Saturday, June 11, 2011

KBK- 10

Lia melihat dirinya dihadapan cermin sebelum melangkah keluar dari biliknya. Lia memilih untuk mengenakan baju kurung moden yang berwarna hitam pada malam itu. Baginya biar kelihatan lebih berkeyakinan dan tampak lebih berrgaya serta anggun. Tambahan pula labunci yang dijahit menegak dari paras peha hingga ke paras pinggang. Lia juga turut memakai tudung yang berwarna sedondon.
            Lia mengukirkan senyuman dihadapan cermin. Dia puas melihat penampilannya pada malam ini.
Tok! Tok! Tok!
            Belum sempat Lia melangkah keluar dari biliknya, Puan Norizah terlebih dahulu mengetuk pintu biliknya dari luar.
            “Syu, Shafiq dah…” terkedu puan Norizah melihat penampilan anak gadisnya malam itu.
            “Wah! Cantiknya anak mama.” Puji Puan Norizah sambil mengeliling Lia.
            Lia tersipu-sipu mendengar pujian mamanya.
            “Thanks mama…”
            “Eh lupa pulak mama. Shafiq dah sampai tu. Dia  tunggu Syu kat bawah.” Puan Norizah teringat tujuan utama dia ke bilik Lia.
            “Oh okay. Mama kata kat dia lagi lima minit syu turun kay.” Kata Lia.
            “Okay lah kalau macam tu. Mama turun dulu kay. Jangan lambat sangat. Kesian  kat dia.” Balas Puan Norizah lalu mennggalkan Lia.

“Ek hem …” Lia berdehem.
            Shafiq yang sedari tadi rancak berbual dengan mama Lia memaling menghadap pada pemilik suara itu.
            Ternganga dia melihat Lia dalam berpakaian seperti itu.
            Lia menghadiahkan senyuman kepada Shafiq.
            Lia mendekati Shafiq yang masih tidak lekang memandang Lia dari atas hingga ke bawah.
            “Hello….” Lia melambai-lambai tangannya di muka Shafiq.
            Shafiq tersedar dari lamunan hanya mnegukirkan senyuman.
            “Wow! You look totally beautiful. Like an angel.” Ikhlas Shafiq memuji Lia.
            Memang tak salah keputusannya untuk memiliki perempuan yang bernama Nur Arlia Syuhada.
            Lia ketawa kecil mendengar pujian Shafiq.
            “thanks… kau pun apa kurangnya. Bertambah kacak. Dah macam amir khan original.” Balas Lia sambil berjenaka.
            Tersengih-sengih Shafiq mendengar pujian dari gadis pujaan hatinya.
            “Well biasa la. Tengok lutut laa. Dah nama pun Amir Khan. Mestilah handsome.” Shafiq berjenaka.
            Lia menjuih. Pantang kena puji, kembang bermangkuk-mangkuk. Macam mana laa dia ni boleh jadi doctor.
            “Perasan! Eh, dah la. Lambat bertolak, lambat pula kita sampai. So lets go…” arah Lia ingin menamatkan perbualan mereka berdua. Jika tidak pasti berlarutan.
            “Baik ma’am.” Shafiq mengangkat tabik tanda mengikut cakap.
            Lia tergelak-gelak melihat gelagat Shafiq.

Seperti yang diduga, Shamien Natasya berpakaian sedondon dengan Darwisy. Kelihatan Natasya semakin rapat dengan ahli keluarga Darwisy yang lain. Tiba-tiba hati Lia dilanda hiba. Susah bila hati mula terikat. Kenapa dia boleh lupa akan janji yang pernah dia sendiri ikrar dahulu.
            “Lia..” tegur kakak Darwisy.
            “Eh, kak Jue.” Lalu Lia bersalama dengan Kak Jue tanda hormatnya kepada kakak kawan baiknya itu.
            “Lia dah lama sampai ke? Dah jumpa Darwisy?”
            “Baru je sampai kak Jue. Darwisy? Belum lagi, dia buzy kot. Dari tadi dia dengan Tasya je. Dia perkenalkan kepada keluarga yang lain kot.” Lia cuba mengawal perasaannya yang tengah berombak apabila nama Dariwsy dibangkitkan dalam isu perbbualan mereka.
            Inilah kali pertama Lia tidak selesa berada disamping ahli keluarga Darwisy yang lain.
