Wednesday, July 13, 2011

CUMC -6


“Jadi kalau boleh saya nak dokumen ni dihantar secepat mungkin.” Arah Syed Airiel kepada Ikhwan.
            Ikhwan hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.
            “Ada apa-apa lagi ke?”
            “Rasanya dah tak ada apa-apa. Oh ya! Nanti tolong panggilkan Arissa. Saya ada hal nak jumpa dengan dia.” Kata syed Airiel dengan tangan yang ligat menaip sesuatu.
            “Kalau macam tu saya minta diri.” Pinta Ikhwan.
            Tanpa berlengah lagi Ikhwan melangkah keluar dari bilik bosnya.

“Rissa!” sergah Ikhwan.
            “Oh mak tiri kau meletop!” seperti biasa setiap kali terkejut Arissa pasti melatah.
            Dengan pandangan yang tajam Arissa menoleh ke arah Ikhwan yang mentertawakan dirinya.
            “Ish! Kau pun sama je macam Amany. Kalau sehari tak bagi aku kena serangan heart attack memang tak lengkap hidup korang kan. Terus la buat aku terkejut selalu, kang aku masuk hotel 7 star yang kat bawah tanah tu baru korang tau.” Bebel Arissa.
            Ikhwan terus mematikan tawanya.
            “Ala Rissa. Kau ni, emo laa hari ni. Okay-okay, I’m sorry kay. Aku promise tak buat lagi. Kau jangan marah lagi erk?” Segera Ikhwan memohon maaf atas kesilapannya tadi.
            “Sorry sorry sorry. Tu yang kau tahu kan. Kau ingat ni kumpulan Super Junior ke. Sorry, sorry. Tak ada perkataan lain ke yang boleh ditukar ganti dengan perkataan sorry. Naik boring telinga aku dengar perkataan yang sama. Lain kali cakap la joesonghabnida ke, Gomennasai ke, best la juga. Boleh belajar bahasa Negara lain sekali. Ni tak asyik bahasa omputih juga la kau nak kata. Memang tak ada semangat satu Malays…” belum habis leterannya, Ikhwan terlebih dahulu menjentik bibir Arissa.
            “Auch…”
            “Eii kau ni kan, tak bersyukur langsung tau. Kira bagus la tu aku minta maaf. Daripada aku buat bodoh je. Memang keturunan makcik tua betul kau ni. Kalau mak aku jumpa kau ni, mesti dia suka. Sebab ada geng nak membebel sama-sama. Confirm dia ambik kau jadi menantu.” Sambil menyelam minum air. Niat hati untuk memiliki Arissa memang sentiasa terpahat dihati tapi mungkin sekarang bukan saatnya.
            “Amboi.. sesedap hati je kau mengata aku makcik tua ya. Kalau aku makcik tua, kau tu berkali-kali tua dari aku tau. Eh dah la, dari aku layan kau baik aku siapkan kerja aku ni. Dah shuh-shuh….”Arissa bercekak pinggang sambil berkata kepada Ikhwan.
            Tersengih Ikhwan melihat gaya Arissa.
            “Yela-yela. Tapi tu, boss besar nak jumpa kau. Ada something dia nak bagitahu kau. Katanya lagi, dia nak jumpa kau ASAP. Tapi kira-kira, dah hampir 15 minit kita borak.”  Usik Ikhwan.
            Tercenggang Arissa mendengar kata-kata Ikhwan.
            “Hah?! Bos nak jumpa aku. Wey, kau ni kan. Kang aku juga yang nak kena tadahkan telinga kat dia. Aduh. Eh dah la, kau jangan sibuk kat tempat aku. Aku nak pi jumpa bapa tiri kau jap. Daa…” cepat saja Arissa meninggalkan Ikhwan disitu. Mana tak nya, jika terlambat mau telinganya dijadi bahan mendengar suara ‘merdu’ Syed Airiel.
            Tergelak-gelak Ikhwan melihat Arissa berlari meluru ke bilik bos mereka.
           
“Chak! Assalamuailaikum bos.” Terjonggol wajah Arissa dimuka pintu tanpa memberi sebarangan ketukan.
            Terkejut Syed Airiel dibuatnya. Sedari tadi dia leka  menghabiskan kerjanya.
