Monday, March 21, 2011

KBK - 4


Sejak Darwisy berjumpa dengan Shamien Natasya buat kali pertama iaitu pada hari mereka berjumpa Lia dengan bakal suaminya Fazriel, Darwisy menjadi semakin akrab dengan Shamien Natasya. Mengenali Shamien tidak merugikan malah dapat membantunya mengikis rasa hatinya kepada Lia. Dia keliru dengan rasa hatinya sendiri. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami apa-apa perasaan seperti ini. Oleh sebab itu, Darwisy mencari jalan supaya perkara ini dapat diselesaikan.
            Alunan lagu put your record on berdering. Pantas Darwisy mendapatkan telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, Darwisy segara menjawab panggilan itu.
            “Assalamuailaikum. Darwisy speaking…”
            “Waailaikumsalam.” Suara perempuan kedengaran dihujung talian.
            Darwisy menatap kembali telefon bimbitnya.
            ‘Unknown.’
            Private number ni. Darwisy meletakkan kembali telefon bimbitnya ke telinga apabila namanya dipanggil berkali-kali.
            “Oh ya, I’m here. Sorry but can I know who is speaking now?” soal Darwisy sambil mengarukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu.
            “Aik! Mr. Darwisy dah lupa ke. Ni Tasya laa.” Perempuan itu ketawa kecil.
            “Tasya?” Darwisy yang tidak dapat menangkap siapa gerangan perempuan itu.
            “I mean Shamien Natasya. Anak kawan mama you.” Jelas perempuan itu.
            “Oh… sorry sorry. I lupa nak safe number you hari tu. Erm, by the way you call I ni ada apa-apa ke?”
            Darwisy melabuhkan punggungnya di tepi birai katilnya. ‘Baru je aku teringat pasal dia. Tup! Tup! Dia call.’ Desis Darwisy sambil tersenyum.
            “It’s okay. Nothing, I ingat nak ajak you keluar kalau you tak buzy.” Suara lembut kedengaran ditelinganya.
            “Bila?”
            Darwisy sebenarnya agak kebosanan di dalam rumah. Disebabkan ada orang yang ajak dia keluar, apa salahnya kalau di terima pelawaan tu.
            “Hari ni.” jawab Tasya.
            “Okay then.” Darwisy hanya bersetuju.
            “Serius?” Tasya seolah-olah tidak percaya yang Darwisy sudi menerima pelawaannya.
            Dia kira, Darwisy akan menolak pelawaan ini tapi ternyata tanggapannya salah. Tasya bersorak gembira dalam hati. Hatinya sudah seperti berada di dalam taman bunga yang harum mekar mewangi.
            “Serius. So, you want me to fetch you?”
            Tasya sudah terlompat-lompat di dalam rumahnya. Dia masih tidak percaya Darwisy menerima pelawaannya. Berkali-kali ayat itu menerjah dalam pemikirannya.
            “Tasya are you still there?” soal Darwisy apabila taliannya tidak kedengaran apa-apa.
            Tasya terasa panas dipipinya. ‘Nasib baik dia ada kat rumah dia, kalau kat depan mata laa… Habis, jatuh saham.’ Bisik Tasya dalam hatinya.
            “Ya I’m still here. Sorry tadi ada hal jap.” Bohong Tasya.
            “Oh, it’s so kay. So, you nak I ambik you kat rumah or macam mana?” soal Darwisy sekali lagi apabila soalannya masih tidak dijawab.
            “Eh, tak payah laa. Nanti I drive my own car.” Sopan Tasya menolah ajakkan Darwisy. Dia lebih selesa jika dia memandu keretanya sendiri.
            “Okay. Kita nak jumpa kat mana ni?”
            Merancang bagai nak rak tapi tempat nak jumpa tak kasi tau lagi. Apa laa punya tuan yang merancang.
            “Hah! Oh, erm… kita jumpa kat Alamanda putrajaya. Okay?” teragak-agak Tasya menjawab soalan Darwisy.
            “I okay je. So, nanti kita jumpa kay. See you dalam kul 3.00 kat sana.”
            Darwisy bergerak ke almari bajunya untuk memilih pakaian.
            “Okay okay…. Assalamuailaikum.” Tasya meminta diri.
            “Waailaikumsalam.” Lantas talian diputuskan.
            Darwisy mengambil kemeja berwarna hitam dan seluar jeans. Dia ingin mengenakan pakaian yang simple. Kemudian dia kembali ke mejanya. Dia tertoleh kepada gambar dia dan Lia yang sedang memandang satu sama lain. Ketika itu mereka tengah main permainan lawan mata dan akhirnya dia yang menjadi pemenang bagi permainan tersebut. Tanpa disedari, Darwisy mengukirkan senyuman.
            “Lia… mungkin dengan cara ni rasa bakal kehilangan kau akan berkurang. Aku harap Fazriel dapat membahagiakan kau.” Darwisy bermonolog dengan gambar Lia.
           
