Wednesday, April 27, 2011

CUMC - 3


Masing-masing mengutarakan hasrat hati yang terpendam dari tadi. Selepas melangkah keluar dari bilik mesyuarat, pekerja-pekerja mula membebel sesame senndiri. Ada yang sperti tidak senang duduk dengan berita yang disampaikan oleh Syed Airiel mengenai kedatangan Sharifah Hanum pada minggu hadapan.
            “Korang asal? Macam tak puas hati je aku tengok.” Soal Arissa kepada sekolompok pekerja yang sedang rancak berbual.
            “Eh, tak kan kau tak tau kot.” Kata Mila. Salah  seorang dari mereka.
            Arissa menggelengkan kepalanya.
            “Tau apa?”
            “Pasal Sharifah Hanum nak datang tu.” Jelas Ain pula.
            “La.. pasal tu semua orang tau. Tak ada apa nak dikecohkan pun. Aku ingatkan ada apa ke tadi.” Arissa mengaru kepalanya yang tidak terasa gatal.
            Amany yang entah dari mana, muncul dan menyertai mereka.
            “Oh mak datuk kau meletop.”
            Mereka ketawa melihat Arissa melatah. Dah macam makcik gayanya.
            Arissa memberi jelingan maut kepada Amany.
            “Kau ni kan. Kalau tak bagi aku terkejut sehari memang tak sahkan. Dah tak sabar nak tengok aku check in kat dalam kubur ke hah? Lama-lama macam ni boleh kena heart attack tau. Bukan nak bagi salam dulu. Ni tak main hentam masuk je.” Arissa mula membebel.
            Amany  mengangkat tangan memohon maaf.
            “Sorry la. Aku tak sempat nak bagi salam, kau dah terkejut. Aku nak buat macam mana. Sense kau  kuat sangat, tu yang senang terkejut tu.” Kata amany sambil tolong mengurut belakang Arissa.
            Mila dan yang lain hanya tersenyum-senyum melihat gelagat Arissa dan Amany. Sejak kehadiran Arissa bekerja disyarikat itu, keceriaan semakin terpancar dengan sikap Arissa yang mudah melatah, kelam kabut, cakap lepas, gila-gila. Setiap hari asti ada saja yang dilakukannya yang dapat menarik perhatian mereka.
            Malah ada juga pekerja lelaki  yang ingin mencuba nasib memikat Arissa. Yela, orang cantik macam dia siapa tak berkenan. Dengan tubuh yang kecil, berkulit putih kemerah-merahan, berwajah kacukan arab, tinggi dan yang paling menarik ialah matanya. Arissa meempunyai sepaasang mata yang sangat cantik.
            “Ek hem…” Syed Airiel berdehem.
            Apa lagi masing-masing mula melarikan diri kecuali Arissa. Dia seorang sahaja yang tak sempat nak larikan diiri.
            “Arissa, awak tak payah nak berangan nak larikan diri macam mereka yang lain.” Belum lagi nak buka langkah dah kena sekat.
            “Alaa.. bos ni. Asyik saya je kena. Mana aci macam ni.” Keluh Arissa.
            Syed Airiel menggeleng-geleng kepalanyaa.
            “Aci, tak aci. Nah awak ambil list ni, awak tolong beli semua keperluan yang ada kat dalam list ni.” Syed Airiel menghulur sekeping nota kecil yang  mengandungi barang-barang yang perlu dibeli sebelum Sharifah Hanum datang melawat.
            “Bos suruh saya ke?”
            “Habis ada orang lain ke kat sini dengan saya?” balas Syed Airiel.
            Arissa tersengih-sengih mendengar jawapan bosnya.
            “Bos ni, tanya sikit pun nak naik angin. Tak jemu ke? Nak kata period, bos lelaki tulen. Haa.. entah-entah bos ni… he he he..” Arissa menunjukkan barisan giginya kepada Syed Airiel.
            “Apa he he he? Saya lelaki tulen tau. Dah-dah jangan nak fikir yang bukan-bukan. Awak ni kan, lain yang saya suruh lain yang awak buat. Pergi cepat beli barang-barang ni, kalau tak jangan harap nak balik awal hari ni.” Syed Airiel siap memberi ugutan kepada Arissa.
            Arissa sudah gelak terbahak-bahak melihat wajah Syed Airiel merona merah.
            “Bos saya bawa Amany temankan saya ye.” Pinta Arissa dengan penuh berharap.
