Sunday, March 20, 2011

kita BFF kan? - 2


Lagu Perfect together berdering disebelah telingaku. Pagi-pagi lagi ada dah yang menganggu tidurku. Nasib baik aku baru je terlelap lepas sembahyang subuh tadi, kalau tak dah memang kena sembur orang yang telefon aku ni.
            “Lia…!!!”
            Jatuh tergolek aku dari katil dengar suara nyaring Darwisy menusuk ke dalam lubang telingaku.
            Aku kembali bangun duduk dibirai katil sambil mengosok punggungku yang terhentak kuat gara-gara jatuh dari katil tadi. telefon bimbitku yang tercampak, dikutip kembali.
            Suara Darwisy yang sedang ketawa didalam telefon membuatkan aku tambah angin. Dah laa kacau tidur aku lepas tu tak bagi salam, main redah jerit nama aku macam pontianak.
            “Oit! Kau ni tak reti-reti nak bagi salam dulu ke? Suka-suka hati main redah macam tu. Ingat telinga aku ni ada spare part yang boleh tukar ganti kalau blackout  ke.  Yang kau call aku pagi-pagi ni, mau apa?”
            Aku membetulkan pinggang aku yang turut terasa sakit. Darwisy masih lagi boleh ketawa dengar aku bebel pagi-pagi macam ni.
            “Apa gelak-gelak?” terjahku.
            “Tak de, lawak je bila pagi-pagi lagi ada nangka busuk jatuh. Tu yang buat aku tak tahan nak gelak tu. Hahaha…” Darwisy masih dengan gelak tawa.
            Nasib baik jauh di mata kalau ada depan mata laa, aku rasa Darwisy dah jadi tempe aku kerja.
            “Kau ni kan Wisy, dari dulu sampai sekarang memang menyakitkan hati aku laa. Hah! Kau call aku pagi-pagi mesti ada kau nak. Baik kau cakap cepat…” aku sedar pasti ada yang diinginkan Darwisy. Kalau tak masakan dia nak telefon aku pagi-pagi macam ni.  Dia ni sikit punya susah nak bangun pagi.
            “Alaa kau ni, aku rindu laa nak usik kau. Tak kan tu pun kau nak marah. Relaks laa.” Darwisy dengan suara yang dilembutkan untuk memujuk.
            Kalau aku perempuan yang tidak mengenali siapa dirinya pasti tergoda apabila mendengar suaranya yang agak ‘macho’. Dari zaman persekolahan lagi Darwisy terkenal dengan suara yang macho dan rupanya yang boleh dikategorikan sebagai lelaki paling macho dalam sekolah.
            Biar aku klasifikasikan wajahnya. Darwisy mempunyai dua anak mata yang menawan dengan pandangan yang redup, kemudian hidungnya yang macung dan warna kulitnya putih kemerah-merahan. Senyumannya dapat mengoncangkan naluri seorang perempuan dan disebabkan senyumannya itulah membuat semua pelajar perempuan menjadi angau.  
            “Hoi! Kau tidur balik ke?” Darwisy mengejutkan aku yang leka mengimbau kembali wajahnya.
            Wajahku sudah merona merah. Kalau dia ada kat sini pasti aku akan diketawakannya lagi.
            “Ha? Eh, tak de laa. Aku nak tanya ni, kau call aku nak apa?” aku menyoal kembali soalku yang tidak dijawabnya sebentar tadi.
            “Aku ingat nak ajak kau keluar.”
            “Keluar? Keluar pergi mana?” aku menutup mulutku yang baru jaga menguap.
            “Mana-mana je. Aku boring tahap gaban ni. Mama dengan Kak Jue keluar pergi butik. Jom laa Lia…” sakit telinga aku mendengar rengekkan Darwisy.
            “Yela… yela… Kau nak keluar pukul berapa ni?” terpaksa aku bersetuju kalau tak semakin teruk renggekkan Darwisy. Dia ni nama je dah umur 25 tahun tapi perangai tak ubah macam budak umur 5 tahun. Tension aku dibuatnya.
