Sunday, March 20, 2011

KBK - 3


Jam menunjukkan sudah masuk pukul 4.15 pagi. Darwisy masih lagi belum dapat melelapkan matanya. Suara Lia masih terngiang-ngiang dicuping telinganya tentang Lia sudah mempunyai pasangan hidup. Dia tidak tahu dengan perasaannya ketika ini. Yang dia tahu hatinya gembira dengan berita yang disampaikan oleh Lia dan dia juga turut berasa sedih.
            Sedih? Benda itu yang membuatkan matanya masih lagi tidak terasa mengantuk. Dia tidak faham kenapa dia harus bersedih sedangkan antara dia dan Lia tidak mempunyai apa-apa perasaan kecuali sebagai kawan baik.
            “Argh!!!” Darwisy melepaskan keluhannya.
            “What’s wrong with me?!” Darwisy terus bangkit dari pembaringannya menuju ke tepi tingkap.
            Berkali-kali dia meraup wajahnya. Hatinya sudah tidak keruan sejak bertemu dengan Lia siang tadi. Berita yang disampaikan oleh Lia benar-benar membuat dia terkejut.
            “Wisy…” lembut Lia memanggil Darwisy yang enak memakan juadah tengaharinya.
            “Hmm…”
            “Wisy… wisy…” panggil Lia lagi.
            “Ye…” jawab Darwisy sambil menghirup air buah-buahannya.
            “Wisy…”
            Darwisy yang tidak tahan namanya dipanggil berulang-ulang kali, menoleh ke arah Lia yang berada dihadapannya dengan wajah yang sukar digambarkan.
            “Wisy… wisy.. wisy…. Kau ingat apa? We wish for a merry chrismast ke?” hembur Darwisy kepada Lia.
            Lia yang mendengarnya menahan dari ketawa. Kang tak pasal-pasal lagi teruk kena hembur.
            “Cakap laa apa yang kau nak cakap. Tak payah laa jadi quite person macam ni.” Darwisy yang tidak sabar melihat Lia yang masih mendiamkan diri, memulakan perbualan.
            “Wisy… aku kasi tau something kat kau. Kau jangan gelakkan aku pulak. boleh?” teragak-agak Lia memulakan percakapannya.
            Darwisy bersandar di kerusi sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya . dia juga teragak-agak ingin memberi jawapan kepada Lia.
            “Yela yela…” tanpa berlengah lagi Darwisy terus bersetuju. Otaknya giat memikirkan apa yang ingin disampaikan oleh Lia.
            “Aku… sebenarnya aku… Erm.. aku…”
            “Aku apa?” sergah Darwisy.
            “Aku dah nak kahwin.” Gara-gara terkejut dengan sergahan Darwisy, perkara yang ingin disampaikan kepada Darwisy terlontar juga.
            Cepat-cepat Lia menekup mulutnya. Dia berancang untuk memberitahu Darwisy secara perlahan-lahan tapi dek terkejut dengan Darwisy, rancangannya turut berkecai.
            Darwisy yang mendengarnya turut ternganga. Dia sendiri tidak pasti sama ada yang disampaikan oleh Lia itu benar atau tidak.
            “Betul ke ni?” Darwisy menyoal Lia.
            Lia hanya menganggukkan kepalanya. Wajahnya mula merona merah akibat malu dengan ayat spotan dari mulutnya.
            “Bila?” soal Darwisy lagi.
            “Next month.” Perlahan Lia membalasnya.
            Darwisy mengerutkan dahinya. Sebenarnya dia masih lagi keliru. Dia tidak tahu yang Lia sudah mempunyai kekasih. Jika tak salah, dia baru menjejakkan kaki ke Malaysia tidak sampai 3 bulan. Lagi pula, Lia tidak pernah menceritakan tentang lelaki tersebut kepadanya ketika mereka keluar bersama-sama.
            “Wisy…” Lia melambai-lambai tangannya di depan wajah Darwisy yang sedang termenung jauh.
            Oh.. ya yaa..” Darwisy membetulkan posisinya.
            “Kau terkejut ea?” Lia memberanikan diri bertanyakan kepada Darwisy yang sedikit mengelamun.
            “Boleh dikategorikan sebagai terkejut laa jugak. Cuma tak dapat heart attack je.” Darwisy kembali menenangkan keadaan yang sebentar tadi agak kurang enak.
            “Sorry laa. Actually aku memang berancang nak kasi tau kau sebelum ni tapi aku cuma tak berani.” Kata Lia lagi.
            “Kenapa perlu takut? Benda baik kan. Lagipun aku pun happy dengar kau dah jumpa pasangan hidup kau.  So you don’t have to worry.” Darwisy ingin menyedapkan hatinya yang sempat berkocak hebat.
            Lia mengukirkan senyuman.
            “Thanks Wisy. Kau memang sahabat baik aku.”
            Darwisy cuba menutup semua rasa itu dengan membalas senyuman kepada Lia. Tak mungkin dia cemburu mendengar berita yang bakal membahagiakan sahabatnya ini. ‘Pasti sebab aku terlalu rapat dengan Lia. Sebab tu aku rasa macam ni.’ pujuk hati Darwisy sendiri.
            “So… bila kau nak bawa dia jumpa aku?”
            “Hah! Kau nak jumpa dia? Betul ni?” Lia yang tadi sedikit tidak senang duduk kembali ke sikapnya yang asal.
            “A’ah. Aku nak juga jumpa orang dah beraya memikat hati kawan baik aku ni.” balas Darwisy dengan nada ingin berjenaka.
            “Okay. Kalau macam tu aku nanti arrange perjumpaan kita bertiga. Okay?” Lia kelihatan teruja ingin memperkenalkan bakal  suaminya kepada Darwisy.
            Darwisy tersedar dari lamunannya apabila dia terdengar azan subuh berkumandang. Dia melihat ke arah jam yang menunjukkan sudah masuk pukul 6.10 pagi dan semalaman dia tidak tidur. Segera Darwisy memasuki bilik airnya untuk membersihkan diri.

