Wednesday, March 2, 2011

bab 5


Lamunanku terhenti apabila Encik Zaid memanggilku untuk menemuinya di biliknya. Encik Zaid merupakan pemilik syarikat pembinaan yang aku bekerja ketika ini. Hampir 2 tahun aku bekerja dibawah bimbingan dan kerjasama Encik Zaid.
            “Cik Nia, Encik Zaid nak jumpa dengan cik Nia. Dia minta cik Nia datang ke biliknya sekarang.” Butang interkomku berbunyi. Suara Meissy meminta aku supaya ke ruangan Encik Zaid.     
            “Ok. Thanks Meissy. Lagi 5 minit saya datang.” Aku mengemas mejaku yang berselerak dengan kertas kerja dan juga fail-fail yang bertimbun.
            Pintu bilik Encik Zaid diketukku.
            Tok ! Tok ! Tok !
            “Masuk.” Kedengaran suara Encik Zaid menyuruhku masuk.
            “Ye Encik Zaid. Tadi Meissy bagitau Encik Zaid nak jumpa saya.” Aku sudah berdiri dihadapan meja Encik Zaid.
            “Nia sila duduk. Saya ada tugasan untuk kamu.” Aku melabuhkan punggung ku di hadapan Encik Zaid.           
            Encik Zaid mengeluarkan fail dari ruang bukunya dibelakangnya.
            “Saya nak awak uruskan projek yang pernah diuruskan oleh Jasmine sebelum ni. Seharusnya projek harus dibentangkan petang ni tapi Jasmine ambiik emergency leave so I think you can handle this project. Lagipun projek ni kita pernah bincang dalam mesyuarat yang lalu. Cuma kalau awak nak tengok sekali lagi condition and terms agreement ni, you can take it this fail.” Encik Zaid menyuakan fail tersebut kepadaku.
            “Ok laa Encik Zaid. Saya akan uruskan projek ni. Ada apa-apa lagi ke Encik Zaid.” Aku menerima tugas yang diberi. Encik Zaid menganggukkan kepalanya.
            “I know I can count on you. Nothing, you may go now.” Aku meminta diri untuk balik ke bilikku.
            Aku kembali ke bilik dan meneliti semua tema dan syarat yang disertakan di dalam surat perjanjian tersebut. Aku melihat nama syarikat yang akan aku bentangkan agreement ini petang nanti. Rupanya aku akan berurusan dengan pihak Millennium Synergy Solution Holdings. Syarikat tu merupakan syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur. Ia merupakan syarikat yang 
 besar dan dia juga mempunyai beberapa buah anak syarikat.

