Tuesday, March 8, 2011

bab 10


Haikal memegang erat tanganku masuk ke pekaranngan rumah mama. Haikal tidak sabar untk memberitahu ahli keluarganya tentang kehamilanku. Ake memandang ke arah Haikal yang tidak lekang dengan senyuman sejak aku memberitahunya bahawa aku sedang mengandung zuriatnya. Dia kelihatan sungguh bahagia. Melihatnya seperti itu turut mengembirakan aku dan aku berharap bayi yang bakal aku lahirkan ini dapat menambah lagi kebahagiaan kami sekeluarga.
            Haikal mendekati mamanya yang sedang beristirehat ditaman. Kemudian dia membicarakan sesuatu kepada mamanya. Mama meluru mendapatkan aku yang berdiri tidak jauh dari mereka
            “Syukur, Alhamdulillah. Lepas ni, mama tak nak Haikal dan Nia tinggal di rumah Haikal. Both of you have to stay with us until Nia lahirkan cucu mama ni.”
            Mama mengusap lembut perutku yang masih lagi kempis.
            Haikal yang berada disebelahku tersenyum mendengar kata-kata mamanya.
            “Ekal ikut je ma… lagipun kalau mama tak ajak pun, Ekal ingat memang nak tinggal disini sementara waktu.” Balas Haikal.
            Aku dan Haikal memang merancang untuk tinggal disini sementara waktu. Haikal khuatir untuk tinggalkan aku berseorangan dirumah. Katanya, jika aku tinggal bersama mama, ada yang boleh menjaga ku ketika ketiadaannya.            
            “Betul kata abang Ekal tu ma… Nia pun setuju juga untuk tinggal dengan mama buat sementara waktu ni. Abang risau kalau Nia kena duduk rumah sorang-sorang.” Jawabku sambil menyokong kata-kata Haikal.
            Anna yang baru pulang dari sekolahnya mendekati kami.
            “Kak Nia dengan abang long buat pe kat sini? Bila kak Nia dengan abang long sampai?”
            Anna mendapatkan aku dan Haikal yang rancak berbual dengan mama di taman.
            Haikal mengusap kepala Anna yang baru  mencium tangannya. Haikal sering menunjukkan rasa kasihnya kepada adik-adiknya dengan perbuatan.
            “Anna nak jadi maksu tak?” Soal Haikal kepada Anna yang melabuhkan punggung bersebelahan dengan mama.
            “Mesti laa Anna nak. Chop! Chop! Don’t tell me, yang kak Nia…” Anna memandang ke arahku.
            Aku yang tau apa di dalam fikirannya lantas menganggukkan kepala tanda tekaannya betul.
            “Aaaaahhhhhh……. Bestnya. Yea! Yea! Anna bakal jadi maksu…. Hurayy..!” Anna menjerit-jerit sambil terlompat-lompat setelah mendengar khabar yang membahagiakan ini.
            “Anna… apa laa kamu ni. Bukan nak ucap selamat kat abang long dengan kak Nia kamu tapi terlompat-lompat macam monyet.” Tegur mama sambil ketawa melihat gelagat Anna.
            Aku dan Haikal turut menyertai mama. Anna pula pura-pura merajuk.
            “Ala-ala… adik kak Nia merajuk ke? Tak mau laa macam ni. Nanti baby tengok dia pun merajuk sama macam maksu dia. Anna tak nak peluk kak Nia ke?” aku cuba memujuk Anna yang sedang memuncungkan mulutnya sedepa.
            Anna berlari ke arahku dan aku mendepangkan tanganku untuk memeluk Anna.
            “Of course Anna nak peluk kak Nia. By the way, congrats ya! Anna harap baby girl, then she can company me to shopping…” Anna memeluk erat tubuhku.
            Haikal dan mama tersenyum melihat Anna yang seperti kanak-kanak kecil. Sememangnya Anna seorang gadis yang manja. Hafiz yang baru tibba turut menghampiri kami berempat.
            “Ni apa kes main peluk-peluk ni? Do I miss something special over here?”     
            “Angah you are going to be an uncle for my new born baby.” Haikal memberitahu Hafiz yang terpinga-pinga melihat adegan peluk memeluk diantara aku dan Anna.
            Hafiz mengukirkan senyuman.
            “Wow! That’s great. So sekarang turn Hafiz pula nak peluk kak Nia.” Dengan tangkas Haikal menghalang laluan Hafiz.
            “Eh… ehh… angah, kau tak payah nak mengada-ngada nak peluk isteri abang long. Abang long backhand baru tau.”  Haikal menunjukkan buku limanya kepada Hafiz.
            Aku, mama dan Anna serta Hafiz ketawa melihat Haikal sedang cemburu dengan adiknya sendiri.
            “Abang ni, dengan Hafiz pun abang nak jealous. Tak matured langsung laa.” Aku memaut lembut lengan Haikal.
            “Tu laa, abang long ni dengan Hafiz pun nak cemburu. Tak malu betul laa.. dah macam budak-budak.” Hafiz menyokong kata-kataku dan bersilang ganti dengan gelak tawanya.
            “Yela.. Nia kan wife abang. Mesti laa abang cemburu, even dengan adik abang yang perangai macam super Casanova. Ye tak, angah?” Hafiz menjuih bibirnya.
            Di taman riuh rendah dengan gelak tawa kami bersama. Berita ini juga telah diberitahu kepada mak, ayah dan Amirul. Mereka turut gembira mendengarnya. Yang masih belum mengetahui perkara ini hanya daddy. Daddy kini berada di bandung atas urusan pekerjaan.
            Aku merasa pinggangku dipaut erat oleh Haikal. Aku menoleh ke arah Haikal yang tersenyum memandangku. Lantas dahiku dicium lembut. Aku senang apabila diperlakukan seperti itu, terasa diri seperti dimanjai dan amat dihargai.
            Kelihatan mama, Anna dan Hafiz sedang sibuk merancang demi ahli keluarga yang bakal tiba iaitu bayi dalam kandunganku. Sesekali mereka ketawa, aku dan Haikal yang memerhati dari tadi turut mengukirkan senyuman.
            “I love you, honey.” Haikal membisikan kalimah cinta ke telingaku.      
            “Me too….” Haikal mengeratkan lagi pautnya sambil mendekati mama dan yang lain.

