Wednesday, April 27, 2011

CUMC - 2

“Arissa… jom keluar gi makan.” Amany mempelawa Arissa yang leka menyiapkan kerjanya.
            Arissa masih lagi ligat menaip kerja yang diberi oleh Syed Airiel. Dia tidak menghiraukan pelawaan Amany. Ini semua gara-gara kelancangan mulutnya, syed Airiel memberi denda kepadanya.
            “Oit, Arissa! Kau marah aku ke, pasal tadi? Sorry laa. Kau kan tau aku tak berani sangat dengan bos. Lain la kau, bos tu dah macam adik beradik. Tu yang kau boleh selamba kutuk dia. Aku minta maaf ea. Sorry…” Amany tidak putus-putus memohon maaf atas kesalahannya tadi.
            Arissa yang tidak tahan mendengar pujuk rayu sahabatnya itu lalu menoleh ke arah Amany. Dia bukan marah dengan Amany tapi dia mengejar masa. Dia perlu menyiapkan dokumen ini sebelum masa lunch tamat.
            Amany menunjuk muka simpatinya sambil memuncungkan bibirnya.
            “I’m sorry…” katanya lagi.
            Arissa menahan ketawanya dari terburai. Kelakar apabila melihat Amany bersungguh-sungguh meminta maaf kepadanya.
            ‘He he he… Tu laa lain kali buat lagi.’ Desis Arissa dalam hati.
            Arissa masih lagi tajam memandang tepat ke wajah Amany.
            “Arissa… Rissa…” rengek Amany kepada kawannya itu.
            “Rissa… kau jangan la diam macam ni. Arissa…” sambung Amany sambil menarik-narik lengan baju kurung yang dipakai oleh Arissa.
            Pada mulanya Arissa ingin membiarkan sahaja Amany merayu-rayu kepadanya tapi dia sendiri tidak sampai hati. Dia mendiamkan diri bukan kerana marah tapi dia sendiri tidak tahu cara untuk memberitahu kepada Amany yang dirinya didenda oleh Syed Airiel.
            “Ye… ye.. eh, dah laa. Naik bulu roma aku kau dok merengek macam tu. Kalah langsuir tau.” Akhirnya Arissa mengalah. Ini juga merupakan salah sau sebab dia ingin menghentikan sikap Amany.
            Amany sedikit mengukir senyuman mendengar kata-kata Arissa.
            “Thank you Rissa… ni yang buat aku makin saying kat kau ni. Muuaahhh…!!!” Amany ingin memeluk Arissa namun pantas Arissa mengelak.
            “Oh ho… Ni pe kes nak peluk-peluk aku. Kang tak pasal-pasal dapat title ‘lesbian’. Cannot!!! Aku masih dara tau.” Selamba Arissa menutur kata kepada Amany dengan nada inign berjenaka.
            Amany yang sedari tadi mengukirkan senyuman sudah tergelak terbahak-bahak.
            “Ha ha ha…. Lawak la kau ni Rissa. Peluk pun boleh hilang dara ke? Pelik-pelik laa kau ni.” Kata Amany dengan bersisakan ketawanya.
            Ini kali pertama dia mendengar orang mengatakan memeluk boleh menyebabkan hilang dara. Memang kata-kata Arissa ingin bergurau dengannya tapi agak-agak la. Dengarnya dek budak-budak under age kan dah menyebabkan ajaran sesat.
            Arissa yang melihat Amany sudah berair matanya kembali duduk ditempatnya. Dari dia melayan Amany, lebih baik dia meneruskan kerjanya. Jika lambat dia juga yang akan menerima padahnya.
            Amany yang melihat Arissa kembali duduk megerutkan dahinya.
            ‘Tak pergi makan ke minah ni? Tak kan diet kot. Badan dah cekeding pun nak diet lagi ke?’ Amany berteka-teki dalam hatinya.
            “Arissa, kau tak nak pergi makan ke?” soal Amany.
            Arissa yang masih menumpukan pada pekerjaannya hanya menggelengkan kepala.
            “Eh, kau still marah aku ke?” soal Amany lagi. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Ye la, selalunya Arissa orang pertama yang beria-ria untuk keluar lunch tapi kenapa hari ni berlainan.
            Sekarang sudah mencecah pukul 1.15 tengahari. Tidak lama lagi waktu rehat mereka akan berakhir.
            “Arissa?” panggilnya lagi apabila dia melihat Arissa sama sekali tidak menghiraukannya.
            Arissa yang letih mendengar mulut Amany memanggil namanya, akhirnya menoleh ke arah Amany.
            “Arissa.. arissa.. kau ingat aku ni buah markisa ke? Kau tak nampak ke aku tengah makan ni?” balas Arissa.
            “Hah? Makan? Makan apa? Aku tengok kau dok buat kerja ada la.” Amany mengaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal.
            “Ye la, tengah makan. Aku tengah makan hati. Ha ha ha…” sempat lagi dia mengenakan Amany.
            Amany yang mendengar jawapan Arissa memasamkan muka. Orang serius boleh dia main-main.
            “Kepala otak kau! Aku cakap betul-betul, kau main-main pulak.” Marah Amany.
            Arissa hanya tersengih mendengar Amany memarahinya.
