Saturday, March 26, 2011

bab 14

Haikal melihat Nia mundar mandir di ruang tamu menunggu kehadiran Amira. Setelah sekian lama baru dia dapat melihat Nur Nia Maisara yang dulu. Yang kelihatan cergas, bersemangat dan ceria. Haikal memanjatkan kesyukuran apabila Amira menelefon Nia yang dia ingin pulang ke rumah mereka.
            “Nia… duduk laa dulu. Kesian kat baby dalam perut ni penat ikut mama dia buat sa’i.” Haikal mendekati Nia.
            “Sa’i?” Nia mengerutkan dahinya.
            ‘Apa laa punya hubby. Nak bagi perumpaan pun… tak tau.’ Desis hatinya.
            “Yela yang Nia ke hulu ke hilir macam orang buat sa’i tu apasal. Cuba-cuba bawa bertenang sikit. Kejap lagi sampai laa si Amira tu.” Bebel Haikal.
            “Hah, Nia betul kata Haikal tu. Nanti-nanti sampai laa Amira tu. Bukan dia tak tau jalan balik rumah ni. Lagipun Nia kena fikirkan bayi dalam kandungan Nia tu. Nia tak boleh laa memenatkan diri Nia sendiri. Duduk dulu ye, sayang…” mak menyokong kata-kata Haikal.
            Ayah dan Amirul yang berada disitu turut tersenyum mendengar bebelan mak dan Haikal kepadaku.
            “Tak nak laa. Nanti Amira ingat kita tak sudi nak terima dia balik.” Keluhku.
            Takut juga jika terfikirkan Amira akan meninggalkan kami sekeluarga seperti dahulu. Walaupun aku hanya kakak angkat kepada Amira dan Amirul tapi kasih sayangku kepada mereka berdua lebih dari segala-galanya. Disebabkan itu juga aku takut untuk berpisah dengan mereka.
            Haikal menggelengkan kepalanya apabila mendengar jawapan dari mulutku.
            “Sayang… all of us tengah tunggu Amira laa. Habis Nia ingat kami ni tengah sedap-sedap menjamu selera ke apa?” Haikal sedikit benggang dengan sikapku yang degil.
            Itulah aku semenjak aku disahkan hamil. Aku jadi seorang yang sangat sensitif dan sangat degil. Kadang-kadang aku sendiri tidak faham dengan kelakuanku. Mungkin ini dikatakan perubahan hormon ketika mengandung.
            “Abang ni…” aku mula sebak.
            Sekali Haikal menggelengkan kepalanya tapi dalam maksud yang berbeza. Jika gelengannya tadi untuk membantah kata-kataku tapi sekarang dia menggeleng kerana melihat air mataku mula mengalis ke pipi.
            “Sayang… abang tak bermaksud pun nak sakiti hati sayang tapi abang nak sayang faham yang abang risaukan keadaan sayang. Dengan baby kat dalam perut ni lagi. You should think about that. Okay sayang? Tak nak laa nangis macam ni. Dah tak cantik isteri abang ni.” Haikal mendekatiku sambil cuba memujuk hatiku yang seakan-akan terluka dengan sikapnya yang tidak mengerti perasaanku yang teruja ingin berjumpa Amira.
            “Laa… menangis pula dia.” Sampuk mak.
            Haikal mengesat air mataku. Kemudian dia membawa aku untuk duduk di sebelah mak.
            “Please forgive me.” Haikal mengambil tanganku lalu digenggam erat sambil bertinggung dihadapanku.
            Aku juga kasihan melihat wajah Haikal yang betul memaksudkan apa yang dikatakannya sebentar tadi. Aku tak boleh salahkan Haikal dengan semua perkara ni. Aku yang tidak mahu mendengar kata-kata orang yang menyayangi aku. Mereka hanya risaukan keadaanku yang sudah berbadan dua.
            “Tak… abang tak perlu minta maaf. Ni semua salah Nia, Nia yang degil tak nak dengar kata abang dengan mak. Nia minta maaf ye bang, mak.”aku mengesat baki air mata yang bertakung dalam kelopak mata.
            “Tak apa. Abang faham. Tapi abang harap lepas ni Nia kena lebih rehatkan badan. Tak lama lagi date due Nia. Kang tak pasal-pasal awal lak baby ni lahir.” Kata-kata yang kedengaran tegas bersulamkan jenaka.
            Aku hanya menganggukkan kepalaku tanda aku mengerti.
            Mak yang berada turut tersenyum, dia faham dengan sikapku yang mudah terpujuk dengan semuanya.
            “Assalamuailaikum…” tiba-tiba kedengaran suara perempuan memberi salam.
            “Waailaikumsalam.” Jawab kami serentak. Kemudian aku menoleh ke arah pintu dan aku melihat Amira yang cantik dengan tudung yang berada diatas kepalanya sambil memegang beg baju ditangan kirinya.
            “Amira, anak mak dah balik.” Mak terus mendapatkan Amira sebaik saja mendapati orang yang memberi salam itu adalah Amira.
            Ayah dan Amirul serta kami berdua turut mendekati mak dan Amira.
            Amira menyalam tangan ayah setelah habis berpelukkan dengan mak. Kemudian dia beralih kepadaku. Namun aku tidak memberi tanganku malah aku terus merangkul tubuhnya dalam pelukkanku. Walaupun perut sudah membuncit tapi tidak bermakna aku tidak boleh berpelukkan dengan Amira.
            “Amira… kak Nia rindu Mira…” luahku setelah aku tidak dapat bertahan dengan lebih lama.
            “Kak Nia… maafkan Mira. Mira pun rindukan akak.” Aku dan Amira telah banjir dengan air mata yang kian galak menitis.