Kelihatan seperti mama dan kak Jue sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. Darwisy yang meniti anak tangga menuju mendapatkan mamanya yang berada di dapur.
            “Assalamuailaikum ma…” Darwisy memberi salam sebaik saja dia memasuki ruang dapur. Dia sudah terhidu mamanya memasuk juadah kegemarannya iaitu nasi lemak sotong.
            “Waailaikumsalam.” Jawab mama sambil ligat menyambungkan kerjanya di dapur.
            Kak Jue yang berada dibelakangnya memberi satu tepukkan lebut dibahunya.
            “Aik! Adik kakak dah bangun. Awalnya….” Kak Jue sekadar memberi senyuman kepadanya lalu menuju ke periuk nasi untuk dihidangkan.
            Darwisy hanya membalas dengan senyuman yang hambar. Tak mungkin dia mengatakan yang dia tidak dapat melelapkan matanya semalaman gara-gara berita disampaikan oleh Lia.
            “Asal Man nampak tak berdaya ni? Mata pun kuyu. Man tak tidur ea semalam.” Darwisy yang baru teragak-agak ingin menyimpan rahsia, ternganga mendengar tekaan mamanya yang 100% betul.
            ‘Macam tau-tau ja.’ Desisnya sendiri.         
            Sesungguhnya martabat seorang ibu amatlah tinggi. Darwisy bersyarah dengan dirinya sendiri.
            “Eh, dik. Kau tau tak yang bulan depan Li a dah nak kahwin?”
            Darwisy yang baru ingin meneguk air sejuk tersembur dek soalan kakak kesayangannya itu.
            Mama dan kak Jue saling berpandangan melihat Darwisy yang tersedak-sedak dihadapan mereka.
            “Man okay ke tak ni?” mama mendekati Darwisy yang sedang menepuk-nepuk dadanya.
            “Man okay. Cuba terkejut je.” Sekali lagi Darwisy menyembunyikan hal yang sebenar dari mamanya.
            “Lia tak kasi tau kat Man ke?” mama yang risau dengan keadaannya tolong mengurut-urut belakang.
            Kak Jue juga turut menghampiri mereka berdua.
            “Lia baru je kasi tau Man semalam. Tapi yang Man terkejut tu, bila masa mama dengan Kak Jue tahu pasal benda ni?”
            Darwisy mengaru kepalanya yang tidak terasa gatal.
            “Laa… kita orang dah lama tau cuma adik je baru tau pasal benda ni.” pantas jawab Kak Jue.
            Aku memandang ke arah mama yang terangguk-angguk mengiakan kata-kata Kak Jue.
            “Maksud Kak Jue, Man orang terakhir yang tahu pasal benda ni?” Darwisy mengerutkan dahinya. Tiba-tiba hatinya dilanda hiba.
            “Ye. Actually Lia rancang nak bagitahu adik sendiri tapi dia teragak-agak. Dia tak nak bagi adik terkejut je.” Penjelasan Kak Jue tidak dapat menghambat rasa hatinya ini.
            “Man ni pula bila nak bawa balik menantu kat mama?” mereka sudah beriringan ke meja makan.
            “Hah?” Darwisy yang tidak dapat memberi tumpuan kepada soalan mamanya tadi.