“Cik Nia Maisara dari syarikat Gitu Muda Sdn. Bhd.? ” seorang gadis menyoalku ketika aku masuk ke Millennium Synergy Solution.
            “Ye saya.” Jawabku.
            “Oh, sila ikut saya. Kita ke ruang mesyuarat di sebelah sana.” Gadis itu membawa aku ke ruang yang dikatakan.
            Ketika aku menuju ke bilik mesyuarat aku sempat melihat seseorang yang seperti aku kenal. ‘Ish! Takkan aku berurusan dengan dia kot.’ Aku terlihat seperti Haikal sedang berbicara sesuatu dengan pekerja di situ.
            “Cik Nia sila tunggu sebentar ye. Nanti saya panggilkan Encik Haikal dan beberapa orang yang menguruskan projek ni.” aku tersentak apabila gadis tersebut menyebut nama Haikal.
            Sah! Memang aku akan berurusan dengan syarikat dia. Habis laa aku macam ni. Tidak lama kemudian datang beberapa orang pengawai masuk ke ruang mesyuarat. Kelibat Haikal masih belum kelihatan.
            Pintu dikuak dari luar, aku melihat Haikal dan seorang lagi pekerja di sebelahnya. Sekali lagi aku terkejut apabila pekerja tersebut adalah Amri Eizham atau lebih tepat sebagai Am. Aku menjadi tidak keruan apabila Am dan Haikal perasan bahawa aku adalah penasihat undang-undang yang akan membentangkan mesyuarat ini sebentar lagi. Mata Haikal tidak lepas dari memandang ke arahku. Begitu juga dengan Am. Aku berharap supaya pekerja-pekerja lain tidak sedar bahawa kedua-dua orang baru masuk sedang memandang ke arahku.
            “Maaf saya lambat. Mari saya kenalkan arkitek yang akan menguruskan projek ini.” Haikal mula bersuara.
            Aku dan Am saling bersalaman.
            “Amri Eizham.” Am memperkenalkan dirinya kepadaku.
            “Nia Maisara.” Aku sekadar mengukirkan senyuman.
            Aku diminta untuk memulakan perbentangan tersebut. Hampir 1 jam setengah kami berurusan dan selama itu juga Am tidak lepas dari memandangku. Haikal pula berpura-pura seperti tidak mengenali diriku. Kenapa hatiku terasa pedih apabila melihat kelakuan Haikal seperti itu.         
            “Ok Cik Nia, saya setuju dengan semua syarat dan tema yang dikemukakan. Nanti saya akan hubungi pihak cik Nia untuk menandatangani perjanjian ini.” Haikal kembali bersuara setelah lama dia mendiamkan diri.
            “Baiklah Encik Haikal. Jika tiada apa-apa saya minta diri dulu la.” Aku sudah tidak betah untuk berada disitu lama-lama. Dengan renungan Am yang tajam dan Haikal yang seperti tidak endah dengan kehadiranku.
            “Ok, terima kasih kerana sudi hadir dan membuat pembentangan yang menarik.” Sebelum aku melangkah keluar, aku bersalaman dengan semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu termasuk dengan Haikal.
            Aku menarik nafas lega setelah berada di luar bilik mesyuarat tersebut. Aku ingin melangkah pergi meninggalkan syarikat itu tapi tiba-tiba aku terasa tangan ku disentap dari belakang.
            Aku menoleh untuk melihat siapakah gerangannya.
            “Nia… tunggu. Ada sesuatu yang Am nak cakap dengan Nia.” Rupanya Am yang menarik tanganku.
            Wajah Am kelihatan seperti benggang dengan sikapku.
            “Am… pleasa lepaskan tangan Nia. Tak manis dipandang orang macam ni.” aku meminta supaya Am melepaskan tanganku.
            “No. Am takkan lepaskan tangan Nia selagi Nia tak bagitau apa salah dan silap Am sampai Nia tak nak angkat semua panggilan Am.” Am mula meninggikan suaranya.
            “Please Am…. Lepaskan tangan Nia. Am tak ada buat salah apapun dengan Nia. Cuma…” Am memintas.
            “Cuma apa?!” tanganku masih belum dilepaskan.
            Belum sempat aku membalas soalan Am. Kedengaran seseorang sedang berdehem.
            “Ek hem…” aku menoleh ke arah pemilik suara itu. Haikal memandang tepat ke arah pergelangan tanganku yang dipegang oleh Am. Lantas Am melepaskan pegangannya.
            “Saya tak nak tau apa yang dibincangkan oleh kamu berdua tapi saya nak ingatkan ini pejabat bukan tempat kamu berdua nak bincangkan hal-hal peribadi. Harap kamu berdua faham. Jika urusan tu lebih penting baik kamu cari tempat yang lebih sesuai.” Haikal kelihatan tenang tapi setiap perkataannya kedengaran begitu sinis.
            Di dalam hati hanya Allah saja yang tahu macam mana hebatnya debaran yang aku rasakan.
            “Maafkan saya Encik Haikal. Saya minta diri dulu.” Aku segara meminta diri.
           
