Friday, March 11, 2011

kita BFF kan? - 1


Aku dan ahli keluarganya sedang menanti ketibaanya dari US. Sudah 7 tahun aku tidak melihat wajahnya. Tidak sabar rasanya untuk bersua muka dengan dirinya. Nasib baik semalam auntie Salmah memberitahuku tentang kepulangannya hari ini.
            “Assalamuailaikum.” Lantas aku memberi salam selepas saja aku mengangkat telefon.
            “Waailaikumsalam. Lia, auntie ni…” kedengaran suara auntie Salmah berada dihujung talian.         
            “Oh auntie. Ada apa auntie call ni? auntie nak cakap dengan mummy ke? Nanti Lia tolong panggilkan.”
            “Eh, auntie nak cakap dengan Lia laa.”
            “Dengan Lia? Ada apa auntie?” soalku.
            “Auntie nak bagitau yang esok tengahari Aiman nak balik dari US. So, auntie nak ajak Lia pergi ambik dia sekali kat airport. Lia nak ikut tak?”
            Auntie Salmah membuatkan aku ternganga seketika. ‘Muhd Aiman Darwisy akan balik esok!’ jejaka yang telah menjadi sebahagian dari hidupku dari sekolah menengah akan balik. Oh my…
            “Aaahhh…!!! auntie esok sebelum subuh Lia tercegat kat depan rumah auntie. Auntie tunggu tau Lia tau. Lia tak sabar nak jumpa dia ni.”
                Habis hilang semua keayuaan aku bila aku terjerit macam orang gila kat dalam rumah. Confirm auntie tengah tutup telinga dengar aku menjerit kegirangan.
            “Masya-allah Lia, pecah gegendang auntie dengar kamu terjerit-jerit macam ni.”
            Aku menutup mulut.
            “Ops! Sorry auntie. Lia tak sengaja. Excited sangat dapat tau Darwisy nak balik esok. Dah lama Lia tak jumpa dia. Asyik berhubung melalui internet jaa..  Lia rindu sangat-sangat kat dia ni.” luahku.
            Auntie Salmah yang merangkap mama kepada Darwisy menggelengkan kepalanya. Dia memang tahu bagaimana akrabnya hubungan anak terunanya dengan gadis yang bernama Nur Arlia Syuhada. Dari sekolah menengah mereka berdua telah menjadi sahabat karib. Sampai ada yang menggelarkan mereka seperti belangkas. Mana-mana pasti berdua hingga laa Darwisy menyambung pelajarannya di US.
            Walaupun kami berjauhan tetapi aku dan Darwisy masih lagi berhubung seperti biasa cuma tidak dapat melihat wajah masing-masing sahaja. Itulah janji yang dilakukan oleh kami berdua. Sehingga aku tidak sedar semuanya sudah berlalu 7 tahun yang lalu.
            “Lia…” aku kembali ke dunia asal setelah sedang mengelamun seorang diri.
            Aku tersenggih memandang ke arah Kak Jue atau lebih tepat sebagai kakak sulung kepada Dariwsy.
            “Jom… penerbangan Aiman dah mendarat tu. Kita tunggu dia kat situ, jom.” Kak Jue mengajak aku berkumpul bersama ahli keluarga mereka yang lain.      
            “Oh, okay.” Aku beriringan bersama kak Jue.
            Tidak lama kemudian dimuka pintu terlihat seorang lelaki sedang menolak trolly nya melambai-lambai tangan ke arah kami.
