Sunday, April 10, 2011

bab 15

“Papa… papa…”  kedengaran suara kanak-kanak dari jauh memanggil aku.
            Haikal yang sedang termenung ke arah kolam menoleh ke suara yang seperti memanggil-manggilnya itu.
            Haikal melihat budak perempuan yang berpimpin tangan bersama isterinya Nia. Haikal memandang wajah Nia untuk meminta pengertian. Nia yang seperti mengerti pandangan Haikal hanya menganggukkan kepalanya.
            Mereka berdua mendekati Haikal.
            Nia terlebih dahulu mendapatkan Haikal.
            “Abang…” perlahan Nia memanggil Haikal.
            Budak perempuan itu hanya tersenyum melihat Haikal terpinga-pinga.
            “Ni…” belum sempat Haikal menghabiskan kata-katanya. Nia meletakkan jarinya dibibir Haikal.
            “Abang… ni anak kita. Nur Adrianna Miazara. Abang lupa yang Nia dah lahirkan anak kita?” kata Nia sambil tersenyum.
            Kini budak perempuan itu sudah berada dalam pelukkan Nia.
            Haikal mengerutkan dahinya.
            “Anak kita?” soal Haikal.
            Kali ini Nia hanya menganggukkan kepalanya.
            Tanpa berlengah lagi Haikal terus merangkul isteri dan anaknya ke dalam pelukkan.
            “Abang…” suara Nia lembut memanggilnya.
            “Hmmm…” Haikal yang masih memeluk Nia dan anaknya.
            “Nia tak boleh lama singgah sini. Nia dah nak kena pergi.” Kata-kata Nia membuat Haikal melepaskan pelukkannya. Adrianna yang dalam pelukkan juga dilepaskan.
            “Apa maksud Nia? Abang tak faham.”
            Kata-kata Nia benar-benar menganggu mindanya.
            “Abang… janji dengan Nia ye. Abang kena jaga anak kita ni baik-baik. Sayangi dia macam abang sayangkan Nia. Janji ye, abang.”
            Wajah Nia yang kelihatan tenang memandang tepat ke dalam mata Haikal. Adrianna yang disisinya diusap perlahan di kepala.
            “Tapi…”
            Pantas Nia menghalang Haikal untuk berbicara.
            “Abang kena janji dulu.”
            Akhirnya Haikal mengangguk kepalanya.
            “Ye abang janji.”
            Nia mengambil tangan Haikal lalu diciumnya.
            “Abang… halalkan makan minum Nia selama Nia hidup dengan abang dan ampunkan dosa Nia. Nia sayang abang. Nia sayang anak kita.”
            Perlahan-lahan Nia melepaskan tangan Haikal. Kemudian Nia mendukung anak mereka dan diberikan kepada Haikal. Sebelum itu, Nia mencium lama dahi anaknya itu.
            “Apa yang Nia cakap ni? Nia tak pernah buat salah kat abang. Nia… Nia…”
            Nia berlalu pergi meninggalkan Haikal sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Haikal dan anak mereka.  Haikal disitu menjerit-jerit memanggil namanya. Namun tidak diendahkan. Dia harus pergi. Jauh dari mereka semua.
            Haikal ingin mengejar Nia namun kakinya tidak dapat digerakan. Dia seolah-olah keras ditempatnya. Tubuh Nia sudah kabur dari penglihatannya. Nia sudah semakin menjauh.
            “Nia…Nia….Niiiaaaa!!!!” jerit Haikal memanggil isterinya.
            Haikal memejam rapat matanya menahan air mata daripada terus mengalir dipipinya. Dia sendiri tidak sedar dia sedang menangis.
            Tiba-tiba bahunya terasa ditepuk-tepuk oleh seseorang. Haikal perlahan-lahan membuka matanya. Kemudian dia melihat wajah mamanya betul dihadapannya. Dia baru perasan dia bukan berada ditepi kolam. Keadaan berubah serta-merta. Anaknya juga tidak berada bersamanya. Tiada lagi kolam dan tiada lagi wajah Nia yang pergi meninggalkannya. Hanya ada hanya wajah ahli keluarga dia dan Nia serta kawan-kawan yang penuh berada diruang itu.
            “Ma… mana Nia? Mana Adrianna?” soal Haikal kepada mamanya sebaik saja dia sedar berubah ini.
            “Nia? Nia masih kat dalam. Doktor tak bagitau apa-apa lagi. Adrianna? Siapa Adrianna?” mama Haikal sedih melihat anak lelakinya yang sudah tidak keruan itu.
            “Kat dalam? Mama tadi Nia ada kat sini. Eh, kita ada kat mana ni? Mana kolam? Arianna tu anak Ekal laa mama. Mama asal…”
            Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Haikal kemudian baru benar-benar sedar yang dia kini berada di dalam hospital sedang menunggu Nia. Dia bukan berada di tepi kolam. Rupa-rupanya dia sedang bermimpi. Tapi kenapa dia rasa mimpi itu benar-benar terjadi.
            Haikal meraup wajahnya. Mamanya kelihatan binggung dengan sikap Haikal yang berubah secara drastik seperti itu.
            “Tadi Haikal tertidur. Mama kejutkan Haikal ni pun sebab nak suruh Haikal balik dulu. Haikal kelihatan letih. Biar mama dan yang lain tunggu Nia kat sini.”
            “Tak apa la mama. Ekal okay. Mama, Ekal pergi surau kejap.” Haikal meminta izin. Hati dan mindanya tidak tenang sekarang.
            Belum sempat mamanya berkata apa-apa. Haikal sudah melangkah pergi. Ahli keluarga yang lain masih lagi setia menunggu Nia di depan bilik pembedahan.