Di dalam bilik Haikal melepaskan tumbukan dimejanya. Dia tidak tahu apa yang dirasakannya ketika dia melihat Amri Eizham memegang tangan Nia dan dia juga tidak tahu apa hubungan Nia dengan pekerjanya. Tapi mereka kelihatan seperti sudah lama kenal. Bukan dia tidak perasan sejak di dalam bilik mesyuarat Amri Eizham asyik melihat ke arah isterinya, Nia.
            “Argh!!! Damn it!” sekali lagi Haikal melepaskan tumbukan.
            Haikal masih terbayang-bayang tangan Nia yang disentuh dan dipegang oleh Amri Eizham. Haikal dapat rasa kegugupan Nia ketika membentangkan perjanjian di bilik mesyuarat tadi.
            Haikal tidak dapat meneruskan pekerjaannya. Tumpuannya hilang serta-merta. Lantas dia mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Nia tentang perkara ini. Dia harus tau apa hubungan Nia dan pekerja, Amri Eizham. Hatinya masih terasa sakit apabila terkenangkan tangan isterinya dipegang oleh lelaki lain.
            “Sue, saya ada hal sikit mungkin saya takkan masuk pejabat lepas ni. Kalau ada apa-apa hal, awak terus hubungi telefon saya.” Haikal memberitahu kepada setiausahanya. Sekarang ini dia ingin mencari tempat yang dapat menenangkan hati dan jiwanya yang sedang bergolak hebat.
            “Nia, awak tak balik lagi ke?” wajah Meissy terjonggol di muka pintu.
            “Kejap lagi kot. Ada kerja yang belum siap lagi ni. Esok dah nak kena submit kat Encik Zaid.” Jelasku.
            “Oh ok. Kalau macam tu saya balik dulu ye. Awak jangan balik lambat pulak.” Meissy sempat memesan kepadaku.
            “Ok.” Ringkas jawabku.
            “Bye-bye…” pintu bilikku ditutup rapat.
            Aku menyambung kerjaku. Tanpa aku sedari sudah hampir pukul 8 malam.
            “Masya-allah, dah pukul 8 ni. Mampus aku.” Aku mengemas mejaku lantas  aku mengambil beg tangan dan kunci keretaku  untuk pulang ke rumah.
           