            “Hurayy!!!” Darwisy bersorak kegembiraan.
            ‘Macam budak-budak.’ Desisku.
            “Tu yang buat aku sayanggggg kat kau.” Darwisy sengaja memanjangkan perkataan ‘sayang’. Dia menyambung ayatnya yang terputus. “ Ok, lagi setengah jam aku pergi ambik kau. Aku dah on the way nak pergi sana ni. Kau siap-siap laa ea.”
            Belum sempat aku berkata apa-apa, dengan pantas Darwisy memutuskan talian.
            “What?! Half an hour? Darwisy!!!!!!!!!!!!!!!”
            Bergegar rumah aku dek jeritan aku yang terlampau terkejut. Nasib baik mummy dengan abah tak de, kalau ada pasti sah-sah aku kena dengar leteran mummy.
             Dengan pantas aku menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Darwisy mengajak aku ke sekolah lama kami. Sepanjang perjalanan ke sana, Darwisy lebih banyak bercerita. Aku pula setia mendengar semua ceritanya. Seperti biasa ketika kami masih bersekolah.
            “Lia, kau nak tau tak?” belum sempat Darwisy menghabiskan ayatnya. Aku mula menyampuk.
            “Tak nak tau laa…” selambaku.
            Darwisy yang mendengar kata-kataku mengetap bibir menahan geram.
            “Oi! Makcik, kau sabar dulu boleh tak? Aku tak habis cerita kau dah menyampuk. Aku backhand kang, berterabur gigi kau.”
            Aku hanya tersengih mendengar bebelan Darwisy.
            “Tu laa kau. Aku cakap sikit kau sengih. Tak habis-habis dengan tersengih. Malas laa aku nak cakap dengan kau.”
            Darwisy meneruskan pemanduannya. Wajahnya terus mencuka. ‘Alahai… merajuk laa pulak pakcik ni. Susah betul dapat kawan lelaki yang kuat merajuk macam ni. Dah macam budak perempuan.’ Bisikku sendiri.
            “Kau ni nak main kes merajuk-merajuk pula. Leceh betul la. Okay macam ni, kau cerita je apa yang kau nak cerita. Aku sudi nak dengar. Okay Mr. Aiman Darwisy?” aku sememangnya tidak reti pujuk memujuk mencuba nasib.
            Darwisy menoleh ke arahku tanpa riak ceria.
            “Betul kau nak dengar ni?”
            Aku menganggukkan kepalaku.
            “Yup!”
            Kemudian Darwisy baru mengukirkan senyuman. ‘Sah macam budak perempuan.’ Desisku lagi.
            “Macam ni laa kawan aku. Dah, lebih baik kau cerita cepat benda yang kau nak sampaikan tu. Aku dah ready ni.”
            Kataku disambut dengan ketawa kecil Darwisy.
            “Macam ni. Actually maksu aku minta aku cari calon kat anak dia iaitu cousin aku la. Tapikan, masalahnya sekarang ni aku tak ada calon yang sesuai nak padankan dengan taste sepupu aku tu. Lagipun aku baru je balik Malaysia, so aku ingat nak tanya kau. Kau ada sesiapa yang boleh cari untuk cousin aku tu.”
            Aku yang khusyuk mendengar cerita Darwisy mengangguk-anggukkan kepala.
            “Sepupu kau tu lelaki ke perempuan?”  Soal Arlia yang teragak-agak ingin mengetahui jantina sepupu Darwisy. Mana taknya, dari tadi tak ada sebut lak jantina sepupu dia.
            “Erm… lelaki.”
            Kereta yang dipandu Darwisy membelok ke kanan.
            “Oh…” bibirku membentuk bulat.
            Sekali lagi Darwisy memandang ke arahku.
            “Apa yang ‘oh’?”
            “Hah! Oh, tak ada apa-apa. Saja ja.” Ringkas jawapanku.
            “Kau ni macam-macam la. Kau ada tak calonnya?” Darwisy menyoalku sekali lagi.