            “Nak pergi beli tu pun kena berteman ke? Tak payah nak mengada-ngada. Pergi sorang-sorang.” Permintaan  Arissa ditolak mentah-mentah.
            “Alaa bos. Boleh la, kang kalau adaa yang culik saya macam mana? Bos juga yang hilang PA macam saya ni. Boleh la bos, Amany temankan saya. Boleh la, boleh la.” Arissa menayangkan wajah yang comel.
            Penat melayan kerenah Arissa,  akhirnya Syed Airiel memberi keizinan kepada Arissa untuk membawa Amany bersama.
            “Yela.. yela. Tapi ingat pergi beli barang-barang ni je bukan melencong ke tempat  lain.  Faham?”
            “Okay!” tersenyum girang Arissa setelah mendapat izin dari Syed Airiel.
            “Bos… saya nak pergi guna apa ni?” soal Arissa yang memikirkan kenderaan apa yang akan digunakannya.
            “Aik! Tak kan yang tu pun awak nak tanya kot. Pergi dengan teksi la. Tu pun nak kena bagitau. Dah-dah, pergi cepat.”
            Syed Airiel pening dengan Arissa. Perkara kecil macam ni pun nak kena tanya. Harap nama je lulusan Universiti tapi perangai  macam budak-budak tadika.
            Arissa menjungkitkan bahunya tanda mengalah.
            “Bos…” panggil Arissa sekali lagi.
            Syed Airiel yang baru ingin membuka langkah memalingkan tubuhnya mengadap Arissa.
            “Apa lagi?” soal Syed Airiel yang sedikit benggang.
             Arissa menggosok-gosok ibu jari dan jari telunjuknya tanda meminta duit.
            “Duit?” soal Syed Airiel lagi.
            Pantas Arissa mengangguk kepalanya.
            “Nah…” Syed Airiel menghulurkan kad kreditnya kepada Arissa. Dia sendiri tidak tahu macam mana dia boleh memberi kepercayaan yang penuh kepada Arrissa.
            Arissa mengerutkan dahinya. Lain yang diminta lain yang bosnya kasi.
            ‘Kurang pendengaran ke apa bos ni.’ Desisnya sendiri.
            “Bos saya minta duit la bukan kad. Bos ni... ish… ish.. ish.” Arissa menggeleng-geleng kepalanya.
            Syed Airiel mengetap bibir menahan geram.
            “Awak ni kan. Eii… boleh dapat darah tinggi saya lama-lama macam ni. Kad ni awak boleh guna untuk beli barang-barang tu. Dalam ni  lebih daripada cukup untuk awak beli benda-benda ni. Jadi taka da sebab untuk awak kata tak cukup. Faham?” bebel Syed Airiel.
            “He he  he… saya Cuma test bos je tadi. Mana nak tau bos dah nyanyuk ke. Maklumlah, orang tua.” Arissa petah berkata tanpa memikirkan siapa yang ada dihadapannya ini.
            Syed Airiel meraup wajahnya berkali-kali.
            “Eh dah la, semakin saya layan awak semakin gila saya jadinya. Arissa saya tak nak awak  balas apa-apa pun. Sekarang awak pergi beli benda-benda tu atau tak awak tidur malam ni kat pejabat.”
            Arissa memuncungkan bibirnya tanda protes.
            Syed Airiel yang melangkah pergi, menghentikan pergerakkannya.
            “Tak payah awak nak  muncung mulut awak macam tu. Saya ambik getah ikat mulut tu baru tau.” Tanpa menoleh Syed Airiel berkata-kata.
            Arissa menekup mulutnya.
            “Eii bos alien… Bos ada mata kat belakang. Semua cepat tinggalkan pejabat ni.” Arissa berkata lalu laju meninggalkan tempat itu.
            Syed Airiel yang dengar jeritan Arissa menoleh namun kelibat Arissa hilang dari pandangannya. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman. Walaupun Arissa baru sahaja bekerja selama 6 bulan dengannya tapi sikap gadis itu sudah dia fahami.  Namun dia senang dengan sikap Arissa Cuma sekali-skala Arissa menyebabkan hidupnya kacau bilau.
            Arissa yang muda darinya 4 tahun menyebabkan dia senang dengan sikap keanak-anakkannya. Syed Airiel tidak menafikan Arissa seorang yang cekap dalam melakukan kerjanya tapi dia seorang yang agak cuai dan seorang yang clumsy. Kadang-kala Syed Airiel sendiri tidak tahu cara menangani sikap Arissa.