            “Kepala aku kat luar, otak aku ada kat dalam. Yang mana kau nak?” kata Arissa tanpa riak bersalah.
            Amany membutangkan matanya.
            “He he he… peace … peace. Aku gurau ja. Aku tak pegi makan la Amany sayang…. Aku kena siapkan benda ni sebelum waktu lunch habis. Kalau tak, bukan setakat keturunan naga je. Nanti dengan keturunan anaconda pun join dengan bos tu.” Sambungnya lagi sambil tersengih-sengih seperti biasa.
            Tak serik-serik lagi betul si Arissa ni. Dah kena denda pun still sempat nak mengutuk bos sendiri.
            “Apa sayang-sayang? Aku bukan lesbian tau.” Balas Amany.
            Arissa tergelak-gelak mendengar jawapan Amany. Amany mengulang ayat yang diberi kepadanya sebentar tadi.
            “Yela yela.. eh, dah la. Aku nak sambung kerja dulu kay. Before two o’ clock bos nak benda ni siap. So, Amany jangan kecik hati tau. Tapi aku tau, hati kau tu sentiasa besar tak akan pernah kecik punya.”
            “Hurm.. okay laa. Kalau macam tu, aku chao dulu la. Kau nak pesan apa-apa tak?”
            “Oh okay.. okay. Tak nak laa. Sarapan aku still ada kat dalam perut ni. Cukup laa buat makan tengahari sekali.” Selamba Arissa.
            Amany menggeleng-geleng kepalanya mendengar semua percakapan Arissa yang tdak pernah mahu serius. Yang tahu main-main je.
            “Ikut kau la Rissa oi. Kalau macam tu aku pi dulu la. Dada…. Bye.” Segera Amany meninggalkan Arissa menyambung kembali kerjanya.
            Arissa melambaikan tangannya kepada Amany yang sudah keluar melangkah pergi meninggalkan pejabat.
            Arissa memerhati ke arah bilik Syed Airiel. Dari tadi dia tidak perasan sama ada Syed Airiel sudah keluar atau belum. Yang pasti pejabatnya sudah tiada penghuni, yang tinggal hanyalah dia sorang diri.
            Tiba-tiba Arissa terdengar sesuatu dari perutnya.
            “Alahai tak kan dah lapar kot.” Arissa menekan perutnya.
            “Wahai perutku, sabarlah engkau ye. Bos aku tu kejam sikit dari Hitler, sebab tu aku terpaksa menahan kau dari dapat makanan. Kau sabar ye.” Pujuk Arissa sendiri.
            Perutnya masih lagi berdendangkan lagu.
            Arissa melihat jam tangannya. Tinggal lagi setengah jam masuk pukul dua. Kerja yang diberi pun belum siap lagi.
            “Huargh…” Arissa menguap. Matanya sudah berair.
            Berkali-kali Arissa menampar lembut pipinya untuk menghilangkan rasa mengantuk yang sempat singgah tapi sia-sia apabila matanya tidak dapat lagi mengawal. Akhirnya Arissa terlelap dengan perut yang sedang lapar dan kerja yang belum siap. Arissa lupa akan Syed Airiel yang pasti akan mengamuk jika kerjanya tidak disiapkan seperti masa yang ditetapkan.

Arissa cuba membuka matanya apabila dia terasa bahunya digoncang berkali-kali oleh seseorang. Dia memisat-misat matanya sebelum dia melihat wajah yang berada dihadapannya itu.
            “Alaa… mengantuk laa. Bagi la lagi lima minit pun jadi la. Mengantuk sangat ni.” Katanya tanpa mengetahui gerangan yang mengejutkannya.
            Alangkah terkejutnya dia apabila Syed Airiel sedang memandang tajam ke arahnya sambil bercekak pinggang. Rupanya orang yang mengoncangkan bahunya itu adalah bosnya sendiri.
            “Bos…” cepat-cepat Arissa membetulkan posisinya.
            Syed Airiel masih lagi tidak berkelip melihat pekerjanya itu. Menidih-nidih hatinya menahan marah dengan sikap Arissa. Boleh dia enak membuai mimpi sedangkan masihlagi dalam waktu bekerja.
            “Arissa! Awak tahu sekarang masa apa?!” keras suara Syed Airiel menyapa telinga Arissa.
            Arissa hanya menganggukkan kepalanya.
            “Habis? Siapa benarkan awak tidur? Kerja yang saya bagi, awak dah siapkan?” Syed Airiel tidak dapat membendung marahnya lagi.
            “Huargh…”
            Syed Airiel membutangkan matanya apabila dengan selamba Arissa menguap dihadapannya.
            Amany yang sedari tadi melihat perkara itu menggeleng-geleng kepalanya.
            “Cari nahas betul laa Rissa ni.” Katanya sendirian.
            “Arissa!!!”
            Pantas Arissa menutup telinganya. Jeritan Syed Airiel benar-benar membuatkan telinganya berdesing. Mana tidaknya Syed Airiel menjerit betul-betul ditelinga kanannya.
