Sunday, May 1, 2011

bab 18

Dalam kebingitan suasana, Sofea sedang meraikan kejayaannya  menghancurkan kehidupan seorang gadis yang betul-betul dia benci. Kerana Nia Maisara, lelaki yang dicintai sepenuh hatinya meninggalkan dirinya.
            Dirinya rasa tercabar apabila, ini kali pertama dirinya ditolak demi perempuan yang boleh dikategorikan sebagai perempuan yang tiada standard. Sofea sama sekali tidak rasa berdosa apabila dia meneguk air yang terang-terang di haramkan dalam islam.
            “Hey babe. Minum sorang-sorang tak nak ajar I.” Alvin menegur Sofea yang sedang rakus menelan arak.
            “Nak minum… minum la. Tak ada siapa pun yang halang you.” Balas Sofea sinis.
            Dalam kesamaran yang disuluh lampu disco Alvin menyembunyikan senyumannya. Sepanjang dia mengenali gadis ini, tidak sekali dia dapat memenangi Sofea. Dengan sikap Sofea yang degil menambahkan azamnya untuk mendapatkan dirinya.
            “Jom menari.” Pelawa Alvin.
            Sofea tidak mempeduli dengan pelawaan Alvin.
            “Hey, don’t you ever touch me!” sergah Sofea apabila tangan Alvin mula merayap pada tubuhnya.
            Alvin mengangkat tangannya tanda mengalah.
            “Okay-okay…I’m sorry.”
            Sofea menjarakkan dirinya dari Alvin.
            “Dah la. Spoil mood I nak enjoy malam ni. You… you..” tiba-tiba Sofea terasa kepalanya berdenyut-denyut dan lama kelamaan pandangannya semakin kabur. Akhirnya, Sofea rebah namun sempat dipaut kemas oleh Alvin.
            Alvin tersenyum puas apabila jeratnya berjaya. Lalu dia mengendong Sofea.

“Sayang…” Haikal memeluk Nia dari belakang sambil mengucup lembut leher isterinya.
            Nia yang kesejukkan hanya melemparkan senyuman. Ternyata rancangan Haikal membawanya bercuti merupakan keputusan yang betul.
            “Sayang tengah tengok apa tu?” soal Haikal.
            Nia yang sedang leka memandang seorang kanak-kanak kecil yang sedang bermain. Teringat kepada anaknya yang berada dipangkuan keluarga mentuanya.
            “Abang…” lembut Nia memanggil Haikal.
            “Hmm…”
            “Nia rindu anak kita la.” Perlahan Nia meluahkan rasa hatinya.
            Walaupun mereka baru berada di tanah tinggi Cameron selama dua hari, tapi rasa rindu terhadap Miazara semakin membuak-buak. Tambahan pula, setelah melihat telatah kanak-kanak yang bermain dibawah.
            “Kita balik ye bang…” sambungnya lagi.
            Haikal meleraikan pelukkannya lalu memusing tubuh Nia untuk memandang ke arahnya.
             “Betul Nia nak balik?”
            Nia hanya mengangguk kepalanya.
            “Okay la kalau yang tu permintaan Nia. Abang ikut je asalkan Nia bahagia.” Balas Haikal sambil mencium lembut dahi Nia.
            “Terima kasih ye bang. Nia sayang abang.” Nia mengeratkan lagi pelukkannya di tubuh Haikal.
            “Nia jom tidur…” bisik Haikal ditelinga Haikal.
            Nia faham dengan renungan Haikal lalu dia mengangguk setuju.
            Kemudian tubuh Nia dingdong dan dibawa ke dalam bilik. Malam itu, Haikal dan Nia melayari bahtera cinta mereka tanpa masalah yang melanda. Lepas segala rindu dendam yang dipendam.