“Ye mak. Iman tengah kerja ni, nanti malam Iman telefon mak kay. Ye… ye. Iman tak lupa. Okay. Sayang mak. Muaahh. Mak kirim salam kat abah tau. Assalamuailaikum.”
            Arissa menamatkan perbualannya di dalam telefon. Disebelah tangannya sedang memegang mug yang berisi air milo dan sebelah lagi telefon bimbit kesayangannya. Ketika dia ingin menoleh ke belakang, secara tidak sengaja dia terlanggar seorang wanita.
            Gedebuk!
            Air milo yang didalam mug tertumpah dan terkena pada wanita itu. Arissa tergamam lalu dengan segera dia meminta maaf atas kecuaiannya.
            “Sorry… sorry. Maaf saya tak sengaja. Jap, saya ambil kain.” Tergesa-gesa Arissa mendapatkan kain.
            Wanita tersebut tidak terkata apa-apa. Dia hanya melihat gadis itu meluru masuk  ke dalam pantry untuk mendapatkan kain.
            Arissa kembali ke situ dengan kain ditangannya lalu dia mengelap kesanair milo yang terkena pada pakaian wanita tersebut. Wanita itu tidak berkata apa-apa malah membiarkan sahaja.
            Alangkah terkejutny Arissa apabila kesan tumpahan tadi semakin teruk jadinya. Kesan milo ditambah dengan kesan dari kain tersebut. Arissa tidak tahu kain apa yang diambilnya tadi. Dalam keadaan yang tergesa-gesa, Arissa main ambil kain yang dilihatnya tadi.
            “Hah? Lagi kotor… puan… eh cik.. eh..” Arissa main agaak-agak  tanpa memandang wajah wanita itu. Dia tidak berani memandang wajah wanita itu.
            Tapi akhirnya dia mendogakkan kepalanya untuk melihat gerangan tersebut.
            ‘Eh macam pernah aku tengok la perempuan ni. Tapi siapa ea?’ dia bertanya-tanya dalam hati sambil menelek wajah wanita itu.
            Wanita itu masih lagi membatu dan menunggu tindakkan selanjutnya yang bakal  dilakukan oleh gadis yang dihadapannya ini.
            “Erm… puan maaf kalau saya tanya. Kita pernah kenal ke? Muka puan ni familiar la.” Teragak-agak  Arissa melontarkan pertanyaannya.
            Kemudian wanita itu baru mengukirkan senyuman kepada Arissa. Baru dia tahu kenapa Arissa bersikap seperti ini. Rupanya Arissa tidak tahu siapa gerangannya lagi.
            “Nenek…” tiba-tiba suara Syed Airiel menyapa.
            “Nenek?” soal Arissa kembali.
            Patut saja dia  macam pernah melihat wajah wannita ini. Rupanya inilah, Sharifah Hanum. Wanita yang pernah diberitahu oleh teman-temannya itu. Seorang wanita yang cerewet.
            Arissa terkaku disitu. Dia tidak tahu apa yang bakal dihadapinya selepas ini. Syed Airiel meluru mendapatkan neneknya yang sudah dikotori dengan kesann milo dan kesan hitam.
Arissa tidak  senang duduk dibuatnya. Dia berulang alik dari depan pintu bilik Syed Airiel ke tempatnya. Amany dan yang lain menjadi penonton setia melihat adegan Arissa yang seperti cacing kepanasan.
            Dia menjenguk-jenguk di cermin bilik Syed Airiel. Arissa ingin melilhat apa yang sedang berlaku di dalam sana. Aadakah dia akan dipecat gara-gara sikapnya tadi? Dia tidak mahu kehilangan kerjanya ini.
            ‘Tidddaakkkk!!!’ jeritnya dalam hati.
            “Rissa…” sapa lembut Amany .
            “Amany…” rengek Arissa. Dia tidak tahu nasib yang bakal dihadapinya sebentar lagi.
            “Eh,  relaks la.. tak ada apa la. It’s going to be okay. Don’t worry kay.” Amany cuba memujuk Arissa.
            Dia tahu pasti Arissa sedang risau memikirkan pekerjaannya.
            “Macam mana aku tak…”
            Belum sempat Arissa menghabiskan ayatnya, pintu bilik Syed Airiel terbuka.
            Sharifah Hanum melangkah keluar dengan ditemani Syed Airiel disisinya.
            Amany dan dia saling berpandangan.
            “Okay Riel. Nenek balik dulu. Jangan lupa pesanan nenek tu.” Kata Sharifah Hanum kepada bos mereka.
            “Baiklah nek. Nenek hati-hati. Kalau ada apa-apa jangan lupa call Riel.” Syed Airiel mencium tangan Sharifah Hanum sebelum dia meninggalkan pejabat itu.
            Sebelum itu, dia sempat mengukirkan senyuman kepada Arissa yang kelihatan risau dan binggung.
            Amany turut termangu-mangu melihat reaksi Sharifah Hanum.
            “Arissa masuk bilik saya sekejap. Ada hal yang saya nak bincang dengn awak. Hah! Amany awak tercegat apa lagi. Pergi la sambung kerja.” Arah Syed Airiel dua dalam satu.
