Sunday, March 6, 2011

bab 9


Aku dan Haikal berpimpinan tangan menuju ke arah keluarga yang sedang menanti kepulangan kami berdua. Haikal melambai-lambai tangan kepada mereka yang masih mencari-cari kemunculan kami.
            Sepertinya Hafiz dan Anna yang pertama melihat aku dan Haikal dalam pusuan orang ramai yang baru mendarat bersama kami sebentar tadi. Mereka berdua berlari ke arah aku dan Haikal. Lantas Anna memeluk tubuhku.
            “Kak Nia, I miss you damn much. Please don’t leave us again.” Suara Anna seakan-akan membisik ditelingaku.
            “Anna ni, sudah-sudah laa. Angah pun nak salam dengan kak Nia juga.” Hafiz sudah menolak Anna untuk memberinya peluang untuk bersalaman dengan aku.
            Haikal yang disebelahku tersenyum melihat gelagat adik-adiknya sedang berebut-rebut untuk bersalaman denganku.
            “Amboi… salam dengan kak ipar korang je. Dengan abang long ni tak nak pula korang salam.” Haikal berpura-pura berjauh hati dengan adik-adiknya.
            Hafiz dan Anna yang mendengar keluhan abang long mereka melemparkan senyuman kepada Haikal. Anna dan Hafiz menarik tangan Haikal lalu dicium.
            “Dah laa, kesian kat yang lain sedang tunggu kita sana.” Haikal mengajak aku, Anna dan Hafiz ke tempat ahli keluarga kami sedang berkumpul.
            Aku dan Haikal serta adik-adiknya beriringan ke tempat yang dituju. Kelihatan mama, daddy, mak, ayah dan Mirul tersenyum girang.
            Aku pergi mendapatkan mak dan mama terlebih dahulu. Sejak aku kecik hanya mak yang menjagaku dan ketika aku berkahwin dengan Haikal, mama banyak mencurahkan kasihnya terhadapku. Kedua-dua wanita ini sangat aku sayangi dan jasa mereka akan ku kenang seumur hidup. Aku memeluk tubuh kedua-dua wanita itu dan bersalaman dengan mereka.
            “Mak, mama… Nia minta maaf sebab pergi meninggalkan semua tanpa khabar. Maafkan Nia, mama… mak.” Aku memegang tangan mak dan mama sambil memohon maaf kepada mereka.
            Haikal, daddy dengan ayah menghampiri kami. Bahuku disentuh lembut oleh Haikal. Dia memberi senyuman kepadaku.
            “Ok ladies… apa kata kita balik dulu? Tak usah laa buat drama touching-touching kat sini, k. Lagipun kat rumah lagi best. Boleh sembang puas-puas. Kan? So shall we?”
            Haikal sudah mengajak pulang ke rumah.
            Yang lain bersetuju untuk pulang ke rumah. Aku berjalan bersebelahan dengan mama dan mak. Aku sangat merindui mereka berdua. Ketika aku di Switzerland pun aku amat mengingati mereka. Tapi sekarang semua itu telah berlalu. Aku bakal membina cerita yang baru dalam perhubungan aku dan Haikal.