            Haikal dan yang lain hanya bisa menyaksikan sketsa rindu antara aku dan Amira. Perlahan-lahan aku melepaskan pelukkanku apabila bahu disentuh lembut oleh Haikal.
            “Nia… dah laa tu. Bagi Amira masuk dulu kemudian boleh kita sembang lebih banyak lagi.” Kata Haikal kepadaku.
            “Betul tu Mira, Nia. Jom kita masuk dulu kemudian kita sembang kat dalam kay.” Giliran ayah mengajak Amira masuk ke dalam.
            Amira menganggukkan kepalanya dan kami bersama beriringan masuk ke dalam rumah.

***********************************************************
Aku melihat Amira bersendirian dalam bilik sambil termenung jauh di luar tingkap. Aku mendekati Amira yang leka dengan angannya.
            “Ek hem…” aku berdehem untuk menyedarkan Amira tentang keberadaaan aku di biliknya.
            Amira yang sedar aku berada disitu menjemput aku masuk.
            “Eh, kak Nia. Masuk laa.”
            Aku dengan kandungan yang sudah memboyot hanya memberi senyuman kepada Amira.
            “Mira tengah menungkan apa tu? Asyik akak tengok Mira layan perasaan tu.”
            Aku dan Amira melabuhkan punggung di atas katil.
            “Tak ada apa kak. Amira cuma teringatkan sikap Mira yang sanggup tinggalkan demi kerjaya Mira tapi…” Amira tidak lagi meneruskan kata-kata apabila dia mula sebak.
            “Tapi ?” aku yang tidak faham disebalik kata-kata Amira.
            Wajah Amira lencun dengan air mata yang menitis ke pipinya.
            “Mira… cuba cerita dengan kak Nia. Kenapa ni, dik?” soalku lagi.
            “Kak… kalau Mira cerita kat akak, boleh akak tolong rahsiakan dari mak dengan ayah?” pinta Amira.
            “Ye… akak tak bagitau sesiapa.” Kataku.
            “Janji?” pnita Amira lagi.
            “Ye dik. Akak janji.” Aku menyakinkan Amira.
            Amira berdiri menuju ke pintu biliknya lalu ditutup rapat. Mungkin dia memang tidak mahu didengari oleh kedua-dua orang tua kami.
            Dia kembali di sisi katil.
            “Sebenarnya… Mira.. erm.. Mira dah… dah.. kahwin.” Teragak-agak Amira memberitahuku.
            Aku terkedu dengan pernyataannya.
            “Mi… Mi…Mira dah kahwin?” terketar-ketar suaraku melontar soalan kepada Amira.
            Perlahan Amira menganggukkan kepalanya.
            Aku sudak seperti hilang kata-kata.
            “Kak Nia jangan bagitau dekat mak dengan ayah dulu ye. Mira tak nak diorang terkejut.”
            “Mira… bila yang Mira kahwin dan siapa suami Mira?” soalan demi soalan aku berikan kepada Amira.
            “Mira… kahwin dengan Nain…” kedengaran perlahan Amira menjawab soalanku tadi.
            Sekali lagi aku terkedu.
            “Nain??? Tapi bila? Bukan korang dua rancang tak nak kahwin dulu ke? Tapi macam mana Mira boleh kahwin dengan Nain?” bertalu-talu soalanku.
            “Mira dengan dia baru saja menikah kak. Tu pun tanpa pengetahuan sesiapa. Mira… mira tak tahu kak….” Kata Amira dengan air mata yang galak mengalir.
            “Habis macam mana dengan kerjaya Mira yang pernah Mira tulis dalam surat Mira? Nain pula, macam mana? Cuba cerita, akak masih tak faham macam mana korang dua boleh kahwin.” Aku tidak marah dengan Amira tapi cuma terkilan yang dia tidak langsung memberitahu keadaannya setelah dia pergi meninggalkan rumah.
            “Mira kena tipu kak…. Agensi tu, diorang cari model untuk aksi lucah… mira tak tahu yang agensi tu buat benda-benda macam tu. Sebaik saja Mira tau, Mira nak larikan diri tapi diorang dapat kesan dan diorang tak nak lepaskan Mira sebab Mira dah sain kontrak. Mira dah tak tahu apa y ang perlu buat masa tu, nasib baik Nain ada sama tempat dengan Mira cuma dia di daerah lain. Masa tu baru Mira berusaha untuk contact Nain. Kalau tak ada Nain, Mira taka pa dah jadi dengan Mira sekarang. Sebab tu juga, Mira kahwin dengan Nain. Kami tak mungkin duduk satu rumah tanpa ada ikatan.” Terang Amira mengenai keadaan sebenar.
            Aku tidak tahu begitu teruk keadaan Amira ketika dia meninggalkan rumah.
            “Tapi, asal korang tak balik cari kami? Sepatutnya Mira dengan Nain kena fikirkan sebelum membuat keputusan tu.” Kataku sambil mengusap lembut bahu Amira.
            “Nain tak kasi kak. Keluarga dia dah buang dia sejak kami tinggalkan majlis tu. Sebab tu masa Mira nampak akak kat pavilion tu, Mira tak tegur. Bukan maksud Mira nak elakkan diri dari jumpa kak Nia tapi masa tu Mira buntu kak. Mira buntu.” Keluh Amira.
            Jadi betul la apa yang aku lihat ketika di pavilion tempoh hari. Memang tak salah perempuan yang aku tengok tu, Amira.
            “Habis sekarang apa rancangan kamu berdua? Nain tahu Mira balik sini?” aku baru terfikir apa yang bakal dilakukan oleh adikku untuk menyelesaikan masalah ni.