            Amany yang mendengar arahan bosnya lalu kembali ke temppatnya dan Arissa pula mengikuti langkah Syed Airiel masuk ke dalam bilik.
            “Duduk.” Syed Airiel mempelawa Arissa untuk duduk.
            Syed Airiel sudah melabuhkan punggung diatas kerusinya yang empuk.
            “Tak nak duduk? Kalau tak duduk awak berdirilah kat situ.” Sinis Syed Airiel berkata apabila melihat Arissa maasih lagi setia berdiri dihadapan mejanya.
            “Bos… saya akan dipecat ke?” itu soalan pertama yang diutarakan kepada bosnya.
            “Kenapa awak cakap macam tu?” soalan dibalas dengan soalan.
            “Yela saya dah kotorkan baju nenek bos. Mesti saya kena pecatkan. Bos, tolong la. Saya tak sengaja tadi, saya pun tak ingat yang wanita tu nenek bos. Kalau saya tahu mesti saya akan lebih berhati-hati. Saya bukan orang senang bos.”
            “Arissa.” Syed Airiel memanggil Arissa yang laju bercakap.
            “Bos tolong la saya bos. Saya tak nak kena pecat. Saya sayang pekerjaan saya ni. Tologn la bos. Bos kan baik hati. Bos saya akui yang saya selalu kutuk bos tapi saya tak niat  pun bos. Bos jangan la pecat saya.” Arissa tidak menghiraukan panggilan syed Airiel.
            “Arissa..” panggilnya lagi.
            “Bos tolong saya tau.. bos jangan..”
            “Arissa!!! Can you shut up for awhile. Boleh tak bagi saya cakap dulu?” Syed Airiel menguatkan sedikit volume suaranya. Jika tidak  pasti Arissa tidak akan berhenti bercakap.
            Arissa menutup rapat mulutnya.
            Syed Airiel menarik nafas sebelum mengeluarkan kata-kata.
            “Be my partner.” Kata-kata Syed Airiel membuatkan Arissa ternganga.
            “What?!” separuh meenjerit Arissa dibuatnya.
            “Just only one night. Please…” sambung Syed Airiel.
            Arissa menarik kerusi lalu dia turut melabuhkan punggungnya. Dia harus mengetahui cerita sebenarnya.
            “Makksud bos?” Arissa bertentangan dengan Syed Airiel mengutarakan soalannya.
            Sebelum Syed Airiel berkata dia meraup dahulu wajahnya.
            “Okay macam ni. Next Saturday, family saya ada buat jamuan makan untuk ahli keluarga dan nenek saya nak awak hadir sekali. Tapi..” ayat Syed Airiel tergantung.
            Arissa menaikkan sebelah keningnya.
            “Tapi?”
            “… sebagai partner saya.” Syed Airiel melepaskan hembusan yang tersekat dari tadi.
            Arissa mengerutkan dahinya.
            “Apa pulak saya yang kena jadi partner bos? Tak nak la saya.” Arissa menolak.
            “Nak tak nak. Awak tetap kena jadi partner saya kalau tak  awak, saya pecat. So, make your choice. Samada nak jadi partner saya atau awak nak tambah bilangan penggangur di Malaysia.” Syed Airiel sedikit mengugut.
            “Apa ni bos? Siap main ugut-ugut.” Bebel Arissa yang tidak puas hati dengan ugutan Syed Airiel.
            “Arissa tolong la. Awak anggap saja yang pelawaan saya ni, ibarat membayar balik ganti rugi baju yang awak rosakkan tu.” Syed Airiel masih tidak berputus asa.
            Arissa             memikirkan dahulu sebelum memberi jawapan ke bosnya.
            ‘Ala setakat jadi partner satu malam je pun.’ Katanya dalam hati.
            Syed Airiel berharap sangat yang Arissa akan bersetuju jika tidak pasti dia akan dimarahi neneknya.
            “So macam mana Arissa? Awak nak setuju or tidak? Kalau tidak saya terpaksa laa..”
            “Chop…. Okay-okay… saya setuju. Tapi bos kena janji, untuk satu malam je tau.” Akhirnya dia bersetuju.
            Syed Airiel menyembunyikan senyumannya.
            ‘Yes!’ soraknya sendirian.
            “Thank you.” Syed Airiel mengawal nada suaranya.
            “It’s so kay la. Asalkan bos janji saya jadi partner bos untuk satu malam je.” Arissa menaikkan jari kelingkingnya.
            Syed Airiel turut membalasnya walaupun ia kelihatan speerti kanak-kanak.
            “Janji..” kata Syed Airiel dengan penuh kepastian.
            Arissa tersenyum puas.
            Jika bukan demi neneknya pasti dia tidak akan bersusah payah seperti ini. Syed Airiel hanya memikirkan kesihatan neneknya itu. Tidak mungkin dia menambahkan lagi tekanan kepada neneknya.