Hari ini aku menerima panggilan dari seseorang pernah aku kenali, Sulfian Hisham. Dia mengajak aku untuk bertemu dengannya di Coffee Bean, Midvalley.
            Aku meminta izin kepada mama dan Haikal untuk pergi ke Midvalley. Pada awalnya, Haikal tidak membenarkan aku untuk keluar berseorangan tapi setelah aku memberitahunya bahawa Anna akan menemani aku ke sana, baru Haikal memberi keizinan.
            Anna bakal menemani aku ke Midvalley dan hanya Anna yang tahu tujuanku ke sana. Aku meminta Anna untuk merahsiakannya daripada sesiapa. Aku tidak mahu memberitahu kepada Haikal mahupun orang lain sekiranya perkara ini belum pasti lagi. Jika kepastiannya jelas, baru aku akan memberitahu mereka.
            “Anna temankan kak Nia pergi midvalley boleh?” aku mendekati Anna yang sedang berbaring di atas katilnya.
            “Boleh je….” Anna menunjukkan barisan giginya yang putih.
            Anna bangun duduk dibirai katil.
            “Thanks Anna… tapi boleh tak kak Nia tolong satu hal?” aku melabuhkan punggung disebelah Anna.
            “Ada apa kak?” balas Anna.
            “Kak Nia nak minta Anna tolong jangan kasi abang long atau sesiapa yang kak Nia nak jumpa seseorang kat sana k.” Anna mengerutkan dahinya.
            “Ok but if you don’t mind can I know why?” Anna menyoalku.
            “Actually ni pasal family kandung kak Nia. Anna ingat tak masa akak larikan diri ke Switzerland tu. Ada seorang hamba Allah ni datang jumpa dengan akak. Then dia ada kasi tau yang dia kenal dengan family kak Nia. Kak Nia binggung masa tu, I don’t know what should I do. Today dia call akak ajak jumpa. Dia nak ceritakan semuanya kat kak Nia. So, akak harap sangat Anna tak bagitau sesiapa pasal hal ni.” panjang lebar aku menceritakan situasi sebenar kepada Anna.
            Anna menganggukkan kepalanya.
            “Ok… you can count on me. Anna akan zip mulut Anna. Just for you my sister.” Anna memeluk tubuhku.“So, kita nak pergi ke sana pukul berapa? Senang sikit Anna nak siap.”
            “Lepas zohor kot. Dalam pukul dua. Anna ok ke?” jawabku.
            Anna menaikkan ibu jarinya sambil tersengih.
            “Ok laa kak Nia keluar dulu ye.” Aku meminta diri.
            Anna menuju ke arah almarinya untuk memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai. Lantas pintu biliknya ditutup rapat.

