Saturday, March 5, 2011

bab 8


Aku ingin melangkah pergi meninggalkan Haikal namun dengan pantas pergelangan tanganku dipegang olehnya. Lantas tubuhku ditarik mendekatinya lalu tubuhku dipeluk erat. Tubuhku yang membelakanginya kemas dalam pelukkannya.
“Abang rindukan Nia.” Perlahan Haikal berbisik kepadaku.
Aku meronta-ronta agar tubuhku dilepaskan. Aku tidak mahu lagi disakiti dengan kata-kata atau perbuatannya. Namun semakin kuat rontaanku semakin kuat pelukkannya ditubuhku.
“Abang please lepaskan Nia.” Aku  memohon agar Haikal melepaskan pelukkannya.
“Abang tak akan lepaskan Nia. Abang cintakan Nia.”
Aku menutup kedua-dua belah telingaku. Tidak sanggup lagi aku mendengar semua pembohongannya. Cukuplah selama ini aku tertipu dengan semua kata-kata yang pernah diucapkan oleh Haikal.
“No! Please stop saying that you love if you don’t. I hate it! Please…” air mataku membasahi pipi.
Haikal memaling tubuhku menghadap dirinya. Dia mengesat air mataku yang semakin membasahi pipiku. Lantas daguku didonggak melihat wajahnya.
“Nia, abang minta maaf dengan semua yang pernah abang buat pada Nia. Abang tidak pernah membohongi Nia soal hati dan perasaan abang. Jujur abang katakan abang memang mencintai Nia dari dulu lagi tapi abang keliru dengan apa  yang abang harus lakukan. Please Nia… abang merayu pada Nia maafkan abang.”
Haikal sudah berlutut dihadapanku.
“Abang…” aku memanggil Haikal supaya dia melihat ke arahku. Pipi Haikal juga turut lencun dengan air mata yang kian mengalir. Kemudian aku menarik tubuhnya supaya berdiri.
“Abang… Nia maafkan abang tapi satu saja yang Nia minta, tolong lepaskan Nia. Nia tak nak lagi jadi boneka abang. Cukuplah selama ni abang mempermainkan hati dan perasaan Nia. Jika abang datang ke sini hanya meminta Nia untuk memaafkan abang, sudah lama Nia memaafkannya tapi jangan laa abang memujuk hati Nia dengan segala pembohongan abang. Nia tak sanggup bang… tak sanggup.” Segala yang ku pendam selama ini akhirnya aku luahkan. Sungguh aku tidak sanggup lagi ditipu.
“Abang tak akan pernah lepaskan Nia, hanya maut saja yang dapat pisahkan abang dari Nia. Selagi nyawa dikandung badan selagi tu laa Nia akan tetap menjadi isteri abang. Abang tau hati Nia terluka gara-gara abang tapi tolong bagi abang peluang untuk berubah. Abang sangat mencintai Nia malah sejak kali pertama kita berjumpa.”
Aku terpana dengan kata-kata Haikal. ‘sejak kali pertama?’ desisku. Aku tidak tahu sama ada apa yang dikatakan oleh Haikal benar atau hanya sekadar lakonan tapi kenapa setiap kali aku mendengar kalimah cintanya hati aku sering berdebar-debar. Aku tidak mahu lagi dilukai tapi aku juga tidak mahu kehilangan Haikal.
“Nia pun sangat mencintai abang tapi…” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, bibirku bercantum dengan bibir Haikal.
Lama kami berkeadaan seperti itu. Tanpa kami sedari sepasang mata sedang menyaksi semuanya.
Karl Ariff memandang ke arah Haikal dan Nia. Dia mengukirkan senyuman. ‘Haikal memang jodoh kau dengan Nia. Tak sangka aku yang ketinggalan untuk merebut Nia. Sejauh mana pun korang berlari, jodoh dan cinta korang yang kembali menyatukan kau dan Nia semula.’ Ariff berbisik kepada dirinya sendiri. Walau bagaimana sekalipun dia masih tidak sanggup melihat babak mesra kawan baiknya dengan gadis yang pernah diimpikan untuk hidup bersamanya. Lantas dia pergi meninggalkan mereka berdua.
Haikal melepaskan bibir Nia lalu tubuh Nia dipeluk.
“That’s all I need to hear from you. Untuk cinta tiada tapi-tapi. Sekali lagi abang minta maaf dengan semua kelakuan abang terhadap Nia selama ni. Ok, sayang?” aku turut membalas pelukkannya. Aku telah membuat keputusan untuk memberi Haikal peluang mungkin kali ini dia benar-benar ikhlas dengan semua ucapan dan kata-katanya.
“Abang…” perlahan aku memanggil Haikal.
“Hmmm…”
“Tadi abang kata yang abang mula cintakan Nia masa kali pertama kita berjumpa. So, maksud abang?” aku yang tertanya-tanya dengan kenyataan Haikal tentang perasaannya terhadap aku akhirnya menanyakan sendiri kepada Haikal.
Haikal meleraikan pelukkannya. Dia menarik nafas yang panjang sebelum dia mula berbicara.