            “Oh ye ke? Tak apa Lia tunggu sikit kejap kay. Akak pergi panggil Darwisy jap. Dari tadi bising je suruh panggil dia kalau Lia dah datang. Katanya ada benda nak sampaikan kat Lia. Lia tunggu jap tau.” Belum sempat Lia membalas kata-kata kakak Dariwsy. Kak Jue terlebih dahulu hilang dari pandangan mata.
            Dari jauh Shafiq melihat Lia bersendiri. Niat hati ingin menemani Lia namun apabila Dariwsy menghampiri Lia, Shafiq mematikan niatnya. Dia ingin memberi ruang kepada Dariwsy untuk membaca rasa hati sendiri sebelum dia melamar Lia secara sah malam ini. segala perancangan telah dilakukan, hanya menanti saat kejutan.

“Uit!” Darwisy mencuit bahu Lia untuk menyedarkan Lia yang leka melayan perasaan sendiri.
            “Jauh termenung… teringatkan orang jauh ke?” usik Darwisy ingin mewujudkan suasana ceria didalam perhubungan persahabatan mereka yang kian kelam.
            Lia sedikit kekok apabila terpaksa berdua-dua dengan Darwisy seperti ini. tambahan pula, apabila Darwisy melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan tempat duduk Lia.
            “Huh? Ish, mana ada orang jauh… lain la kau tu, yang dekat pun terasa macamm jauh.” Balas Lia sambil berkias.
            “Kata aku konon. Kau tu pun apa kurangnya. Sekarang semakin rapat je dengan si shafiq tu. Korang dua ada apa-apa ea?” Darwisy sengaja menduga hati sahabatnya ini. Mungkin Lia juga mempunyai perasaan terhadap sepupunya itu. Tapi, kenapa dia perlu siasat perasaan Lia dan kenapa dia perlu rasa tercabar apabila Lia berganding dengan Shafiq.
            Disebabkan perkara inilah yang menyebabkan emosi dirinya tidak dapat dikawal. Dia sendiri tidak faham apa yang sedang terjadi dengan dirinya.
            “Aku dengan Shafiq mana ada apa-apa. Setiap kali jumpa tak lain tak bukan mesti bergaduh je kerj kitaorang. Kau sendiri macam tak tau sikap Shafiq tu macam mana. Tak habis-habis nak menang je.” Jelas Lia secara jujur. Memang itu yang dirasakannya setiap kali dia berada disisi Shafiq. Baginya Shafiq seorang lelaki yang sangat baik tapi dia masih tidak memikirkan untuk melanjutkan hubungannya dengan Shafiq secara lebih serius.
            “Tak ada apa-apa, tak ada apa-apa… tu la jawapan kau setiap kali kan. Tengok-tengok aku terima kat jemputan je.” Kata Dariwsy seperti menyindir Lia. Tiba-tiba rasa cemburu menyerbu dalam jiwa Darwisy. Jika tidak memikirkan tetamu disini, sudah lama Darwisy menjerit sepuas hatinya.
            Lia mengerut dahi. Dia sama sekali tidak memahami kata-kata yang tersirat disebalik ayat Darwisy sebentar tadi.
            “Maks…”
            “Lia… hai. How are you? Lama Tasya tak dengar perkembangan Lia.” Tiba-tiba Tasya mencelah. Terbatal niat Lia ingin meneruskan pertanyaannya sebentar tadi.
            Darwisy seolah-olah menanti kata Lia yang seterusnya.
            “Hai.. Lia okay je. Just lately ni buzy sikit. Ada kerja sikit. Tasya sihat? Hari tu dengar tak berapa sihat.”
            Darwisy mula tidak dihiraukan oleh dua orang perempuan yang berada dihadapannya ini.
            “Tasya dah okay. Lia ni la, menghilang je. Kadang handset pun off. Dah macam sudi nak contact dengan Tasya.” Rajuk Tasya.
            Lia hanya melemparkan senyuman kepada Tasya untuk menutup getaran hati yang berkocak hebat.
            “Lia ada je. Bukan tak sudi, tapi Lia betul-betul sibuk sikit.”
            “Aah. Dia memang buzy pun. Buzy dating dengan aku. Kan Lia kan?” celah Shafiq.
            Tasya menjuih bibirnya.
            “Ah, tak ada masa aku nak dating dengan kau. Dari aku dating dengan kau, baik aku dating dengan pakcik kebun sekolah aku. Lagi best!”
            Kehadiran Shafiq memulihkan keadaan yang agak sedikit suram sebentr tadi.
