahnya berkali-kali. Dia tidak tahu apakah tindakan yang harus dilakukannya.
            “Ish, tension betul la!” suara Darwisy separuh menjerit.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Darwisy mengeluarkan telefon dari poket kirinya. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, Darwisy terus menekan butang ‘answer’.
            “Hello…” Darwisy memulakan perbualan.
            “Assalamuailaikum.” Rupanya Shafiq yang berada dihujung talian.
            “Waailaikumsalam. Asal kau call aku malam-malam macam ni? Ada apa-apa aku boleh bantu?” tanya Darwisy.
            “Lain kali bagi salam dulu. Ni tak, main hello-hello. Apa la kau ni.” Dawisy tersenggih mendengar sindirkan sepupunya itu.
            “Kau dah macam Lia la pula. Dia pun selalu tegur aku kalau aku tak bagi salam dulu. Haa… korang ada apa-apa ea?” Darwisy melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berada berhampiran dengan katilnya.
            “Aik, ingat kat Lia nampak. Rindu ke?” suara Shafiq kedengaran ingin berjenaka.
            Darwisy hanya tersenyum hambar. Memang dia merindui shabatnya itu. Perlahan Darwisy mengeluh.
            “Ah, tak ada la. Yang kau telefon aku ni, ada apa?” Darwisy cuba menukar topic.
            Shafiq hanya tergelak mendengar jawapan sepupunya itu.
            “Tak ada apa-apa. Aku just nak minta pendapat kau sikit. Itu pun kalau kau tak kisah la.” Jelas Shafiq.
            “Pendapat apa?” soal Dariwsy kepada Shafiq.
            “Aku ingat nak melamar Lia pada malam jamuan family kita tu. Kau ingat okay tak?”             Darwisy sudah seperti hilang kata-kata dengan penjelasan Shafiq. Mulutnya ibarat terkunci rapat untuk memberi pendapat. Tiba-tiba, rasa cemburu menyerbu ke dalam hatinya.
            “Oit! Wisy… kau dengar tak ni?” suara Shafiq mengejutkannya dari lamunan.
            “Hah… aku dengar, aku dengar. Sorry la tadi aku… erm.. tadi…”
            “Dah-dah… tak payah bagi alasan. Aku tau kau tengah berangan kan.” Shafiq sudah dapat mengagak ini bakal terjadi.
            ‘Tu laa.. peluang ada depan mata tak reti nak hargai. So, aku masuk line laa. Jangan marah.’ Desis Shafiq.
            “Pandai pun kau. Eh, tadi kau kata kau nak melamar Lia kan? Erm, Lia dah tau ke perancangan kau ni?” teragak-agak Darwisy untuk mengemukakan soalan itu kepada Shafiq.
            “A’ah… Tak, aku ingat nak buat kejutan kat dia.”
            “Kejutan? Kau gile ke apa? Kalau dia tak mau macam mana?” bertalu-talu Darwisy menanyakan kepada Shafiq.
            Kedengaran suara Darwisy begitu cemas ditelinga Shafiq.
            “Relaks la bro. Aku tau macam mana nak handle dia. Aku pasti, dia mesti setuju. Lagipun, sekarang ni hubungan kami semakin membaik. Jadi, tak ada masalah untuk dia terima lamaran aku. Am I right?” sengaja Shafiq ingin menduga hati sepupunya.
            Sekali lagi Darwisy terkedu. Benarkah apa yang didengarinya ini? Ya Allah kenapa hatiku berasa sangat sakit?
            “Oh ye ke? Baguslah kalau macam tu. Aku harap korang berbahagia la ye.” Lemah suara Darwisy kedengaran.
            “Thank you. Aku akan pastikan Lia akan bahagia. Tu janji aku pada kau. Kau jangan risau la. Aku akan jaga ‘kawan kesayangan’ kau tu baik-baik. And, aku harap kau akan jadi orang kuat aku malam tu kay.” Shafiw sengaja menekankan perkataan ‘kawan kesayangan’ supaya kedengaran tajam ditelinga Darwisy.
            Kata-kata Shafiq hanya mampu membuatkan dia tersenyum hambar.
            “Okay, I trust you. Shafiq aku dah ngantok ar. Esok-esok kita sambung lagi la. Lagipun, pagi-pagi esok aku nak kena teman mama pergi pasar. So, goodnight my cousin. Assalamuailaikum.” Lantas Darwisy mematikan telefonnya.
            Shafiq tersenyum dengan sikap Darwisy.
            “Darwisy… Darwisy… when you love someone, you should tell them if not you will regret for the rest of you life. Hurm, pasar? Idea yang bernas nak elakkan perbincangan.” Kata Shafiq sendiri setelah menamatkan perbualannya dengan Darwisy.
            Malam itu, tidur Darwisy bertemankan wajah Lia yang bakal berganding dengan Shafiq. Dia tidak membayangkan jika, Lia dan Shafiq bakal bersatu. Aneh! Dulu dia yang beria-ria ingin menyatukan Shafiq dengan Lia tapi bila tiba masanya, dia seakan-akan tidak merelakan semua ini terjadi.
            Tasya? Kenapa nama itu sukar bertakhta dihatinya walaupun mereka sudah menjadi pasangan kekasih? Bukankah dia mencintai Tasya? Dan sebab itu juga dia menerima Tasya dalam hidupnya. Tapi kenapa sekarang dia hanya ingin Lia tersemat dihati? Kenapa?
            Dariwsy bangun daripada pembaringannya lalu menuju ke meja yang terletak gambar Lia dan dia ketika waktu persekolahan. Kemudian dia mengeluarkan album gambr yang tersimpan kemas di dalam laci meja tersebut dan dia bawa ke katil semula.
            Satu persatu gambar diselak. Di dalam, mereka berdua kelihatan sangat bahagia. Satu gambar menjadi kesukaannya iaitu gambar ketika hari jadi Lia yang ke 16 tahun. Gambar itu diambil ketika wajah Lia dicalit dengan krim kek. Dia masih ingat lagi, bagaimana Lia mengejarnya di seluruh kawasan rumahnya untuk membalas calitkan tersebut.
            “Ya Allah, kenapa begitu sukar aku mentafsir perasaanku pada kala ini? Lia, aku…” Darwisy tida meneruskan kata-katanya malah dia mendekatkan album tersebut ke dadanya.
            Perlahan-lahan dia merebahkan badannya di atas tilam. Darwisy memejam rapat matanya dengan harapan semua perasaannya ini akan beransur hilang.