            “Ish, bos ni. Boleh pekak tau telinga saya kalau hari-hari dengar bos menjerit macam tu. Saya tau la yang suara bos tu sedap tapi tak payah la nak testing volume kat telinga saya. Kang saya pekak, bos juga yang susah. Nak panggil-panggil dah taka da orang nak sahut.” Sempat lagi dia berleter kepada bosnya sendiri.
            Pekerja yang berada disitu turut tergelak mendengar kata-kata ‘indah’ yang diucapkan kepada bos mereka itu.
            Syed Airieil yang terdengar gelak tawa pekerjanya yang lain memberi pandangan yang tajam.
            “Kamu semua ni dah taka da kerja nak buat ke?! Dah! Pergi sambung kerja!” tengking syed Airiel kepada mereka semua.
            Kelam kabut mereka jadinya. Masing-masing kembali duduk ditempat sendiri dan menyambung kembali tugas mereka.
            Arissa masih lagi berada ditempatnya.
            “Arissa… I…” belum sempat Syed Airiel menghabiskan kata-katanya, laju Arissa memotong.
            “I want to see you in my office right now!” kata Arissa sambil tersenyum kepada Syed Airiel.
            Dia tahu itu ayat yang bakal keluar dari mulut Syed Airiel.
            Syed Airiel mengerutkan dahinya. Sikap Arissa kadang-kadang betul-betul boleh membuatkan dia marah dalam masa yang sama Arissa juga mampu membuatkan dia sendiri hendak tergelak.
            “Bos jangan marah. Saya bukan nak tengking kat bos tapi saya Cuma nak tolong bos sampaikan ayat bos tu. Saya tau bos nak jumpa saya kat bilik bos kan? Tapi boleh tak, saya nak minta izin lima minit nak pergi tandas. Saya nak bersihkan muka la bos. Biar lebih segar sikit. Yela, nanti bila bos nak bising-bising boleh la saya semat terus kat dalam kepala otak ni. Boleh ye bos?” terang Arissa kepada bosnya tentang ajukkan yang dikatakannya sebentar tadi.
            Arissa menanti jawapan Syed Airiel.
            “Bos… oh bos…” dia melambai-lambai tangannya dihadapan muka syed Airiel. Tujuannya ingin mengejutkan Syed Airiel daripada lamunannya.
            “Hmm.. tak apa la. Make sure lepas lima minit awak kena ada kat dalam bilik saya. Kalau tak, siap awak.” Kata syed Airiel. Tanpa menunggu balasan dari Arissa, Syed Airiel berlalu pergi.
            Dalam hati Syed Airiel sendiri binggung kenapa dia tidak memberhentikan Arissa. Bukan sekali dua Arissa bersikap seperti ini malah boleh dikatakan setiap hari. Jika pekerja lain melakukan hal seperti Arissa pasti sudah diberhentikannya tapi kenapa tidak Arissa. Syed Airiel binggung dengan sikapnya ini.
            “Gila kau! Berani gila kau lawan bos. Kau tau tak masa bos tengok kau tidur tadi, bukan main dia naik angin. Dah macam incredable hulk pun ada.” Tiba-tiba Amany menegurnya dari belakang.
            Nasib baik Arissa tidak terkejut seperti biasa, kalau tak sah-sah melatah lagi.
            Dengan gaya seperti ingin mengambil wuduk, Arissa membasahkan mukannya.
            “Ala Amany, aku bukan sengaja pun. Aku mengantuk sangat tadi. Tu yang aku tertidur. Tak ada niat pun.” Jelas Arissa. Dia memang tidak berniat untuk tidur di dalam pejabat tapi dia sendiri tidak dapat menahan matanya dari terpejam.
            Amany yang berada dibelakang Arissa mengikut Arissa keluar dari bilik air.
            “Kau ni macam-macam la. Lebih baik kau pergi jumpa dia sekarang kat dalam bilik. Kang tak pasal-pasal menjerit lagi bos kita tu.” Kata-kata Amany membuatkan Arissa tergelak.
            “Yang kau gelak tu apasal?” Soal Amany yang pelik melihat Arissa tergelak seperti itu. Rasanya tiada yang lawak pun dalam kata-katanya tadi.
            “Tak ada apa la. Aku saja nak tergelak.”
            “Hoi!” pantas Amany menampar bahunya.
            Namun sempat Arissa mengelak. Dia berlari meninggalkan Amany dengan menunjukkan peace kepadanya. Amany menjuih bibir. Siapa tahan dengan sikapnya seperti itu.

Sebelum masuk ke bilik Syed Airiel, Arissa membaca doa selamat. Dia menghembus-hembus dihadapan pintu.
            “Ya Allah selamatkan la hambamu ini. Aku tahu mulutku ini tidak boleh harap. Asyik menjawab je kerjanya. Tapi sungguh aku tak berniat Ya Allah. Kau berilah aku kekuatan untuk menahan telinga mendengar leteran bosku, Ya Allah.” Tu merupakan doanya.
            Dengan kata Bismillah, Arissa mengetuk pintu bilik Syed Airiel.
            “Masuk.”
            Perlahan-lahan Arissa menapak masuk ke ruangan itu. Terasa peluh dingin menjamah mukanya.
            “Awak lambat 1 minit dan 37 saat. Sebelum saya bertanya sesuatu, awak boleh jelaskan kenapa awak bersikap seperi itu.” Sinis Syed Airiel berkata.
