Friday, October 21, 2011

KBK - 11

Dengan mata yang terpejam, Lia menjawab panggilan telefonnya. Pada awalnya, Lia hanya ingin mengabaikan panggilan tersebut tapi apabila telefon bimbitnya hanya terus dan menerus berdering, Lia membatalkan niatnya.
            “Assalamuailaikum… Good morning.” Suara dihujung talian terlebih dahulu memberi salam.
            “Waaialaikumsalam… huarghh..” jawab Lia sambil menguap.
            Terdengar gelak tawa kecil si pemanggil telefon.
            “Baru bangun tidur ke princess? Bangun laa, dah pukul berapa dah ni… wake up!” tambah pemanggil itu lagi.
            Lia sedikit pelik dengan orang yang menelefonnya pada pagi ahad ini. Lalu, Lia melihat ke arah skrin telefonnya untuk melihat siapakah pemanggil tersebut. Tapi sayang, Lia tidak mengenali nombor telefon yang menelefonnya itu.
            “Hello.. hello.. are you still there?” berkali-kali pemanggil tersebut memanggil Lia.
            “Hah? Oh ya, I’m still here. Sorry…” pinta Lia akan kelalaian.
            “Oh, it’s so kay. Aku ingatkan kau tidur lagi tadi.”
            Sebaik saja mendengar cara percakapan pemanggil tersebut, Lia ibarat terkena kejutan elektrik. Rupanya pemanggil tersebut ialah Darwisy! Aiman Darwisy!
            Bagaimana dia boleh tidak mengecam suara sahabatnya itu.
            “Darwisy?” soal Lia seakan-akan tidak percaya, dia menerima panggilan daripada Darwisy.
            Hampir dua bulan mereka berhubungan setelah kejadian dirumah Darwisy tempoh hari. Lia betul-betul tidak menyangka Darwisy bakal menghubunginya setelah sekian lama mendiamkan diri.
            “Yup! It’s me.” Balas Darwisy.
            “Asal kau telefon aku pagi-pagi ni?” soal Lia lagi. Dia masih dalam keadaan binggung dengan apa yang sedang berlaku pada dirinya sekarang ini.
            “Aik! Nak telefon kau pun perlu ada alasan ke? Sebelum ni, kau tak kisah pun kalau aku call. Ni tiba-tiba perlu ada sebab. Aneh!” sindir Darwisy.
            “ Tak ada la, ingatkan dah buang nombor fon aku dalam telefon bimbit kau. Maklumlah, dah nak dekat dua bulan kau diamkan diri.” Sindir Lia pula.
            Rasa marahnya terhadap Darwisy masih bersisa dalam hatinya. Tidak mungkin dia dapat melupakan dengan begitu mudah kata-kata yang pernah dikatakan oleh Darwisy tempoh hari.
            “Erm… aku just nak minta maaf kat kau pasal hari tu. I’m sorry.” Perlahan suara Darwisy kedengaran dihujung talian.
            Lia hanya terus mendiamkan diri. Susah untuknya melupakan semua yang pernah terjadi tapi pada masa yang sama, mendengar suara Darwisy memohon, tidak sanggup untuknya menolak.
            “Lia…” suara Darwisy menghentikan lamunannya.
            “Please… maafkan aku. Aku tahu, aku bersalah. Aku… aku…” Darwisy ingin mengatakan sesuatu tapi sukar diucapkan kepada sahabat karibnya itu.
            “Aku apa Wisy? Kau ingat, aku tak ada perasaan. Malam tu kau betul-betul menghiris hati aku Darwisy. Lagipun aku tengok, sejak dua menjak ni kau selalu tengking aku tak tentu pasal. Sampai aku sendiri binggung. Apa yang aku lakukan sampai harus ditengking macam tu. Aku tak faham.” Akhirnya Lia gagah meluahkan apa yang dia rasai pada kala itu.
            Kali ini Darwisy pula yang membatukan diri.
            “Dah la Darwisy, kalau kau tak ada apa-apa nak dikatakan lagi. Lebih baik kita tamatkan perbualan kita ni. Ok. Assalamuailai..” belum sempat Lia memberi salam, Darwisy memotong.