            “Mama…. Aiman laa.” Kak Jue menunjukkan jarinya ke arah lelaki tersebut.
            Kak Jue sudah menarikku mengikut langkah auntie Salmah dan yang lain mendapatkan Darwisy. Aku masih terkaku dan terkejut melihat perubah Darwisy. ‘Handsomenyaa….’ Jerit hatiku.
            Semua berpusu-pusu mendekati Darwisy dan begitu juga dengan Kak Jue. Tanganku juga turut dilepaskan. Pelbagai adegan dapat disaksikan di situ. Auntie Salmah dengan linangan air matanya dan uncle Razak yang sedang memeluk erat tubuh anak terunanya. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain dan aku masih lagi termangu disitu keseorangan.
            “Aiman sini laa. Cuba tengok siapa yang datang ambik adik hari ini.”
            Kak Jue menarik tubuhnya mendekatiku yang masih dalam dunia khayalan. Aku dengan muka terkejut masih tidak sedar dengan kehadiran Darwisy yang sudah pun berada dihadapanku.
            Paap!
            Darwisy memetik jarinya betul-betul dimukaku. Aku yang baru tersedar, merona merah.
            “Nur Arlia Syuhada binti Mansor Azman?” tanya Darwisy sambil mengukirkan senyuman kepadaku.
            ‘ah… senyuman tu…’ aku hanya menganggukkan kepalaku dan sekali lagi aku termangu melihat wajah Darwisy.
            “Kau tak nak peluk aku macam yang lain buat tu ke?” aku sudah seperti terpukau mengikut semua kata-katanya.
            ‘Eh, dia kata pelukkan?’ otakku kembali berfungsi secara waras. Darwisy semakin mendekatiku dengan senyuman yang meleret dibibirnya.
            “Hoi….!” Secara refleksnya aku menolak tubuhnya ke belakang. Kak Jue dengan yang lain mentertawakan aku. Aku terpaksa menebalkan mukaku menahan malu.
            “Hahaha… Lia… Lia… kau still macam dulu. Tu laa siapa suruh tengok aku sampai tak berkelip biji mata. Aku tau laa muka aku ni handsome tapi tak payah laa kau nak telek muka aku sampai macam tu.” Darwisy yang masih bersisa dengan gelak tawanya memuji dirinya sendiri. Aku menjuihkan bibirku.
            “Perasannya….”
            Darwisy tersenggih menghulurkan tangannya kepadaku. ‘Nak pegang tangan aku ke apa mamat ni.’ desisku.
            “Apa?” soalku.
            “You forget, don’t you?”
            Aku mengarukan kepala yang tidak terasa gatal. Perlahan-lahan baru aku mengerti apa yang ingin dilakukan olehnya. ‘Moto!’ moto aku dan Darwisy ketika sekolah menengah. Itu yang akan dilakukan kami apabila setiap kali bersua muka.
            Lantas aku turut menghulurkan tanganku dan…
            “Sudah sudah. Akak bukan tak tau apa yang korang dua nak buat. Dah kalau korang nak sambung balik perkara yang terputus dulu, apa kata kita sambung kat rumah jaa. Sekarang ni kita still kat KLIA. Ok?”
            Aku dan Darwisy saling berpandangan, kemudian terburai semua ketawa yang disimpan sebentar tadi.