            Arissa kagum dengan sikap Syed Airiel yang sempat kira masa.
            ‘Wow! Bos dasyat betul la.’ Puji Arissa dalam hati.
            Syed Airiel yang sedang menatap laptopnya menoleh ke arah Arissa yang masih lagi membisu.
            “Arissa… boleh tak, untuk kali ini awak jangan bagi saya naik darah? Boleh tak?” pinta Syed Airiel.
            “Hah? Oh… okay-okay. Maaf la bos saya tak sengaja tadi. Saya bukan niat nak makan gaji buta pun kat syarikat bos ni tapi tadi saya mengantuk sangat-sangat. Tambahan pula, perut ni asyik mendendangkan lagu dondang sayang. Tu yang buat mata semakin layu kuyu tu. Saya betul-betul minta maaf. Saya janji lain kali saya akan dahulukan kerja. Mengantuk ke, lapar ke saya akan ketepikan. Bos maafkan saya ye.” Seperti mesin gun Arissa menerangkan kepada Syed Airiel.
             Syed Airiel menyembunyikan tawanya. Sikap Arissa seperti ini boleh membuatkan amarahnya reda. Tapi sebagai seorang ketua, dia harus tegas jika tidak akan dipijak oleh kakitangan yang lain.
            “Macam ni la Arissa. Saya dah fikir masak-masak, saya ingat saya nak…”
            “Bos.. saya minta tolong bos jangan la bos pecat saya. Saya perlukan pekerjaan ni bos. Tolong la bos. Saya merayu kat bos. Tolong la faham keadaan saya. Lagipun tak baik bos nak tutup periuk nasi saya. Allah marah tau. Bos…. Tolong la. Saya janji saya akan kerja elok-elok. Bos jangan la pecat saya.” Rayu Arissa.
            Syed Airiel tercenggang melihat Arissa bersungguh-sungguh merayu kepadanya. Tawa yang disimpan dari tadi, akhirnya terburai. Syed Airiel benar-benar tidak menahan untuk ketawa.
            Melihat Syed Airiel ketawa seperti itu Arissa menjadi binggung.
            “Eh, asal bos gelak? Saya betul-betul, bos pulak main-main. Tak aci tau.” Bebel Arissa.
            Macam mana Syed Airiel tidak tergelak, dia tidak kata pun yang dia akan memecat Arissa. Tiba-tiba saya pengurus peribadinya ini merayu-rayu supaya tidak memberhentikan dia.
            “Siapa kata saya nak pecat awak? Saya nak Cuma nak bagitau yang saya lantik awak untuk menguruskan urusan pejabat ni masa Sharifah Hanum datang. Yang awak tiba-tiba merayu kat saya sampai macam tu siapa suruh.” Kata Syed Airiel dengan bersisakan gelak tawa.
            “Laa… awat tak cakap awai-awai. Buat penat je saya acting. Habis bocor bakat saya yang terpendam ni.” Ayat cover line. Wajah Arissa merona merah namun dia bersikap selamba. Siapa tak malu jika perbodohkan diri sendiri.
            Bertambah kuat Syed Airiel ketawa. Padahal tadi sikit punya angina dia dengan Arissa.
            “Tu la, lain kali cakap macam bullet train lagi. Saya tak sempat nak habiskan ayat, awak dah potong. Lain kali, kalau orang cakap jangan menyampuk. Faham?” walaupun nada suaranya direndahkan tapi ketegasan masih dapat dikesan.
            Arissa mengangguk-angguk kepalanya.
            “Okay bos.” Arissa memberi tabik kepada Syed Airiel.
            Sikap seperti kanak-kanak boleh membuatkan marah Syed Airiel berkurang. Sikap Arissa seperti ini, membuatkan dia teringat kembali kepada arwah adiknya, Sharifah Emylia.
            “Bos kalau tak apa-apa, saya keluar dulu la ye. Saya nak siapkan kerja yang bos bagi tu. Saya janji sebelum balik, saya akan pastikan bos dapat kerja yang bos suruh tu. Okay bos?” Arissa ingin meminta diri.
            “Okay but make sure you keep your words. Awak boleh keluar sekarang.”
            Mati-mati Arissa ingat dia bakal dimarahi oleh bosnya gara-gara dia terlelap tengahari tadi. Rupanya tujuan bos memanggil dia masuk ke bilik adalah ingin memberi tugasan baru.
            ‘Sharifah Hanum? Siapa tu?’ Arissa berteka teki dalam hatinya. Dia lupa ingin menanyakan hal ini kepada Syed Airiel.
            Syed Airiel meneruskan kerjanya setelah Arissa melangkah keluar dari biliknya. Banyak perkara yang tidak diketahui oleh pekerjanya tentang kehidupannya. Sikap Arissa betul-betul membuatkan rasa rindu menyerang hatinya.
            “Adik, kalau adik ada sekarang mesti adik sebaya dengan Arissa. Abang rindukan adik.” Keluh Syed Airiel.
            Selepas kehilangan Hana, Sharifah Emylia yang banyak menemani dan memberi kata-kata semangat kepadanya tapi tidak dia duga. Tidak lama kemudian, adiknya pula yang pergi meninggalkannya. Bukan untuk seketika malah selama-lamanya.