Aku sampai ke rumah pada pukul 9.20 malam. Kelihatan Haikal sudah berada di rumah. Aku membuka pintu dan sepertinya Haikal sedang menunggu kepulanganku. Wajahnya kelihatan sungguh tegang.
            Aku menghampiri Haikal lalu aku mengambil tangannya dan aku cium. Kemudian tanganku dipegang erat oleh Haikal.
            “Sekarang pukul berapa?” soal Haikal.
            “9.20.”
            “Habis tu, kau dari mana ni? Tak reti nak balik cepat….” Haikal mengawal nada suaranya.   
            “Saya dari pejabat. Banyak sangat kerja yang belum siap.” Aku menerangkan kepadanya. Haikal tersenyum sinis.
            “Yeke? Bukan kau baru balik dari jumpa jantan?!”suara Haikal mula meninggi. Tanganku disentap kuat.
            “Bila aku cakap, tengok muka aku!” aku tidak tahu apa kesalahan yang telah aku lakukan sehingga Haikal menjadi marah seperti ini denganku. Baru semalam dia berbaik-baik denganku. Aku menatap wajahnya dengan mata yang berair.
            “Saya tak jumpa sape-sape pun.” Terketar-ketar suaraku menutur kata. Kemudian air mata yang aku tahan dari tadi akhirnya berguguran jua.
            “Haikal seakan terpaku melihat air mataku yang semakin deras mengalir. Lantas tubuhku dipeluk. Haikal seperti sedang memujuk diriku supaya berhenti menangis.
            “Shuhhss…. Jangan nangis lagi. Aku tak suka tengok kau menangis.” Haikal meleraikan pelukkannya dan dia mengesat air mataku yang masih lagi mengalir.
            Aku hanya menganggukkan kepalaku.
            “Tu laa kerja kau tau buat. Angguk-angguk dan angguk. Tu je kerja kau.” Suara Haikal kembali lembut.
            “Kenapa awak selalu buat saya macam ni?” Aku memberanikan diri menanyakan hal ini kepada Haikal. Sungguh aku tidak faham dengan sikapnya terhadapku.           
            “Aku buat apa?” Haikal berpura-pura tidak mengerti apa yang aku tanyakan.
            “Macam sekarang ni. Sekejap awak layan saya dengan baik kadang-kadang awak tengking saya macam saya ni tak da perasaan. Sebenarnya apa yang awak nak, Mr. Afli Haikal?” Haikal tersengih mendengar aku menyebut nama penuhnya. Aku menjuih bibir. Geram dengan sikapnya yang endah tak endah.
            “Entah….” Aku membesarkan mataku mendengar pengakuan Haikal.
            “Entah?” soalku seakan-akan aku tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
            “Entah… but one thing that I very sure is I don’t like when other man hold your hand. Do you understand that?” kata-kata Haikal seperti berbau cemburu.
            Sekarang baru aku faham kenapa tiba-tiba dia berkelakuan seperti ini. Rupanya tentang insiden petang tadi. Apabila tanganku dipegang erat oleh Am. ‘Cemburu rupanya tapi kenapa harus cemburu?’ soalku sendiri.
            “Hah! One things…” tangan Haikal sudah memegang pin tudungku untuk dibuka. Namun pantas dihalang olehku tapi tidak dihiraukan oleh Haikal.
            “Aku tak nak ada batas aurat antara kita. Lagipun mazhab mana yang katakan seorang isteri kena menutup aurat dengan suaminya. Tak da kan… So, lepas ni aku tak nak kau bertudung dengan aku bila kita berdua-duaan. Faham?”      
            Kini rambut aku dapat dilihat jelas oleh Haikal. Rambutku yang paras dada digelus lembut.
            “Kau lagi cantik macam ni….” aku tersipu-sipu mendengar pujian Haikal. Inilah kali pertama rambutku ditayangkan kepada lelaki selain dari ayah dan Amirul.
            “Awak…” aku memanggil Haikal yang leka bermain dengan rambutku.
            “Hmm…” Haikal mengiakan.
            “Kita kawan k?” Haikal melepaskan rambutku lalu di menatap wajahku.
            “Kawan? Kenapa harus kawan?” wajah Haikal berubah menjadi serius.
            Aku menarik nafas yang dalam untuk meluahkan segala yang terbuku dihatiku.
            “Yela.. since kita kahwin, hubungan kita asyik dingin je. Lagipun sebelum ni kita tak pernah kenal antara satu sama lain. So, why don’t we start as a friend. Mungkin dengan cara tu hubungan kita boleh membaik.”
            Suasana menjadi diam seketika. Aku melihat Haikal seperti sedang memikirkan hal yang aku katakana tadi.
            “I just need my wife not a friend.” Haikal kembali bersuara.
            “Tapi…” belum sempat aku berbicara bibirku paut mesra oleh Haikal.
            Aku terpana. 
            “Ini baru satu permulaan.” Haikal melepaskan bibirku kemudian dia mengukirkan senyuman. Sekali lagi tubuhku dipeluk erat.
            Kedengaran seperti jantungnya berdegup kencang dan begitu juga dengan diriku. Sejak malam tu hubungan aku semakin membaik dan cara pertuturan kami juga sudah kembali seperti asal. Dia menyebut dirnya sebagai Ekal dan dia memanggilku sebagai Nia.
           