Kami tiba di midvalley pada pukul 2.35 petang. Aku menuju ke tempat yang dijanji manakala Anna meminta untuk berjalan-jalan disekitar situ. Dia ingin memberi ruang untuk aku berbincang bersama Sulfian Hisham secara bersendirian.
            Mataku meliar mencari Sulfian Hisham, tiba-tiba ada seseorang memanggil namaku dari belakang.
            “Puan Nia Maisara.”
            Aku menoleh dan melihat seorang lelaki sedang berdiri betul-betul dibelakangku.
            “Encik Sulfian Hisham?” aku yang kurang pasti menanyakan kepada lelaki itu.
            “Ya, saya. Boleh kita duduk berbual sekejap.” Seraya kerusi duduk ditarik oleh Sulfian.
            “Boleh Encik Sulfian ceritakan apa yang ingin disampaikan oleh Encik Sulfian kepada saya?” aku langsung menanyakan perkara itu kepada Sulfian.
            “Tak payah berencik dengan saya. Just call me Sham.” Sulfian masih tidak menjawab soalanku.
            “Baiklah Sham. Boleh awak mulakan? Saya ada urusan selepas ini.” Aku membohongi Sulfian. Rasa berdebar dalam hatiku untuk mengetahui siapa keluarga kandungku dan apa kaitan dengan dirinya.
            “Sabar… saya tak nak perkara ni akan menyebabkan Puan Nia terkejut. Takut menberi kesan kepada kandungan Puan.” Sulfian bermain teka teki dengan ku.
            Aku terkedu. Bagaimana dia boleh mengetahui aku sedang mengandung. Jika boelh dilihat dari sisi perutku, aku rasa tak mungkin. Kandunganku baru saja berusia dua bulan. Aku mula berasa ada yang tidak kena dengan Sulfian.
            “Boleh tak awak berterus-terang dengan saya? Apa sebenarnya yang awak mahu dari saya ni? dan macam mana awak boleh tau tentang keluarga kandung saya?” aku cuba menahan rasa marahku terhadap Sulfian yang masih tidak menceritakan hal sebenarnya malah bermain teka-teki denganku.
            “Actually Puan Nia, perkara yang bakal saya bagitahu berkait hubung dengan suami Puan Nia iaitu Encik Haikal.” Sulfian masih lagi berdalih.
            “What do you mean?”
            “Baiklah, biar saya berterus-terang. Sebenarnya Puan Nia ni terhasil daripada perbuatan ibu Puan Nia yang pernah bekerja sebagai pelacur di salah sebuah kelab malam. Saya tak sampai hati untuk teruskan tapi disebabkan saya prihatin dengan keadaan Puan Nia jadi lebih baik saya ceritakan saja.”
            Aku terpana dengan penjelasan Sulfian tentang ibu kandungku.
            “Pe…pe..lacur?” terketar-ketar bibirku mengeluarkan kata-kata.
            Aku merasakan seperti aku tidak lagi berpijak dibumi. Air mataku membasahi pipi.
            “Betul tu dan selepas saja dia melahirkan Puan, ibu puan disahkan menghidap HIV positif. Oleh sebab itu, Puan Nia ditinggalkan dihadapan pintu rumah keluarga angkat Puan Nia. Tidak lama kemudian, ibu Puan meninggal di kelab malam yang dia bekerja.”
            Aku tidak terdaya mendengar penjelasan dari Sulfian tentang ibu kandungku.
            “Tapi apa kaitannya dengan suami saya?” aku beranikan diri bertanya kepada Sulfian.
            “Cuba Puan Nia bayangkan, jika Encik Haikal atau keluarganya tahu bahawa Puan Nia seorang anak yang dihasilkan dari perbuatan terkutuk tu, Puan Nia rasa bagaimana tanggapan mereka terhadap Puan Nia. Dan macam mana pula jika diorang tahu yang ibu Puan meninggalkan disebabkan HIV positif. Puan Nia rasa diorang sanggup terima Puan Nia dalam keluarga mereka lagi.” Sulfian mendekatkan wajahnya dengan diriku.
            Semakin galak air mata aku mengalir.
            “Jadi… apa awak nak?”
            “Saya nak Puan Nia tinggalkan Haikal atau saya akan membocorkan hal ini kepada Haikal serta keluarganya. Boleh?”
            “Tak… saya tak akan tinggalkan Haikal. Awak penipu. Semua ni tak betul.” Aku sudah separuh menjerit disitu.
            “Terpulang kepada Puan Nia. Tapi saya yakin jika Haikal mengetahui hal ini pasti dia sendiri yang akan tinggalkan Puan Nia. Siapa sanggup beristerikan perempuan yang terhasil secara haram?”
             Aku menutup kedua-dua telingaku. Tidak sanggup lagi aku mendengar ketawa dan percakapannya. Lantas aku lari meninggalkan Sulfian yang sedang mentertawakan diriku. Dipipiku lencun dengan air mata yang kian galak menitis. Aku tidak peduli dengan orang yang lalu-lalang disitu. Yang aku tahu, aku tidak mahu berada di sini lagi.
            Kepalaku terasa sakit kemudian mataku semakin kabur. Perlahan-lahan aku rebah di kompleks Midvalley.