            Sejak dari itu, keluarganya tidak pernah lagi menyebut mengenai sharifah Emylia. Mereka tidak mahu lagi menambah kesedihannya. Hubungan dia dan adiknya amat akrab dan salah satu yang menyebabkan dia menjadi seorang yang workaholic adalah disebabkan ini. Dia ingin melupakan segala kenangan pahit dalam hidupnya.

Monday, April 25, 2011

CUMC - 1


“Alaa… mana aku letak dokumen tu? Mampus aku. Dah laa bos tu asyik naik kepala angin je. Kalau tak jumpa… “ ketika Arissa sedang membebel seorang diri tiba-tiba…
            “Arissa!!!” Suara pekikkan Syed Airiel Zafran sudah kedengaran ke mejanya.
            Berdesing telinga dengar suara bos yang merdu tu.
            Semua pekerja memerhati tepat ke arah Arissa atau lebih dikenali sebagai Miss Clumsy. Kenapa Miss Clumsy? Sebab sehari kalau tak bagi pejabat atau orang sekeliling huru hara, hidup Arissa seperti tidak lengkap.
“Hoih!” Amany mencuit bahu kawannya yang sempat mengelamun.
“Oh anak kucing aku beranak.” Patah dicuit pasti Arissa akan melatah.
Amany yang disebelahnya turut mengukirkan senyuman mendengar Arissa termelatah.
“Ish, kau ni. Nak bagi aku mampos apa?” sergah Arissa sambil mengurut dadanya.
“Banyak la kau. Tu bos kesayangan kau dah terpekik terlolong kat dalam bilik dia. So, all the best.” Amany menepuk bahunya sebelum melangkah pergi.
“Arissa….!!!” Sekali suara Syed Airiel kedengaran.
“Ye bos. I’m coming…” balas Arissa.
Hanya dia seorang yang berani membuat bos mereka naik angin. Jika yang lain pasti sudah menikus apabila mendengar suara Syed Airiel sperti itu.
Tanpa berlengah lagi, Arissa dengan lemahnya melangkah menuju ke ruangan bosnya. Dalam hati hanya Allah saja yang mengetahui debaran hati untuk berjumpa dengan bisnya yang seperti singa kelaparan itu.
Arissa menarik nafas yang panjang sebelum mengetuk pintu bilk Syed Airiel.
Tok! Tok! Tok!
“Masuk!” serius suara Syed Airiel menyuruhnya masuk.
Arissa terasa seperti tekaknya tidak dapat menelan air liur lagi.
“Ye, bos. Tadi bos panggil saya ke?” berhati-hati Arissa mendekati bosnya yang memndang ke arah bingkai gambar keluarganya itu.
“Habis tu? Awak ingat saya nak panggil moyang awak ke?” kata Syed Airiel sambil memalingkan tubuhnya menghadap pekerjanya.
“Moyang saya dah mati bos.” Pantas Arissa menutup mulutnya.
Syed Airiel membulatkan matanya apabila mendengar jawapan tulus ikhlas dari mulut Arissa ataupun dikenali sebagai pembantu peribadinya.
“Apa awak kata?!” suara sedikit mengeras.
Cepat Arissa menggelengkan kepalanya.  
Syed Airiel memejamkan matanya sebelum berkata sesuatu kepada Arissa.
“Awak ada bawa fail yang saya suruh awak siapkan tu?” nada suara Syed Airiel menjadi normal.
“Fail?” pertanyaan Syed Airiel dibalas dengan pertanyaan.
Sekali Syed Airiel membulatkan matanya mendengar jawapan Arissa.
Arissa sempat lagi memberi senyuman kepada bosnya itu. Dalam hati hanya Allah saja yang mengetahui debaran dirasainya pada kala itu.
“Saya tanya, awak ada fail yang saya minta tu ke tidak?” suara Syed Airiel sedikit mengeras.
Arissa masih lagi memandang wajah Syed Airiel.
“Arissa!”
            Dia tidak tahu jawapan apa yang harus diberi kepada bosnya.
            “Bos saya…. Erm, saya…”
            “Saya apa?! Saya tak bawa fail tu! Macam tu?!” jerkah Syed Airiel.
            Arissa bukan terkejut dengan tengkingan Syed Airiel malah dia sudah tidak kisah dengan tengking tersebut. Yela, setiap hari pasti dia ditengking tapi dia tidak menyalahkan bosnya malah memang dia patut ditengking dengan sikapnya yang sentiasa cuai. Jika dulu mungkin dia akan terasa dengan semua ini tapi bukan kini.
            “Haa.. benda tu laa yang saya nak bagitau kat bos. Saya bukan tak bawa tapi saya tertinggal. Kalau bos nak, saya pergi ambil sekarang kay. Maaf ye bos.” Dengan selamba Arissa menjelaskan kepada bosnya.
            Tanpa berlengah lagi Arissa ingin melangkah keluar dari ruangan tersebut.
            ‘Cabut jangan tak cabut Arissa. Sebelum harimau bertukar jadi naga. Aum ! aum !’ sempat lagi Arissa mengutuk dalam hatinya.