Sofea memandang ke sekelilingnya. Dia sedar yang dia tidak berada didalam biliknya malah dia berada ditempat yang tidak pernah dia kenali. Bilik yang bersepah dan dia berada dalam keadaan yang tidak ada seutas benang menutupi tubuhnya.
            Dia melihat Alvin sedang nyenyak tidur disebelahnya tanpa pakaian. Sofea cuba mengingat kembali apa yang terjadi malam semalam. Seingatnya dia berada di club dan sedang meraikan kejayaannya.
            Perlahan-lahan Sofea menitiskan air matanya. Rupanya dia terjerat dalam perrmainan Alvin.
            Semakin benci dia terhadap lelaki yang telah merampas kesucian dirinya.
            “Hai baby. Good morning. Last night you totally so….”
            Panggg!!!
            Belum sempat Alvin menghabiskan kata-katanya, sofea menampar pipi Alvin. Rasa benci dan marah kini bercampur.
            Terasa perit akibat ditampar Sofea.
            “You!” sekali lagi Sofea mengangkat tangannya untuk menampar Alvin namun sempat dihalangnya.
            “Bukan kali ni. Sofea, you jangan jual mahal sangat. Perempuan macam you, belambak I boleh dapat. So, you jangan ingat you tu bagus sangat.”  Sinis Alvin berkata-kata.
            “And, you are mine. Forever…” katanya sambil mendekatkan bibirnya ditelinga Sofea.
            Alvin bangun dari katil lalu meninggalkan Sofea yang masih teresak-esak menangis.
            “You totally so sexy…” sambungnya lagi.
            Alvin hilang dari muka pintu namun sebelum itu, dia mencampak baju Sofea yang bertaburan dilantai ke muka Sofea.
            Sofea menyarung kembali baju ke tubuhnya dan dia mengemaskan dirinya yang tidak kemas dan dia kembali memandang ke arah katil yang bersepah. Ada satu tompokkan merah yang melekat pada permukaan cadar  itu.
            Semakin galak dia menitiskan air mata. Perasaan kesal bertandang dihatinya. Jika dia lebih berhati-hati, pasti semua ini tidak akan berlaku.
                        Musnah semua perancangannya. Jika ada sesuatu yang terisi dalam perut ini, apa yang harus dilakukannya. Sofea meraba-raba perutnya yang masih kempis. Mungkin kini tidak ada terisi tapi bagaimana jika bakal terisi.
            “Arghhh!!! Damn it!” jeritnya sambil melemparkan barang yang ada di atas meja solek.