            “Mama tanya, adik bila nak bawa balik menantu and adik ipar kat kami? Adik ni, muka dah cukup punya handsome tapi tak kan tak ada sesiapa yang minat kot. Atau adik ada tertunggu seseorang kot?” Kak Jue pula yang mengembalikan soalan mamanya kepada Darwisy sambil menokok tambah sedikit soalan yang ditanyakan tadi.
            Darwisy memikirkan kata kakaknya tadi. ‘ tunggu seseorang?’
            “Ish! Budak ni. orang tanya dia boleh dok diam macam tiang besi.” mama yang penat menanti jawapan Darwisy menyedok nasi ke dalam pinggan.
            “Eh, tak ada laa mama. Man mana ada girlfriend lagi. Tak nak laa fikir pasal benda ni lagi. Leceh.” Darwisy cuba membuang rasa yang sempat bertandang dihatina tadi.
            Kak Jue menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar jawapanDarwisy.
            “Kalau macam tu, nanti mama kenalkan anak kawan mama kat kamu ye. Anak dia pun baru balik dari luar Negara macam kamu. Kalau tak salah mama, anak dia nama…” mama kelihatan sedang memikirkan nama perempuan itu.
            “Hah! Shamien Natasya.” Pantas saja mama mengeluarkan nama perempuan tersebut sebaik saja mama dapat mengingati namanya.
            “Tak laa mama. Lagipun Man bukan kenal dia pun.” Darwisy cuba mengelak dari idea mamanya.
            “Adik okay la tu. Lagipun akak pernah tengok dia sebelum ni. Cantik orangnya. Padan laa dengan adik.” Kak Jue menyokong kata-kata mama mereka.
            Kalau boleh dia ingin melarikan diri dari terus disoal perkara-perkara macam ni.
            “Tak payah laa mama… kak Jue. Man tak sedia lagi laa dengan semua benda alah ni. Nanti bila Man dah sedia, Man kasi tau mama dengan akak kay.” Darwisy mencuba menokhtahkan perbincangan mereka dipagi hari ni.
            “Ikut suka kamu laa Man. Apa pun mama tetap setuju sesiapa yang bakal kamu pilih nanti.” Nada suara mama seakan-akan berjauh hati.
            Darwisy sedar yang mamanya mungkin berjauh hati dengannya tapi perasaannya tidak boleh dipaksa-paksa. Dia masih belum bersedia dengan semua ini lagi. Cukup dengan masalah yang dihadapinya sekarang ini.
            “Thank you ma… tak pe laa mama. Man naik atas dulu. Nanti Man makan nasi lemak ni kay.” Darwisy sudah hilang selera makan akibat perbincangan mereka tadi.
            Belum sempat mama mengatakan sesuatu kepada Darwisy, dia lebih dahulu meninggalkan meja makan. Mama dan Kak Jue saling bertatapan. Kak Jue hanya menjungkit bahu kepada mamanya. Dia seolah tahu apa yang ingin ditanyakan oleh mamanya kepada dirinya.
            “Biar laa kat dia tu. Mungkin ada masalah laa tu. Jue, kamu pergi panggil ayah kamu kat atas. Ayah kamu tu kalau dah jumpa surat khabar, tak makan pun tak pa.”arah mama.
            Tanpa berlengah lagi Kak Jue segara menuju ke ruang kerja ayahnya di tingkat atas.