Lia sedang membantu mamanya memasak, tiba-tiba kedengaran loceng rumah mereka berbunyi. Puan Norizah menoleh ke arah Lia yang sedang memotong bahan masakan lalu meminta Lia melihat gerangan yang menekan loceng tersebut.
            “Syu, kamu pergi tengok siapa yang datang tu? Biar mama yang tolong buat benda ni.” arah Puan Norizah kepada Lia.
            Lia hanya menurut kata-kata mamanya lalu membersihkan tangan sebelum keluar melangkah dari dapur.
            Ding dong ! Ding dong !
            Loceng masuh berbunyi.
            “Jap…” jerit Lia dari dalam.
            Lia berlari-lari untuk membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya apabila wajah Darwisy betul-betul berada dihadapan pintu.
            “Wisy…”
            Darwisy hanya tersenyum memandang wajah Lia yang terkejut melihat kedatangannya. 
            “Tak nak ajak aku masuk ke?” soal Darwisy yang bertujuan untuk mengusik Lia yang termanggu melihat kehadirannya dirumah Lia hari ini.
            “Eh, masuk la.” Lia mempelawa Darwisy masuk ke dalam.
            “Syu… siapa yang datang tu?” soal Puan Norizah yang masih berada di dapur.
            Lia menutup kembali pintu rumahnya.
            “Wisy, kau duduk laa dulu ea. Jap aku bagitau mama yang kau datang.” Pinta Lia.
            Darwisy hanya menganggukkan kepalanya.
            Kemudian Lia melangkah menuju kembali ke dapur. Darwisy hanya melihat pergerakan Lia dari belakang.
            ‘Masih sama macam dulu. Dalam kasar-kasar pun still ada kelembutan yang tersembunyi.’ Desis Darwisy sendiri.
            “Hah Syu, siapa yang datang tu?” sekali Puan Norizah bertanyakan kepada anak gadisnya apabila soalannya tadi masih tidak dijawab.
            “Wisy mama.” Ringkas jawapannya.
            Puan Norizah sedar Lia masih terasa hati dengan Darwisy atas perkara tempoh hari. Dia juga tidak menyalahan Lia untuk bersikap seperti itu kepada Darwisy tapi dia lebih memilih untuk tidak masuk campur dalam urusan anaknya. Dia yakin Lia bijak menangani masalah.
            “Laa… asal yang Syu ada kat sini. Pergi la bersembang dengan Darwisy. Biar mama yang masak. Lagipun, dah nak siap ni.”
            “Baik laa mama. Syu pergi depan dulu kay. Nanti kalau mama nak apa-apa panggil je Syu.” Lia memang seorang anak yang menurut kata ibu bapanya.
            Oleh sebab itu, dia menjadi anak kesayangan kepada kedua orang tuanya.
            Lemah Lia melangkah semula ke ruang tamu. Dari jauh dia dapat melihat Darwisy sedang bercakap telefon dengan seseorang.
            “Ek hem…” Lia hanya berdehem untuk tidak mengejutkan Darwisy.
            Darwisy yang masih memegang telefon memandang ke arah Lia yang kini sudah melabuhkan punggung bertentangan dengannya.
            “Nanti I call you later okay. Love you too. Bye.” Jawab Darwisy kepada pemanggil tersebut.
            “Tasya?” soal Lia sebaik saja Darwisy meletakkan telefonnya di atas meja.