            “Eh, kejap la Lia. Ada benda lagi aku nak cakap ni. Aku tak tahu apa yang patut buat untuk kau maafkan aku. Tapi kalau boleh, aku nak tebus semua kesalahan aku ni dengan ajak kau keluar. Aku rindu dengan masa-masa kita dulu Lia. Rindu sangat. Kalau kau tak kisah, dalam pukul 2 petang aku pergi ambil kau kat rumah kay. Please… jangan tolak pelawaan aku ni.” Lembut kedengaran suara Darwisy cuba memujuk dirinya itu.
            Lia sudah hilang kata. Jika ditolak pelawaan ini, semakin keruh pula keadaannya. Lagipun, benar kata Darwisy. Dia turut merindui semua kenangan lalu. Jadi, apa salahnya kalau dia terima pelawaan ini.
           
            “Erm.. Okay la. Nanti pukul 2 make sure kau datang. Kalau lambat. Just forget it. Okay.”
            Darwisy hanya mengukir senyuman.
            “Oh okay-okay. Aku keluar dari rumah aku sekarang.”
            “Hah? Eh, kejap la. Aku nak bersiap lagi. Kau jangan…” Lia pula terkejut mendengar kata-kata Darwisy.
            Kendengaran suara Darwisy sedang tertawa.
            “Haa.. akhirnya aku rasa Lia aku dah kembali macam dulu. Okay la my princess, kau siap laa dulu. Nanti pukul 1.59 aku tercegat kat depan rumah kau kay. Bye-bye. Assalamuailaikum.. “
            Tak sempat untuk Lia berkata apa-apa, Darwisy sudah menamatkan perbualan telefon. Lia turut tersenyum.
            ‘Kali ni aku akan cuba pulihkan balik hubungan aku dan Lia. Itu azam aku. Lia, hari ni aku akan bawa kau ke zaman kita dulu. Aku tak akan sakiti hati kau lagi.’ Azam Darwisy dalam hati.
            Tanpa berlengah lagi, Darwisy perg ke almari bajunya untuk memilih baju apa yang patut dipakainya. Cewah! Dah macam nak pergi dating pula.
            Sudah lama dia tidak rasa segembira ini sejak hubungan dingin dia dan Lia dua bulan lalu.
“Syu… Darwisy dah sampai tu.”
            “Oh okay mummy. Mummy suruh Darwisy tunggu kejap ea. Lagi sikit Syu dah nak siap. Kejap je lagi mummy.” Balas Lia sambil menusuk pin ke tudungnya.
            Lia kembali melihat jam. Hanya senyuman dapat Lia berikan.
            Setelah puas melihat dirinya dihadapan cermin, Lia mengambil beg tangannya untuk turun ke bawah.
            “Amboi… cantiknya anak dara mummy ni.” Puji Puan Norizah.
            “Ala mummy ni. Syu biasa je kot. Mummy Darwisy ada kat luar ea. Asal tak jemput dia masuk?” balas Lia sambil terbongkok-bongkok mengambil kasutnya dalam almari.
            “Dia yang kata, nak tunggu kat luar. Hmm.. dah lama mummy tak tengok Lia senyum macam ni. Mentang-mentang la baru baik dengan pujaan hati, tersenyum sampai ke telinga ye.” Kata Puan norizah membuatkan Lia terkedu.
            “Eh mummy ni. Mana ada pujaan hati mummy. Wisy kan kawan baik Syu. Lagipun dah lama Syu tak keluar dengan dia, tu yang seronok tu. Mummy ni ada-ada saja la.” Canggah Lia.
            “Okay la mummy. Syu pergi dulu ea. Nanti kalau ada apa-apa, Syu telefon mummy kay. Daaa mummy. Love you.” Seperti biasa sebelum keluar rumah. Pasti kedua-dua pipi mummy kesayangannya itu akan dihadiahkan cium. Kemudian di tangan.
            “Ye la. Hati-hati sayang.” Lambai Puan Norizah.