            “Huh? Kalau tak salah saya, Ikhwan keluar dari bilik ni 15 minit yang lepas. Tapi…”
            “Jap jap. Sebelum bos nak membebel, bos dengar dulu luahan hati saya yang paling pilu. Okay bos?” pintas Arissa.
            Syed Airiel mengerut dahinya. Dia tidak faham apa yang akan dilakukan Arissa. Dengan ketidak relaan, Syed Airiel hanya bersetuju. Dari terpaksa memanjangkan perkara yang pendek.
            “Ye la. Tapi awak kena jelaskan hanya 2 minit saja dan bermula dari sekarang.” Syed Airiel mula mengira masa yang diberinya kepada Arissa.
            “2 minit? Eh, jap la bos. Apa ni main tipu.”
            “45, 44, 43, 42, 41, 40…” Syed Airiel masih lagi mengira tanpa menghiraukan leteran Arissa.
            “Jap la. Bos.. okay-okay. Tadi Ikhwan ajak bersembang, tu yang lambat masuk bilik bos. Bos marah Ikhwan bukan salah saya pun. Kesian saya bos. Saya di aniaya.” Dengan laju Arissa menghabiskan ceritanya yang dianggap pilu.
            Syed Airiel hanya tersenyum mendengar cerita Arissa. Dari otak kartoonnya membuatkan syed Airiel semakin selesa dengan gadis dihadapannya ini.
            “9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1… bagus. Awak menceritakan tanpa membazirkan waktu yang ada.” Syed Airiel ingin menyembunyikan senyumanya lalu mengalihkan pandangan Arissa dengan kata pujiannya.
            Tersengih Arissa mendengar Syed Airiel memuji.
            ‘Alahai cair tengok bos macam ni.’ Sempat Arissa berbisik nakal pada hatinya.
            “Well… pekerja siapa? Pekerja bos jugak kan. Mestilah pandai menjimatkan masa.” Balas Arissa  dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir. Memang dasar perempuan pantang kena puji. Puji sikit dah kembang. Bukan semangkuk dua tapi bermangkuk-mangkuk.
            “Eh dah-dah. Melalut pula dia. Saya panggil awak ke sini bukan nak dengar segmen awak puji diri awak sendiri. Tujuan saya panggil awak untuk ingatkan awak pasal makan tengahari kita dengan pengurus Syarikat Wangsajaya. Awak masih ingatkan tentang temu janji kita tengahari ni?” Syed Airiel yang terpaksa memperingatkan Arissa tentang makan tengahari mereka hari ini.
            “Erk?” jawapan Arissa membuatkan Syed Airiel menepuk perlahan dahinya.
            Sudah dia agak, Arissa terlupa akan temujanjji mereka bersama pengurus Syarikat wangsajaya hari ini.
            “Erk? Erk?! Arissa… awak ni kalau sehari tak bagi darah saya naik memang tak lengkap hidup awak kan. Lama-lama macam ni, boleh dapat darah tinggi saya dengan sikap awak yang macam ni.” Syed Airiel mula berceremah dan seperti biasa Arissa hanya tersengih mendengar bebelan bos kesayangannya itu.
            “Ala chill la bos. Saya bukan sengaja pun. Tadi pagi saya lupa nak makan ubat IQ, tu yang terlupa sikit ni. Kalau tak otak saya ni dah boleh hafal segala mak nenek yang bos suruh saya buat. Cuma hari ni je, saya terlupa sikit.” Ada saja yang dibalas Arissa.
            Syed Airiel mengetap bibirnya menahan marah yang melimpah ruah kepada pekerjanya ini.
            “Apa-apa sajalah. Kalau saya cakap pun, bukan awak nak dengar cakap. Kuat melawan lagi ada la.             Sekarang ini, apa pun jawapan awak. Saya nak tepat pukul 12.30 awak dah ada kat depan entrance. And one more thing, jangan LAMBAT! Faham?” tempik Syed Airiel.
            “Yela-yela… bos ni, cuba belajar bersabar. Sesunggguhnya orang penyabar ni, disayangi Allah tau dan sabar ni separuh dari iman….”  Arissa tersengih apabila mata Syed Airiel tajam memandang ke arahnya.