            Syed Airiel mengetap bibirnya menahan marah dengan sikap Arissa yang tak pernah serius dalam pekerjaan. Arissa sudah hilang dari pandangan matanya.
            Syed Airiel meraup wajahnya. 
            Syed Airiel melihat jam tangannya. Lagi sejam setengah dia akan menghadiri meeting di Syarikat Wangsajaya untuk projek terbarunya dan yang merisaukannya adalah fail tersebut masih lagi belum disemak olehnya. Ini  semua gara-gara Nurul Iman Arissa!
            Sekarang dia Cuma berharap Arissa sempat membawa fail tersebut sebelum meeting itu bermula.

Syed Airiel mundar mandir dihadapan bangunan Syarikat Wangsajaya menunggu Arissa. Dapat bayangkan seorang bos terpaksa menunggu pekerjanya didalam keadaan yang panas terik. Lagi 15 minit meeting itu akan bermula tapi batang hidung Arissa masih belum kelihatan.
            Tidak mungkin dia akan melangkah masuk tanpa sebarang dokumen untuk dibentangkan. Pasti dia akan dianggap tidak mengikut syarat yang ditetapkan untuk merebut projek ini. Banyak lagi Syarikat yang terpaksa disaingi untuk projek yang bernilai RM1.3 juta. Jika dia gagal mendapat projek ini pasti dia terpaksa menanggung risiko yang tinggi.
            “Boss!” Syed Airiel dapat mengagak suara siapa yang memanggilnya.
            Arissa berlari-lari mendapatkan Syed Airiel dihadapan pintu masuk Wangsajaya.
            Syed Airiel menoleh ke arah Arissa dengan wajah yang begis. Jika mereka berada dipejabat pasti dia akan menghemburkan amarahnya yang berbakul-bakul kepada Arissa.
            “Dah cepat masuk. Awak bawa fail tu ke tidak?” itu soalan pertama yang harus dan wajib ditanyakan terlebih dahulu.
            Arissa hanya menganggukkan kepalanya lalu dia memberi fail kepada Syed Airiel. Kemudian fail itu bertukar tangan.
            Syed Airiel ligat memeriksa kembali fail yang diberikan oleh Arissa kepadanya. Jika boleh dia ingin mendapatkan projek ini.
            “Bos apa kata kita masuk ke dalam dulu. Panas la tunggu kat sini. Dah macam ayam panggang pun ada juga kita ni.” Cadang Arissa sambil mengipas-gipas wajahnya.
            “Pandai pula panas. Tadi yang saya tunggu awak setengah maut awak tak nak kata panas pula!” tempik Syed Airiel.
            Arissa tersengih-sengih mendengar kata-kata Syed Airiel.
            “Ala bos, saya bagi cadangan je. Tapi kalau bos nak jemur badan macam ikan kering, saya okay juga tu. Boleh guna original sauna. Tak payah membazir duit pergi Spa. Kan bos kan?”     jawab Arissa.
            Boleh lagi dia loyar buruk dengan Syed Airiel.
            “Eii.. kalau cakap dengan awak ni kan buat tambah sakit hati. Dah la, jom ki…ta..” syed Airiel tidak menghabis kata-katanya apabila dia sedar Arissa terlebih dahulu berjalan meninggalkannya disitu. Rupanya dari tadi dia bercakap seorang diri.
            “Bos, boleh tak kita sambung berjemur lepas habis meeting? Sekarang dah lambat ni, tinggal lagi 5 minit je. Cepat la bos.” Pekik Arissa yang sudah jauh dari Syed Airiel.
            Arissa tidak menunjukkan rasa bersalah langsung malah dia boleh menunjukkan barisan giginya kepada Syed Airiel.
Syed Airiel menggeleng-geleng kepalanya. Macam mana dia boleh mengambil Arissa sebagai PAnya. Jika dia tahu begini jadinya, pasti dari dulu dia tidak akan menerima Arissa untuk menjadi PAnya. Bukan menyenangkan malah lagi menyusahkan. Dia lebih rela berkerja tanpa ada pengurus peribadi seperti ini.
Tanpa menunggu lagi, Syed Airiel mengikut Arissa melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.

Setelah dua jam membincangkan projek tersebut, akhirnya Syarikat Wangsajaya memilih Syed Airiel sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan projek tersebut. Mereka berjabat tangan sebelum syed Airiel meninggalkan syarikat itu.
            “Okay Encik Airiel, saya berharap pihak Encik akan melancarkan projek ini seperti yang diterangkan oleh pihak Encik tadi. Jika tidak ada apa-apa masalah, saya mewakili pihak kami mengucapakan tahniah dan terima kasih.” Kata salah seorang lembaga syarikat wangsajaya kepada Syed Airiel.
            Syed Airiel hanya tersenyum.
            Ini kali pertama Arissa melihat bosnya itu melemparkan senyuman.
            ‘Handsome juga bos aku ni kalau dia senyum erk.. hehehe…’ desis Arissa dalam hati.
            Syed Airiel yang sedar Arissa sedang tersenyum-senyum seorang diri, menyiku PAnya itu.
            “Ooopocot mak engkau.” Latah Arissa.