“Ya Allah, Kau selamatkanlah isteriku Ya Allah. Sesungguhnya aku sangat menyayangi dan mencintai isteriku. Kau tolong selamatkan dia. Aku memohon Ya Allah. Aku merayu. Selamatkanlah Nia.”
            Haikal memanjatkan doanya kepada Allah yang Maha Esa. Dia sudah tidak berdaya menahan rasa yang tersekat dihatinya. Haikal terhenjut-henjut menahan sebak. Dia tidak dapat membayangkan jika benar Nia pergi meninggalkan dia dan anak mereka.
            “Abang Ekal…” kedengaran suara Amirul memanggilnya.
            Haikal cepat-cepat mengesat air matanya yang sempat mengalir ke pipi.
            “Abang Ekal. Mirul nak bagi ni kat abang.”
            Amirul menyuakan sebuah buku yang berkulit keras kepadanya. Buku itu sudah bertukar tangan.
            “Buku apa ni Mirul?” soal Haikal setelah buku itu berada didalam tangannya.
            “Buku ni milik kak Nia. Kak Mira suruh Mirul bagi kat abang. Kak Mira kata kat dalam ada sesuatu yang kak Nia tulis dan kak Mira kata penting.” Amirul menjelaskan kepada abang iparnya itu.
            “Oh.. okay. Erm, Mirul…”
            Langkah Amirul terhenti apabila namanya dipanggil.
            Amirul menoleh ke arah Haikal yang berjalan untuk mendekatinya.
            “Kak Nia macam mana? Ada apa-apa khabar dari doktor?” tanya Haikal kepada Amirul.
            Mungkin dia sudah tahu jawapannya namun dia berharap ada perubahan.
            Amirul hanya menggelengkan kepalanya.
            Haikal tersenyum hambar. Jawapan yang diberikan oleh Amirul amat mengecewakan.
            “Tak apa la Mirul. Nanti kalau ada apa-apa, cari abang Ekal kat sini ye. Abang Ekal nak duduk kat sini sekejap.” Kata Haikal.
            Dia faham perasaan abang iparnya itu. Mungkin ketika ini abang iparnya itu perlu masa untuk menyendiri.
            Amirul tidak berkata apa-apa, lantas dia melangkah keluar dari surau.
            Haikal kembali duduk ditempatnya tadi. Perlahan-lahan dia menyelak helaian buku milik isterinya itu.
            Rupanya buku ini merupakan diari Nia.
            Dia membaca setiap isi yang ditulis di dalam buku itu.
            Hari ini kali pertama bibirku dicuri oleh suamiku sendiri. Aku tidak tahu apa yang sedang bermain difikiran Haikal. Sekejap dingin sekejap mesra. Aku semakin binggung. Tapi kenapa hati aku berdegup kencang apabila terfikirkan semula apa yang terjadi sebentar tadi. masih hangat terasa dibibirku akibat dicium Haikal. Ya Allah, adakah aku mula mencintai dirinya? Tapi bagaimana dengan Am? Tak mungkin, aku tak mungkin mencintainya. Perkahwinan kami hanya berdasarkan keterpaksaan bukan kerelaan. Dan tak mungkin dia juga turut menyintaiku. Tapi macamana dengan hati yang sedang berlagu ceria ni? argh! Haikal apakah yang sedang kau bermain dengan diriku ini? Tolong jangan sakiti hati ini lagi.
                                                                                                                        15/7/10
            Haikal tersenyum apabila teringat insiden itu. Ketika itu mereka baru pulang dari vila mama dan daddy nya. Hari itu juga dia sedar yang hatinya telah lama dimiliki Nia namun sengaja didustai. Dia tidak mahu jika dikatakan pengkhianat cinta. Sedangkan ketika itu dia dan Sofea Alia masing bergelar sebagai kekasih.
            Haikal kembali meneruskan pembacaannya.