            “Tengok, kan aku dah kata. 1.59 mesti aku dah terpacak kat depan rumah kau kan.” Dengan bangga Darwisy mempamerkan giginya yang putih itu.
            Tau la dia dapat menepati kata-katanya.
            “Yela… ha ha ha. So sekarang kita nak pergi mana ni?” soal Lia.
            “Kot ye pun. Masuk la dalam kereta dulu. Tak kan la kau nak berjemur kat bawah matahari ni.” Balas Darwisy.
            Lia mencebik.
            ‘Dah macam dia pula yang perempuan. Aku yang perempuan ni pun tak bising kena matahari tau.’ Desis Lia dalam hati. Tapi kadang-kadang perbuatan Darwisy dapat mencuit hatinya itu.
            “Yela-yela… aku masuk dalam kereta ye. Eii, cerewet!” Lia menjelir lidah kepada Darwisy.
            “Jelir-jelir. Aku potong lidah tu kang, baru kau tau.” Itu lah mereka berdua. Pantang bersua muka pasti ada saja nak ditekakkannya.
            Kini kedua-dua mereka masuk ke dalam kereta. Lalu Darwisy memulakan pemanduannya untuk ditempat yang dituju.
            Puan norizah yang sedari tadi melihat kelakuan mereka hanya tersenyum. Dia tahu anak gadis kesayangannya itu mempunyai perasaan yang lebih dari pada kawan terhadap Darwisy. Jika tak, masakkan anaknya itu sering tersenyum jika perkara yang berkaitan Darwisy.
            ‘Syu.. mummy tau perasaan Syu. Mummy harap Syu dapat apa yang Syu harap selama ni.’ Doa Puan Norizah di dalam hati buat anak kesayangannya itu.

Lia hanya menuruti kata-kata Darwisy. Selepas puas mereka berjalan-jalan disekitar Pavillion. Darwisy inging membawa Lia ke suatu tempat. Katanya ingin memberi kejutan kepada dirinya. Kejutan apa agaknya bakal diberikan oleh Darwisy. Siap harus bertutup lagi.
            “Wisy, bila nka sampai ni? Aku dah penat la tutup mata pakai kain ni. Sakit tau tak.” Bebel Lia.
            “Alaa.. sabar la kejap. Kita dah nak sampai ni. Lagi sikit je lagi. Sabar kay.” Pujuk Darwisy. Dia ingin memberi kejutan kepada Lia. Dia tahu pasti Lia suka dengan tempat ni. Tempat yang banyak memberi kenangan kepada mereka berdua sejak zaman persekolahan lagi.
            Lia cuba mengagak tempat yang dibawa Darwisy ini tapi seingatnya. Tempat yang mempunyai kawasan berumpat seperti ini hanya di ..
            ‘Eh tak mungkin la. Lagipun buat apa Darwisy nak bawa aku kat situ kan. Mesti dia tak ingat dah. Lagipun dah bertahun-tahun rasanya dia tinggalkan tempat ni. Hmm..’ Lia cuba menepis kata-kata dalam kotak pemikirannya itu.
            “Wisy.. lambat lagi ke?” rungut Lia. Sudah tidak sabar untuk mengetahui ke mana yang dibawa Darwisy.
            “Okay. Dah sampai pun.”
            Lia ingin membuka ikatan kain dimatanya itu tapi sempat dihalang Dawisy.
            “Kata dah sampai. Bagi la aku buka ikatan ni.”
            “Ish makcik ni. Sabar la kejap. Aku kira sampai tiga baru kau buka kay.”
            “Yela …” lia beralah.
            “Okay aku start kira sekarang kay. Satu… dua.. tiga…” sehabis saja Dawisy mengira kiraannya itu. Perlahan-lahan Lia membuka ikatan matanya itu lalu Lia terkedu.
            ‘Memang tempat ni.’ Desis Lia dalam hati.
            Lia memandang ke arah Darwisy cuba mencari kepastian.
            “Why? Kau tak percaya aku bawa kau ke sini? Ke tempat yang kita selalu lepak masa zaman sekolah dulu. Hmm ?”