            Fikiranku yang melayang tidak memberi tumpuan kepada Darwisy. Selang beberapa buah bangunan terdapat sekolah lama aku dan Darwisy.
            “Hoih!” sergah Darwisy ditepi telingaku.
            Dengan pantas aku menutup telingaku. Berdesing dek sergahan Darwisy yang terlampau kuat.
            “Kau apasal? Jerit-jerit kat telinga aku. Kau nak bagi aku pekak ke apa?” marahku.
            “Padan laa dengan muka kau. Aku tengah cakap dengan kau, kau pula sedap-sedap dok melamun.”
            Aku memang sedar aku yang aku tidak memberi tumpuan kepada percakapannya tadi lantas segera memberi senyuman hambar. Aku tidak tahu kenapa aku berkelakuan seperti ini selepas melihat bangunan lama sekolahku. Terlalu banyak kenangan yang tercipta disini.
            “Sorry…” aku segera memohon maaf.
            Darwisy memakir keretanya ditepi kawasan sekolah.
            “It’s okay. Dah laa jom turun. Aku dah tak sabar nak jumpa cikgu-cikgu lama kat sini.” Darwisy mengajakku turun.
             Aku membalasnya dengan memberi senyuman.
            Aku yang mengenakan baju kurung berwarna ungu tua berjalan bersebelahan dengan Darwisy. Kami berdua beriringan memasuki perkarangan sekolah. Sebelum itu, kami terpaksa mengambil pas lawatan di guard house.
            Aku melihat Darwisy sungguh teruja datang ke sekolah lama kami manakala aku hanya tersenyum hambar. Aku binggung dengan apa yang sedang aku rasai sekarang. Aku masih ingat ketika aku dan Darwisy terpaksa berjauhan selepas mendapat result SPM. Ketika itu aku sering mengunjungi sekolah apabila aku mempunyai waktu lapang. Hanya untuk melepaskan rindu yang menebal didalam hatiku. Disini aku sering mencurahkan rasa rinduku kepada Darwisy. Disebabkan itu kali pertama aku dan Darwisy berpisah selepas beberapa tahun kami sering bersama, menyebabkan aku tidak selesa menghadapi rasa itu.
            Dari jauh aku melihat Puan Sharifah Hanum berjalan ke arah kami sambil melemparkan senyuman yang lebar. Dia merupakan guru sejarah aku dan Darwisy ketika kami ditingkatan lima.
            “Assalamuailaikum cikgu.” Darwisy tterlebih dahulu memberi salam.
            Puan Sharifah tersenyum lantas dia memeluk tubuhku.
            “Waailaikumsalam.” Puan Sharifah meleraikan pelukkannya.
            “Aik! Cikgu tak nak peluk saya juga ke?” Darwisy cuba berjenaka.
            Puan Sharifah yang berada disebelahku memberi satu cubitan dilengan Darwisy.
            Terjerit Darwisy dibuatnya. Aku ketawa melihat adagen tersebut.
            “Kamu dua sekarang dah bersama ke?” soalan cikgu membuatkan aku dan Darwisy terkedu. Darwisy yang sedang menggosok lengannya turut terbantut.
            “Maksud cikgu?” soal kami serentak.
            “Maksud cikgu, sekarang ni kamu berdua ni dah ada apa-apa hubungan special ke? Yela, dari form one sampai form five kamu berdua ni mana reti nak berenggang. Kerja berkepit memanjang. Sebab tu cikgu tanya, mana laa nak tau kamu dua dah masuk ke next stage ke.”
            Aku dan Darwisy saling berpandangan. Ini merupakan pernyataan berani mati dari Puan Sharifah. Ada ke dia tanya soalan macam tu.
            “Eh, tak ada laa cikgu. Kami macam dulu gak la. Cikgu pun macam tak tau yang saya dengan Darwisy kan dah pernah berjanji tak akan melebihi batas sahabat karib.” Jelasku.
            Darwisy hanya menunjukkan barisan giginya. Dah macam iklan colgate pun ada. Tersengih-sengih. Puan Sharifah pula sudah ketawa mendengar penjelasanku. ‘Salah ke aku cakap tadi tu?’ aku tertanya-tanya sendiri.