Keadaan di rumah menjadi riuh-rendah dengan suara ahli keluarga yang berkumpul di villa milik mama dan daddy. Ayah dan daddy sedang berborak mengenai politik dunia manakala mama dan mak rancak berbual dengan Haikal. Amirul dan Hafiz sudah seperti kanak-kanak yang bermain playstation. Kadang-kadang mereka terjerit-jerit apabila salah seorang akan kecundang.
            Aku gembira melihat suasana seperti ini. Ia kelihatan sungguh membahagiakan. Aku panjatkan syukur kepada Allah kerana memberi aku kesempatan untuk merasai semua ini untuk sekali lagi. Aku yang berada didapur dapat melihat Haikal yang kadang-kadang menoleh ke arahku.
             Aku baru perasan yang Anna tidak ada bersama yang lain. Lantas aku bertanyakan kepada bibik.
            “Bik… nampak Anna tak?”
            “Iya… nampak kok. Dia ada di halaman belakang. Mau saya panggilin?” bibik menjawab dalam loghat Indonesia.
            Aku menggelengkan kepalaku.       
            “Tak pe bik. Biar Nia je ke sana. Terima kasih.” Aku melemparkan senyuman kepada bibik yang sedang mengemas dapur.
            Aku melangkah ke halaman belakang ingin melihat apa yang sedang dilakukan oleh adik iparnya itu.
            Kelihatan seperti Anna sedang berbual dengan seseorang di dalam telefon.
            “Ariel, Anna pun sayangkan Ariel tapi sekarang ni Anna nak tumpukan perhatian dalam pelajaran Anna. Anna harap Ariel faham.”
            Aku tidak sengaja terdengar apa yang sedang dibualkan oleh Anna dengan rakannya.
            “Bukan tu maksud Anna.” Sekali-sekala aku melihat Anna menggelengkan kepalanya tanda dia membantah kata-kata rakannya itu.
            “Dah laa, malas Anna nak cakap dengan awak. Buat sakit hati ada laa.” Lantas Anna menamatkan perbualannya. Dia meregus kasar.
            “Ek hem…” aku berdeham.
            Anna menoleh ke arahku.
            “Eh, kak Nia. Duduk laa…” Anna berdiri sambil mempelawa aku duduk disebelahnya.
            “Terima kasih…” aku melabuhkan punggungku diruang kosong bersebelahan dengan Anna.
            Aku perasan mata Anna sedikit berair. Mungkin dia menahan air mata daripada berguguran.
            “Kak Nia dah lama ke kat situ tadi?” soal Anna.
            Aku mengangguk lemah. Aku tau salahku mendengar perbualan orang lain tapi aku terdengar dengan cara tidak sengaja.
            “Akak minta maaf ea. Tak sepatutnya akak mendengar perbualan Anna dengan kawan Anna tadi.” aku memohon maaf atas keterlanjuran perbuatanku.
            “Eh, tak pe kak Nia. Anna berbual tadi bukan perkara mustahak pun just….” Anna tidak lagi meneruskan kata-katanya. Butiran air mata yang ditahan oleh Anna sebentar tadi akhirnya berguguran.
            Aku tidak sampai hati melihat Anna menangis lantas aku memeluk dirinya untuk memberi dia semangat.
            “It’s so k. Akak ada kat sini. If Anna nak lepaskan tangisan tu, just lepaskan. Tak payah tahan-tahan. I can lend my shoulder to you.” Aku memujuk Anna sambil mengusap belakang tubuhnya.
            Setelah Anna puas melepas semua tangisan dan bebannya, dia meleraikan pelukkanku. Aku menyeka bekas air mata dipipinya.
            “Kak Nia thank you so much. Anna tak tau nak apa yang patut Anna buat. Serius Anna binggung.” Anna meluah rasanya.
            “Kalau Anna tak keberatan, boleh Anna kongsi masalah Anna dengan kak NIa. Mana nak tau, kak Nia boleh tolong ke?”
            “Sebenarnya macam ni…”
            Anna menceritakan tentang kawannya yang bernama Ariel. Dia merupakan sahabat karibnya sejak dari zaman sekolah menengah. Namun tanpa dia sedari Ariel menaruh harapan kepada dirinya. Anna juga menyukai Ariel tapi masalahnya, Rita kawan kepada Anna juga mempunyai rasa yang sama kepada Ariel. Oleh disebabkan Anna tidak mahu menyakiti Rita, lalu Anna terpaksa mematahkan hati Ariel. Dia lebih rela membuang semua rasanya terhadap Ariel demi Rita.
            “Anna sabar k. Akak tau, semua ni mesti susahkan untuk Anna. Percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan akak harap satu hari nanti Ariel akan memahami sebab Anna melakukan hal seperti itu.” Pujukku.
            “Thanks kak Nia. Lega sikit Anna rasa lepas luah semua benda ni kat akak.” Sekali lagi tubuhku dipeluk.
            “Kak Nia boleh Anna tanya sesuatu?” Anna membetulkan posisinya.
            “Tanya laa..” aku memberi senyuman kepada Anna yang sedang memaut lengan kananku.
            “Macam mana akak dengan abang long boleh kenal? Mama pernah bagitau yang abang long kenal akak sebelum dia menikahi akak lagi dan tu laa kali pertama abang long mula menyukai akak dalam diam.” Anna menanyakan soalan cepumas.
            Aku mengaru-garukan kepalaku yang tidak terasa gatal.
            “Akak kenal dia masa kami bertembung didepan pintu masuk celebrity fitness. masa tu abang long Anna bawa iguana dengan dia tapi akak tak tau pulak yang iguana tu milik dia. Lepas tu, akak minta laa seorang pakcik tu tolong ubahkan iguana tu. Sememangnya akak anti sikit dengan benda-benda alah tu, habis tiba-tiba abang long Anna marah pakcik tu suruh bagi balik iguana dia. Then, both of us start quarrel laa. Akak gelar dia sebagai mamat Iguana Lover then, you know what, dia panggil akak minah Trouble Making. Akak pun apa lagi, angin satu badan laa. So, after that abang long terpaksa berkahwin dengan akak.” Panjang lebar aku menceritakan kisah aku dan Haikal.
            “Lepas tu, akak dengan abang long pun fallin in love. Oh! How sweet….” Anna menepuk kedua-dua telapak tangannya sambil bersorak girang.
            “Amboi… rancaknya abang tengok korang dua bersembang. Tak nak ajak abang join sekaki ke?” tiba-tiba Haikal menegur aku dan Anna dari belakang.
            “Eiii… abang long ni busybody laa. Baru je Anna nak sembang berdua-duaan dengan Kak Nia, abang long dah menyibuk.” Anna menjuih bibirnya.
            Haikal yang turut melabuhkan punggungnya membalas kata-kata Anna.
            “Suka hati abang long la. Sape suruh Anna kidnap isteri abang long. Puas abang long cari satu rumah tau.”
            Haikal mengambil tanganku lalu dimainnya.
            “Gediknya abang long ni… menyampah Anna tau. Dah la, Anna nak masuk dalam dulu. Dari Anna duduk kat sini tengok abang long yang mengada-ngada baik masuk dalam gi makan. Lagi bagus.” Anna sudah berdiri untuk meninggalkan aku dan Haikal disitu.
            “Bagus… bagus... shuh!”Haikal seperti sedang menghalau adik perempuannya.
            Bayangan Anna tidak lagi kelihatan. Tanganku masih lagi dalam pegangan Haikal. Dia menatap wajahku yang disuluh oleh cahaya bulan.
            “Abang, Nia masuk dulu k.” aku meminta izin untuk masuk ke dalam. Sudah lama aku berada dihalaman luar bersama Anna tadi, sekarang dengan Haikal pula.
            “Tak de… tak de… Nia kena temankan abang kat sini jugak. Tadi Anna dah culik Nia dari penglihatan abang. Kalih-kalih je, Nia dah tak da kat dapur.” Haikal masih mengenggam erat tanganku.
            Aku ketawa kecil mendengar pengakuan Haikal seperti kanak-kanak.
            “Macam-macam laa abang ni.” Aku mencuit hidung Haikal.
            Haikal melingkari tangannya dipinggangku. Aku melentokkan kepalaku dibahunya sambil melihat ke arah bulan yang menerangi langit.
           