            “So, shall we?” Darwisy memberi laluan kepada aku terlebih dahulu membuntuti kak Jue.
Flashback!
“Lia… aku dapat tawaran untuk sambung study ke US dalam bidang pengurusan perniagaan laa.” Perlahan suara Darwisy  memasuki telinga ku.
            “Bagus laa macam tu. Kau dapat teruskan cita-cita kau nak ambik alih syarikat papa kau. Congrats ya!” aku tumpang gembira dengan Darwisy.
            “Tapi Lia… aku tak nak berpisah dengan kau. Dah lebih 5 tahun aku kawan dengan kau. Kat sekolah tu, kita dah macam belangkas. Sana sini aku berkepit dengan kau je.” Rengek Darwisy seperti budak-budak perempuan. Kalah aku.
            “Kau ni macam budak perempuan laa. Lagipun kau sendiri tau, one day we still have to stay apart. Kalau ikutkan hati aku, aku pun tak nak kau pergi jauh-jauh macam tu. Tapi, this is your future and you always dream for it right? So, you should go.” Aku memujuk Darwisy yang kelihatan sugul disebelahku.
            “Kau macam tak sedih je aku nak tinggalkan kau kat sini. Malah kau suruh aku pergi.” Darwisy seakan-akan jauh hati dengan aku.
            Siapa kata aku tak sedih. Hanya Allah saja yang tau macam mana aku rasa pada ketika ini. Darwisy laa satu-satunya kawan baik lelaki yang aku ada. Sejak dari tingkatan satu lagi aku memang rapat dengan dia tapi semua ni untuk kebaikkan dia.  Dan aku tidak ada hak nak menghalangnya.
            “Wisy percayalah, aku pun sedih nak lepaskan kau pergi tapi this is for your future. Aku tak boleh nak haling.” Pujukku lagi.
            “Ok kalau yang tu kau pinta. Tapi dengan syarat. Selama aku kat sana kau tak boleh cari penganti untuk gantikan tempat aku sebagai kawan baik kau. Faham?” kata-kata Darwisy dengan penuh ugutan.
            “Ok, aku setuju.”
            “Dan…” aku mengangkat kedua-dua belah keningku.
            “Dan???” soalku.
            “Dan kita tak boleh bersua muka selama aku kat sana. Kita hanya boleh berhubung dengan menggunakan YM atau MSN je. Kalau aku balik Malaysia pun, kau tak dibenarkan melawat aku kat rumah. Ok? Deal?” Darwisy tersenyum melihatku yang masih teragak-agak untuk bersetuju dengan permintaannya yg terakhr itu.
            “I’m waiting…. One… two… thre…” belum sempat dia menghabiskan kiraannya aku mengaku aku bersetuju dengan permintaannya yang kedua.
            “Ok… deal!”
            Darwisy terus ternganga mendengar kata putusku.
            “Aik! Yang kau ternganga macam tu apasal? Kau tak sanggup ke?” aku mengusik Dariwsy.
            “Eh… tak de tau. Aku yang buat permintaan mesti laa aku sanggup. Eleh, takat enam tujuh tahun aku tak kisah laa. Macam kacang je bagi aku.”
            Nak tergelak aku dengar pengakuan Darwisy. Tadi dia yang merayu-rayu tak nak pisah dengan aku, sekarang nak tunjuk lagak pulak.
            Aku menjelir lidah kepada Darwisy.