“Abang…
abang please jangan tinggalkan Nia. Please…” aku merayu-rayu kepada Haikal yang ingin melangkah pergi meninggalkan aku setelah mengetahui perkara sebenar.
            “Abang…. Abang…” aku meneriak memanggil Haikal kembali tapi sia-sia. Haikal semakin jauh pergi meninggalkan aku sendiri.
            Kemudian aku tersedar dari tidur.
            “Hey, asal ni? Nia mimpi buruk ke? It’s so ok. I will never leave you honey.”
            Haikal memeluk diriku yang sedang teresak-esak menangis. Rupanya aku sedang bermimpi tapi mimpi itu kelihatan seperti benar-benar terjadi. Aku mula takut jika Haikal benar-benar tinggalkan aku setelah mengetahui hal sebenar.
            Ya Allah ujian apa lagi yang sedang Kau uji diriku ini ya Allah. Aku mohon bantulah aku untuk menyelesaikan masalah ini demi anak yang aku kandungkan ini dan demi kebahagiaan rumah tanggaku. Bantulah aku ya Allah.
            Aku membalas pelukkan Haikal.     
            “Abang… kita ada kat mana?” aku yang baru sedar aku bukan berada didalam rumah.
            “Kita ada kat hospital. Tadi siang Nia pengsan kat midvalley, nasib baik ada Anna dengan Nia kalau tak abang tak tau apa akan jadi dengan Nia. Masa Anna telefon abang kat office, abang betul-betul terkejut. Abang takut terjadi apa-apa dengan Nia. Lepas ni, mana-mana Nia nak pergi hanya dengan abang saja. I’ll never let you go without me. Do you understand?” Haikal mengusap tubuhku.
            “Baby kita macam mana? Is it ok?” aku meraba perutku.
            “Alhamdulillah. Doktor kata, gegaran tak kuat sangat masa Nia rebah tadi. So, tak bagi effect apa-apa pun kat baby kita. But after this Nia kena lebih aware. Ok honey.” Aku lega mendengar kata-kata Haikal.
            “Abang … mama semua mana? Diorang tak tahu Nia masuk hospital ke?”  soalku sambil memerhati dikeliling bilik.
            “Sayang… now 3.30 o' clock in the morning. Diorang lawat Nia masa Nia tidur tadi. Nia tak sedarkan diri lepas doktor beri satu suntikan pada Nia petang tadi.” jelas Haikal padaku.
            Haikal meleraikan pelukkannya.
            “Sekarang Nia berehat, ok. badan Nia masih lemah lagi ni.”
            Haikal membaringkan aku diatas katil.
            “Abang….” Aku memegang tangan Haikal yang ingin berlalu pergi ke sofa.
            “Ya..”
            “Can you sleep beside me? Nia…” belum sempat aku berkata apa-apa Haikal lebih dahulu merebahkan dirinya diatas katil hospital.
            Walaupun hanya katil single, muat untuk aku dan Haikal berkongsi. Lantas tubuhku dipeluk dan pipiku dicium.
            “Dah, now you have to sleep. Jangan fikir apa-apa lagi. Abang ada dengan Nia sampai bila-bila. Pejam mata.” Arah Haikal.
            Haikal sudah memejamkan matanya dan dia mengeratkan lagi pelukkannya ditubuhku. Aku berharap semua masalah yang akan aku lalui dapat aku atasi dan aku juga berharap sekiranya Haikal mengetahui perkara sebenar, dia dapat menerimaku seadanya.
            Lama kelamaan aku terlena dalam pelukkan Haikal.