Berkali-kali Lia cuba menghubungi Darwisy tapi tidak berjaya. Akhirnya Lia membuat keputusan untuk menghantar mesej kepada Darwisy. Jari Lia ligat menekan butang telefon bimbitnya untuk menaip isi mesejnya tersebut. Setelah siap dia menaip mesej tersebut, dia menghantar mesej tersebut kepada Darwisy.
            Lia ingin mengajak Darwisy untuk menemaninya mengambil kad jemputannya yang sudah siap dicetakkan tapi nampaknya dia terpaksa pergi bersendirian apabila Darwisy masih belum membalas panggilan atau mesejnya itu.
            Lagipun dia perasan Darwisy seakan-akan ingin mengelakkan diri dari berjumpa atau berhubung dengannya. Dia binggung memikirkan sebab Darwisy bersikap seperti itu dengan dirinya. Tidak pernah Darwisy berkelakuan seperti ini semenjak mereka berdua berkawan rapat disekolah. Ni mesti ada sesuatu yang menganggu fikiran sahabatnya itu.
            Lia tidak mahu memikirkan soal itu, meminta izin dari mummynya untuk keluar sebentar.
            “Mummy… Syu keluar sekejap ea. Syu nak gi ambik kad jemputan. Pekerja kedai dah telefon Syu untuk ambik kad jemputan tu. Syu keluar jap ea mummy.” Lia yang tengah sibuk mengambil kunci keretanya sempat memandang ke arah wanita tua yang melahirkannya itu.
            “Fazriel tak teman kamu ke?” mummy mendekati dirinya.
            “Tak… Riel ada urusan sikit. Tu yang dia suruh Syu gi ambik sendiri tu. Lagipun Syu dah bagitau kat dia yang Syu nak gi ambik kad tu dengan Darwisy tapi Darwisy lak tak angkat panggilan Syu.” Panjang lebar Lia menjelaskan kepada mummynya.
            “Kalau macam, Syu hati-hati kay. Satu lagi, daddy suruh Syu ajak Darwisy makan malam kat rumah kita. Ada yang nak dibincangkan kata daddy kamu tu.”
            Aku hanya terangguk-angguk tanda mengerti.
            “Okay mummy. Syu pergi dulu ea. Assalamuailaikum.” Aku mencium tangan mummy sebelum melangkah keluar meninggalkan perkarangan rumahku.
           