“Ek hem… jauh termenung?” aku bagai tersedar dari mimpi yang panjang. Sejak aku berjumpa dengan Darwisy siang tadi aku asyik mengelamun je.
            “Tak de laa. Aku just teringatkan masa kita sekolah menengah dulu.” Jawabku jujur.
            “Erk? Kau ingat zaman dulu-dulu ke, kau ingat kat aku ni.” Darwisy sengaja mengenaku.
            “Sorry sikit tau. Tak ada masa otak aku nak fikirkan pasal kau. Buat melembabkan otak aku je.”
            Padahal tekaannya memang betul pun. Aku teringat sikapnya yang seperti budak perempuan yang merenggek-renggek.
            Aku dan Darwisy ketawa bersama-sama.
            “Masa aku tak ada kat sini, kau ada kawan baik lain tak?” Darwisy meneguk air minuman yang dipegangnya dari tadi.
            “Ada.”
            “Ada? Lia, apa ni? Kau dah janji dengan aku tak nak ada kawan baik lain selain dari aku. Kau tipu…” Darwisy merengus kasar.
            Dah besar panjang pun nak merajuk macam budak-budak. ‘Wisy kau tu dah 25 tahun laa. Be matured laa sikit. Ni tak nak juga buat perangai macam budak-budak.’ Bebelku dalam hati.
            Ketika dia ingin melangkah pergi dengan pantas aku menarik lengan bajunya.
            “Nanti laa dulu. Aku tak habis cakap kau dah nak merajuk-rajuk macam ni. Macam budak perempuan.” 
            Aku menarik Darwisy untuk duduk semula disebelahku.
            “Malas laa aku nak ambik tau yang selanjutnya. Kalau benda tu menyakitkan hati aku.” Wajah Darwisy sudah mencuka.
            “Alaa.. kawan baik aku pun kembar kau juga. Yang tu pun kau nak marah-marah. Chill laa..”
            Darwisy mengerutkan dahinya.
            “Kembar? Kau buat lawak bodoh mana pula ni, Lia? Bila masa aku ada kembar? Ataupun kau ni dah amnesia kot…”
            Aku menahan ketawaku dari terburai,
            “Aku tak buat lawak laa. Betul laa aku kata, kembar kau. Mr. Teddy yang kau bagi kat aku masa kau balik cuti semester tu. Yang kau sampaikan kepada mama kau untuk diberikan kepada aku. Kau dah lupa? Kan kau sendiri yang kata, teddy ni je yang boleh ganti tempat kau sebagai kawan baik aku. Lupa laa tu. Dia yang amnesia kata orang. Suka suki je.”
            Ambil panjang lebar aku bercerita.
            Darwisy dengan wajahnya yang serius sebentar tadi tersengih-sengih macam kerang busuk. Akhirnya ketawa yang aku tahan dari tadi terburai juga apabila melihat reaksinya seperti itu.
            “Kau ni kan.. aku backhand baru tau.” aku pula yang tersengih mendengar kata-kata Darwisy.
            “Wisy… kau dah banyak berubah ar.” Kataku perlahan.
            “Apa yang berubahnya. Kau tu yang banyak berubah kata orang pulak.”
            Eh eh… macam pernah aku dengar ayat yang akhir tu. Suka-suka jaa nak ciplak ayat aku.
            “Apa yang aku berubah?”
            “First, kau dah tak free hair macam dulu. Tu aku tak kisah laa, lagi bagus and nampak lebih ayu…” Darwisy tersenyum kemudian dia menyambung ayatnya. “Yang paling buat aku terkejut beruk dan keturunannya, tengok kau dah jadi feminism. Lemah-lembut, sopan santun. Cara cakap pun lembut. Masa aku tengok kau first-first, serius aku tak cam yang perempuan ayu tu kau. Baru je ingat nak tackle.” Macam-macam dia bicarakan pasal aku.
            “Ewah-ewah… Feminim ya. Ambik ni!”
            Aku menghadiahkan satu tumbukan dibelekang Darwisy. Darwisy mengerang kesakitan.
            “Sakit laa… kau ni, nampak je macam lembut tapi kalau bab pukul orang. Habis hilang semua keayuaan yang menyerlah.” Darwisy mengosok-gosok tempat yang ditumbuk aku tadi.
            “Padan muka. So, next time don’t judge the personality by it look. Understand?” suka-suka hati aku je tukar pepatah bahasa inggeris tu. Lantak laa, asalkan bagi maksud yang sama sudah.
            “Banyak laa kau. Dah, sekarang turn aku pulak nak tanya kau. Apa yang berubahnya? Aku tengok sama jaa…” Darwisy membetulkan posisinya.
            “Kau? Entah… aku saja cakap ja. Hahah…”