            Wajah Arissa merona merah apabila dirinya ditertawa oleh orang-orang yang masih berada disitu dengan mereka. Syed Airiel yang disebelahnya itu juga ketawa kecil. Ini kali pertama dia mendengar Arissa melatah.
            “Apa ni bos, main siku-siku orang? Saya backhand baru tau.” Marah Arissa tanpa menghiraukan orang lain.
            Syed Airiel mengerutkan dahinya.
            “Airiel… Airiel… bagus kau ada pekerja macam ni. Yang berani mengatakan kata hatinya.” Rizal berkata sambil menepuk bahu Syed Airiel.
            Rizal juga merupakan salah seorang lembaga pengarah yang menguruskan meeting sebentar tadi dan juga sahabat kepada Syed Airiel sendiri.
            Arissa menjentik mulutnya sendiri apabila dia menyedari keterlajurannya.
            “Auch…” semua mata memandang tepat ke arah dirinya.
            “Kenapa dengan awak?” soal Syed Airie yang pelik dengan sikap Arissa tiba-tiba berbunyi seperti orang sakit.
            Arissa tidak dapat berkata apa-apa. Hari ini saja pelbagai benda yang memalukan dirinya sendiri.
            “Oh, tak apa-apa bos. Ni ha, tiba-tiba perut rasa sakit. Saya minta diri pergi tandas dulu la bos.” Arissa tidak sanggup bertahan lama disitu lagi.
            Syed Airiel yang tidak faham hanya mengangguk kepalanya.
            Setelah mendapat izin dari Syed Airiel dengan pantas Arissa meninggalkan mereka semua.
            Rizal dan yang lain masih lagi ketawa dengan sikap Arissa.
            “Okay la, aku pun minta diri la. So, about projek ni aku akan still berhubung dengan pihak korang if ada masalah. Okay?”
            “Oh okay. See you and send my regard to your personal assistant.” Jawab Rizal sambil mengenyit matanya.
            Lalu Syed Airiel turut meninggalkan tempat itu.

Tok! Tok! Tok!
            Pintu bilik Syed Airiel diketuk dari luar. Kemudian pintu biliknya dikuak perlahan oleh seseorang.
            “Boleh umi masuk?” soal Sharifah Hajariah iaitu ibu kepada Syed Airiel.
            “Eh, masuk la umi.” Pelawa syed Airiel.
            Syed Airiel mengesot ke tepi untuk memberi tempat kepada uminya untuk duduk.
            “Riel tengah fikirkan apa tu?”
            “Hah? Tak ada apa-apa la umi. Riel tengah fikirka soal kerja tadi. Yela, sekarang ni Riel nak kena urus satu lagi projek baru. Tu yang buzy sikit tu. Kenapa umi?”  jelas Syed Airiel.
            Sharifah Hajariah tersenyum mendengar jawapan anak terunanya itu. Tahun ini Syed Airiel akan mencecah umur 28 tahun dan dia masih lagi tidak mempunyai pasangan. Bukan Sharifah Hajariah tidak tahu sebab Syed Airiel masih membujang sehingga sekarang.
            “Riel… umi tahu yang bukan tu yang Riel sedang fikirkan. Riel teringatkan Hana kan?”
            Hana merupakn seorang gadis yang pernah menjadi orang terpenting dalam hidup anak terunanya itu. Namun Hana telah meninggalkan Syed Airiel tanpa sebab. Oleh kerana itu, Syed Airiel telah banyak berubah. Dia lebih menumpukan perhatian kepada pekerjaan dan dia sediikit tidak memberi ruang kepada perempuan lain mendekatinya.
            Perlahan Airiel mengiakan kata-kata uminya. Memang setiap malam pasti dia akan teringatkan gadis pujaannya itu.
            Walaupun sudah hampir 3 tahun Hana meninggalkannya tapi rasa kasih dan sayang masih lagi bersisa dalam hatinya untuk gadis itu.
~Flashback.
            “Riel… Hana nak cakap sikit boleh?” soal Hana sambil memegang erat tangan Airiel.
            “Sejak bila nak cakap kena tanya ni? Tanya je la.” Airiel cuba berjenaka.
            “Riel ni, Hana serius tau.”
            Airiel tersenyum mendengar kata-kata kekasih kesayangannya itu.
            “Okay okay… Riel pun serius gak. Apa yang Hana nak cakap?” Airiel duduk bertentangan dengan Hana.
            “Riel cintakan Hana tak?” soal Hana.
            “Mesti laa Riel cintakan Hana. Kalau tak dah lama Riel cari orang lain tau.”jawab Airiel sambil mencuit hidung Hana.
            Hana tersenyum bahagia mendengar jawapan Airiel.
            “Hana pun cintakan Riel. Hanya Riel sorang yang Hana cinta. Riel janji tau tak akan sia-siakan Hana.” Lalu lengan Airiel dipaut kemas oleh Hana.
            “Riel janji. Riel tak akan siakan Hana dan hanya Hana yang bertakhta dalam hati Riel. I love you Nur Hana Najwa.”
           
            Tanpa dia sedari, kenangan tersebut membuatkan air matanya bertakung. Sharifah Hajariah yang berada disebelahnya mengusap perlahan bahunya.
