Wednesday, March 9, 2011

bab 11


Sejak aku pulang dari hospital, aku banyak mendiamkan diri. Masih terngiang-ngiang suara Sulfian menceritakan tentang ibuku. Bukan itu saja yang bermain difikiran aku malah aku memikirkan bagaimana caranya untuk aku ceritakan perkara ini kepada Haikal dan keluarganya.
            Aku harus berjumpa dengan mak dan ayah terlebih dahulu. Aku harus menceritakan perkara ini kepada mereka. Tapi, Haikal pasti tidak membenarkan aku pergi bersendirian atau bersama Anna. Lepas aku pengsan tempoh hari, ke mana saja aku pergi mesti bersama Haikal. Dia sangat risau jika sesuatu yang buruk menimpaku.
            ‘Tidak, perkara ni harus selesai kalau tidak Sulfian akan lebih menakut-nakutkan aku.’ Lantas aku mengambil telefon bimbitku lalu aku mendail nombor Haikal.
            “Hello, assalamuailaikum. Abang, Nia ni. Abang buzy ke?” aku terus memberi salam.
            “Oh… Nia sorry. Haikal ada kat dalam toilet la. You ada apa-apa ke nak sampaikan kat dia. Nanti boleh I tolong sampaikan untuk you.”
            “So..sofea? Is that you?”terkejut bila aku mendengar suara perempuan yang menjawab telefon Haikal.
            “Oh.. lupe pulak nak bagitau. Yes, its me. Haikal ada dengan I sekarang ni. So, you ada apa-apa nak suruh I sampaikan kat dia. Kalau nak tunggu dia, takut lambat pula. Dia tengah mandi tu. Ops! Terlepas pula.. sorry.”
            ‘Haikal dengan Sofea? Mandi?’ aku tidak tahu apa yang harus aku katakan dan aku tidak tahu apa yang sedang berlaku.
            “Oh, ok.. ok. Sorry menganggu.” Dengan pantas aku memutuskan talian telefon. Berderai-derai air mataku mengalir.
            “Abang… what’s going on? I need your explaination…” Aku mengusap perutku yang sedikit membuncit sambil berkata sendirian.