            “Mira tak tahu kak. Mira takut mak dengan ayah akan benci Mira jika Mira bagitau benda ni kat diorang. Nain sebenarnya tak tahu pun yang Mira balik rumah. Kalau dia tahu, Mira pasti yang dia tak akan kasi Mira balik. Mira rindu dengan keluarga Mira. Mira rindukan akak, Mirul, mak dengan ayah. Sebab tu Mira bertekad nak balik juga.”
            Tanpa kami sedari ada sepasang telinga yang terdengar perbualan aku dan Amira disebalik pintu bilik Amira.
            Tiba-tiba pintu bilik Amira dikuak dari luar. Kelihatan Haikal berdiri sambil menyilang kedua-dua tangannya merenung ke arah kami berdua.
             Aku dan Amira sudah seperti orang hilang akal yang tidak tahu apa yang harus dilakukan selanjutnya.
            “Boleh abang masuk?” dengan renungan yang tajam Haikal meminta izin untuk masuk ke dalam bilik Amira.
            “Masuk laa abang Ekal.”
            Pintu bilik ditutup rapat semula. Kemudian Haikal berjalan ke arah kami dengan wajahnya yang kelihatan sedikit tegang.
            “Boleh abang nak sikit? Apa yang sebenarnya korang berdua nak rancang ni?” Haikal mengambil tempat berhadapan dengan aku dan Amira.
            “Erm… kitaorang… erm..” Amira tidak tahu macam mana ingin menerangkan kepada Haikal.          
            “Puan Nur Nia Maisara? Awak tak ada apa-apa nak explain kat suami awak ni?” nampak sangat Haikal sedang marah. Kalau tak masakkan suara kedengaran begitu sinis.
            Amira disebelahku sudah tidak keruan.
            “Abang… please…” aku cuba memujuk Haikal memahami situasi sekarang.
            “Hah, Mira?” Haikal masih tidak berputus asa bertanyakan hal ini sehingga dia tahu hujang pangkal cerita ini secara menyeluruh.
            “Abang Ekal jangan marah kak Nia. Mira yang ceritakan semua ni kat dia, bukan salah kak Nia pun.” Akhirnya Amira bersuara.
            Haikal menarik nafas yang panjang.
            “Abang tak habis fikir dengan kamu berdua ni. Dua-dua nak sembunyikan hal ni dari pengetahuan kami semua.” Marah Haikal.
            “One day Mira nanti kasi tau gak cuma sekarang bukan masa yang sesuai lagipun Nain…” kata-kata Amira terhenti disitu.
            “Nain apa?” tanya Haikal.
            Aku yang berada disisi Amira hanya terdiam apabila melihat wajah Haikal segarang itu. Sudah lama aku tidak melihat dia seperti itu.
            “Nain tak kasi Mira bagitau lagi kat sesiapa. Mira takut dia marah.” Jawab Amira.
            “Habis… Mira nak dengar cakap dia la.” Nada suara Haikal mula meninggi.
             Aku sedar perubahan itu cepat-cepat memegang lembut tangan Haikal.
            “Mira tak tahu… betul Mira memang tak tahu.” Kata Amira diselang selui dengan tangisan.
            “Mira dengan Kak Nia sama je. Pantang cakap sikit nak menangis. Sikit-sikit nak nangis.” Kata Haikal seakan memerli.
            “Dah… jangan nangis lagi. Nanti abang Haikal try tolong kamu dengan Nain tu macam mana. Okay laa, abang Haikal nak bawa kak Nia ni berehat. Mira jangan risau sangat tapi cuma satu abang minta tolong jangan sembunyikan pengetahuan ni dari ahli keluarga and you, Nia Maisara jangan buat suami awak ni macam tunggul kayu je. Faham dua-dua orang?” suara Haikal kembali ke nada yang lembut.
Amira yang tadi tunduk kemudian mengangkat wajahnya melihat Haikal yang mengukirkan senyuman kepadanya. Pasti dia tidak faham dengan perubahan drastic Haikal.         
“Dah- dah jangan dok tengok abang macam tu. Buat macam abang Haikal ni tak ada perasaan.” Kata Haikal lagi.
Amira terus mengangguk kepalanya.
            “Okay laa dik. Akak keluar dulu ye. Nanti esok kita sembang lagi.” Aku memina diri apabila sedar isyarat yang diberikan oleh Haikal kepadaku sebentar tadi.
“Thanks kak Nia.” Sebelum melangkah keluar Amira memeluk tubuhku.
Kemudian pelukkan ditubuhku dileraikan. Aku dan Haikal melangkah keluar meninggalkan Amira.

Di dalam bilik Haikal tidak habis-habis merenung ke arahku dengan renungan yang tajam. Aku yang baru saja ingin melabuhkan tubuhku di atas katil ditarik oleh Haikal duduk diribanya. Aku terpaku.
“Sayang… tak kasi tau cerita keseluruhannya ke kat abang?” lembut suara Haikal memasuki ruang telingaku.
“Bukan abang dah tau ke tadi?” soalannya dibalas dengan soalanku.
Haikal mencuit hidungku.
            “Nia ni kan memang nak kena tau dengan abang. Cepat kasi tau abang sebelum abang mengunakan kuasa veto abang sebagai suami untuk Nia buka mulut.” Kata-kata Haikal berbau ugutan.
Aku masih lagi tidak memberi sebarang jawapan kepada soalan Haikal.
“I’m waiting honey. Antara Nia nak kasi tahu sendiri atau abang yang paksa Nia untuk beritahu. So, make your choice…”
Seram sejuk aku mendengar ugutannya kali kedua.
“Okay-okay. Nia cerita tapi abang kena promise dulu tak akan kasi tau kat mak dan ayah kay.”