            Mana taknya, sempat lagi dia memberi ceramah secara percuma kepada bosnya. Memang sengaja mencari maut la namanya.
            “Tak apa la bos. Nanti pukul 12.30 kita jumpa ye. Saya keluar dulu.” Disebabkan keterlanjuran, Arissa cepat-cepat meninggalkan ruangan Syed Airiel.
           
Tepat-tepat jam 12.30 hari, Arissa sudah tercegat dihadapan entrance. Takut mendapat leteran daripada Syed Airiel, lebih baik dia menepati masa yang dijanjikan. Tapi, kali ni bukan dia yang lambat malah, Syed Airiel sendiri yang tidak kelihatan.
            “Mana bos ni? Tadi suruh tunggu kat sini kul 12.30, sekarang dah nak masuk 12.40 pun masih tak kelihatan lagi. Kang lambat bising, tapi dia lambat tak apa pula. Tak aci betul la bos ni.” Bebel Arissa sambil bercekak pinggang. Dah macam gaya seorang bos la pula.
            Arissa tidak menyedari bahawa setiap patah perkataan yang dikatanya tadi didengari oleh Syed Airiel.
            “Ek hem… membebel apa cik Arissa?” tegur Syed Airiel secara perlahan dari belakang.
            ‘Alamak! Bos ke? Habis la aku…’  bisik Arissa dalam hati sebaik saja dia mendengar teguran syed Airiel dari belakang.
            Perlahan-lahan Arissa menoleh ke belakang.
            “Hye bos…” sempat lagi dia membuat sikap selambanya itu dihadapan Syed Airiel.
            “Dah-dah.. tak payah tersengih-sengih macam tu. Kita bertolak sekarang la. Dah lambat ni.” Arah Syed Airiel dengan mengatur langkah ke hadapan.
            “Dia yang lambat, tu membebel pula. Tak faham betul dengan hormone bos aku ni. Macam orang perempuan. Kalah aku…” bebel Arissa seorang diri yang berjalan dibelakang Syed Airiel.
            Syed Airiel memalingkan tubuhnya ke arah Arissa.
            “Awak ni kan, ada juga yang kena gam kat mulut tu. Cuba jangan membebel sorang-sorang. Dah, awak jalan depan, biar saya jalan kat belakang awak. Kalau tak, selagi tu awak akan membebel.” Kata Syed Airiel pada Arissa yang sedari tadi mendengar bebel-bebelan pekerjanya itu.
            “Alaa…”belum sempat Arissa membuka mulutnya untuk berkata-kata, Syed Airiel memintas.
            “Dah, jangan nak banyak cakap. Kang lagi lambat kita sampai kat tempat tu. Sekarang saya nak awak jangan bercakap satu patah perkataan pun. Kalau boleh, dalam keadaan silent mood. Okay. Ini bukan permintaan, tapi suruhan. So, apa tunggu lagi, cepat jalan.” Ini salah satu cara untuk membuatkan pekerjanya itu tidak membalas kata-katanya.
            Arissa mengunci rapat selepas mendengar kata-kata Syed Airiel. Arissa menyimpan ketawanya mendengar bosnya memberi arahan kepadanya. Sudah seperti pengajar kawad semasa dia belajar di seklah-sekolah dulu.
            ‘Dari kiri, cepat jalan!’ Arissa bersuara dalam hati sambil berpura-pura menjadi pengajar kawad.
           
Tidak berkelip mata Arissa memandang lelaki dihadapannya ini. bukan kerana ketampanannya tapi kerana memikirkan nasib apa yang bakal terjadi jika lelaki dihadapannya ini atau lebih tepat dikenali sebagai Encik Rizal membuka cerita tentang kejadian hari minggu yang lalu kepada Syed Airiel.
            “Aduh! Apasal malang sangat nasib aku ni?  Kalau aku tau la makhluk ni yang bos aku naj jumpa, sumpah aku minta cuti setengah hari tadi.” Ngomel Arissa sambil memandang ke arah Rizal yang tersenyum memandang ke arahnya dan Syed Airiel.
            “Zal sorry ar lambat sikit. Tadi aku ada meeting mengejut. Tu yang lambat sikit tu. Sorry ea.” Syed Airiel menjelaskan kelewatan kami disitu.
            Rizal hanya mengisyaratkan tangannya, sebagai tidak mengapa.