“Sofea ada sesiapa call I tak masa I pergi tandas tadi?” Haikal mendekati Sofea yang sedang menikmati makanan di restoran yang berdekatan dengan pejabatnya.
            “No one. Lamanya you pergi tandas. Macam mana dengan tie you, dah boleh keluar ke kotor tu?” bohong Sofea.
            Haikal menyambung kembali juadah yang ditinggalkannya ketika ingin membersihkan tienya yang terkena air kopi.
            “Oh… I cuci pun keluar sikit je. Nasib baik I selalu spare extra clothes in my car kalau tak I tak tau macam mana nak handle meeting kejap lagi. By the way Sofea, tadi you kata ada something nak bagi tau kat I. Apa dia?”    
            Sofea tersenyum apabila dia berjaya melakonkan satu watak. ‘Kesian kau Nia…’ dia ketawa dalam hati.
            “Hah… oh, actually I nak bagitau kat you yang maybe I akan pergi New York. I akan sambung karier I kat sana and sebenarnya I nak ucap congrat kat you. I dengar you nak jadi papa tak lama lagi. Congratulation ya!” Sofea berlagak tenang seperti tiada apa-apa sedang berlaku.
            Haikal menoleh ke arah Sofea.
            “Oh, you too. Congrat! Tapi macam mana you tau wife I sedang pregnant sekarang ni? You spy I ye…” Haikal berjenaka.
            Sofea hanya tersenyum hambar.
            “Alaa.. Haikal if you tak bagitau pun, I pasti I akan tau. You kan pernah jadi buah hati I, so apa-apa perkembangan pasal you mesti I tau.”
            Haikal mematikan senyumannya. Dia kembali menatap Sofea dengan pandangan yang tajam.
            “Sabar laa… I gurau je la. You ni, since dah kahwin cepat terasa laa.” Sofea menenangkan Haikal yang tidak lagi memberi senyuman kepadanya.
            “After this I tak you gurau macam ni. I tak suka. Cerita kita dah lama berlalu. Sekarang I Cuma cintakan isteri I, Nia. And I hope one day you pun dapat orang yang lebih baik dari I.” Serius Haikal menerangkan kepada Sofea.
            Ya. Benar hanya Nia yang bertakhta dihatinya bukan Sofea atau pun perempuan lain. Cintanya hanya buat Nia dan anak yang bakal lahir.
            Sofea menahan geram mendengar kata-kata Haikal.
            “Ok… I tau I salah. Maafkan I ok. I janji lepas ni I tak gurau benda macam ni lagi. Please smile. Tak suka laa tengok you macam ni.” Sofea masih melemparkan senyuman walaupun hatinya bagai dihiris-hiris.
            Haikal menjungkit bahunya.
            “It’s okay. I yang terlebih emosional. Ok laa, I dah nak kena pergi ni. Takut lambat sampai kat tempat meeting. So, next time kita borak-borak lagi. And thank you for the wish. Take care ok.”
            Haikal meminta diri.
            “Ok. don’t worry I tak terasa pun. You too.. take care.”
            Sofea menghulurkan tangannya untuk berjabat.
            “Ok… assalamuailaikum.”
            Mereka beriringan keluar dari restoran tersebut. Kemudian Haikal mengikut jalannya dan Sofea turut mengambil jalannya sendiri. Mereka mengambil haluan masing-masing dihadapan pintu masuk restoran itu.
            Didalam kereta Sofea menelefon Sulfian.
            “Hello…” suara Sulfian dihujung talian.     
            “Second plan dah berjalan dengan lancar. Nia dah suspek I dengan Haikal ada hubungan balik. She such a stupid girl. So, whats next?”
            Sulfian ketawa gembira.
            “Good… sekarang lagi senang untuk kita pisahkan diorang berdua. I think untuk seketika kita tunggu apa yang akan dilakukan oleh Nia. For sure dia tak berani buka mulut pasal family dia kepada Haikal tambah-tambah bila dah tau you sekarang ada hubungan dengan Haikal. Betul tak?”
            “You’re right. I suka dengan semua plan you. And I harap semua plan kita akan berhasil but can I know something.” Sofea mula tertanya-tanya tujuan Sulfian menolongnya mendapatkan Haikal semula.
            “What?” ringkas jawapan Sulfian.
            “Asal you beria-ria nak tolong I and apa sebab yang  you benci sangat dengan Nia?” soal Sofea.
            “One day you will know but not now. Ok?” Sulfian cuba menggelakkan dari terus ditanya perkara yang sama.
            “Ok. I nak drive sekarang ni, so nanti apa-apa hal you jangan lupa nak contact I.” Sofea tidak bertanyakan lagi hal yang sama.
            “Ok. Don’t worry you are my partner, takkan I nak lupakan you.”
            Mereka berdua ketawa bersama-sama kemudian talian diputuskan.