“Kena tengok dengan upah yang Nia nak bagi kat abang la.” Kata-kata Haikal membuatkan keningku dinaikkan.
            “Upah?” soalku.
            “A’ah. Upah.”
            “Upah apa?” tanyaku lagi.
            Haikal tidak memberi jawapan tapi dia memberi pipinya. Aku yang tidak faham baru sedar yang dia meminta aku mencium pipinya.
            Malu-malu aku ingin mencium pipinya. Ketika bibirku ingin mengena pipinya, segera dia memalingkan mukanya dan akhirnya bibirku bertaut dengan bibirnya. Sekali lagi pada malam ini aku terpana.
            Perlahan-lahan Haikal melepas bibirku. Wajahku yang sudah merona merah tidak dapat mengeluarkan kata-kata. Haikal yang berada denganku mengukirkan senyuman.
            “Thanks sayang.” Ucapan Haikal membuatkan aku bertambah malu.
            “Jahat….” Kataku sambil menyentuh bibirku.
            Haikal sudah terbahak-bahak mentertawakan aku.
            “Tak nak laa kawan dengan abang ni. Saja nak kenakan Nia.” Aku ingin bangun dari ribanya.
            “Hah! Nia jangan nak gi mana-mana. Cerita pasal Mira pun Nia tak cerita lagi. So, tak payah nak mengada-ngada nak merajuk-merajuk dengan abang.” Lenganku ditarik semula tapi kali ini bukan diribanya tapi disisinya.
            “Dah… jangan muncung sangat mulut tu kang sekali lagi abang kiss. Nak?” Haikal sudah mendekatkan wajahnya ke wajahku.
            Cepat-cepat aku menekup mulutku.
            “Tau takut.” Sempat Haikal mengusikku.
            “Abang ni....” aku tidak menghabiskan ayatku apabila terasa sakit dibahagian perutku.
            “Argh….” Aku menjerit menahan sakit.
            “Eh, sayang…. Asal ni?” Haikal panik melihatku sudah tidak tahan menahan sakit.
            Aku mencengkam kuat lengan Haikal.
            “Abang… abang.., Nia rasa… nia dah sampai masa ni.” tercunggap-cunggap aku berkata.
            Sakit yang dirasa tidak tertahan rasanya.
            “Sampai masa apa?” Haikal masih lagi blur.
            Aduhai suamiku ini, harap nama ja lulusan degree tapi blur.
            “Nak beranak laa….!!!” Sudah separuh jerit aku yang memang tidak tahan sakit. Bukan niatku untuk menjerit kepada Haikal tapi aku sudah tidak bertahan tambah-tambah air ketuban aku sudah pecah.
            “Hah? Nia nak beranak dah? Mak….. ayah….” Kali ini giliran Haikal menjerit memanggil mak dan ayah.
            “Abang…. Sakit sangat ni…” aku mengerang kesakitan.
            Peluh-peluh dingin sudah menjamah wajahku.
            “Hah Ekal, kenapa ni?” mak dengan ayah berada dimuka pintu setelah beberapa minit kemudian dengan wajah yang terkejut. Mungkin terkejut dengan pekikkan Haikal dari dalam bilik kot.
            “Nia… Nia dah nak beranak..” Haikal lebih panic berbanding aku.
            “Mak….. sakit….” Aku yang terpekik apabila melihat Haikal masih tidak melakukan apa-apa lagi.
            “Haikal… cepat bawa Nia ke hospital.” Kata mak yang memahami keadaan aku yang sudah sampai masanya untuk bersalin.
            “Okay-okay…” Haikal baru mengambil tindakkan.
            Aku memukul-mukul lengannya. Aku sudah tidak tahan.
            “Sayang sabar ea. Kita pergi hospital sekarang gak.”
            Ayah dan Haikal mengiringi keluar. Amira dan Amirul yang terjaga dari tidur terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku.
            “Mak kenapa ni?” tanya Amira sambil memisat-misat matanya. Begitu juga dengan Amirul.
            “Mirul, Mira.. siap kita ikut abang Haikal kamu ke hospital. Kakak kamu dah nak lahirkan anak.” Kata mak terus menghilangkan rasa mengantuk mereka berdua.
            “Apa????” serentak Amirul dan Amira berkata.
            Perbincangan aku dan Haikal tergendala. Kni kamu sedang menuju ke hospital. Haikal berkali-kali meminta aku untuk bertahan. Mak, ayah, Mira dan Amirul mengikut kereta Haikal dari belakang.
             Sampai -sampai di hospital Haikal meminta tolong beberapa nurse yang bekerja pada shift malam untuk membantu. Tubuhku diangkat lalu diletakkan di wheel chair. Kemudian aku dibawa ke bilik bersalin. Sepanjang masa menunggu Haikal menemaniku dan ahli keluargaku yang lain tidak dapat menyertai kerana diruang menunggu hanya dibenarkan untuk para suami sahaja.  
            Aku memasuki bilik pembedahan pada pukul 2.45 tengah malam. Aku tidak melepaskan pegangan tangan Haikal. Sakit yang ku rasa menyebabkan aku menjadi letih. Sehinggakan aku tidak ada tenaga untuk melahirkan anakku. Kedengaran suara nurse-nurse menyuruh aku bertahan.
             "Puan Nia push Puan Nia push....."
             Aku betul-betul kehilangan tenaga untuk meneruskan. Keadaan menjadi kelam kabut apabila aku sudah tidak sedarkan diri. Akhirnya doktor mengambil keputusan untuk mengunakan kaedah vakumm.
              "Encik Haikal sila tunggu diluar sebentar. Kami akan cuba yang terbaik." salah seorang nurse meminta Haikal untuk tunggu diluar.