            Akhrnya aku sedar yang aku benar-benar mencintai Haikal. Hanya Haikal yang berada dihati ini. Bukan lagi Am atau sesiapa. Cintaku hanya milik suamiku, Haikal. Alangkah indahnya jika aku dapat melafaskannya kepada Haikal, betapa aku sangat mencintai dirinya.
                                                                                                            21/7/10
            Haikal hanya tersenyum. Rupanya ketika itu dia tidak bertepuk sebelah tangan.
            Sampai di muka surat terakhir, ada sesuatu yang benar-benar menarik perhatiannya. Disitu terselit gambar mereka berdua ketika berada di Switzeland.
            Kepada abang,
            Assalamuailaikum. Abang… Nia tahu mungkn satu hari nanti abang akan terbaca diari ni. dan Nia harap masa abang baca diari ni, abang mengetahui isi hati sebenar Nia kepada abang. Abang… nia cintakan abang dan nia sangat2 sygkn abang. Abang, jika ditakdirkan Nia meninggal ketika melahirkan anak kita, Nia harap abang dapat ampunkan segala dosa Nia. Dan halalkan makan minum Nia selama ni. abang… nia tahu kenapa sejak kebelakangan ni, Nia rasa seperti tidak mahu berpisah dengan abang. Walaupun untuk sesaat. Abang.. mungkin Nia akan pergi tinggalkan abang tapi Nia  minta abang jaga anak kita baik-baik jika dia selamat dilahirkan di muka bumi ini. Nia sayangkan abang. Begitu juga dgn anak yang sedang Nia kandungkan ini. Ini merupakan tanda dari cinta kita berdua. Dia penyinar cinta kita.abang.. jika boleh.. nia nk namakan anak kita Nur Adrianna Miazara. Adrianna mewakili Afli dan Miazara mewakili nia sendiri. boleh ye abang. dan abang... Abang sygilah dia ye.sayangi dia lebih dari abang sygkn Nia. jika jadi apa-apa kat nia. jaga dia. dia wakil cinta kita. Abang… maafkan nia… Nia sygkn abg… I love you…
                                                                                                                        Ikhlas
                                                                                                                        9/6/11
            Perlahan-lahan Haikal menutup diari Nia. Air mata sudah galak menitis dipipi. Tarikh ini ditulis dua minggu sebelum Nia melahirkan anak mereka.
            Lamunannya terhenti apabila Amirul mencergah masuk ke ruang surau dengan termengah-mengah.
            “Abang… kak Nia.. kak Nia…” Amirul tidak dapat meneruskan kata-katanya. Sebak semakin menguasai dirinya untuk menyampaikan berita ini kepada abang iparnya itu.
            “Mirul kenapa dengan kak Nia? Jangan bagitau abang yang kak Nia…”
            Haikal sudah terkulai layu ke bumi. Dia tidak dapat bertahan jika itu kebenaran yang harus ditempuhinya.
            ‘Ya Allah… bantulah Hamba-Mu ini menempuhi semua dugaanMu ya Allah. Bantulah aku. Selamatkan isteriku. Aku dan anakku amat memerlunya disisi kami. Ya Allah… dengan rahmatMu… bantulah aku… aku memohon…’ doanya dalam hati.

4 comments:

  1. tidakkk!!
    jgn la bg nia mati...x snggup nak bca t.
    plezz...

    ReplyDelete
  2. sy x nk nia mati. x suka sad ending. biarlah nia n haikal idup bahgia bersama anak mereka. harap2 amirul nk sampaikan berita gembira jgnlah berita sedih.

    ReplyDelete
  3. best cter nie....update next n3 cpt2 ea...hope nia xmati...

    ReplyDelete
  4. korg.. hehe.. thnx.. hehhe.. i.allah.. nia selamat.. huhuhu...

    ReplyDelete