            Darwisy hanya mengangguk kepalanya.
            “How is she? Sihat?” Lia juga sudah lama tidak menghubungi Tasya.
            “She is fine. Kau lak macam mana? Nampak berseri je?”
            Lia mengangkat keningnya. Dia tidak faham dengan soalan Darwisy.
            “Aku macam ni je la. Berseri? Maksud kau?” tanya Lia yang tidak puas hati dengan soalan Dariwsy.
            Darwisy tersenyum sinis. Lia tidak mengerti dengan senyuman Darwisy yang seperti itu.
            Belum sempat Lia membuka mulut, mamanya sudah bertanyakan kepada Darwisy.
            “Wisy, dah lama sampai?” puan Norizah mendekati Darwisy.
            Darwisy menyalam tangan Puan Norizah lalu tubuh tua itu dipeluknya. Itu memang sudah kebiasaan yang dilakukan setiap kali bertemu dengan mama sahabat karibnya ini.
            “Tak ada la auntie. Baru je sampai. Auntie tengah buat apa?” Darwisy meleraikan pelukkannya.
            Lia yang jadi pemerhati masih tidak senang duduk selagi dia tidak mendapat jawapan yang pasti dari mulut Dariwsy.
            “Auntie baru lepas masak. Nanti boleh makan tengahari sekali dengan uncle kamu. Dia pun on the way balik.” Puan Norizah tersenyum sambil membalas soalan Darwisy.
            Darwisy menarik nafasnya dengan gaya cuba menghidu lauk yang dimasak Puan Norizah.
            “Hmm… patut masa Darwisy masuk tadi, bau sedap je. Rupanya auntie tengah masak. Ni yang buat perut Wisy buat pesta gendang gendut ni.” puji Darwisy.
            Puan Norizah yang dengar kata-kata Darwisy menampar lembut lengannya. Lia mencebik bibirnya. Tu satu taktik Darwisy sejak dari zaman persekolahan. Dia pandai mengambil hati kedua orang tuanya.
            “Macam-macam la kamu ni Wisy. Tak pe, nanti uncle balik kita makan sama-sama. Eh, Lia tak sediakan air untuk Wisy ke?” Puan Norizah memaling mukanya ke arah Lia yang masih membatu disitu.
            “Dia tak buat pun auntie. Kesian dekat Wisy. Dahaga dari tadi. Kalau Tasya mesti dia bagi Darwisy minum air.”
            Darwisy sengaja ingin mengusik Lia.
            “Alaa ma. Kalau dia dahaga, pandai-pandai la dia pergi ambil kat dapur. Kalau tak pun suruh je dia pergi ke rumah Tasya. Kan Tasya boleh buat air kat dia.” Lalu Lia bingkas bangun meninggalkan mamanya dan Darwisy di ruang tamu.
            Dia benar-benar terasa hati dengan kata-kata Darwisy. walaupun dia tahu, Darwisy hanya ingin mengusiknya.
            Puan Norizah dan Darwisy terpinga-pinga melihat Lia seperti itu. Puan Norizah menoleh ke arah Darwisy.
            “Wisy, auntie bukan nak masuk campur dalam hal kamu berdua tapi auntie tak mahu kamu berdua terus-menerus macam ni. Auntie rasa Syu masih terasa hati dengan kamu tu. Baik kamu cuba pujuk dia.” Puan Norizah terpaksa menjelaskan perubahan sikap Lia terhadap Darwisy.
            “Baiklah auntie. Darwisy pergi ikut Lia.” Lalu Darwisy melangkah pergi meninggalkan Puan Norizah.
           