               "Tapi....." tubuh Haikal telah didorong untuk keluar. 
                

"Haikal macam mana dengan Nia?" tanya mak kepada Haikal sebaik saja melihat Haikal keluar dari bilik pembedahan.
               Haikal hanya menjungkit bahu sambil berkali-kali meraup wajahnya. Dia tidak putus-putus mendoakan isterinya yang berada didalam sana bertarungkan nyawa untuk melahirkan zuriatnya.
               Terngiang-ngiang suara Nia menyampai pesanan sebelum mereka melangkah masuk ke bilik bersalin.
                "Abang.... kalau terjadi apa-apa kat Nia, abang tolong jaga anak kita ye.Nia takut Nia tak sempat nak jaga dia. Abang sayangi dia seperti abang sayangkan Nia ye." 
                 "Nia... Nia jangan cakap macam tu. Insya-allah tak ada apa-apa. Nia bersabar ye sayang." Haikal memujuk isterinya itu.
                  "Tak... Nia nak abang berjanji dulu dengan Nia. Abang kena berjanji dulu yang abang akan jaga anak kita kalau apa-apa terjadi pada Nia." walaupun dalam keadaan yang lemah tapi Nia masih kuat dengan permintaannya itu.
                   "Ye... abang janji." akhirnya Haikal terpaksa berjanji untuk menenangkan hati isterinya.
                   "Nia cintakan abang." tu kata-kata terakhir Nia sebelum dia masuk ke bilik bersalin.
Tidak lama kemudian ahli keluarga Haikal turut tiba dihospital. Mereka mendapatkan Haikal terlebih dahulu apabila melihat wajah Haikal yang kelihatan begitu menyedihkan
                   "Ekal... Nia?" belum sempat mamanya bertanyakan soal Nia, doktor yang meguruskan isterinya itu keluar mendapatkan Haikal.
                    "Encik Haikal... pihak kami minta supaya Encik Haikal dan ahli keluarga bersabar. Anak Encik Haikal telah berjaya dilahirkan tapi isteri Encik kehilangan banyak darah dan pihak kami akan melakukan sebaik mungkin untuk menyelamatkan isteri Encik." 
                     Kata-kata doktor itu membuatkan Haikal terduduk disitu. Mama Haikal dan yang lain turut terpaku dengan pernyataan doktor tersebut.
                     "Nia.... kena bertahan.. Nia tak boleh tinggalkan abang. Abang tak boleh hidup tanpa Nia. Ya Allah, Kau tolonglah selamatkan isteriku. Selamatkanlah dia Ya Allah." ucap Haikal dengan sendu yang tidak dapat ditahan.
                    







Ha

Tuesday, March 22, 2011

KBK - 5


Sudah lima bulan Fazriel pergi meninggalkan Lia dan selama lima bulan tu juga la Lia banyak mendiamkan diri. Dia tidak seperti dulu yang penuh keceriaan dan cerita dari mulut becoknya itu. Lia lebih banyak mengasingkan diri dari bertemu dengan orang ramai dan dia banyak menghabiskan masanya didalam bilik sambil menangisi apa yang telah menimpanya.   
            Auntie Norizah dan Uncle Rahim pun risau lihat sikap Lia seperti itu. Kerap kali juga mereka bawa Lia berjumpa dengan pakar tapi tetap jawapan yang sama. Lia menghadapi kemurungan yang teruk dan satu caranya hanya membangkitkan semangat hidupnya yang telah pergi bersama arwah Fazriel.
            Darwisy yang leka melihat Lia dari jauh terasa bahunya dicuit lembut. Dia menoleh ke belakang dan dia melihat wajah auntie Norizah tersenyum hanbar kepadanya.
            “Macam tu laa keadaan dia setiap hari. Termenung sana sini. Kalau tak pun dia menangis sorang-sorang dia. Auntie dah tak tau nak buat dah dengan Lia. Auntie cuma harap satu hari anak gadis yang ceria akan kembali. Auntie terlalu rindu dengan semua telatah dia dalam family ni.” keluh auntie Norizah sambil mengelap air mata yang menitis ke pipi.
            “Auntie sabar la erk. Man yakin satu hari nanti Lia akan bangkit dari semua kesedihan dia. Mungkin sekarang Lia belum terima orang yang dia sayang yang dia kasih, tinggalkan dia. Tambah-tambah pada hari perkahwinannya sendiri.” Darwisy memujuk.
            Dia masih ingat pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada Lia sewaktu majlis perkahwinan Lia apabila pengantin lelaki meninggal sebelum sempat ke majlis akad nikah. Ada yang mengatakan Lia seorang yang pembawa sial, pembawa bala bencana la dan macam-macam perkara yang menyakitkan hati sesiapa yang mengenali Lia sepenuhnya. Nasib baik ketika itu Lia masih dalam keadaan tidak sedari diri, kalau tak mungkin lagi teruk tekanan yang dihadapinya pada hari itu.
            “Auntie pun harap macam tu la Man. Erm, tak pe laa auntie nak hantar makanan kat Lia jap. Dia belum makan tengahari lagi ni.” Auntie Norizah bersama dulang yang berisi lauk pauk melangkah ingin masuk ke bilik Lia.
            “Auntie…” panggil Darwisy menyebabkan langkah auntie Norizah terbantut.
            “Ye..” auntie Norizah menoleh ke arah Darwisy.
            “Biar Man bawa makanan ni kat Lia la. Lagipun Man dah lama tak sembang dengan Lia. Mana nak tau Man boleh pujuk Lia ke.” Darwisy menawarkan diri untuk membawa dulang makan ke Lia.
            “Baiklah Man. Auntie percaya kamu je yang dapat nasihatkan Lia.”