Haikal yang baru pulang dari kerja melihat Nia sedang duduk seorang diri di bangku di taman. Nia kelihatan asyik memandang ke arah langit yang gelap gelita. Perlahan-lahan Haikal mendekati Nia.
            “Assalamuailaikum…” Haikal tidak mahu isterinya terkejut lalu memberi salam terlebih dahulu.
            “Waailaikumsalam. Eh, abang…” Nia berdiri mendapatkan Haikal yang tidak jauh darinya.
            Haikal tersenyum melihat Nia memakai baju mengandung. Dia kelihatan cantik berpakaian seperti itu. Walaupun kandungannya masih baru lagi tapi perut Nia sudah kelihatan.
            Nia ingin mengambil briefcase Haikal tapi pantas dihalang oleh Haikal.
            “Tak pe. Abang boleh bawa lagi. Nia asal tak masuk dalam lagi ni? Tunggu abang balik ke?”
            Nia kembali duduk dibangku. Haikal turut mengikuti langkahnya.
            “Erm.. abang. Kalau Nia nak balik rumah mak dengan ayah boleh tak?” teragak-agak Nia bertanya kepada Haikal.
            Haikal mengerutkan dahinya. Lantas dia memegang tangan Nia.
            “Nia tak suka tinggal kat rumah mama dengan daddy ke?” pertanyaannya tidak dijwab malah dia diberi soalan.
            “Bukan macam tu. Nia rindu kat mak dengan ayah. Dah lama Nia tak pergi ziarah mereka berdua. Tapi kalau abang tak bagi, tak pe laa.” Nia sedikit jauh hati dengan sikap Haikal.
            Dia ingin bertanyakan kepada Haikal tentang perkara siang tadi tapi dia tidak berani bertanya jika jawapan yang bakal dia terima akan menyakitkan hatinya. Dia terlalu takut jika disakiti seperti dulu.
            “Abang tak kata abang tak bagi cuma….”
            “Cuma apa?” Nia memandang wajah Haikal yang tepat memandang ke arahnya.
            “Nia kena pergi dengan abang. No excuse or no reason. Kalau Nia berdegil, abang tak izinkan Nia pergi.” Tenang Haikal berkata-kata.
            “Ok…” Nia hanya bersetuju dengan arahan Haikal kepadanya.
            “Dah laa, jom masuk dalam.” Haikal sudah mengajakku untuk masuk ke dalam.
            Aku menghulurkan tanganku untuk ditarik tapi Haikal mengangkat tubuhku lantas dibawa ke dalam.
            “Abang…. Turunkan Nia. Malu laa nanti mama deng,,,,”
            Chup!
            Bibir Haikal melekat lama dibibirku.
            Haikal hanya tersenyum dan aku tidak dapat berkata-kata.
            “I love you…” perlahan Haikal mengucapkannya.
            Aku tersenyum hambar. Entah kenapa aku tidak gembira kata-kata cintanya seperti sebelum ini. Untuk tidak mengecilkan hatinya aku turut membalasnya.
            “I love you too…”


Mak dan ayah yang tahu kepulanganku, menanti kehadiran aku dan Haikal dipintu rumah mereka. Mungkin mereka terlalu rindu dengan diriku.
            “Dah sampai pun anak dengan menantu mak…”
            Mak memeluk diriku setelah aku mendapatkan mak dengan ayah. Haikal bersalaman dengan ayah.
            “Rindunya dengan mak…” hampir berguguran air mata dipipiku.
            “Dah.. jom kita masuk dulu. Boleh berborak lebih-lebih sikit dengan kamu dua orang. Lagipun kesian kat cucu mak kat dalam perut ni, mesti letih duduk dalam kereta tadi.”
            Mak dan ayah mempelawa aku dan Haikal masuk ke dalam rumah.