            Darwisy seolah-olah boleh membaca apa yang sedang bermain dalam fikiran sahabatnya itu.
            “Kau masih ingat tempat ni?” soal Lia kembali kepada Darwisy.
            “Yela… habis tu, kau ingat aku lupa. Lia bukan bererti aku tinggalkan Malaysia ni bertahun-tahun, aku lupa dengan tempat yang pernah kita habiskan masa bersama. Dan lagi satu, aku tak pernah lupa satu pun tentang kau Lia. Tak pernah..” kata Darwisy sambil berlalu.
            ‘Aku tak pernah lupa satu pun tentang kau Lia. Tak pernah.’ Apa yang cuba Darwisy katakan ni.
            Disaat ini hanya Allah saja yang mengetahui debaran yang dirasai oleh Lia. Kenapa dia perlu diuji seperti ini?
            “Kau menungkan apa lagi tu. Meh la sini. Tak kan kau nak aku dukung kau baru kau nak jalan kot.” Darwisy cuba bergurau.
            Lia masih binggung. Menuruti Darwisy.
            Lalu Lia melabuhkan punggungnya di atas rumput yang menghadap tasik. Dia melihat ketenangan di wajah Darwisy. Apa maksud Darwisy membawa dia ke tempat mereka dahulu.
            “Wisy…” panggil Lia.
            “Hmm..”
            “Kenapa kau bawa ke sini?” soal Lia.
            “Kenapa kau tak suka ke?” soalan dibalas dengan soalan.
            “Bukan tu maksud aku. Tapi aku Cuma pelik je, kenapa tiba-tiba kau bawa aku kat tempat lama kita ni?” Lia cuba bertanya sehinggga dia mendapat jawapan yang pasti. Supaya dia tidak bermain dengan teka teki.
            “Lia.. aku sengaja bawa kau ke sini sebab nak pulihkan hubungan kita yang semakin dingin ni. Aku perasan sejak adanya Tasya and Shafiq, kita dah tak macam dulu. Pantang salah sikit, mesti bergaduh je kita kan. Serius, aku rindu dengan hubungan kita yang dulu. Kalau boleh, aku nak putar balik masa tu. Biar tak ada Tasya, tak ada Shafiq. Only me and you. Aku Cuma nak kita macam dulu balik. Selalu berhubung, even sesibuk mana pun, hubungan kita tak terputus macam tu je. Sekarang ni, nak berhubung sebulan sekali pun susah.” Darwisy meraup wajahnya sebelum menghabiskan kata-katanya.
            “Aku betul-betul rindukan hubungan kita yang dulu. Aku rindu kau.” Kata Darwisy dengan memandang tepat ke wajah Lia.
            Kali ni baru Lia mendengar luahan hati Darwisy sebenarnya.  Ingatkan hanya dia yang rasa seperti itu. Rupanya Darwisy juga merasa perkara yang sama seperti dirinya.
            Keadaan yang sebentar tadi menjadi sunyi gara-gara luahan Darwisy kini kembali seperti biasa. Apabila Darwisy bercerita tentang masa lalu.
            Lia masih terkedu dengan semua yang terjadi. Memang betul kata Darwisy. Memang ini merupakan kejutan yang terbesar dalam hidupnya. Satu persatu Darwisy cuba memberi kejutan kepadanya. Kejutan yang membuat tidak dapat diterima dek akal fikirannya.
            “Eh, Lia kau dengar tak, apa aku cerita ni.” Darwisy menghentikan lamunannya.
            “Dengar la. Kau ni, kalau bab bercerita memang sakan kan.” Lia cuba menghiburkan hati yang sedang gundah gulana.
            “Dengar pun. Ingatkan tak dengar. Kau jangan la diam. Bercakap la sekali. Ni tak, aku sorang je bercakap. Mana aci.” rajuk Darwisy.
            Darwisy bukan tidak perasaan Lia lebih banyak termenung berbanding berbual dengannya.
            “Ah sudah, mula la tu nak merajuk-merajuk. Aku bagi kang baru kau tau.”