            Darwisy yang berada ditepi hanya mendiamkan diri.
            “Wisy… Diam je kau. Ada problem ke?” soal Shafiq kepada sepupunya itu.
            Kini mata aku dan Tasya tertumpu ke arah Darwisy yang masih membatukan diri.
            “Hah? Eh, tak ada la. Shafiq, Lia aku dengan Tasya pergi sana dulu ye. Sya, jom.” Darwisy terlebih dahulu meminta diri.
            “Lia..Sya, pergi sana dulu kay. Nanti kita borak-borak lagi.” Begtu juga dengan natasya.
            Aku dan Shafiq berbalas pandangan lalu menganggukkan kepala.
            Mereka berdua berlalu sambil berpimpinan tangan. Terbit rasa cemburu di dalam hati Lia namun Lia hanya membiarkan saja.

Shafiq bertekad untuk menjalankan rancanngannya. Rancangan melamar Lia dihadapan ahli keluarganya harus dilakukan pada malam ini juga. Dia tidak mahu melepaskan perluang yang ada. Peluang yang diberikan kepada Darwisy sudah cukup banyak. Kini gilirannya untuk bertindak merebut gadis pujaannya itu.
            “Semua… sila beri perhatian kat sini sekejap. Ada permintaan dari salah seorang ahli keluarga kita. Jue harap kita semua dapat dengar apa yang ingin disampaikan oleh Shafiq. Bagi tepukan yang gemuruh kepada SHAFIQ!” lantang suara Kak Jue menjemput Shafiq untuk menyampaikan hasratnya.
            Lia termanggu melihat Shafiq yang sempat mengenyitkan matanya sebelum melangkah ke pentas. Tasya yang berada di sebelah memberi tamparan lembut dibahu Lia.
            Ahli keluarga mereka memberi sorakkan kepada Shafiq. Dah macam menang Oscar award gayanya.
            “Ek hem.. taste 1 2 3, taste 1 2 3…” Shafiq menepuk perlahan microphone sebelum memulakan perbicaraannya.
            Semua tertumpu ke arah Shafiq yang berada diatas pentas. Tidak sabar mereka ingin mendengar apa yang bakal disampaikan oleh Shafiq. Jangan katakana mereka, Tasya dan Lia juga turut berdebar-debar menanti berita yang aka disampaikan oleh Shafiq sendiri.
            “Okay… kepada semua ahli keluarga Fiq kat sini. Terlebih dahulu, Fiq minta semua bersabar dan bertenang. Perkara yang fiq nak bagitau ni adalah perkara yang sama yang dinanti-nantikan oleh semua terutamanya pada mama Fiq. Erm, mama this news is special for you.”
            Sekali lagi tepukan gemuruh diberikan kepada shafiq.
            Shafiq menarik nafas yang panjang sebelum dia menyambung kata-katanya.
            ‘Eh mana pula si Darwisy ni?’ soalnya dalam hati sambil matanya meliar mencari susuk tubuh sepupunya itu.
            “Shafiq… cepat la. Tak sabar rasanya kami nak tau apa yang fiq nak kasi tau tu. Cepatlah…” jerit salah seorang ahlli keluarga mereka.
            Shafiq mengangkat tangan tanda menyuruh mereka bersabar.
            “Okay-okay… you all. Apa yang Shafiq nak kasi tau ni mungkin agak memeranjatkan but shafiq harap semua boleh terima semua ni kay. Mungkin mama dah boleh agak apa yang bakal Fiq nak bagitau ni tapi cuma mama tak berapa pasti. Kan ma?” kata Shafiq sambil memandang ke arah mamanya yang berada betul-betul dihadapan pentas. Mama Shafiq hanya tersenyum mendengar kata anak terunanya itu.
            “Perkara yang Fiq nak kasi tau adalah, Fiq nak melam….”
            Zapp!
            Tiba-tiba satu rumah mereka blackout tanpa semena-mena. Perkara yang ingin disampaikan oleh Shafiq terhenti disitu.
            “Alaa…..” ahli keluarga mula merungut.
            Keadaan ditaman rumah menjadi gelap dan hanya lampu jalan yang menerangi kawasan taman rumah Darwisy.
            Riuh rendah dengan suara masing-msing yang merungut tidak puas hati.
            Yang memelikkan hanya rumah mereka sahaja yang tidak berlampu. Rumah tetangga jiran yang lain masih elok diterangi lampu rumah masing-masing.