Sudah dua hari Haikal berada di Switzerland disini dan selama dua hari ini jugalah aku mengetahui banyak perkara yang disorokkan oleh Haikal dari pengetahuanku. Rupanya Haikal menyukaiku sejak kali pertama aku berjumpa dengannya didepan pintu masuk celebrity fitness. Disebabkan itu jugalah dia sanggup mengahwini aku ketika majlis perkahwinan Amira.
            “Sayang tengah menungkan apa tu? Leka je abang tengok Nia buai perasaan. Asal ni?” Haikal menegurku yang berada dibalkoni sambil tangannya melingkari pinggangku.
            “Ish, abang ni buat Nia terkejut je. Lain kali beri laa salam ke apa ke. Ni tak main redah suka-suka hati dia je.” Aku mengurut-urut dadaku yang terkejut dengan teguran Haikal yang tiba-tiba muncul dari arah belakangku.
            Aku menarik muncungku apabila terdengar Haikal sedang ketawa.
            “Sayang jangan tarik muncung macam tu, dah macam musang je abang tengok mulut sayang tu. Abang minta maaf, k. Janji lepas ni, abang tak buat dah. Lagipun sape suruh Nia termenung sorang-sorang kat luar ni. Daripada termenung kat luar ni lebih baik teman abang kat dalam. Lagi bagus tau.” Terasa kehangatan tubuhnya memeluk erat tubuhku.
            ‘Dah laa gelakkan orang lepas tu panggil orang musang. Lepas habis kutuk suka-suka je nak peluk-peluk aku ea. Tunggu laa pembalasan dari aku. Hehehe…’ aku tersenyum nakal. Perlahan-lahan tanganku merayap ke tangan Haikal yang masih kemas memeluk diriku akhirnya tangannya menerima cubitanku yang paling terlaris dipasaran. Hahaha…
            “Ahhh…. Sakit laa sayang.” Terjerit-jerit Haikal menahan kesakitan dek cubitan aku.
            “Padan muka. Lain buat lagi tau.” Haikal mengosok-gosok tangannya yang baru saja dicubit olehku. Serta-merta pelukkannya terlerai.
            “Sedap tak?” aku menaikkan ibu jari aku sambil tersenyum melihat Haikal yang masih lagi mengosok-gosok tangannya. Pasti merah. Maklumlah orang tu berkulit terlebih putih.
            “Sedap Nia kata. Nia memang tak kesian kat abang tau. Sampai hati Nia cubit abang, nasib baik laa abang pakai baju tangan panjang kalau tak lagi sakit laa rasanya.” Haikal menarik muka simpatinya. ‘Alahai, ni yang buat aku lemah ni.’ aku menarik tangan Haikal untuk diperiksa tapi belum sempat aku melihatnya tubuhku dikeleteknya.
            “Now my turn.” Haikal seperti ingin membalas dendam kepadaku.
            Aku yang sememangnya tidak tahan dikeletek akhirnya terpaksa berlari sebelum dikenakan oleh Haikal dengan lebih teruk.
            “Abang… Nia tak buat lagi please, jangan keletek Nia lagi. Geli laa.. please…” aku memohon supaya dia berhenti namun tidak dihiraukannya malah dia makin menghampiri diriku.
            Aku terduduk disofa panjang. Aku tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri lagi. Haikal dengan wajahnya yang seperti ingin membalas dendam akhirnya mengambil kesempatan ini untuk terus mengeletek tubuhku.
            Terjerit-jerit aku dibuatnya. Aku kuat menolak dirinya akhirnya aku dan dia sama-sama terjatuh dari sofa apabila tanganku juga ditarik sama. Tubuh Haikal terjatuh atas tubuhku dan wajahku sangat menghampiri wajahnya sehinggakan hembusan nafasnya dapat merasai diwajahku.
            Aku yang tidak selesa dengan keadaan seperti itu, meminta supaya dia bangun dari tubuhku.
            “Abang, Nia nak bangun ni.” Haikal tidak mempedulikan permintaanku malah dia mencium di dahiku kemudian di kedua-dua belah mataku lalu dihidung dan lama dibibirku. Setelah itu, dia mengangkat tubuhku lalu dibawa ke dalam biliik tidur. Perlahan-lahan dia meletakkan aku diatas katil. Kemudian dia memalapkan lampu bilik.
            Haikal merebahkan tubuhnya bersebelahan denganku. Dalam kesamaran malam Haikal merenung mataku dan aku memahami isyarat yang diberikannya lantas aku hanya menganggukkan kepalaku.
            Bersaksikan bulan yang menerangi langit, kini aku menjadi seorang isteri dalam erti kata yang sebenar.