            Dulang tangan bertukar tangan.
            “Terima kasih auntie.”
            Auntie Norizah sudah melangkah pergi meninggalkan Darwisy di situ.
            Perlahan-lahan Darwisy melangkah menuju ke bilik Lia. Dia menolak pintu bilik Lia yang sedikit renggang. Dia melihat Lia memegang potret Fazriel. Hatinya menjadi sayu apabila melihat Lia dalam keadaan seperti itu.
            “Lia…” perlahan Darwisy menyapa Lia.
            Lia masih membatukan dirinya dibirai katil sambil tangannya kemas memegang potret itu.
            “Lia…” Darwisy masih mencuba tapi masih tiada balasan. Akhirnya Darwisy mendekati Lia dengan lebih rapat.
            “Lia… are you okay?” Darwisy memalingkan tubuh Lia untuk berpusing ke arahnya.
            Dia terkejut melihat wajah Lia yang sudah banjir dengan air mata yang menggila mengalir ke pipinya. Darwisy menarik nafas yang panjang sambil meletakkan dulang tersebut di tepi katil.
            Darwisy melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Lia.
            Berkali-kali Darwisy meraup wajahnya sebelum dia memulakan perbicaraan dengan Lia.
            “Lia… sampai bila kau nka jadi macam ni?” Darwisy mengawal nada suaranya. Dia agak benggang dengan Lia yang  masih tidak berubah. Padahal perkara tu sudah berlalu beberapa bulan yang lalu.
            Lia masih menangis dan terus menangis tanpa menghiraukan pertanyaan Darwisy.
            “Nur Arlia Syuhada! I’m talking to you right now! Can you stop crying!” api amarah Darwisy terhembur keluar juga.
            Dia memang tidak tahan melihat Lia seperti ini. Jika dikatakan seperti mayat hidup pasti orang akan mempercayainya. Dengan wajah yang cengkung, tubuh yang tidak bermaya, mata yang sembab dan bibir yang sudah hilang dengan ukiran senyuman yang menawan. Sungguh Darwisy begitu merindu sahabatnya yang dulu sentiasa ceria.
            “Wisy…. Aku nak Fazriel. Aku nak dia…” akhirnya Lia membuka mulutnya untuk bersuara walaupun yang dikatakannya masih tidak masuk akal.
            Darwisy menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Dia binggung apa lagi yang harus dilakukan untuk menyedarkan Lia.
            “Lia… please. Aku minta sebagai kawan baik kau, please stop those thing ni. Aku tau kau still sedih dengan apa yang terjadi tapi, sekarang dah lima bulan benda tu berlalu. Tak kan kau still nak murung macam ni. Aku yakin kalau Fazreil masih hidup lagi pun dia tak nak tengok kau macam ni. You have to move on. Benda yang lepas biarlah ia berlalu, kita yang hidup ni kena terus berjuang. Kau seorang gadis yang cukup ceria dulu tapi sekarang kau lebih teruk dari mayat hidup. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Sampai bila Lia? Sampai bila?”
            Lia tidak berkata apa-apa. Dia masih lagi menangis.
            “Lagipun, you still have us behind you. Mummy  kau, daddy kau, aku and semua ahli kelaurga still sayang dan support kau. Kau tak kesian ke kat mama kau yang tak habis-habis risau tengok keadaan kau. Tambah daddy kau sampai dapat darah tinggi tengok anak perempuan dia seperti mayat hidup. Kau tak fikir ke semua tu?” tambah Darwisy lagi.
            Lia masih begitu menyebabkan Darwisy fed-up untuk meneruskan kata-kata. Ahkirnya dia membuat keputusan untuk pergi meninggalkan Lia sementara waktu. Biar Lia dapat memikirkan kata-katanya itu.
            “Wisy…” panggil Lia setelah Darwisy memulakan langkah untuk keluar dari biliknya.
            Darwisy memberhentikan pergerakkannya lalu memandang ke arah Lia yang bangkit berdiri dari posisinya.
            “Kau tolong aku erk? Please jangan tinggalkan aku sorang-sorang.” Perlahan Lia barkata.
            Kata-kata Lia membuatkan Darwisy mengukirkan senyuman.
            “Lia… you don’t have to worry. Selagi aku hidup selagi tu aku akan sentiasa berada dengan kau. Okay? Sekarang ni kau makan kay. Aku dah bawa makanan kat kau.” Darwisy hampir terlupa dengan makanan yang dibawa masuknya tadi.
            Lia perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.
            Darwisy kembali mendekati Lia.
            “Nah… kau makan kay.” Darwisy memberi dulang tersebut kepada Lia.
            “Wisy…”
            “Hmm..” Darwisy yang sibuk mengeluarkan setiap lauk hanya mengiakan saja.
            “Kau tolong suapkan, boleh?” Lia meminta.
            Darwisy yang mendengarnya tersenyum lebar.
            “As my pleasure…” jawab Darwisy dengan penuh kerelaan.
            Lia hanya tersenyum kecil.
            “Buka mulut…” Darwisy menyedok nasi ke dalam sudu untuk menyuap Lia.
            Lia teragak-agak untuk membuka mulutnya. Dia sedikit malu dengan keadaan seperti itu. Jika dikenangkan zaman persekolahnya, mereka sentiasa makan sambil bersuap. Maklumlah kawan baik laa katakan.
            Akhirnya satu pinggan nasi tu telah berjaya dihabiskan Lia. Ini merupakan kali pertama dia menghabiskan makanannya. Sebelum ini, setiap kali mummynya membawa makanan belum tentu akan disentuhnya. Kadang kala makanan tu hanya dipandang sepi.
            “Habis dah… good girl.” Darwisy sengaja melayan Lia seperti anak-anak kecil.