Sudah tiga bulan aku pulang ke tanah air yang tercinta dan selama tiga bulan ni laa aku menjadi pengganggur yang terhormat. Aku asyik terperap didalam rumah Haikal. Haikal pula semakin sibuk sejak akhir-akhir ini. Dia perlu menguruskan projek terbaru mereka di Termeloh, Pahang. Kadang-kadang dia akan balik pada lewat malam. Banyak perkara perlu diurusnya.
            Tiba-tiba kepalaku berdenyut-denyut dan kerongkongku juga berasa mual. Aku yang tidak dapat menahan rasa mual itu, berlari memasuki tandas dan memuntahkan segala isi perutku. Habis mataku turut berair.
            “Uwekkk..” aku menahan kerongkongku yang terasa perit.
            Aku teringat sesuatu kembali masuk ke dalam rumah untuk mengambilnya. Aku memunggah beg tanganku untuk mencari pregnancy test kit yang baru aku beli di guardian malam semalam.
            “Nak try ke tak nak?” aku bercakap seorang diri.
            Aku menarik nafas dan aku kembali ke tandas untuk memeriksa tekaanku sama ada benar atau tidak. Bulan ini kitaran haidku sedikit lewat dari tarikh yang biasa. Oleh sebab itu, aku membeli pregnancy test kit ni untuk mencuba. Mana nak tau, ada rezeki.
            Aku menjerit tanda gembira. Akhirnya penantianku berakhir apabila pregnancy test kit menunjukkan tanda positif. Tapi apa pun aku harus melakukan pemeriksaan doktor supaya lebih tepat. Jika benar aku hamil, aku tidak sabar untuk memberitahu Haikal tentang khabar yang mengembirakan ini.