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari ini aku dan Fazriel akan diijab kabulkan. Kali pertama dalam hidupku, aku berasa gelisah. Mungkin ini yang dikatakan oleh kebanyakan pasangan yang baru ingin mendirikan rumah tangga.
            Aku memilih untuk mengenakan baju kahwin yang berwarna putih. Bagi aku, untuk majlis akad nikah, warna putih melambangkan kesucian sesuatu ikatan yang baru. Majlis akad nikah akan dilakukan didalam rumah aku sendiri. Daddy meminta bagi pihak keluarga untuk mengadakannya di dalam rumah. Daddy sendiri ingin mewalikan perkahwinan aku. Aku cukup terharu dengan sikap daddy yang begitu memberi sokongan kepadaku.
            Darwisy dan ahli keluarganya yang lain turut berada dalam majlis akad nikahku termasuk Shamien Natasya iaitu gadis pilihan auntie Salmah untuk dijodohkan dengan Darwisy. Mummy pula sibuk menguruskan para tetamu yang hadir.
            Semua ahli keluargaku kelihatan sungguh gembira terutamanya kedua-dua orang tuaku. Sudah lama aku tidak melihat mereka sebahagia ini. Tidak lama lagi rombongan dari pihak lelaki akan tiba. Aku menanti dengan penuh debaran.
            Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Tanpa berlengah lagi aku terus menjawab panggilan tersebut. Aku mengukirkan senyuman apabila nama Fazriel yang muncul dihadapan skrin telefon bimbitku.
            “Hai… dah tak sabar ke Bi. Sekejap lagi sayang akan jadi milik Bi untuk selamanya laa…” aku cuba berjenaka dengan Fazriel.
            Namun apa yang aku dengari bukan gelak tawa tapi suara esakan tangisan. Hatiku mula memikirkan yang bukan-bukan.
            “Bi…” aku cuba memanggil Fazriel.
            “Kak Lia…. Ni… ni… Ar’en. Abang… abang…” terketar-ketar suara Farahin iaitu adik Fazriel menutur kata.
            “Abang kenapa? Ar’en...” aku pasti ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Jika tak, masakan Farahin sudah nangis teresak-esak dihujung talian.
            “Abang dah tak da….” Semakin kuat tangisan Farahin meluah kata-kata.
            Aku terpana mendengar kata-kata Farahin. Telefon bimbit yang berada dalam pegangan aku turut terlepas. Aku kemudian teringat kata-kata Fazriel malam semalam. Fazriel tidak putus-putus mengatakan yang dia cintakan aku.
            “Sayang…. Bi sayang sayang tau.” Fazriel meluahkan kata-kata dengan nada yang serius.
            “Bi… sayang tau. Sayang pun sayangkan Bi jugak.” Balasku jujur.
            “Kalau nanti jadi apa-apa kat Bi, Bi nak sayang teruskan hidup sayang macam biasa kay.”
            Aku yang mendengar kata-kata Fazriel mengerutkan dahi. Aku tidak faham apa yang ingin disampaikannya kepadaku.
            “Apa Bi merepek ni? Bi nervous ea esok kita nak diijab kabul?”
            Fazriel mula ketawa kecil didalam talian.
            “Tak ada apa laa. Bi saja ja nak test sayang.” Aku lega ternyata Fazriel hanya ingin berjenaka.
            “Tapi lain kali Bi jangan buat lagi. Sayang tak suka laaa Bi gurau hal-hal macam ni.” lembut kata-kataku tapi bersulamkan ketegasan.
            “Ye sayang. Bi janji Bi tak gurau benda-benda macam ni lagi.” Fazriel hanya menurut.
            Aku tersenyum memandangkan tidak lama lagi aku akan berada disamping Fazriel yang tulus mencintaiku.
            “Thanks Bi.”
            “Sayang… I love you…” romantic nada Fazriel mengungkapkan kata-kata azimat itu.
            “I love you too…” balas untuk ucapan Fazriel.
            “I love you most…” katanya lagi.
            “I love you more….” Aku yang tidak mahu mengalah turut membalasnya.
            “I love you more than everything.”
            Aku semakin aneh dengan sikap Fazriel malam ini. Terlebih romantic pun ada jugak. Tapi apa pun hatiku berbunga ceria.
            “I’m speechless… but one thing I want you to know, I love you so much Muhd Fazriel Hakimi.” Tenang aku bertutur.
            “I know that. And thanks for loving me. Okay laa yang, you should get enough rest. Esok kita dah nak kahwin. Hahahah…”
            Aku tersenyum dengan semua kata-kata Fazriel. Sesungguhnya dia seorang lelaki yang penuh dengan kasih sayang. Aku beruntung kerana dapat merasai semua kasih sayangnya.
            Kemudian talian diputuskan.
            Aku kembali ke dunia asal telah menangis semahu-mahunya apabila mengenangkan kata-katanya semalam. Berkali-kali aku menafikan semua yang sedang terjadi disaat ini.
            “Tidak…. Tidakkkk….. tidakkkkk!!!!!!” aku menggeleng-geleng kepalaku. Aku tidak percaya yang Fazriel telah pergi menemui yang Maha Esa.
            Mummy dan yang lain mendengar jeritanku seperti terkena hysteria meluru masuk ke dalam bilikku. Aku yang terjelopok dilantai sudah mengalirkan air mata.
            ‘Bi… Bi tak leh tinggalkan sayang. Macam mana sayang nak teruskan hidup kalau tak ada Bi. Bi…’ hatinya memanggil-manggil Fazriel.
            Mummy dan daddy medekati aku.
            “Syu… asal ni?” daddy menaanyakan kepadaku.
            Keluarga Darwisy dan ahli keluargaku menyaksikan apa yang sedang berlaku.