Aku masih merasa debaran dihati dengan peristiwa yang berlaku pada malam tadi meninggalkan Haikal yang nyenyak dibuai mimpi didalam bilik. Aku menghirup udara segar dibalkoni sambil memegang cawan yang berisikan kopi panas untuk menghilangkan kesejukan pagi.
            Tiba-tiba tubuhku dipeluk dari belakang.
            “Good morning sayang…” lembut Haikal menyapaku.
            “Awal sayang bangun hari ni?” terasa bahuku dicium lembut oleh Haikal.
            “Hah? A’ah…” jawabku sambil tergugup-gugup.
            Haikal ketawa kecil melihat kegugupanku.
            “Nia malu dengan apa yang berlaku semalam?” mukaku merona merah apabila Haikal dapat menangkap isi yang tersirat dalam hatiku. Walaupun aku dan Haikal telah mendirikan rumah tangga selama 3 bulan tapi semalam merupakan malam yang paling istimewa dalam perkahwinan kami.
            “Atau Nia menyesal dengan apa yang terjadi semalam?”
            Aku memaling tubuhku memandang ke arahnya lantas aku meletakkan jari telunjukku dibibirnya.
            “Abang jangan cakap macam tu. Tak sekalipun Nia menyesal dengan apa yang berlaku semalam. Nia sememangnya hak abang, jadi tak ada sebab untuk Nia menyesali semua tu.” Aku melihat Haikal yang tersengih-sengih memandangku.
            “Jadi Nia suka laa, ye?” Haikal mengusikku.
            “Eii.. abang ni, malas laa Nia nak layan abang.” Aku melangkah pergi meninggalkannya tapi tanganku ditarik untuk menghampirinya semula.
            “Ok… ok… abang tak kan usik Nia lagi but abang nak ucapkan thank you for everything. Thank you, sayang.” Sekali lagi tubuhku dipeluk.