Akhirnya mereka selamat ssampai ke rumah keluarga Haikal. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan anak kesayangannya, Nur Adrianna Miazara.
            “Ma…” lantas Nia mencium tangan ibu mertuannya itu.
            “Awal korang balik? Rancang sampai seminggu. Tapi ni baru hari ketiga.” Lembut mama Haikal berkata.
            “Macam mana tak awal mama. Ada orang tu dah rindu kat Adrianna. Tak sempat nak bulan madu kali kedua.” Celah Haikal sambil membawa masuk beg pakaian mereka ke dalam rumah.
            “Mama faham… Nia kalau nak jumpa Adrianna, dia ada kat belakang dengan maksu dia. Seronok mama tengok dia main dengan maksu dia.” Jelas mama yang memahami isi hati Nia.
            “Abang… ma… Nia pergi ke belakang dulu ye. Rindu sangat ddengan Adrianna.” Nia meminta diiri.
            Haikal hanya mengangguk memberi keizinan manakala ibu mertuanya hanya melemparkan senyuman.
            Tanpa berlengah lagi, Nia mendapatkan anaknya. Rasa rindu semakin menebal di dalam hati.
            “Macam mana dengan Nia?” soal mamanya kepada Haikal.
            “Macam tu la ma. Sekejap dia okay sekejap lagi tak. Nia banyak sembunyikan perassaaan dia. Ekal pun tak tau apa yang dia rasa.” Keluh Haikal.
            Mereka berdua beriringi mengikuti Nia ke halaman belakang.
            “Ekal jangan risau la. Insya-allah Nia okay. Kita sebagai family akan tetap berada dengan dia.” Kata-kata mama membuatkan Haikal terharu dengan sikap mamanya.
            Nia kelihatan gembira mendukung Adrianna. Haikal dan ibu mertuanya serta Anna tersenyum melihat gelagat Adrianna dan Nia.
“Ni cenderamata untuk Anna. Ni pulak untuk mama ngan daddy and this is for Hafiz.” Nia mengagihkan cenderamata yang dibelinya ketika berada di Cameron Highland.
            “wow! Comelnya bantal strawberry. Thanks kak Nia. Ni yang buat Anna semakin sayang kat akak ni. Muaahhh!” Anna teruja melihat cenderamta yang diberi oleh kakak iparnya itu.
            Haikal berada disisi Nia tersenyum.
            “Nia… terima kasih mama suka shawl ni. Cantik! Pandai Nia pilih untuk mama. Terima kasih ye sayang.” Ucap ibu mertuanya.
            “Daddy pun suka shawl ni. Terima kasih.” Ucap bapa mertuanya pula.
            “Akak… thanks. Hafiz suka sarung tangan ni. Memang bergaya habislah. Thank you akak.” Hafiz turut teruja dengan cenderamata yang diberi.
            “Nia pun happy kalau semua suka  cenderamata ni. Actually kebanyakan benda-benda ni abang haikal yang tolong pilihkan. Nia minta pendapat abang.” Jujur Nia menjelaskan kepada keluarga mentuanya.
            Nia lembut memaut lengan Haikal.
            “Eh tak ada la ma, daddy. Nia ni haa, bising memanjang nak beli benda-benda ni kat korang semua. Ekal menolong je.” Kata Haikal.
            “Tak apa la Ekal, Nia. Asalkan korang ingat kat kami pun dah cukup baik. Mama dengan daddy bukan harapkan apa-apa pun, selagi korang happy. Kami pun tumpang gembira sekali.” Luah bapa mertuanya.
            “Hah! Betul tu. Yang tu Anna sokong. Tengok akak dengan abanglong happy dah cukup buiat kami semua bahagia. Tambahan pula, si kecil ni dah jadi penyeri keluarga ni.” Sokong Anna sambil memandang ke arah Adrianna yang enak tidur dipangkuan Nia.
            “Terima kasih ma, daddy, Anna, Hafiz. Akak happy sangat jadi sebahagian dari keluarga ni.” Balas Nia kepada mereka semua.
            Haikal hanya tersenyum mendengar ucapa ikhlas dari pihak isterinya dan juga keluarganya.
            “Tak apa. Kitakan keluarga. Eh, dah la. Kesian pula mama tengok Adrianna tertidur macam tu. Lebih baik Ekal dengan Nia masuk berehat dulu. Lagipun Adrianna pun selesa sikit nak tidur.” Cadang ibu mertuanya.
            Memandangan hari sudah lewat malam, Haikal dan Nia hanya menurut sahaja. Lagipun rasa penat masih belum habis lagi. Sejak sampai, mereka tidak smepat berehat malah melayan kerenah Adrianna.
            “Kalau macam tu, Ekal ngan Nia naik dulu la ma, daddy.” Pinta Haikal.
            Kedua-dua mereka hanya mengangguk kepala.
            “Anna ngan hafiz pun nak join naik atas sekali la. Mengantok sangat ni.” Srentak kedua beradik Haikal berkata.
            “Sibuk ja…” Haikal bercanda.
            “Ei, biarlah. Abang takut orang kacau bini dia la tu.” Jawab Anna sambil menjelirkan lidahnya ke arah Haikal.
            “Hah… sudah-sudah. Sian kat Adrianna tu kena dengar korang memekak malam-malam macam ni.” Bebel bapa mertuanya.
            Anna menjuih bibir lalu meninggalkan mereka semua.
            ‘Merajuk la tu.’ Desis Haikal.
            Hafiz hanya mengikuti Anna naik ke atas.
            Nia yang mendukung Adrianna turut meminta diri.
            Tinggal hanya ibu dan bapa mertuanya dibawah berssama Haikal.
            “Nia masuk naik dulu la ye. Abang nka bual ngan mama dan daddy jap.” Bisik Haikal ke telinga Nia.
            Nia mengangguk perlahan lalu dia meniti tangga dan menuju ke bilik tidur mereka.

#sorry... bab ni myb sgt mmbosankan or mmg membosankn.. nina minta maaf ea.. so sorry.. 



           
           

3 comments:

  1. hahaha....

    i like that couple...
    caring and undertanding to each othr..

    aku takut sofea merancang sesuatu yang lebih buruk lagi..
    dan mungkin kali ini haikal yang akan dikenakannya...

    harap2 benda tu takkan pernah terjadi..

    ReplyDelete
  2. hiruma: gve me 5! heheh...
    korro sufian: hehe.. sofea tu msih blum puas hati.. myb tkaan tu btul or myb x.. hehe..
    btw.. thnx..

    ReplyDelete