            “Umi rasa mungkin dah saatnya Riel cari penganti Hana. Sampai bila Riel nak setia pada orang yang tinggalkan Riel.” Nasihat Sharifah Hajariah kepada anak terunanya itu.
            Dia turut merasai sakit yang dialami oleh Syed Airiel. pada mulanya Syed Airiel seorang lelaki yang sangat ceria dan peramah berubah menjadi seorang yang dingin. Bukan dia tidak tahu perkembangan anak terunanya itu.
            “Nanti la umi. Buat masa sekarang ni, Riel nak tumpukan pada kerja. Insya-allah kalau ada seseorang untuk Riel, pasti Riel akan bagitau umi.”
            Syed Airiel meraup wajahnya.
            “Tak apa laa Riel. Umi Cuma harap yang Riel dapat cari seseorang yang baik dan boleh jaga Riel. Umi tak nak, disebabkan Hana, Riel tidak buka hati Riel untuk orang lain. Yang lepas biarlah ia lepas. Tak usah dikenangkan lagi.” Tambah Sharifah Hajariah.
            “Baik la umi.”
            “Okay la Riel. Umi masuk tidur dulu la. Kamu jangan tidur lambat sangat, tak elok untuk kesihatan, kerja… kerja juga. Kesihatan pun kena jaga. Okay.” Sharifah Hajariah meminta diri.
            “Ye la umi. Selamat malam. Assalaamuailaikum.” Syed Airiel mencium tangan dan dahi uminya.
            Syed Airiel bergerak ke meja kerjanya. Dia mengeluarkan sesuatu dari laci lalu ditatapnya.
            Gambar Hana ditatap. Dia begitu merindui gadis itu.
            “Apa salah Riel sampai Hana tinggalkanRiel dengan sepucuk surat?” kata Syed Airiel sebelum dia medekatkan gambar itu ke dadanya.
            Syed Airiel menutup rapat matanya.

“Dia untukku bukan untukmu, dia milikku bukan milikmu, pergilah kamu jangan kau ganggu biarkan aku mendekatinya. Kamu tak akan mungkin mendapatkannnya karna berikan petanda juga…”  
            Dengan berhati-hati Amany mendekati sahabatnya yang sedang rancak menyanyi di ruang pantri.
            “…jangan kamu banyak bermimpi. Dia untuk aku…” Arissa masih leka dengan nyanyiannya tanpa menyedari kehadiran Amany disitu.
            “Chak!” Amany menegur Arissa dengan niat untuk mengejutkan dia.
            “Oh mak datin kau terjun.” Latah Arissa.
            Amany sudah tergelak-gelak. Rancangannya Berjaya.
            Arissa mengurut-urut dadanya sebelum dia menampar bahu sahabatnya itu.
            “Adoi! Sakit la.” Marah Amany.
            “Oh sakit. Padan muka. Lain kali buat la lagi.”
            “Kau ni kan Rissa… harap Nampak je lembut tapi ganas mengalahkan harimau betina.” Kata Amany.
            Amany masih lagi mengosok-gosok bahunya itu akibat ditampar Arissa.
            “Macam mana aku tak ganas. Tengok la aku kerja dengan siapa. Dengan harimau keturunan naga. Kejap lagi dia masuk office mula la, terpekik-pekik aku. Arissa! Arissa!” dengan gaya Arissa memerli Syed Airiel.
            “Siapa yang harimau keturunan naga tu?”
            “Siapa lagi kalau bukan Syed Airiel Zafran tu.  Bos ki…” kata-kata Arissa terhenti apabila dia sedar bukan suara Amany yang menanyakan hal itu.
            Dengan berhati-hati Arissa menoleh ke arah suara tersebut.
            Syed Airiel yang sedang menyilangkan kedua-dua belah tangannya tepat memandang ke arah Arissa yang tersengih-sengih.
            “Eh eh… bos. Bos nak minum air? Kalau bos nak nanti saya tolong buat kan.” Arissa sengaja ingin mengelakkan diri.
            Matanya ligat mencari kelibat Amany yang tiba-tiba hilang dari ruangan tersebut.
            ‘Cis. Kurang asam garam punya kawan. Dia tinggal aku sorang-sorang kat sini.’ Sumpah Arissa dalam hati.
            “Dah, tak payah awak nak cari alasan nak mengelak. I want tto see you in my office. Right now!” tegas Syed Airiel.
            Syed Airiel meninggalkan dirinya disitu.
            “I want to see you in my office. Right now!” arissa sengaja mengulang kembali kata-kata Syed Airiel.
            “Arissa!”
            Pekik Syed Airiel.
            “Yes bos. Kejap!” balas Arissa.
            “Ish tak sakit tekak ke asyik terpekik macam tu. Kang kalau tak boleh cakap baru padan muka. Hah! Sorang lagi ni. Entah hilang ke mana. Tunggu kau. Kalau aku Nampak kau. Siap aku kerja kan.” Bebel Arissa di dalam pantry.
            Sebelum namanya dilaung sekali lagi lebih baik dia menghadap si harimau keturuanan naga tu. Tanpa berlengah Arissa melangkah menuju ke bilik syed Airiel.

relax corner ..!!!