            Shafiq mendekati Lia dan Tasya.
            “Sya… Wisy mana?” soal Shafiq kepada Tasya sebaik saja dia menyertai mereka disitu.
            “Tandas..” ringkasan jawapan yang diberikan oleh Tasya.
            “Hai…” tiba-tiba suara Darwisy kedengaran.
            Ketiga-tiga mereke menoleh ke arah suara tersebut.
            Darwisy tersenyum lalu dia mengambil tempat bersebelahan dengan Lia.
            Shafiq mengangkat kedua keningnya.
            ‘Asal dengan mamat ni? Tadi sikit punya masam. Ni tiba-tiba ceria pula. Entah-entah…’ desis Shafiq dalam hati.
            “Darwisy, kau dari mana tadi?”
            “Tandas. Eh, apasal blackout ni?” balas Darwisy sambil menanyakan soalan kepada mereka bertiga.
            Shafiq terasa sesuatu yang berbeza dengan Darwisy. Namun cepat-cepat dia menepis semua pra sangka buruknya itu terhadap sepupunya sendiri.
            “Entah laa. Tiba-tiba je blackout. Yang peliknya, rumah lain okay je pun. Maybe fuis dalam rumah ni rosak kot.” Balas Tasya dengan membuat andaian sendiri.
            Syafiq memikirkan kembali, mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh Tasya. Seharusnya dia tidak boleh mempunyai perasaan sebegitu terhadap sepupunya sendiri.
            Lia hanya menjungkitkan bahunya sahaja. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Jika boleh, dia hanya ingin balik ke rumah.
            “Lia apasal kau diam je ni? Dari tadi aku tengok kau macam orang ada problem je. Kau ada problem ke? Or kau tak selesa?” duga Darwisy secara sengaja.
            “Aah Lia. Tasya pun perasan. Lia diam je dari tadi. Tak cakap apa-apa pun. Lia ada masalah ke? Kalau ada, Tasya sanggup dengar luahan Lia.” Kata Tasya yang menyokong apa yang dikatakan oleh Darwisy sebentar tadi.
            Shafiq langsung tidak menanyakan apa-apa kerana dia tahu apa yang menyebabkan gadis itu membisukan dirinya sejak dari tadi.
            “Eh, tak ada la. Lia cuma rasa tak sedap badan je. Maybe sebab Lia baru baik demam kot.” Balas Lia.
            Secara drastik, Darwisy meletakkan belakang tangannya di dahi Lia.
            “Kau demam? Asal kau tak bagitahu aku? Kau ni, dah sakit-sakit macam ni tak payah la datang. Kang lagi melarat macam mana? Ish! Kau tak habis-habis nak bagi orang risau la!” bertalu-talu Darwisy menghemburkan amarahnya.
            Shafiq dan Tasya saling membalas pandangan. Mereka tidak faham dengan sikap Darwisy yang tiba-tiba naik marah.
            Lia tersentak apabila dimarah oleh Darwisy seperti itu. Sebelum ini, Darwisy tidak pernah meninggikan suaranya seperti itu.
            Tanpa menunggu lagi, Lia meninggalkan mereka bertiga disitu. Tidak sanggup untuk dia terus berpura-pura bahagia sedangkan hatinya dilanda hiba. Sikap Darwisy sperti itu benar-benar membuatkan dia terasa hati.
            “Lia!!!” jerit Darwisy.
            Lia sudah jauh meninggalkan mereka. Tidak sempat Darwisy mengejar Lia, Lia terlebih dahulu menahan teksi lalu meninggalkan perkarangan rumah Darwisy.
            Tasya dan Shafiq turut mengejar Darwisy dan Lia. Ahli keluarga Darwisy yang lain sudah seperti penonton yang melihat aksi tersebut.
            “Wisy aku rasa better kau biarkan Lia dulu. Maybe dia terasa hati dengan sikap kau tadi tu.” Shafiq cuba menahan nada suaranya. Dia tidak mahu menghemburkan rasa geram dan kesalnya terhadap Darwisy dihadapan Tasya.
            Darwisy membatukan diri.
            Shafiq memberi isyarat kepada Tasya untuk memberi ruang kepada dia dan Darwisy.
            Tasya yang mengerti isyarat tersebut hanya menurut sahaja.
            Sebaik sahaja kelibat Tasya hilang dari pandangan mata, Shafiq memulakan sesi soal jawab dengan Darwisy.