            “Daddy…. Mummy…. Fazriel…. Fazriel…” aku tidak dapat meneruskan kata-kata. Terlalu payah untukku mengatakan yang Fazriel telah meninggal dunia.
            “Fazriel kenapa Syu? Apa dah jadi? Kenapa Syu menangis sampai macam ni?” bertalu-talu soalan mummy.
            Aku menarik nafas yang panjang untuk mengatakan perkara yang diberitahu oleh Farahin sebentar tadi.
            “Fazriel… dah… tak … ada…. Dia… dah… meninggal….” Sebiji-biji perkataan yang aku lontarkan.
            Mummy yang terkejut terus memeluk tubuhku. Aku sudah meraung sepuas-puasnya dibahu mummy. Yang lain yang berada disitu turut menyaksikan adegen yang menyayat hati.
            Daddy turut terduduk disamping sambil membuka songkok yang sebentar tadi kemas berada di atas kepalanya.
            “Mummy…. Syu nak Fazriel… Syu sayang dia mummy…. Dia tak boleh tinggalkan Syu macam ni…”
            Mummy mengosok-gosok belakangku untuk memberi semangat.
            “Syu sabar ya… mummy yakin Fazriel pasti tak nak benda ni jadi macam ni. Syu kena kuat. Ye sayang ye…” mummy yang turut mengalirkan air mata cuba memujuk ku untuk bersabar.
            Daddy telah melangkah keluar untuk menyelesaikan masalah ini. Para tamu yang hadir seperti tercenggang-cenggang melihat semua adegan itu. Ini merupakan dugaan yang berat terhadap aku sekeluarga. Pada hari perkahwinanku, aku telah menjadi janda sebelum diijab kabul.
            “Tak mummy… tak… Fazriel hidup lagi kan mummy. Dia saja nak bergurau dengan Syu ni..” aku sudah bangun berdiri mengesat air mata yang kian galak membasahi pipi.
            Fikiranku tidak berfikiran waras. Yang aku fikirkan hanya Fazriel. Hanya Fazriel! Itu saja yang bermain dalam fikiranku.    
            Aku ingin melangkah keluar dari bilik, pantas dihalang oleh Darwisy. Dia memegang erat pergelangan tanganku. Auntie Salmah dan Kak Jue yang berada disebelahnya sudah berair di kelopak mata.
            “Kenapa auntie dengan Kak Jue ni? Tak nak laa sedih-sedih macam ni. Hari ni kan Lia nak kahwin.” Aku tidak sedar apa yang aku katakan.
            Mummy sudah teresak-esak melihat sikapku seperti itu.
            “Lia! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?! Fazriel dah meninggal… dah meninggal!” sergah Darwisy.
            Darwisy tidak tahan melihat sahabat baiknya hanyut dalam emosi seperti ini. Dia faham mungkin sukar untuk menerima kenyataan ini tapi Lia harus sedar yang Fazriel memang telah meninggal dunia.
            Aku kembali ke pemikirkanku. ‘Fazriel dah meninggal?’
            Air mata kembali membasahi pipiku.
            “Tak… tak! Wisy… Fazriel hidup lagi… dia masih hidup. Kau kena tolong aku. Wisy…” aku menidakkan perkara yang benar dalam fikiranku.
            Darwisy menggeleng-geleng melihatku.
            “Lia look at me.” Darwisy mendogakkan dahuku untuk memandang ke arahnya.
            “Kau kena terima semua ni. Fazriel dah tak ada…”
            Lantas dia terus memelukku tanpa menghiraukan yang lain yang turut berada disitu. Dia hanya ingin meredakan kesedihanku. Dia tidak sanggup melihat aku menangis seperti itu.
            “Tak… tak… Fazriel masih hidup…” aku meronta-ronta ingin melepaskan pelukkan Darwisy.
            “Shuhs… please Lia don’t be like this. You have to be strong…” Darwisy mengemaskan lagi pelukkannya sambil memujukku.
            Berkali-kali aku menggeleng kepalaku dibidang dadanya.
            “Tak Wisy… takkkk….” Semakin perlahan aku berkata.
            Semua tidak tahan menyaksikan semua itu. Sungguh menyayat hati. Auntie Salmah turut memeluk mummy. Kak Jue menggosok-gosok belakangku yang kemas dalam pelukkan adiknya.
            “Lia… kau kena terima semua ni…” pujuk Darwisy lagi.
            Mataku yang banjir dengan air mata hanya terlihat-lihat Fazriel ingin mendapatkanku tapi bayangan tersebut semakin menjauh. Perlahan-lahan aku rebah dalam pelukkan Darwisy. Bayangan Fazriel hanya melambai-lambaikan tangan kepadaku. Tubuhku terasa sangat lemah dan aku tidak mampu bertahan lagi. Akhirnya aku pengsan. Suara mummy dan yang lain memanggil-manggil namaku namun aku tidak dapat membalasnya.

11 comments:

  1. sedih la...ok2, wisy ngan lia...shamien p men jejauh...

    ReplyDelete
  2. awin.. ad mksud tersirat tu... tau laa nk abg B... hahah by the way thnx

    ReplyDelete
  3. shamien jgn majok erk...hahaa..
    ermmm sedihnya.....

    ReplyDelete
  4. huhu sedihnya lia..amekla darwish jadik pengganti..hehe

    ReplyDelete
  5. ish... sdey gler ble nk kwin jd mcm ni... Lia... be strong kay. Kan Dawisy ade.. eheh

    Awin, sronoklah tu.. leh la abg B dia kluar lps ni.. haha :P

    ReplyDelete
  6. a'ahh.. aku dah agak dah... mesti sesuatu akan terjadi... tak sangka pulak fazriel kemalangan...
    relakah wisy mengambil tempat razriel???
    yup!! sudah tentu... and i really hope so...

    ReplyDelete
  7. huwahuwahuwa .. i lmbt bce. btw .. nice~!!! die3!! wahahaha

    ReplyDelete
  8. to all.... TQ ya.. t tggu nxt bab k.. heheh... =D

    ReplyDelete

relax corner ..!!!