            “Eh, tak apa la. Lagipun aku baru je sampai. Arissa, awak nak jadi pelayan ke? Asyik berdiri je dari tadi.” Kata Rizal untuk menyedapkan hati Syed Airiel sambil mengusik Arissa yang masih lagi berdiri bersebelahan dengan kerusi sahabatnya itu.
            ‘Memang PA sejati betul.’ Desis Rizal dalam hati melihat gelegat Arissa.
            “A’ah, saja nak kerja lebih. Mana la nak tau, bos nak bayar duit gaji jadi pelayan restoran pula ke. Boleh tambah side income. Ye tak bos?” jawab Arissa selamba. Dia bukan tak tau pakcik miang dihadapannya ini. Pantang berjumpa dengannya, pasti ada saja bahan untuk diusiknya. Naik rimas Arissa dibuatnya
            Semakin menjadi-jadi pula tawa Rizal.
            “Serius Riel, pekerja kau ni kan memang pandai buat lawak. Jumpa dengan dia, tak sah kalau aku tak gelak. Tapi, orang tu dah berpunya. Nak usik lebih-lebih tak boleh.” Tambah Rizal.
            Syed Airiel mengerutkan dahinya.
            ‘Dah berpunya? Setahunya Arissa masih belum ada siapa-siapa yang istimewa. Tapi tidak tahu la jika akhir-akhir ini Arissa ada hubungan dengan sesiapa. Eh, tapi kenapa Rizal yang mengetahuinya?’ pelbagai persoalan yang bermain dikepalanya sekarang. Hanya menanti penjelasan Arissa.
            ‘Ah sudah. Dah kata dah. Mesti dia buka cerita pasal benda ni punya. Ei, ada juga yang makan kaki harimau hari ini.’ Arissa berkata dalam hati.
            “Dah berpunya?” soal Syed Airiel yang tidak sabar untuk mengetahuinya.
            Belum apa-apa lagi, Rizal terlebih dahulu menjelaskan kepada Syed Airiel.
            “Laa… kau ni sebagai bos dia pun tak tau ke, yang pekerja kau ni dah kahwin. Dah bersuami pun si Arissa. Nampak macam single tapi dah berpunya.” Jelas Rizal.
            “Bersuami???” sekali lagi, Syed Airiel diserang dengan kejutan yang diberikan oleh Rizal dan Arissa.
            “Arissa, awak dah kahwin? Bila? Macam mana saya boleh tak tau yang awak ni dah kahwin?” soalnya lagi.
            Arissa mengarukan kepalanya yang tidak terasa gatal. Sudah pening kepalanya untuk menjelaskan hal sebenar kepada bosnya.
            “Erm… actually bos, saya tak kahwin lagi.” Teragak-agak Arissa mengatakan hal sebenar kepada mereka berdua yang memandang tepat ke arahnya.
            Kali ini kedua-dua mereka mengerut dahi. Tambah-tambah Syed Airiel yang masih belum mengerti situasi sebenar.
            “Habis tu yang awak kata kat saya yang awak dah kahwin hari tu, tu apa?” Rizal pula bersuara menanyakan hal tersebut kepada Arissa.
            Tersengih-sengih Arissa memandang mereka berdua. Niat hati hanya ingin melarikan diri dari Rizal tempoh hari. Tapi tidak sangka kerana keterlanjuaran katanya itu, menyebabkan hal ini menjadi lebih besar.
            “Hari saya kata saya dah kahwin tapi saya tak sempat nak habiskan ayat saya Encik Rizal pergi macam tu ja. Yang saya kata saya dah kahwin tu, actually saya kahwin dalam mimpi ja. Bukan betul-betul pun. Encik Rizal yang tak dengar sampai habis kata-kata saya hari tu.” Bohong Arissa untuk menyelamatkan dirinya dalam situasi yang kurang menyenangkan ini. ala, tipu sunat tak salahkan. He he he…
            Syed Airiel menarik nafas lega. Dia sendiri tidak tahu, kenapa penjelasan Arissa betu-betul menyenangkan hatinya.
            Rizal hanya meraup mukanya berkali-kali. Rupa-rupanya, hidup-hidup dia kena tipu dengan si Arissa. Ingatkan benar-benar apa yang diberitahu oleh Arissa pada hari minggu yang lalu.