            “Wisy, kau ni ada feeling kat Lia ke?” kali ini Shafiq tidak lagi berselindung.
            “Maksud kau?” Darwisy pura-pura tidak mengerti apa yang disoal oleh Shafiq.
            Shafiq menggenggam tangannya. Jika tidak dikenangkan nasib Darwisy sebagai darah dagingnya, sudah lama buku limanya menghinggap dimuka Darwisy.
            “Just forget it. But just one thing, aku cuma nak kata, aku tak akan lepaskan Lia dan aku akan bahagiakan dia sebanyak mungkin. Itu janji aku kat kau.” Walaupun berlapik, tapi kedengaran cukup pedas ditelinga Darwisy.
            Kata-kata Shafiq seperti satu kepastian.
            Shafiq menepuk-nepuk bahu Darwisy.
            “Okay la, better aku masuk dulu. Biar aku tolong jelaskan kat diorang semua pasal benda tadi tu.” Tambah Shafiq sebelum dia membiarkan Darwisy disitu seorang diri.
            Darwisy mengenang kembali kata-kata Shafiq sebentar tadi. Shafiq seolah-olah tahu apa yang bermain difikirannya itu.
            Terpacar wajah Lia diingatannya.
            ‘Lia maafkan aku… aku tak berniat nak tengking kau tadi. Aku… aku.. aku just… aku…’ tidak terluah kata-kata walaupun didalam hatinya.
            Rasa kesal menebal di hati. Dia tidak seharusnya memarahi Lia atas perkara sekecil itu.
            Darwisy meraup wajahnya. Dia semakin tidak mengerti dengan dirinya. Setiap kali, benda yang berkaitan dengan Lia pasti membuatkan dirinya tidak tentu arah. Tambah pula, saat Shafiq ingin melamar Lia secara rasmi dihadapan ahli keluarga yang lain. Gara-gara itu, Darwisy melakukan perkara yang tidak seharusnya dilakukannya.

~sebelum blackout.
            “Semua… sila beri perhatian kat sini sekejap. Ada permintaan dari salah seorang ahli keluarga kita. Jue harap kita semua dapat dengar apa yang ingin disampaikan oleh Shafiq. Bagi tepukan yang gemuruh kepada SHAFIQ!” suara kakaknya kedengaran menjemput Shafiq ke atas pentas.
            ‘Tak… aku tak boleh biarkan semua ni terjadi. Aku tak boleh biarkan Shafiq melamar Lia malam ni. Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh!’ Darwisy menjerit di dalam hatinya.
            Darwsy cuba mengawal perasaannya. Semakin dia mencuba, semakin dia gagal dalam pertarung jiwanya sendiri.
            Lalu Darwisy mendapat satu akal untuk mengagalkan rancangan Shafiq. Satu caranya ialah, mematikan suis rumahnya.
            “Tasya, I nak ke tandas jap. Nanti I datang balik.” Bohong Darwisy.
            “Oh okay.” Balas Tasya.
            Darwisy berjalan secara perlahan-lahan memasuki ke dalam tanpa tidak diketahui oleh ahli keluarganya yang lain supaya rancangannya tidak gagal.
            Dengan berhati-hati, Darwisy membuka kotak fuis untuk mematikan suis rumahnya.
            ‘Shafiq.. aku tak boleh biarkan benda ni terjadi. Aku tak boleh biarkan kau lamar Lia malam ni. Aku tak boleh! Maafkan aku…’ pintanya dalam hati. Darwisy tahu perbuatannya ini memang salah tapi buat masa sekarang dia sendiri tidak boleh memkikrkan apa yang terbaik harus dilakukan olehnya.
            Darwisy menarik plug lalu, secara langsung lampu dan peralatan elektrik dalam rumahnya turut terpadam.
            Suara Shafiq yang sebentar tadi lantang didengari, menjadi semakin kelam dan akhirnya langsung tidak didengari lagi.
            Dengan pantas Darwisy menutup kembali kotak fuis tersebut dan berjalan menuju ke tempatnya tadi,
            Sebelum ada yang mengesyaki, lebih baik dia mempercepatkan langkahnya.
            Dia harus berpura-pura tenang. Berlakon seperti tiada apa-apa yang terjadi. Demi Lia, dia sanggup melakukan apa saja.
            ‘Tasya, Shafiq, Lia maafkan aku. Bagi aku masa untuk memahami hati aku sendiri. Aku binggung…’ katanya dalam hati.