            “Lia… sebenarnya cikgu tak percaya yang lelaki dan perempuan boleh berkawan baik macam kamu berdua ni. Tambah-tambah macam kamu dengan Darwisy, asyik berkepit je. Dulu kalau kamu nak tau, heboh satu bilik guru dengan cerita kamu berdua tau.” 
            Aku terkedu dengan kata-kata Puan Sharifah. ‘Heboh satu bilik guru?’ soalku sendiri. Aku tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Puan Sharifah.         
            “Cerita kami, cikgu?” belum sempat aku bertanya, Darwisy terlebih dahulu bertindak.
            Puan Sharifah hanya menganggukkan kepalanya.
            “A’ah. Dulu cikgu-cikgu kat bilik guru ingatkan yang kamu berdua ni bercinta. Yela, kamu berdua ni kalah dari pasangan orang bercinta. Sampai ada sekali tu, Encik Norizam terpaksa jelaskan hubungan kamu berdua pada cikgu-cikgu yang lain.” Panjang lebar Puan Sharifah bercerita.
             Aku sudah ternganga dengan apa yang disampaikan oleh Puan Sharifah. Sungguh aku tidak sangka yang aku dan Darwisy juga boleh dijadikan sebagai hot story dalam bilik guru. Pusing…pusing….
            Darwisy pula sudah terbahak-bahak mendengar semua itu. Aku dan cikgu hanya menggelengkan kepala.
            Ketika kami sedang rancak berbual, telefon bimbit Puan Sharifah berdering. kemudian Puan Sharifah kelihatan seperti ingin mengesa. Mungkin ada sesuatu yang penting kot.
            “Lia… Darwisy… cikgu ada hal kat pejabat. Nanti kita sembang lagi laa ye.” Puan Sharifah segera meminta diri.
            Aku dan Darwisy hanya mengiakan sahaja.
            “Tak apa cikgu. Lagipun saya dengan Lia ingat nak jalan-jalan kat sekitar sini. Nak lepaskan rindu.” Sopan jawab Darwisy.
            Puan Sharifah cepat-cepat menuju ke arah pejabat. Tinggallah aku dan Darwisy di situ. Aku hanya menunggu langkah Darwisy yang seterusnya.
            “Kau ni yang tersengih-sengih macam tu, apasal? Dah terencat apa…” soalku setelah melihat Darwisy yang masih tersengih disisiku.
            “Tak de la, aku hairan kot. Kita dua boleh jadi hot story kat bilik guru. Cuba kau bayangkan? Wow! Popular tu…”
            Darwisy sudah berangan-angan.
            Aku menjuih bibir.
            “Popular kepala otak kau. Kau ingat best ke? Kalau cerita pasal prestasi dalam kelas tak apa juga, ni pasal aku dengan kau. Hancur…”
            Aku juga tidak sangka perkara ini akan jadi bualan cikgu pada waktu lapang. Pantas saja, dulu masa aku dengan Darwisy ke bilik guru pasti ada saja mata-mata yang memandang. Rupanya aku dan Darwisy yang dipandangnya.
            Diriku menggelengkan kepala.
            “Okay laa tu. Aku rasakan kalau la dulu kita couple mesti lagi hot kan dalam bilik guru tu.”
            Darwisy mengetuk-getuk bibirnya dengan jari telujuknya. Dia masih lagi sempat berangan.
            “Wisy… apa-apa je laa. Sekarang ni aku nak tanya, kita nak menziarah ke kawasan yang mana satu ni? Tak kan datang sekolah ni hanya tercegat kat depan library ni.”
            Sekali lagi Darwisy tersengih memandang ke arahku. Itu laa kerjanya dari tadi. sengih sengih dan sengih. Tu je yang dia tau. Naik rimas aku dengan sengihannya itu.
            “Tu laa kau. Asal aku cakap je kau sengih…”
            Darwisy memotong ayatku.
            “Asal aku sengih je kau cakap. Kan? Kan? Kan?”