~Flashback.
            “Ekhem… Assalamuailaikum..” tegur Rizal.
            Arissa yang sedang membelek tudung, tersentak dengan teguran seseorang dibelakang.
            “Oh Encik Rizal. Waailaikumsalam.” Terkejut dengan kehadiran Encik Rizal dibelakangnya. Tidak sangka dia akan bertemu dengan Encik Rizal dishopping kompleks ini.
            “Awak buat apa kat sini?” soal Rizal kepada Arissa.
            Dari tadi dia sedar gadis itu berada di shopping kompleks yang sama. Tapi, awalnya dia tidak berani untuk mengur gadis itu. Takut tersalah orang tapi setelah mendengar mulut becok Arissa, dia yakin dan pasti gadis itu mesti Arissa.
            “Oh tak buat apa-apa pun. Saja jalan-jalan. Encik Rizal buat apa pula kat sini?” balas Arissa dengan ramahnya.
            “Saya pun tak buat apa. Saja jalan-jalan macam awak juga. Erm, tak payah la berencik-encik dengan saya, panggil Rizal cukup. Tapi kalau panggil abang Rizal pun okay je.” Kata Rizal sambil mengenyit sebelah matanya.
            Dari pertemuan awal mereka lagi, Rizal sudah menaruh hati dengan Arissa. Tambahan pula dengan mulutnya itu. Tidak henti-henti bercakap. Seronok jika dapat mengusiknya.
            Arissa terkedu dengan penyataan Rizal.
            ‘Haish, nak jual minyak apa orang tua ni. Nak suruh panggil abang? Hadeh, susah betul kalau kucing dah masuk musim miang. Nak mengiau aja kerjanya. Tak apa- tak apa, ni mak harimau lak nak mengiau. Ish..ish…ish. gatal juga kawan bos aku ni.’ Bisik nakal Arissa dalam hati.
            Ada saja yang ingin dilakukannya.
            “Eh, mana boleh berabang-abang dengan orang lain. Nanti ‘abang besar’ marah.” Sengaja Arissa menekan perkataan abang besar supaya jelas didengari oleh Rizal.
            “Abang besar? Maksud awak abang awak?” soal Rizal yang masih blur dengan kata-kata Arissa.
            Arissa menggelengkan kepalanya.
            “Habis tu?” Rizal masih tidak puas hati dengan jawapan Arissa.
            “Maaf la Encik Rizal, saya tak boleh sembang lama-lama macam ni. Nanti orang salah faham pula. Macam ni la, maksud saya yang abang besar tu dah tentu-tentu husband saya. Ni pun saya datang dengan dia. Dia pergi tandas kejap tu yang saya jalan sorang-sorang tu. Saya harap Encik rizal faham la ye.” Lemah-lembut je Arissa bertutur. Padahal dalam hati hanya menahan ingin ketawa. Dalam masa yang sama, Arissa berdoa dalam hati supaya Amany lambat sampai kalau tidak habis pecah rahsianya.
            “Oh, kiranya awak ni dah kahwin la?” soal Rizal lagi.
            Balas Arissa dengan anggukkan sahaja.
            “Erm, kalau macam tu saya pergi dulu la. Lagipun ada janji ni. So, have a nice day. Nanti kirim salam saya kat husband awak kay.” Tanpa menunggu lagi, Rizal membuka langkahnya meninggalkan Arissa dihadapan kedai itu.
            Setelah kelibat dan bayang Rizal hilang dari pandangan mata, terburai segala ketawa yang disimpan didalam hatinya.
            “Woi makcik. Apasal kau gelak sorang-sorang macam orang gila ni?” sergah Amany dari belakang.
            “Oi mak datuk.” Dalam ketawa sempat lagi Arissa melatah.
            “Ish kau ni, terkejut aku kot. Agak-agak ar lain kali. Sakit hati aku dengan kau tau.” Bebel Arissa sambil mengusap dadanya.
            “Yela-yela. Maaf. Ni yang kau ketawa sorang-sorang ni apasal? Kena sampuk?”
            “Hah! Ni yang aku nak cerita kat kau ni. Tak pa, sambil jalan sambil kita bercerita okay. Confirm dengan kau-kau pun tergelak sekali.” Balas Arissa.