            Dia yang melihat Darwisy memujinya seperti itu turut tersenyum.
            “Eh… eh. Ada orang dah start senyuman laa… ni berita hebat ni. Kena kasi tau auntie ni. Auntie…. Oh auntie….” Berkali-kali Darwisy melaungkan mummynya.
            Auntie Norizah yang mendengar laungan Darwisy tergopoh-gopoh mendapatkannya.
            “Man ada apa Man? Apa dah jadi?” auntie Norizah agak termengah-mengah menyuarakan soalannya.
            Mungkin berlari kot tadi. Darwisy mengagak.
            “Cuba auntie tengok ni…” Darwisy menunjuk jarinya ke arah Lia.
            Auntie terkejut melihat Lia sudah menghabiskan makanannya dan wajah anaknya itu sudah mengukirkan senyuman walaupun masih kelihatan samar-samar.
            “Man… betul ke ni Lia?” soal auntie seolah-olah tidak percaya yangdilihat dengan mata kepalanya sendiri.
            “Yes auntie. This is your beloved daughter.” Kata Darwisy.
            Lia sudah tertunduk malu. Dia malu dengan mummynya, dia malu pada diri sendiri dan pada Darwisy yang sentiasa menyokongnya. Dia tahu selama beberapa bulan ini dia selalu membuat ahli keluarga dan orang terdekat risau tentang dirinya.
            Tanpa berlengah lagi, dia berlari mendapatkan mummynya yang berdiri dimuka pintu biliknya.,
            “Mummy… maafkan Syu. Maafkan Syu, mummy. Syu tau, Syu dah buat mummy dengan daddy risau. Syu minta maaf.” Dia memeluk auntie Norizah dengan erat.
            Auntie Norizah menitiskan air mata kesyukuran kepada Allah S.W.T dan dia juga berterima kasih kepada Darwisy. Walaupun dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Darwisy kepada anak gadisnya ini tapi Darwisy berjaya membuka pintu hati Lia untuk kembali.
            “Tak pe Syu. Mummy tak pernah salahkan Syu. Mummy bersyukur yang anak mummy dah kembali. Yang tu sudah cukup untuk mummy. Mummy gembira Syu dah sedar semua yang terjadi.”
            Darwisy yang melihat kisah antara ibu dan anak terukir senyuman dibibirnya tanpa disedarinya sendiri.
            “Terima kasih mummy. Terima kasih…” itu saja yang dapat dikatakan oleh Lia pada saat itu.
            Lia meleraikan pelukkan dan mengesat air mata mummynya.
            “Man… auntie nak ucapkan terima kasih kat Man. Man berjaya pujuk Lia balik ke dirinya yang asal. Walaupun masih awal tapi sekurang-kurangnya Lia dah sedar.” Kata auntie Norizah kepada Darwisy.
            “Tak ada laa auntie. Man tak buat apa-apa pun. Lia sendiri yang nak brubah. Kan Lia kan?” jawab Darwisy sambil matanya meliar ke arah Lia yang masih disisi auntie Norizah.
            Lia dan auntie Norizah tersenyum melihat jawapan Darwisy.
            ‘Thanks Wisy. Kau memang kawan aku. Thank you again sebab sedarkan aku dari semua ni. terima kasih.’ Ucap Lia dalam hati.

Hari ni Darwisy akan berjumpa dengan Shafiq. Entah apa yang ingin disampaikan oleh Shafiq kepadanya. Kedengaran di dalam telefon Shafiq seperti ada sesuatu yang penting untuk disampaikan tapi dia sendiri tidak tahu apakah sebenarnya perkara itu.
            “Wisy…” Shafiq melaungkan namanya sebaik saja melihat dia berjalan memasuki restoran ‘The Chicken Rice Shop’.
            Dia mengangkat tangan yang dia sudah nampak keberadaan Shafiq disitu. Dia berjalan mendekati meja yang diduduki Shafiq. Kelihatan seperti Shafiq terlebih dahulu memesan makanan tengahari mereka.           
            “Apasal kau nak jumpa aku ni?” soal Darwisy setelah dia melabuhkan punggungnya.
            “Relaks laa bro. Apa kata kita makan dulu lepas sambil-sambil makan aku cerita kat kau.” Cadang Shafiq.
            “Okay la.” Ringkas balasnya.
            Mereka berdua enak menikmati juadah yang terhidang dihadapan mereka. Shafiq terlebih dahulu memesan nasi ayam bermadu bagi Darwisy dan nasi ayam kukus bagi dirinya sendiri. Shafiq seperti sudah tahu makanan kegemarannya setiap kali dia makan di restoran itu.
            “Cerita laa apa yang kau nak ceritakan tu.” Kata Darwisy sambil menyuap nasi ke mulutnya.
            Shafiq yang meneguk air memulakan percakapannya itu.
            “Macam ni Wisy. Ibu aku dah bising pasal calon menantu. Dia nak sangat aku kahwin. Dah berserabut kepala otak aku nak elak soalan cepumas ibu aku tu.” Jelas Shafiq.
            “Habis? Apa masalahnya?” Darwisy masih tidak dapat menangkap erti disebalik jawapan Shafiq itu.
            “Masalahnya… aku tak ada calon…”
            “Laa… doktor pakar macam kau pun susah nak dapat calon ke?” Darwisy mengarukan kepalanya yang tidak terasa gatal.