             Setelah selesai kami sekeluarga menjamu juadah malam. Aku membantu mak membersihkan dapur manakala ayah dan Haikal sedang berbual-bual di ruang tamu. Hanya Amirul yang tiada bersama kami semua. Dia terpaksa menyertai kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
            Lincah tangan aku mencuci pinggan yang berada di dalam singki. Mungkin ini saatnya aku menceritakan masalah yang sedang bermain di dalam kepalaku kepada mak.
            “Mak…” lembut aku memanggil mak yang sedang menggelap meja.
            “Ye Nia.” Mak masih meneruskan kerjanya.
            “Nia tanya sikit boleh tak?” teragak-agak aku mengemukakan soalan kepada mak.
            Mak segera menghentikan pekerjaannya tadi lalu menoleh ke arahku.
            “Tanya je laa.. ada apa yang Nia nak tanya kat mak?”
            Aku juga menghentikan aktiviti mencuci pinggan itu. Kemudian aku menghampiri mak yang berada dimeja makan.
            “Erm… dulu masa mak ambik Nia, mak ambik Nia dari mana?”
            Mak mula mengerutkan dahinya.
            “Kenapa Nia tanya semua ni?” soalan berbalas dengan soalan.
            “Bukan… Nia cuma nak tau je.” Aku masih menutup perkara yang sebenar.
            “Baiklah. Mak ceritakan macam mana mak boleh jumpa Nia.”
            Aku menanti cerita yang bakal disampaikan oleh mak dengan penuh debaran.
            “Satu malam tu, hujan lebat sangat. Ayah kamu baru pulang dari tempat kerja, lepas tu ayah kamu jumpa satu kotak kat tepi rumah kita. Ayah kamu tak berani nak sentuh, kemudian dia panggil mak untuk tengok apa yang ada dalam kotak tu. Perlahan-lahan mak pergi kat kotak tu, tiba-tiba ada suara bayi menangis. Mak dengan ayah pun terkejut laa. Kami masa tak tau bayi siapa yang ditinggalkan didepan rumah kami. Ayah kamu cepat-cepat suruh mak bawa masuk kamu ke dalam rumah. Kebetulan pula masa tu mak dengan ayah teringin sangat nak ada anak. Apa lagi, ayah kamu pun bincang dengan mak nak jaga kamu. Lepas tu, kami berdua jaga kamu sampai Amira dilahirkan dan sampai laa kamu pun dah menikah.” Panjang lebar mak menceritakan tentangku.
            Ternyata apa yang dikatakan oleh Sulfian Hisham memang benar. Aku yang tidak dapat menahan air mata lalu menitis perlahan-lahan dipipiku. Mak terkejut dengan diriku yang tiba-tiba menangis.
            “Nia… asal kamu nangis ni?” mak memegang lembut bahuku.
            “Mak….” Lantas tubuh mak aku peluk.
            Mak mengusap-usap perlahan tubuhku.
            “Cuba cerita dengan mak, apa sebenarnya yang buat kamu menangis sampai macam ni?”
            Aku mengesat air mata lalu membuka cerita sebenar kepada mak.
            “Mak… baru-baru ni, masa hari yang Nia masuk hospital tu. Nia ada jumpa dengan seseorang kat Midvalley. Dia kata dia tau tentang family kandung Nia.”
            Mak terperanjat.
            “Dia tahu? Lepas tu?” mak tidak sabar mengetahui selanjutnya.
            “Dia kata yang ibu Nia... seorang…pelacur.” Lambat-lambat aku memberitahu mak.
            Air mataku semakin laju mengalir.
            “Haikal tau tak pasal benda ni?”
            Dengan pantas aku menggelengkan kepalaku.
                “Abang Haikal tak tau mak. Nia tak berani nak kasi tau dia. Orang tu suruh Nia tinggalkan Haikal, kalau tak dia akan bagitau kat abang Haikal dan seluruh keluarganya tentang perkara ni. Nia takut mak. Nia takut kalau abang Haikal tahu tentang salasilah keluarga kandung Nia, abang Haikal akan tinggalkan Nia. Lagipun ibu kandung Nia dah meninggal. Dia menghidap HIV positif. Tu yang buat Nia lagi takut nak bagitau kat abang Haikal. Mak tolong laa Nia… Nia tak tau nak buat apa sekarang ni.” aku meraung dibahu mak.
            Kebetulan Haikal yang lalu di dapur terdengar apa yang sedang dibualkan oleh mak mertuanya dan Nia. ‘Jadi selama ni, Nia banyak mendiamkan diri pasal benda ni?’ Haikal mengeluh. Dia melihat Nia menangis Teresak-esak dibahu mak.
            “Nia.. kamu sabar ya. Mak yakin Haikal tak akan buat macam tu dengan kamu. Sudah tak mau nangis macam ni lagi. Kesian dengan kandungan kamu ni.” mak memujuk dirinya.
            “Tapi mak, macam mana jika abang Haikal tinggalkan Nia. Nia takut mak. Nia sayangkan abang Haikal.”