            “Okay la. Jom la kita pun.” Ajak Amany.
            Tanpa berlengah mereka berdua turut meninggalkan kedai tudung itu.

Terbahak-bahak Syed Airiel mengingat kembali cerita Arissa pada hari minggu yang lalu. Tidak sangka Arissa boleh mereka cipta cerita seperti itu. Padan saja, Rizal bersungguh-sungguh menjelaskan kedudukan  Arissa kepadanya ketika makan tengahari tadi.
            “Arissa… Arissa…” nama pekerjanya itu meniti dibibirnya.
            Semakin lama, semakin sukar untuknya membuang nama itu. Jangan bilang yang dia sudah jatuh hati dengan pekerjanya itu sudah.
            Berkali-kali dia menggeleng kepalanya. Tambahan pula, sahabatnya sendiri juga menyimpan perasaan kepada Arissa. Tidak mungkin dia ingin bertanding untuk mendapatkan Arissa. Tidak… tidak…
            Susah betul kalau jadi perempuan cantik macam si Arissa tu. Pasti ramai yang terpikat. Dengan sikapnya yang kelam kabut. Suka cakap banyak. Sudah tentu ramai yang ingin memilikinya.
            “Ish, asal aku teringat kat Arissa ni?” soal pada dirinya sendiri.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
            “Hello, assalmuailaikum. Ye umi. Huh? Sekarang? Oh okay-okay. Riel balik sekarang.” Kemudian telefon itu diletakkan semula ditempatnya.
            Atas perintah nenda tercinta, terpaksa la dia pulang ke rumah mahligai.
           
“Hah, dah alang-alang Riel dah balik ni. Nenek nak bincang sesuatu dengan Riel.” Kata Sharifah Hanum dengan wajah yang serius.
            Syed Airiel mengerutkan dahinya dengan sikap neneknya. Tak pernah-pernah neneknya berkelakuan seperti ini. pasti ada sesuatu yang serius ingin dibincangkan dengannya.
            “Ada apa nek? Macam serius je nek.”
            “Nenek rasa dah sampai masanya, Riel dirikan rumah tangga. Tak kan Riel nak membujang sampai ke tua. Lagipun Riel perlukan seseorang untuk menjaga makan minum Riel. Jadi nenek ingat nak kahwinkan kamu.” Jelas Sharifah Hanum kepada cucu kesayangannya itu. Tambahan pula, dia dah berjumpa seseorang yang sepadan dengan Syed Airiel.
            “Hah? Kahwin? Nenek, Riel rasa…”
            Pintas Sharifah Hanum.
            “Tak da rasa-rasa. Nenek nak Riel dirikan rumah tangga bulan depan. Tanpa bantahan. Titik!” tegas Sharifah Hanum berkata-kata.
            Syed Airiel memegang kepalanya. Pening dengan tindakan drastic neneknya itu. Masalah utamanya, siapakah gerangan yang bakal menjadi isterinya itu.
            “Nenek, masalahnya siapa yang kena jadi isteri Riel? Tapi nek, Riel tak bersedia lagi.” Syed Airiel cuba membantah.
            “Taka da istilahnya kamu tak sedia lagi. Kalau betul kamu tak bersedia lagi, maksudnya kamu pun tak bersedia nak memikul tanggungjawab sebagai CEO bagi syarikat kita. Tak apa la, kamu fikirlah yang terbaik. Nanti bila kamu dah bersedia, dengan jawapan kamu, bagitau nenek.” Sharifah Hanum meninggalkan Syed Airiel disitu dengan seribu tanda tanya.
            Pelbagai persoalan yang bermain dalam kepalanya. Antara melepas tanggungjawab sebagai CEO atau berkahwin dengan seseorang yang sama sekali tidak dia ketahui gerangannya,
            ‘Ahhhh!!!!’ jeritnya dalam hati.
            Jika saja dapat diluahkan dengan sepuas hati. Pasti dia tidak rasa terbeban seperti sekarang ini.
            ‘Bagaimana dengan Arissa?’ bisik kecil hatinya.
            Satu perkara yang masih terbeban dalam dirinya. Masalah dengan perasaan hati yang tidak diketahui.

relax corner ..!!!