“Tahniah Puan Nia. Anda disahkan hamil selama dua bulan.” Aku bersyukur. Akhirnya aku mengandung zuriat Haikal.
            “Terima kasih doktor.” aku tersenyum sambil memegang perutku.
            Mulai hari ini, di dalam tubuhku mempunyai seorang lagi insan yang bakal menyinari hari-hari.
            “Anak pertama?” soal doktor yang berada dihadapanku.
            Aku sekadar menganggukkan kepalaku. Aku tidak dapat mengambarkan betapa gembiranya hatiku pada ketika ini.
            “Puan harus melakukan pemeriksaan sekali lagi pada tarikh yang ditetapkan, ok? kita harus memastikan bayi didalam kandungan Puan berada dalam keadaan yang baik.” Doktor memperingatkan aku.
            “Baik laa doktor. Kalau macam tu saya minta diri dulu.” Aku meminta diri.
            “Sekali lagi, congrats.”
            Aku melangkah meninggalkan klinik tersebut. Aku tidak sabar untuk memberi kejutan kepada Haikal tentang perkara yang membahagiakan ini.
            “Encik Haikal, Puan Nia nak berjumpa dengan Encik.” Sue memberitahu Haikal, aku berada dipejabatnya.
            “Baik suruh dia masuk.”
            “Puan… silakan masuk.” Aku membalas senyuman Sue.
            Aku mengetuk pintu Haikal.
            “Masuk.” Kedengaran suara Haikal dari dalam menyuruh aku masuk.
            “Nia… Nia dari mana ni?” Haikal bergerak mendapatkan aku yang baru masuk ke biliknya.
            Kami melabuhkan punggung disofa panjang didalam bilik kerja Haikal.
            “Nia baru balik dari klinik.” Perlahan aku menjawabnya. Haikal kelihatan terkejut mendengar jawapanku.    
            “Nia sakit ke? Sakit apa? Asal Nia tak kasi tau abang? Doktor cakap apa?” bertalu-talu Haikal menanyaku. Dia sepertinya cemas.
            Nak tergelak aku dibuatnya melihat Haikal seperti itu.
            “Tak de apa. Cuma doktor kata dalam perut Nia ni ada something. Dia minta Nia buat check up setiap bulan.” Tanganku diramasnya.
                “Tak ada apa-apa Nia kata. Abis kalau Nia tak ada apa-apa, asal doktor minta Nia buat check up setiap bulan? Nia jangan bagi takut abang. Baik Nia cakap, Nia sakit apa? Please, sayang. Don’t make me scared.” Haikal sudah tidak senang duduk mendengar kata-kataku.
            “Semua ni abang punya pasal laa. Jika bukan disebabkan abang, Nia tak yah gi buat check up setiap bulan kat hospital tau.” Aku berpura-pura bersedih.
            “Apa yang abang dah buat? Please, Nia… jangan buat abang macam ni. Abang nak tau sebab apa yang Nia kata semua ni gara-gara abang. If I hurt you, I’m sorry. Please tell me, Nia sakit apa?” Haikal sudah tidak tentu arah.
            Kasihan pula melihatnya berkeadaan seperti itu. Perlahan-lahan aku mengukirkan senyuman.
            “Apa laa abang ni. Dah nak jadi papa pun, still blur.”
            “Nia ni, abang serius dia boleh ka….ta… a..bang…”Haikal baru tersedar aku mengatakan sesuatu. “Papa? So, you mean I’m going to be a father?”
            Aku menganggukkan kepalaku. Haikal bersorak kegembiraan.
            “Bape lama?” soal Haikal.
            Aku mengangkat dua jariku menunjukkan tanda sebagai dua bulan.
            “Alhamdulillah….”
            Haikal menarik tubuhku mendekatinya. Kemudian tubuhku dipeluk erat, lalu dia mencium dahiku.
            “Thanks sayang. Thank you so much… nanti kita bagitau kat seluruh family k.” Haikal tidak putus-putus memanjatkan syukurny a ke hadrat Illahi atas kurniaan-Nya.