            Sepupunya ini kalau bahagian mencari teman hidup memang payah. Bagi dirinya, dia ingin mencari seseorang yang sesuai mengikut cita rasanya. Masalah cita rasanya tu agak tinggi melambung. Dia nak seorang gadis yang sopan tutup aurat tapi rambut blonde. Lagi, katanya dia nak seseorang seperti Han Ji Eun pemain drama Full House. Ada ke patut. Lepas tu, dia nak seorang gadis yang mempunyai mata berwarna hazel dan mempunyai bibir yang nipis. Satu hal lagi, dia nak gadisnya itu seorang yang caring, baik, suka melakukan senaman, happy-go-lucky, hardworking, sweet dan yang memelikkan ialah dia nak gadis yang ganas. Yang boleh tahan dengan benda-benda lasak.
            Darwisy sendiri pun pening dengan sikap sepupunya itu. Sehinggakan nenek mereka pun turut pening dalam mencari calon isteri yang sesuai kepadanya. Kalau dia sendiri pun tidak sanggup untuk memilih Shafiq sebagai calon suami, itupun kalau dia seorang perempuan la.
            “Hoih!” sergah Shafiq yang melihat Darwisy sudah jauh ke alam dunianya sendiri.
            Darwisy tersedar lalu tersengih melihat muka Shafiq yang agak kelihatan benggang.
            “Sorry… sorry.” pinta Darwisy.
            “Sorry naik lori laa.” Kata Shafiq lagi.
            “Aik dah macam cerita Laila Isabella laa pula. Hahaha…” Darwisy tidak dapat menahan ketawanya.
            “Kau ni kan. Aku panggil kau ke sini untuk tolong aku. Bukan gelakkan aku macam ni. Kalau dari awal aku tau macam ni, baik aku dating dengan kelengkapan untuk bedah orang lagi bagus.” Hembur Shafiq pada sepupunya itu.
            “Alaa relaks laa. Okay.. apa kata. Kau serahkan tugas ni kat aku. Nanti aku try cari calon kat kau. Amacam, okay?” Darwisy mengangkat ibu jarinya.
            Shafiq masih berfikir tentang cadangan yang ditawarkan oleh Darwisy.
            “Okay tapi kau jangan kasi aku yang dah tak ada gigi. Kalau kau bagi macam tu kat aku, nampaknya ke dasar laut laa aku humban kau. Kang kau yang kahwin dengan perempuan tak bergigi tu.”
            Darwisy tersenyum dengan jawapan yang diberi oleh Shafiq kepadanya.
            “Eh, kau sekarang apa cerita? Sat aku tengok kau dengan Tasya, sat lagi dengan Lia. Yang mana satu kau nak ni? Nak try jadi buaya Malaya ka?” soal Shafiq yang sedikit keliru dengan Darwisy. Dia tahu yang sepupunya ini rapat dengan Lia tapi bagaimana pula dengan Shamien Natasya anak sahabat kepada mak langnya itu.
            “Oh ho.. aku bukan buaya kay. Dua-dua pun aku tak sure tapi yang pasti aku dengan Lia hanya kawan baik tak lebih dan tak kurang. Kau macam tak tau aku dengan Lia tu macam mana. Lagipun sekarangkan dia still dalam proses pemulihan diri yang agak kemurungan itu. Kalau Tasya lak aku tak berapa pasti sangat. Aku enjoy kawan dengan dia. Tasya seorang gadis yang bijak, pandai berkomunikasi dengan orang sekeliling and cantik.” Darwisy memberitahu hal yang sebenar kepada Shafiq.
            Shafiq sebenarnya kurang percaya dengan kata-kata Darwisy. Yela, jika dilihat kembali, Darwisy dengan Lia seperti mempunyai sesuatu yang sukar nak dijelaskan tapi yang pasti apa yang terjalin bukan sahaja sebagai kawan baik. Dia percaya yang lelaki dan perempuan boleh berkawan sebagai kawan baik tapi perasaan juga boleh turut hadir kerana itu memang lumrah manusia. Dengan Tasya, dia lihat Darwisy agak rapat tapi dia tak tahu kerapatan mereka ke arah mana. Antara percintaan atau sebagai kawan. Dia sendiri keliru dengan Darwisy.
            “Okay kalau tu yang kau kata.” Dia tidak mahu meluahkan kata-kata itu kepada Darwisy takut dianggap sebagai salah memikirkan hal sebenar. Jadi lebih baik dia merahsiakan hal ini pada dirinya sendiri.
            “Eh, macam mana dengan Lia? Alang-alang dah buka cerita pasal dia, aku nak tau gak perkembangan dia macam mana. Hari tu dengar kata dia murung gila selepas arwah bakal suami dia tu meninggal. So, sekarang ni dia dak okay ke?” Shafiq sedikit sebanyak mengetahui soal Lia dar keluarga mereka menanyakan soalan kepada Darwisy.
            “Dia dah okay sekarang cuma still menangis gak laa kalau dia teringatkan arwah Fazriel. Eh, jap…” tiba-tiba suatu akal menerjah dalam fikirannya.
            “Apa yang jap?” soal Shafiq yang tidak mengerti apa-apa.
            Darwisy berfikir, kenapa tak jodohkan Lia dengan Shafiq. Lagipun diorang dua ni sesuai dan dia juga seperti perasan yang Shafiq mempunyai hati kat Lia sejak berjumpa di airport subang jaya. Dia tersenyum nakal.
            “Shafiq… aku rasa aku dah jumpa calon isteri untuk kau.” Selamba Darwisy.
            “Hah?” dia tidak mengertinya lagi.
            ‘Tak kan Wisy nak… aku… dan..Li…’  cepat-cepat dia membuang fikiran tersebut.
            Shafiq melihat Darwisy tersenyum bahagia. Dah macam dia yang jumpa calon isteri. ‘Wisy… Wisy.. bila laa kau nak sedar perasaan kau…’ kata-kata Shafiq dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.
            Darwisy masih tersenyum.

relax corner ..!!!