Hari ni, aku mengajak Haikal untuk bertemu dengan seseorang yang telah menjagaku selama aku tinggal di Switzerland sebelum aku pergi meninggalkan tempat yang memberi aku kedamaian ketika aku dilanda kesedihan.
            “Nia nak bawa abang pergi jumpa sape?” soal Haikal.
            Aku yang sedang memakai tudung membalas pertanyaan Haikal.
            “Nia nak bawa abang jumpa orang yang jaga Nia selama Nia tinggal disini. Rumah yang Nia tinggal sekarang ni pun milik dia.” Aku melihat Haikal melalui cermin sedang mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “Dia lelaki ke perempuan?” aku menoleh ke arah Haikal.
            “Lelaki…” selamba aku menjawabnya. Padahal orang yang menjaga aku tu adalah seorang wanita. Aku sengaja ingin menguji Haikal. Aku ingin tahu bagaimana reaksinya apabila aku mengatakan yang selama ini menjagaku adalah seorang lelaki.
            “Lelaki? Muda ke tua?” Haikal mengawal emosinya. Nampak sangat dia sedang cemburu.
            “Muda… orangnya handsome, putih, baik, dan…”
            “Dan?” Haikal tidak sabar mendengar pujian Nia terhadap lelaki yang menjaganya selama ini. Hatinya menjadi panas mendengar isterinya memuji lelaki lain dihadapannya.
            Nia tersenyum melihat wajah Haikal yang mencuka.
            “Dan, masa kita jumpa nanti baru abang tau apa yang Nia maksudkan dengan ‘dan’… ok, abang?” aku bermain teka-teki dengan Haikal.
            Sepanjang perjalanan kami menuju ke destinasi, Haikal tidak berkata apa-apa denganku. Wajahnya hanya kelihatan serius, tiada senyuman yang meniti dibibirnya. Aku senang apabila mengetahui dia mempunyai perasaaan cemburu dan itu tandanya dia memang sayangkan aku. ‘Abang… I’m sorry.’ Bisikku sendirian.
            “Aunty Nia...” dari jauh kelihatan seorang budak lelaki berlari mendapatkan aku dan diikuti dengan seorang wanita tua yang sedang berjalan menuju ke arahku.
            Christiano memeluk diriku setelah dia mendapatkan aku. Haikal yang terpinga-pinga membisikkan sesuatu ke telingaku.
            “Do you mean…” aku menganggukkan kepalaku yang mengetahui apa yang ingin ditanyakan oleh Haikal.
            Aku tersenyum melihat Haikal yang tidak lekang dengan senyuman. Tadi bukan main punya serius.
            “Aunty, when you would come here again?” Christiano menyoalku apabila tubuhnya didukung olehku.
            “One day, I would come here again.” Haikal yang berada disebelahku mengusap kepala Christano.
            Christiano merupakan cucu kepada Madam Elizabeth iaitu wanita yang menjagaku selama aku berada di sini. Madam Elizabeth menghampiri kami yang sedang melayan kerenah Christiano.
            “Oh, Nia. Is this the man that you told me before?” Madam Elizabeth memandang ke arah Haikal yang berdiri disebelahku.
            “Yes…” jawabku.
            Madam Elizabeth yang berumur dalam lingkungan 60-an memegang tangan Haikal.
            “You are the luckiest man in the world. You are married to someone who really loves you.” Haikal tersenyum mendengar pujian Madam Elizabeth.
            “Thank you.” Haikal mengucapkan terima kasih kepada Madam Elizabeth atas pujian yang diberikan.
            Madam Elizabeth mengajak kami duduk di tempat yang berhampiran.
            “Come and sit over here.” Christiano sudah duduk disamping neneknya.
            Setelah selesai berborak, aku dan Haikal meminta diri untuk pulang. Madam Elizabeth memeluk diriku, lantas dia menghadiahkan kalung emas yang bertakhtakan batu permata yang berwarna ungu sebagai tanda ingatannya kepadaku.
            Di dalam kereta, Haikal memegang tanganku.
            “Asal Nia tak kasi tau yang lelaki tu budak kecik. Buat penat abang jealous je, tau.” Aku tergelak dengan sikap Haikal seperti kanak-kanak.
            “Saja ja.” Ringkas jawapanku.
            “Saja?” Haikal tidak puas hati dengan jawapanku.
            “Habis nak suruh Nia jawab pe? Suka-suka? Macam tu?” aku tersengih melihat Haikal yang mengangkat sebelah keningnya.
            “Nia saja kan nak kenakan abang. Kang abang merajuk susah Nia nak pujuk nanti…” kata-kata Haikal seolah-olah dia merajuk.
            Aku tidak dapat menafikan hati aku sangat menyayangi dirinya dan aku berharap selepas ini tiada lagi masalah yang menimpa. Aku takut kehilangannya.
            “Abang….” Perlahan aku memanggilnya.
            “Ya…” Haikal yang masih memandu menjawabnya.
            “I love you…” kataku.
            Lantas Haikal memberi signal untuk memberhentikan kereta dikepala jalan. Haikal memandang ke arahku.
            “I love you too.” Air mata mengalir dipipiku.
            “Hey… no more tears ok. I don’t want to see you cry anymore.” Haikal mengesat air mataku. Kemudian tubuhku dipeluknya.
            “Abang, Nia rindu laa kat semua yang ada kat Malaysia.” Luahku kepada Haikal.
            “Esok kita balik Malaysia, k.” Haikal memujukku.
            Aku hanya mengiakannya. Sungguh aku amat merindui mak, ayah, Mirul dan seluruh kawan-kawan dan juga keluarga Haikal. Tidak sabar untuk bertemu dengan orang yang aku kasihi. Haikal meleraikan pelukkannya dan dia menyambung kembali pemanduannya. Esok aku dan Haikal akan pulang ke tanah air tapi satu hal yang harus aku selesaikan ketika aku pulang ke sana iaitu Sulfian Hisham. Dia juga salah satu sebab aku melarikan diri dari Malaysia. Kehadirannya sebelum aku datang ke Switzerland telah menyebabkan aku sering mengalami mimpi ngeri. Aku harus mencari tahu siapa Sulfian Hisham dan apa kaitannya dia dengan keluarga kandungku.

5 comments:

  1. sorry klu bab ni kurang memuaskan.. sory again...

    ReplyDelete
  2. besttt sgt la, xsaba nak tau ending citer nie, hehe..bile agaknye nk dpt bby ek?

    ReplyDelete
  3. best aape n3 nie... sweet sgt2.... takut pulak ada masalah nanti.. hrmm.. i want baby!!!

    ReplyDelete

relax corner ..!!!