Sofea merengus kasar. Dia memesan minuman yang diharamkan dalam islam sebagai minumannya.
            “Argh!!!! Tak guna!”
            Babak pelukkan mesra Haikal bersama Nia masih berlari diruang legar kepalanya. Dia tidak dapat menahan cemburu apabila mengetahui Nia telah mengandungkan anak Haikal selama dua bulan. Baru saja dia merancang untuk merebut Haikal kembali kepadanya tapi nampaknya rancangannya pasti gagal dengan zuriat yang dikandungkan oleh Nia.
            “Ahh….!! Habis rosak rancangan aku!” Sofea meneguk minuman keras yang dipesannya sebentar tadi.
            “Hai.. can I join you?” seseorang lelaki menghampiri Sofea yang dalam keadaan marah.
            Sofea tidak melayan lelaki tersebut malah dia masih meneruskan meneguk minuman keras itu. Lelaki itu tersenyum melihat Sofea berkeadaan seperti itu.
            “I’m Sulfian Hisham.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.
            “So? What do I care? I don’t know who you are. Can you please leave me alone?” Sofea tidak senang dengan lelaki yang baru dikenalinya ini.
            “I think you should care because I’m going to help you to win back your Haikal.” Sofea terpana mendengar kata-kata Sulfian.
            “You know him?” soal Sofea yang tidak puas hati dengan pernyataan Sulfian sebentar tadi.
            Sulfian menganggukkan kepalanya.
            “I know who is Haikal and especially Nia…” Sulfian memberitahu Sofea.
            “Nia?”soal  Sofea sekali lagi.
            “Yup. I know macam mana nak pisahkan diorang dua. So, you want to join me?” Sulfian mengajakkan Sofea untuk bersepakat dengannya.
            “I don’t think so. Nia is pregnant. So I don’t think we can separate them.” Sofea sudah berputus asa apabila mengetahui Nia mengandungkan anak Haikal. Dia tahu peluangnya untuk mendapatkan kembali Haikal sangat tipis.
            “You’re wrong. I know exactly how to separate them. Ada something mengenai Nia yang tidak diketahui oleh keluarga Haikal termasuk Haikal.” Sulfian tersenyum.
            “But, how?” Sofea kembali menanyakan bagaimana caranya.
            Sulfian membisikkan sesuatu ke telinga Sofea, kemudian Sofea mengukirkan senyuman.
            “Ok, I with you.” Sofea bersetuju untuk berkomplot dengan Sulfian.
            Kedua-dua mereka ketawa untuk meraikan permulaan rancangan mereka. Sofea tidak sabar merebut Haikal kembali ke tangannya. Dia dapat membayangkan jika perkara ini diketahui oleh keluarga Haikal.
            ‘Nia just wait and see. Haikal is mine. I will make sure that you are suffering because take away my Haikal from me.’ Dia tersenyum puas.

8 comments:

  1. apa rahsia tu ye. minta2 haikal n family tetap akan menyayangi nia wlau apa pun cerita x baik yg akan trbongkar nanti ye.. cpt smbung ke

    ReplyDelete
  2. apakah??huhuhu...takmola...

    ReplyDelete
  3. wah... dua org psiko dah dtg.. oh, Nia~

    ReplyDelete
  4. misteri baru....siapakah sufian?

    ReplyDelete
  5. hehehe... jeng! jeng! jeng! nntkn smbungannya k... hehhe... =D

    ReplyDelete
  6. eeeiii.. takutnya.... serius!!!!

    mudah-mudahan haikal tak bulat-bulat mempercayai fitnah tue... mudah-mudahan ada yang backing-up nia... hate sofea and hisyam.... u guys r i@#$@...

    ReplyDelete
  7. =D
    sbr2.. lpas ni ad yg lg mnyedihkn... heheh..

    ReplyDelete
  8. bila mau masok next chap ? i smell sumthin fishy ! grr . sulfian mane plak uhh . sofea tuh , grrr .

    ReplyDelete

relax corner ..!!!