            “Kau ni, bukan nak pujuk aku. Main nak bagi-bagi pulak. Nak touching dengan kau la.” Darwisy sengaja ingin menguji Lia. Dia ingin melihat sejauh mana Lia akan cuba untuk memujuk diirnya.
            “Okay-okay… jangan la merajuk lagi. Kau pun tau kan, aku mana la reti pujuk-pujuk orang ni. Okay.. please..” mohon Lia.
            Perlahan-lahan Darwisy mengukirkan senyuman. Memang dari dulu tak reti nak pujuk betul Lia ni. Sama je.
            “Haa.. tau pun. Macam tu la aku rasa masa kau merajuk dengan aku. Habis idea tau nak pujuk kau.” Balas Darwisy.
            “Aik! Aku pula yang kena.”
            “Yela… antara aku dengan kau. Siapa paling kuat merajuk. Kau kan..” selamba je Darwisy berkata.
            “Ewah-ewah… kau ni kan. Ada jugak yang makan kaki harimau ni.”
            Terbahak-bahak Darwisy ketawa. Ada-ada saja perkataan Lia yang membuatkan dirinya gembira.
            “Gelak pula dia. Eh dah la, kalau nak bahankan aku baik kita balik.” Lia pula merajuk.
            “Haa tengok tu. Kan aku dah kata, kau memang kuat merajuk. He he he.. okay la. Aku tak usik kau dah. Sabar la. Masih tak puas aku nak berborak dengan kau ni. Kita stay lagi kay.” Darwisy menarik tangan Lia sebelum dia sempat melangkah.
            Terkejut Lia dengan perbuatan drastic Darwisy.
            “Hello .. kau ni kan. Kau termenung la. Cepat tua baru tau.” Sekali lagi Darwisy terpaksa mengejutkan Lia dari lamunannya.
            “Huh?”
            “Tengok tu. Haish.. Lia sayang intan payung permata berlian logam emas. Kita stay kat sini lama sikit okay?”
            Kini Lia pula yang tergelak.
            “Habis dah? Besi plastic kau tak masukkan sekali? Ha ha ha.” Tergelak-gelak Lia dibuatnya.
            Darwisy hanya melihat gelgat Lia. Senyuman Lia tawa Lia memang manis dipandang. Masih sama seperti dulu juga.
            “So Mr. Darwisy, apa  yang kau nak borak kan sangat tu? Cuba cerita.” Sambung Lia.
            “Ya ampun. Muhammad Aiman Darwisy! Apa yang kau sengih-sengihkan tu? Dah macam kerang busuk tau aku tengok.” Lia bercekak pinggang.
            “He he he..”
            “Sengih lagi. Hadeh. Memang penat cakap dengan orang kuat sengih macam dia ni.” Bebel Lia.
            “Okay. Aku tak sengih dah.” Balas Darwisy sambil membuat mimic muka yang berlainan dari tersengih.
            Terkebil-kebil Lia melihat Darwisy membuat mimic muka.
            “Eh dah-dah.. dah macam orang tahan nak masuk toilet je aku tengok muka kau macam tu.” Kata Lia sambil menahan ketawa dari terburai keluar.
            “Hello… Kawan kau punya muka sikit punya handsome kau kata macam muka nak masuk toilet. Ada ke patut.” Tergeleng-geleng kepala Darwisy.
            “DARWISY!!!!” jerit Lia. Penat bertekak dengan pakcik sorang ni tau. Ada saja nak dijawabnya.
            Darwisy mengangkat dua jari menunjukkan tanda peace!
            “Kau nak bercerita ke or nak bertekak? Kalau bertekak baik balik. Mana kau nak?” katakata Lia seperti memberi ugutan kepada Darwisy.
            “Garang betul mak harimau ni tau. Okay la. Kita sambung bercerita ye.”
            Lia membesarkan matanya. ‘mak harimau?’
            “Haa.. kau jangan mula apa-apa. Kang tak sempat nak bercerita ni.” Pantas Darwisy menghalang sebelum Lia berkata-kata.
            Akhirnya Lia terpaksa mengalah.