            Tak kan aku nak kata yang dia tu makin handsome kot. Maunya dia kembang bermangkuk-mangkuk nanti. Dia ni bukan boleh, kalau bab angkat bakul sendiri ni semua serah kat dia. Memang terror.
            “Sengal laa kau. Buat saspen je. Sekarang ni kau dah kerja belum? Hari tu, last e-mail kau, kau kata kau tengah apply kerja. Dah dapat belum?” soal Darwisy.
            “Aku sekarang still penganggur terhormat kat KL ni. Kat rumah, kerja aku makan-tidur-makan-tidur dan seterusnya. Kalau nak keluar pun, tak ada geng.  Semua buzy. Maklumlah aku sorang ja yang belum kerja lagi. Kawan-kawan kita yang lain semua dah start kerja. Yang dah kahwin pun ada tau.” Aku leka bermain telefon bimbitku.
            “Dah kahwin? Awalnya…” Darwisy membuntangkan matanya mendengar pernyataan aku.
            Aku hanya menganggukkan kepala.
            “Tapi kan… nasib baik badan kau tak naik kan. Yela, asyik makan-tidur-makan-tidur je. Kalau tak, sumpah aku memang tak kan kenal kau.” 
            Lantas aku menunjukkan buku limaku. Sesedap mulut dia je nak mengata aku.
            “Oh ho… sabar-sabar. Aku gurau je kot. Chill laa babe.” Aku mengangkat keningku. Dah macam Ziana Zain pun ada.
            “Dah dah laaa tu. Kau dengar aku cerita aku pulak.” Darwisy mengerot sedikit tubuhnya. Mungkin lengguh kot. “Aku ingat aku nak rest dulu lepas tu baru aku nak ambik alih syarikat papa aku. Letih belajar pun tak habis lagi ni.” sambungnya.
            “Tak tanya pun…” selambaku.
            Darwisy memandang ke arahku lalu kami berdua ketawa. Dah lama tak gelak tawa macam ni.
            “Laa kat sini rupanya budak-budak bertuah ni. Mama, Jue dah jumpa diorang berdua ni. Diorang ada kat belakang tengah bersembang,” Kak Jue mendekati aku dan Darwisy yang sedang rancak berbual.
            “Lia, Aiman…. Dah jom masuk. Kita nak mula tangkap gambar ni. Cepat!” Kak Jue mengarah kami berdua untuk masuk ke dalam.
            “Eh, Kak Jue dengan Wisy masuk jela. Lagipun ni kan gambar untuk family. Lia bukan family ni pun.  Tak pe, Lia duduk kat sini ok.”
            “Apa pulak. kau tu orang terpenting dalam hidup aku. So secara automatically kau dah jadi sebahagian dari family ni. Nak tak nak, kau kena masuk sekali dengan kitaorang. Tak payah nak mengada-nagada. Jom, snap picture sama-sama.” Darwisy menarikku untuk berdiri.
            “Betul tu Lia. Awak tu dah macam family kami dah pun. No excuse for that ok, sis.” Kak Jue menyokong kata-kata adiknya, Darwisy.
            “Jue, kamu panggil diorang ke kamu join diorang bersembang sekali. Cepat laa, juru tangkap dah nak ambil gambar ni.” Kedengaran suara auntie Salmah terpekik dari dalam.
            “Ok ma.. jap kitaorang masuk. Dah laa, jom masuk. Akak gak yang kena bebel. Dah masuk.” Kak Jue melangkah pergi.
            Darwisy menghulurkan tangannya untuk menyambut tanganku. Aku menghulurkan lengan baju kurungku kepadanya. Darwisy menggeleng lalu mengikut perlakuanku.
            Kami berdua beriringan masuk ke dalam rumah bersama. Kadang kala aku berasa kekok bila berada dengannya. ‘mungkin dah lama tak jumpa kot’ aku memujuk hatiku yang dilanda keresahan.
             Aku yang disusun untuk berada disisinya hanya mampu tersenyum. Darwisy juga mengukirkan senyuman kepada arah kamera.
            “Ok say cheese…”  juru gambar meminta kami untuk berkata seperti itu untuk mengukirkan senyuman yang menawan.
            “Cheese….”

8 comments:

  1. ni nvel bru nina 'kita BFF kan?'
    so, klu ad apa2 tgur2 laa ye...
    tq. =D

    ReplyDelete
  2. hahaha~!! i trigt sumone .. sumone!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! huhuhuh

    ReplyDelete
  3. ain!! perasannye kau...ahahaha...I cant wait 4 my Mr HAB lol!!!

    ReplyDelete
  4. awin.. HAB??? aceceh... hahaha

    ReplyDelete
  5. HAHAHA, comelnyaaa cite deaaa. HAHA, Sambung2 ^^

    ReplyDelete