            Aku menjuih bibir.
            “Kau ni suka loyar buruk betul laa. Menyampah aku.” Aku menahan geram yang membuak-buak didalam hati.
            “Bila masa pula aku pergi US ambik lawyer. Aku ambik bahagian business la.” Sempat lagi Darwisy bergurau dengan aku yang tengah angin dengan dia.
            “Aku kata L-O-Y-A-R bukan L-A-W-Y-E-R. Ada faham…”
            Darwisy memberi tabik kepada aku sambil tersenyum.
            “Yes ma’am. Nanti patik perbaiki perkataan yang patik guna ye.”
            Darwisy berjaya membuat aku mengukirkan senyuman setelah menahan geram dengan sikapnya yang agak menyakitkan hati. Itu laa dia dari dulu. Tak habis-habis dengan loyar buruk. Lain yang dicakap lain yang dibuat.
            “Good… So, sekarang kita nak ronda arah mana?” keadaan kembali pulih.
            “Hah! Aku ada idea.”
            Aku mengangkat sebelah keningku.
            “Kita lepak kat taman bacaan nak? Lagipun lagi setengah jam, budak-budak sekolah nak balik.” Idea yang bernas dilontarkan oleh Darwisy.
            Aku menaikkan ibu jariku tanda setuju.
            “So apa lagi… jom la.” Darwisy dengan gaya ingin berlumba.
            Belum sempat kami menorak langkah, telefon Darwisy mengalunkan lagu ‘Put your record on’. Darwisy mengangkat tangannya kepadaku supaya berhenti seketika.
            “Waailaikumsalam maksu.” Darwisy menjawab salam dari pemanggil yang menghubunginya.
            “Ye… oh sekarang Man ada kat sekolah lama Man. Ada apa maksu call Man ni?”  Darwisy membahasakan dirinya Man singkatan dari nama Aiman.
            “Boleh je maksu.” Sesekali aku melihat Darwisy mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “Sekarang Man ada dengan Lia.”
            “Tak pe laa maksu. Lia ok je.” Darwisy memandang ke arahku sambil memberi isyarat.
            “Okay.. okay. Waailaikumsalam…” lantas perbualan Darwisy terhenti.
            “Asal?” soalku sambil melihat Darwisy yang menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poketnya.
            “Lia… kau ikut aku kay.” Darwisy membuat mimik muka yang meminta simpati.
            “Ikut pergi mana?” aku yang kebinggungan menyoal Darwisy.
            “Maksu aku suruh pergi ambik sepupu aku, Syafiq Fahmi kat airport subang jaya. So, kita yang dah alang-alang ada kat sekitar kawasan sini. Maksu aku suruh tolong ambik anak kesayangan dia tu yang baru balik dari mana entah.”
            Darwisy menjelaskan perkara yang disuruh oleh maksunya kepada aku. Aku hanya menjungkit bahu.
            “Okay laa. Aku ikut je. Tapi….” Aku mula memberi senyuman yang nakal kepada Darwisy.
            “Aik ada tapi-tapi lak. Apa-apa laa. Tapi apa?”  soal Darwisy.
            “Kau kena belanja aku makan ice pop!”
            Macam budak-budak je permintaan aku ni.
            “Ice pop?” Darwisy yang seperti tidak percaya dengan permintaanku, melontarkan perkataan yang sama.
            “Ha’ah… kira okay laa tu. Daripada aku minta benda yang branded branded.. baik aku minta ice pop. Boleh membasahkan tekak yang kekeringan ni.” aku memberi hadiah peace kepada Darwisy. Kini giliran aku tersengih-sengih macam kerang busuk kepadanya.
            “Ice pop pun ice pop laa. Sekarang kita kena bergerak. Kalau tak, Shafiq terpaksa menunggu kat airport. So Miss Arlia Syuhada, shall we?”
            Seperti biasa Darwisy yang boleh dikategorikan sebagai lelaki gentlemen memberi laluan kepadaku terlebih dahulu. Nampaknya apa yang dirancangkan oleh aku dan Darwisy terbantut gara-gara untuk menjemput Shafiq.