            “Lia.. kau ingat tak. Dulu masa kita sekolah kan. Kalau kau sedih je ada problem je, kau selalu menghilangkan diri. Alih-alih aunty suruh aku cari kau. Rupa-rupanya kau bersorok kat sini rupanya ye.” Darwisy membuka nostalgia lama.
            “Asal kau suka sangat datang sini ea?” soal Darwisy.
            “Entah la. Aku rasa tempat ni boleh bagi aku ketenangan hati. Setiap kali aku datang sini, aku rasa masalah aku hilang macam tu je.” Balas Lia sambil tersenyum mengingat kembali kenangan lalu.
           
Pukul 9 malam baru Lia sampai ke rumah. Hanya Darwisy saja membawa dia keluar sampai ke malam seperti ini. kalau lelaki lain, mummy pasti tak bagi.
            “Okay la Lia. Take care. Sleep well okay. Nanti kalau ada apa-apa call aku okay. Kirim salam kat aunty and uncle. Bye-bye.”
            “Okay. Kau pun, drive elok-elok. And kirim kan salam aku kat family kau juga.” Balas Lia.    
            Lia menutup pintu kereta milik Darwisy lalu Darwisy berlalu meninggalkan perkarangan rumah Lia.
            “Assalamuailaikum mummy.” Lia memberi salam sebaik saja memasuki ke dalam rumah.
            “Waailaikumsalam. Darwisy mana?” balas Puan Norizah.
            “Oh dia dah balik dah. Penat kot. Yela seharian berjalan dengan dia hari ni. Eh mummy, daddy tak balik lagi ke?” soal Lia. Sejak dari tadi tidak melihat wajah daddy kesayangannya itu.
            “Oh daddy balik dah. Lepas tu tadi dia pergi sembahyang isyak tadi dekat surau dengan pak bakar kamu tu. Kejap lagi dia balik la tu. Ni Syu dah makan belum? Kalau belum mummy nak siapkan makan malam. Boleh makan malam sekali dengan daddy.”
            “Tak apa mummy. Syu dah makan tadi dengan Darwisy. Mummy… Syu naik atas dulu ea. Nak mandi lepas tu nak tidur. Penat.. nanti mummy kirim salam kat daddy ea. Eh,lupa pula. Wisy pun kirim salam kat mummy dengan daddy.”
            “Okay. Pergi laa mandi. Muka syu pun nak letih sangat tu. Mesti seronok satu hari hang out dengan Darwisy kan.” Kata Puan Norizah kepada anaknya.
            Lia tersenyum.
            “Syu naik dulu mummy. Goodnight. Love you. Muaahh..”

Selepas selesai mandi. Lia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Baru saja dia mahu melelapkan matanya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menunjukkan ada mesej.
            “Siapa pula hantar mesej ni?” dengan malas, Lia membuka untuk membaca mesej tersebut.
            Aku happy sangat hari ni. Thanks sebab sudi lepak dengan aku. Sorry kacau kau malam-malam. Aku ingat aku nak call kau tapi maybe kau dah tidur so aku hantar mesej jela.. sleep well. Goodnight..
            Rupanya Darwisy pengirimnya.
            ‘Aku pun happy juga Darwisy. Thanks to you sebab buat aku happy macam ni.’ Lia meletakkan kembali telefon bimbitnya itu di atas meja solek. Lalu Lia menujuk ke katilnya kembali.
            Akhirnya hari itu malam Lia tidak lagi ditemani dengan keresahan malah senyuman lebar yang tidak lekang dari bibirnya.

Monday, October 3, 2011

sorry ..

assalamuailaikum . korg.. sorry sgt. dh lma nina xpost new entry kt blog ni .. skang ni bz skit .. i.allah .. cuti final sem nnt .. nina sambung blik ea .. sorry sgt2 aw .. skang ni .. yg nina update pn .. byk kt blog bru nina .. www.amalinaindahouse.blogspot.com
nina jst update kt sini je .. utk lpas2kn tension .. blog nvel ni .. t nina update msa cuti ea .. :) ..

relax corner ..!!!