Darwisy menghempaskan badannya ke atas tilam. Perlahan-lahan dia melepaskan keluahan dibibirnya. Otaknya ligat memikirkan soal Lia. Dia tidak tahu kenapa dia tidak senang duduk apabila isu perkahwinan Lia dibangkitkan. Adakah dia mula….
            Cepat-cepat dia menepis perkara tersebut dari ruang mindanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia menatap skrin telefonnya.
            “Lia…”bibirnya berkata.
            Segara dia menerima panggilan tersebut.
            “Assalamuailaikum.” Lia lebih cepat memberi salam.
            “Waailaikumsalam.” Jawab Darwisy. Buat kali pertama dia tidak teruja mendapat panggilan dari kawan baiknya itu.
            “Wisy… sabtu petang minggu ni kau buzy tak?” Lia mulakan percakapan.
            “Tak. Asal?” ringkas balasannya.
            “Macam ni, aku ingat nak ajak kau keluar jumpa bakal husband aku. Kau kata kau nak berkenalan dengan dia kan. Lagipun dia setuju nak jumpa dengan kau.” Jelas Lia tentang ajakannya tadi.
            “Oh yeke… aku on je. Kau just set time and places. Nanti insya-allah aku muncul.”
            “Okay…. Wisy…” perlahan suara Lia menusuk telinganya.
            “Hmmm…”
            “Are you okay?” soal Lia.
            “Of course aku okay. Lia, okay laa ea. Mama aku dah panggil turun makan sarapan pagi tu. Nanti kita calling-calling lagi kay. Assalamuailaikum.”
            Bohong Darwisy supaya dapat menamatkan perbualan mereka sebentar tadi. Hatinya terasa pedih setiap kali soal ini dibangkitkan.
            Darwisy sudah ke hulu ke hilir memikirkan perkara yang harus dilakukannya. Ting!!! Tiba-tiba dia mendapat idea untuk menyelesai masalah ini.
            ‘Kawan anak mama!’ otaknya merecanakan sesuatu.
            Segera Darwisy turun ke bawah untuk memberitahu dia setuju untuk berkenalan dengan Shamien Natasya, gadis yang tidak pernah dikenalinya sama sekali. Mungkin dengan cara ini, rasa yang dihadapinya dapat berkurang.
            Darwisy melihat mama, ayah dan kak Jue sedang enak menjamu sarapan pagi medekati mereka.
            “Mama… Man siap nak berkenalan dengan Shamien Nastasya.”
            Mama yang mendengar kata-kata anak terunanya mengukir senyuman.
            Darwisy berasa lega dapat meluahkan rencananya tadi. dari awal dia sedikit teragak-agak untuk meneruskan rancangannya ini tapi jika difikir-fikirkan mungkin ini salah satu jalan penyelesaian kepada masalahnya yang tidak tahu arah tuju itu.

4 comments:

  1. lahai... kesian pulak kat Darwisy...

    ReplyDelete
  2. darwisy cnfuse ngan feeling dia sndiri... hmmm... =)

    ReplyDelete
  3. nabilah... bkn, dia nk try buang rsa yg xenak dlm hati dia tu... heheh

    ReplyDelete

relax corner ..!!!