“Rancangan pertama kita berjaya. Now, plan kedua. Your turn to play the role.” Sulfian menghubungi Sofea setelah rancangan pertama mereka berhasil.
            Kedengaran Sofea sedang ketawa gembira mendengar berita ini dari Sulfian.
            “Good. Tak sabar nak tengok diorang berpisah. Don’t worry, I akan memainkan peranan yang paling baik sekali. Like angel.. hahaha…”
            Sulfian turut ketawa bersama Sofea.
            “Nia… Nia… kesian kat kau. Tapi apa boleh aku buat. Haikal is mine and only mine. If aku tak boleh dapat dia, no one can get him. So, Sulfian bila kita nak mulakan plan kedua kita?”
            Mereka berdua sibuk membincangkan rancangan memisahkan Haikal dan Nia. Semakin galak ketawa mereka berdua bila memikirkan semua rancangan mereka akan membuahkan hasil.
            Sulfian tersenyum puas. Dengan adanya Sofea. Rancangan untuk membalas kepada Nia semakin memuncak. Tak sabar rasanya untuk membuat Nia rasa kehilangan orang yang tersayang seperti yang pernah dilakukan oleh ibu kandung Nia terhadap maknya. Disebabkan ibu Nia, maknya telah membunuh diri. Oleh itu, ini saatnya dia membalas dendam kepada Nia.

4 comments:

  1. if tk suka dengan jln citer bab ni kasi tau ea... huhuh.. =D

    ReplyDelete
  2. bodo gler punya plan
    sape yg percaye pun bodo..
    hopefully
    haikal x t'golong dlm golongan yg bodo la
    :)

    ReplyDelete
  3. i suke sebab haikal ngan nia masih bahagia... tapi leaps ni i tak jamin... ngeehehe.... citer ni best sagt.... and i harap ada kelainan dalam jalan citer nie... entahlah.. kelainan yang berupa apa yang i nak, i pown tak tau... yg penting dan yang pasti penulis dah berjaya buat i menggigil.... tau tak kenapa? sebab jalan ceritanya yang menggeramkan dgn watak yang jahat... serasa nak lempang2 sofea ngan hisyam tue doe... eeii... takut pulak selepas nie...

    ReplyDelete
  4. ala..kejam nya sufian tu!! xsuka2. grr..geram dengan org macam sofea dan sufian tu. >.<

    ReplyDelete

relax corner ..!!!