Haikal memberi kad jemputan kahwin kepada semua pekerjanya. Dia menjemput semua pekerjanya hadir pada majlis perkahwinannya nanti.
            “Saya harap kamu semua boleh turut hadir di majlis saya pada hari ahad minggu depan. Jadi sila jemput hadir ye.” Haikal melemparkan senyuman.
            “Encik Haikal… bila masa yang Encik Haikal kahwin dengan penasihat undang-undang yang menguruskan agreement projek kita tu.
            Am yang tadi tidak pedulikan kad jemputan itu lantas membuka dan membaca kad tersebut.
            “Nur Nia Maisara bt Abdullah dengan Muhd Afli Haikal bin Helman Yusoff.” Satu persatu Am membaca nama yang tentera pada kad jemputan itu.
            Haikal yang sedar Am telah berubah rona muka tersenyum puas. Itu memang rancangannya untuk menjemput semua pekerjanya hadir pada majlis perkahwinannya nanti. Pekerja-pekerjanya yang lain tidak putus-putus mengucapakan tahniah kepadanya. Sememangnya pekerjanya tidak tahu yang dia sudah mendirikan rumah tangga bersama Nia sebelum Nia datang ke pejabatnya tempoh hari.
            “Encik Haikal, majlis akad nikah bila?” salah seorang dari pekerjanya menanyakan kepadanya.
            “Erm… saya dah lama bernikah dengan Nia. Sebelum dia datang ke pejabat kita ni lagi.” Tenang je Haikal menjawabnya.
            Sekali lagi Am terkedu. Jadi selama ini Nia yang dirindui dan dikasihinya telah senyap-senyap menjalinkan hubungan dengan bossnya sendiri. Patut laa ketika dia berjumpa dengan Nia tempoh hari Nia seperti ingin mengelakkan diri dari berjumpa dengannya. ‘Kau penipu Nia. Penipu. Sanggup Nia buat Am macam ni. Apa salah Am kat Nia.’ Lantas kad jemputan itu direnyoknya.
            Haikal tersenyum bangga melihat Am sudah tahu hubungannya dengan Nia. Nia hanyalah kepunyaan dirinya bukan Am ataupun orang lain. Dia dapat merasakan dirinya sudah mulai mencintai Nia tapi bagaimana dengan Sofea yang masih setia menunggu dirinya. Dia tidak sanggup melepaskan Nia dan dia juga tak nak menyakitkan hati Sofea.
            Am menuju ke arah Haikal yang sibuk bersalaman dengan pekerja-pekerjanya yang lain dan mengucapkan tahniah kepadanya.
            “Tahniah Encik Haikal.” Am berjabat tangan dengan Haikal. Haikal mengangguknya dan berbisik ke telinga Am.
            “She’s mine… forever.” Haikal mengukir senyuman. Am terkedu dengan apa yang dikatakan oleh Haikal. Dia tidak sangka dia akan bersaing dengan bossnya sendiri. Bahu Am ditepuk lembut oleh Haikal. Haikal berlagak tenang dihadapannya.
            Am berazam untuk merebut kembali cinta Nia. Dia tidak kisah sama ada Nia sudah menjadi milik orang lain atau tidak. Yang penting Nia akan menjadi miliknya dan dia tidak akan mengalah dengan Haikal. ‘Am akan rebut Nia balik. Nia milik Am! Only mine!’ Am mengenggam tangannya sendiri menahan marah.

6 comments:

  1. wawawaaaa..
    mesti susah nak buat kerja macam ni.
    huhuhu.

    hope am cpt2 tau hal sebenar dan tak buat benda bukan2 kat nia n ekal.

    ReplyDelete
  2. yess.. tentu saja lepas ni dugaan lagi bertambah sarat dan padat.... harap2 pandai-pandailah nia handle masalahnya.... hopefully

    ReplyDelete
  3. ya akhirnya haikal mula mencintai nia tapi x kan sofia pun haikal nak cpt sambung x sbr dah nak apa am nak buat pada haikal

    ReplyDelete
  4. oho... antara suami dan kekasih hati... huu~
    mmglah jiwa dibuatnya...

    ReplyDelete
  5. =D lpas ni lbh menarik mnanti.. tggu k..

    ReplyDelete

relax corner ..!!!