            Aku meluah kata-kata kepada mak tanpa menyedari Haikal turut berada disitu menyaksikan apa yang sedang berlaku.
            Haikal menggelengkan kepalanya. Dia tidak sangka begitu dalam kasih Nia terhadap dirinya. Walaupun dia sedikit terkilan dengan sikap Nia yang membelakangi dirinya tapi dia masih berbangga kerana Nia tulus mencintai dirinya.
            Haikal menorak langkah menuju ke tempat Nia dan mak mertuanya. Perlahan-lahan dia menyentuh bahu Nia yang masih dalam dakapan mak mertuanya.
            Nia menoleh ke arahnya. Lalu Nia terpaku.
            “Abang…”
            Mak meleraikan pelukkannya lalu memandang ke arah Haikal yang sedang berdiri memerhati mereka berdua.
            Nia yang masih bersisa dengan air mata, membalas renungan Haikal kepadanya. Haikal menarik nafas yang panjang untuk memulakan percakapannya.
            “Nia ingat abang akan tinggalkan Nia pasal keluarga kandung Nia? Sampai hati Nia fikir macam tu terhadap diri abang.” Sayu kedengaran suara Haikal berkata-kata.
            “Nia… abang cintakan Nia bukan sebab masa lampau Nia atau asal usul Nia. Tapi, abang cintakan Nia sebab diri Nia. Sepatutnya Nia beritahu abang pasal benda ni. Nia buat abang seolah-olah abang tak wujud dalam hidup Nia. Nia membelakangi abang dalam semua urusan Nia. Nia ingat abang…”
            Aku tidak sanggup mendengar kata-kata Haikal yang seterusnya lalu menutup mulutnya dengan tanganku.
            “Abang… Nia minta maaf. Bukan maksud Nia untuk membelakangi abang tapi Nia takut abang. Nia takut. Dah banyak kali Nia terluka gara-gara abang dan Nia tak sanggup untuk dilukai lagi. Lagipun baru-baru ni, Nia call abang, Sofea yang angkat. Dia kata abang ada dalam bilik air tengah mandi. Cuba abang bayangkan perasaan Nia masa tu, Nia…”
            Haikal menarik tanganku yang menutup mulutnya.
            “What? Nia, semua benda tu nonsense. Memang abang ada dengan dia masa tu tapi kami ada kat kedai makan. Its true yang abang pergi bilik air tapi abang pergi cuci necktie abang yang terkena air kopi. Yang tu jaa. Not more than that.” Haikal menerangkan perkara sebenar yang terjadi diantara Sofea dengan dirinya tempoh hari. Patut laa malam tu, bila dia menegur Nia, Nia tidak kelihatan ceria seperti biasa.
            “Betul ni?” aku meminta kepastian dari Haikal.
            Haikal menganggukkan kepalanya.
            “Abang hanya cintakan Nia. Tak mungkin abang mennduakan Nia dengan perempuan lain.”
            Dengan pantas aku memeluk erat tubuh Haikal. Aku terlupa dengan mak yang sedang melihat semua kejadian diantara aku dan Haikal.
            “But, one thing abang minta. Lepas ni, if ada apa-apa tolong jangan sembunyikan dari pengetahuan abang. Ok?” Haikal merenung ke dalam mataku.
            “Tapi abang… macam mana dengan mama dengan daddy? Can they accept me if they know the truth about my real family.”
            Hujung jari Haikal menyeka air mataku yang masih mengalir.
            “Don’t worry. Kita sama-sama bagitau diorang, ok. Lagipun abang rasa mama dengan daddy boleh terima Nia. Nia kan tau macam mana mama dengan daddy abang sayangkan Nia. So, don’t worry ok.” Haikal memujukku yang masih dalam kegelisahan.
            Sekali lagi aku menganggukkan kepalaku.
            Haikal mengeratkan lagi pelukkannya. Kini hati aku merasa tenteram setelah Haikal mengetahui perkara yang sebenar.
            Ya Allah terima kasih kerana membantuku. Kau kekalkanlah hubungan kami seperti ini ya Allah. Aku mohon supaya semua kekusutan ini akan berakhir. Bantulah aku Ya Allah. Semoga keluarga Haikal juga dapat menerima semua ini.
            Aku berdoa didalam hati. Haikal mengucup lembut didahiku. Aku terasa nyaman berada didalam pelukkannya. Biar hilang semua duka yang bertandang didalam hati ini. Aku membalas pelukkannya.

6 comments:

  1. alhamdulillah..dh setle masalah dorg nie...
    tapi rase takut nk bace next n3..
    mungkin sufian n sofea ade rancangan lain...
    pape pon gud luck =)

    ReplyDelete
  2. ccccccccc...
    haikal t'golong dlm org2 yg pndai
    x mudah melatah

    ReplyDelete
  3. eee.... very the suka....
    i like citer camni.... masalah tu cepat jer selesai.... tak berlarut-larut sampai merimaskan.... i like this novel.... membahagiakan....

    ReplyDelete

relax corner ..!!!