Dari jauh Darwisy melihat Lia sedang asyik duduk dibuaian.  Dariwsy dapat melihat bahu Lia terhenjut-henjut. Darwisy memberanikan diri untuk mendekati Lia.
            “Lia…”
            Lia yang sedar Darwisy disitu, cepat-cepat mengesat air matanya. Dia tidak mahu Darwisy tahu dia sedang menangis.
            Kini Darwisy sudah berada dihadapannya sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya.
            “I’m sorry kay. Aku tak ada niat nak bagi kau terasa dengan aku.”
            Lia tidak memberi sebarang respon dengan kata maaf Darwisy. Dia lebih memilih untuk melihat ke arah langit daripada melihat wajah Darwisy.
            Kedengaran Darwisy mengeluh. Lia tidak mempedulikannya.
            “Lia… please speak to me. Tak suka la kau diam macam ni. This is not like you. Please Lia…” Darwisy terus mencuba.
            “Lia…” panggi Darwisy lagi.
            Lia masih lagi membatukan diri.
            “Please Lia… don’t treat me like this. Aku tahu aku salah. Sepatutnya aku tak mungkir janji hari tu. But, aku terpaksa. Kau sendiri pun tahu kan yang Tasya tak sihat. Tak mungkin aku tinggalkan dia macam tu.” Terang Darwisy kepada Lia. Dia juga mengakui kesalahannya.
            Akhirnya Lia memilih untuk mengalah. Kasihan juga kepada Darwisy terus dan tidak berhenti cuba memujuknya.
            “Wisy, aku tak marahkan kau tapi aku kesal. If kau tak sendiri tak pasti yang kau boleh tunaikan janji tu, lebih baik kau jangan berjanji. Kau tahu tak, betapa happy nya aku masa kau bagitau nak keluar dengan aku hari tu. Aku memang tunggu masa-masa macam tu tapi kau…” Lia memandang ke arah Darwisy sebelum dia meneruskan kata-katanya.
            “Sebenarnya aku rindu sangat nak keluar macam dulu dengan kau. Ikhlas aku katakan, aku rindu kenangan tu.” Luah Lia.
            Darwisy terkaku mendengar pengakuan Lia. Sebelum ini, Lia tidak pernah bersikap seperti ini. Adakah mungkin…
            “Lia… kau…” pantas Lia memotong.
            “Tak apa laa Wisy. Aku faham. Lagipun aku tengah red light ni. Maybe sebab tu aku emosional.  Sorry ya.” Lia dapat mengesan yang Darwisy seperti dapat merasakan sesuatu tentang keanehan sikapnya.
            ‘Tak… Darwisy tak boleh tahu perasaan aku dekat dia. Tak boleh!’ tegas Lia berkata dalam hati.
            “Oh, ye ke? Erm, it’s so kay. Aku pun salah gak. I’m sorry.” Darwisy berasa hampa kerana dia menyangkakan bahawa Lia menyukainya.
            ‘Wisy… Wisy… kau sedar la diri sikit. Lia takkan sukakan kau. Korang sendiri dah janji nak jadi sahabat selamanya. So, jangan terlalu berharap.’ Darwisy mengingatkan dirinya sendiri.
            “Dah laa. Jom kita masuk. Mama dah siapkan makanan tu. Jomlah…” Lia sudah berdiri.
            Darwisy tidak membantah lalu dia mengikut Lia masuk ke dalam rumah.
            “Lia…” panggil Darwisy sebelum mereka sempat masuk ke dalam.
            “Ya…”
            “Malam jamuan tu, aku…” Darwisy ingin memberitahu bahawa dia akan berpasangan dengan Tasya namun belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Lia menyampuk.
            “Oh, malam tu. Aku lupa nak kasi tau kau. Malam tu, aku partner dengan Shafiq tau. Sorry ea. Kesian lak kat dia sorang-sorang. Kau tak kisah kan.” Lia berbohong. Dia langsung tidak pernah berkata apa-apa kepada Shafiq mengenai jamuan malam itu.
            Lia terpaksa berbohong supaya Darwisy tidak lagi dalam keadaan serba salah. Dia sedar Darwisy sedikit serba-salah setiap kali ingin memberitahu soal Tasya.
            “Hmm… okay.” Darwisy membatalkan niatnya untuk memberitahu Lia.
            Lia mengukirkan senyuman kepada Darwisy.
            “Syu…Wisy. Mari masuk, uncle pun dah sampai tu. Jom la kita makan sama-sama.” Suara Puan Norizah sudah kedengaran dari dalam rumah.
            “Okay ma…” balas Lia.
            “Jomlah.” Sekali lagi Lia mempelawa Darwisy masuk ke dalam.
            Darwisy hanya mengangguk kepalanya. Lalu kedua-dua mereka melangkah masuk ke dalam rumah bersama-sama dengan niat hati yang tersimpan dalam hati masing-masing.
           

4 comments:

  1. hadui.....sedihnyer....
    nie la parahnyer kalu masing2 pendam perasaan....
    nak lg ye...
    smbung cpat2 ye....

    ReplyDelete
  2. btul tu... hehe...
    okeyh !!! =D
    tq..

    ReplyDelete
  3. rasa camnak je hantuk kpala si lia dgn wisy ni,bole x?

    ReplyDelete
  4. bleh jew... heheh.. sila2... =D

    ReplyDelete