13 comments:

  1. hah, ni mesty ada udang disebalik mee.
    hurrrm.

    ReplyDelete
  2. hahah.. mcm tau2 je... hehhe. xpe2 tggu nxt bab.. hehe

    ReplyDelete
  3. hahahahaha...comel la arissa nie...klaka gler...smbng la lg...next n3 cpt2 ye....

    ReplyDelete
  4. perghh..gila sulember la si rissa ni...
    bole siap jerit bos dia alien lak tuh...
    tabik springg kt rissa....
    best..leh smbg lagi cik nina....hehee

    pertnyaan skit...
    just only one night ke..just one night only ek??

    ReplyDelete
  5. Huh.. ingatkan mak die or kakak die.. sekali nenek die da... Memang best la entry neh...

    ReplyDelete
  6. affiqah: hahah... okeyh2..
    dila: arissa tu xde perasaan.. tu yg slamba gajah dia men jerit2 mcm tu kat boss dia..
    aah kn.. nina pun xperasan.. just one night only.. huhuhu.. thnx gtsu.. hehe
    hiruma: hahahaa.. Tq2... =D

    ReplyDelete
  7. suka lah ngan watak Arissa tu...
    cerita ni mmg best...lagi sambung lagiiii...

    ReplyDelete
  8. dr. love... hehhe.. okeyh2... tq2.. =D

    ReplyDelete
  9. nurul: heheh.. gler en si arissa ni.. hahha

    ReplyDelete
  10. nina...nk lagi. rse2 buleh predict la pasni jd ap..hehehe=) i like~

    ReplyDelete
  11. aiscream coklat: hehehe.. nk tau tggu bab 4 ni ea... hehe

    ReplyDelete
  12. selama ni sy hanyalah silent reader. tapi kenapa sampai skarang blm ada smbungan atau n3 baru..rindulah ngan arissa yg petah bercakap tu..sunyilah pula dah lama x dgr coleteh dia..ingin juga nk tau camna kisah mlm dinner diorg..penulis bila nk sambung ye..

    ReplyDelete

relax corner ..!!!