Shafiq meliar-liar mencari susuk tubuh Darwisy. Tadi dia menelefon umminya untuk bertanyakan siapa yang akan menjemputnya hari ini tapi umminya memberitahu yang Darwisy akan mengambilnya. Hampir 15 minit dia menunggu kehadiran Darwisy disitu. Oleh kerana dia seorang yang penyabar, dia hanya terus menunggu. Tapi kalau ikutkan hati mau saja dia menahan teksi yang lalu lalang dihadapannya ini.
            Tidak lama kemudian dia melihat Darwisy yang melambai-lambai tangan ke arahnya. Dia bergerak mendapatkan Darwisy.
            “Bro… lama tak jumpa kau.” Darwisy berjabat dengan sepupunya itu.
            Aku yang berada dibelakangnya ini sudah seperti tunggul kayu. Sabar je laa.
            “Patutnya ayat tu aku yang bagi kat kau. Kau apa khabar sekarang? Sorry laa hari tu aku tak turut hadir jemput kau kat KLIA. Aku ada kerja sikit masa tu.” Shafiq lupa tentang kelewatan Darwisy mengambilnya tadi.
            “Tak pe. Lagipun maksu dah kasi tau aku pasal kau. Maklumlah orang tu sekarang dah jadi doktor pakar bedah…” Darwisy menepuk-nepuk belakang Shafiq.
            Darwisy yang baru tersedar keberadaan aku dibelakangnya, memperkenalkan aku kepada sepupunya.
            “Eh lupa pula aku nak kenalkan kau dengan kawan aku ni. Lia, ni Shafiq sepupu aku dan Shafiq ni Lia kawan baik aku.”
            Shafiq memberikan senyuman kepadaku tanda perkenalan.
            Aku ibarat dipukau dengan senyumannya. ‘Keturunan ke apa diorang ni? Senyuman boleh bagi orang sakit jantung.’bisik nakal hatiku.
            “Hai…” Shafiq yang memulakan percakapan.
            Darwisy yang disebelahku sudah menahan ketawanya melihat aku sudah merona merah akibat tersedar aku jauh melamun.
            “Oh…. Hai.” Perlahan aku menjawabnya.
            “Shafiq… jom la. Korang dua kalau nak sambung sembang tunggu kat dalam kereta kay. Kang tak pasal-pasal maksu risau anak dia tak sampai-sampai rumah lagi. And by the way sorry lambat sampai. Aku ada sikit tadi.” ajakan Darwisy sambil meminta maaf atas kelewatan ke airport.
            “It’s okay.”
            Mata Shafiq masih lagi tertumpu kepada Lia yang berada disebelah Darwisy. ‘Cantiknya perempuan ni.’ desis Shafiq tanpa didengari sesiapa.
            Kami bertiga bersama-sama menorak langkah meninggalkan airport. Di dalam kereta, Darwisy dan Shafiq banyak bersembang bersama. Sesekali Shafiq mengajak aku turut berbual. Macam-macam aku dengar dari cerita Shafiq.
            Harap nama je doktor pakar bedah tapi perangai dia dua kali lima dengan Darwisy. Suka loyar buruk. Hah! Satu lagi, dia ni peminat Amir Khan kot. Tak habis-habis dengan ayat memuji diri sebagai Amir Khan.            
            Naik semput aku ketawa dengan sikapnya. Begitu juga dengan Darwisy. Antara kami bertiga Shafiq lebih tua dari kami. Tua pun tak la tua sangat. Tua setahun je. Shafiq berusia 26 tahun. Aku agak berbangga dengannya, yela baru berusia 26 tahun sudah mendapat gelaran doktor pakar bedah. Dasyat tu…
            Aku terpaksa mengikut Darwisy ke rumah keluarga mereka sekali lagi. Nak tak nak, aku terpaksa ikut. Nasib baik mummy memang dah lama kenal dengan Darwisy, kalau tak jangan harap aku boleh ikut lelaki macam ni suka-suka hati.

3 comments:

relax corner ..!!!