Monday, April 11, 2011

KBK - 7


“Ek hem…” Shafiq berdehem.
            Lia yang sedang duduk di tepi air terjun terkejut dengan sapaan Shafiq yang tiba-tiba muncul.
            Lia mengesot ke tepi untuk memberi ruang kepada Shafiq untuk duduk.
            “Pening kepala lagi?” sinis kedengaran soalan Shafiq ditelinganya.
            “Shafiq can you leave me alone. Just for awhile. Aku tak ada mood nak gaduh dengan kau.” Pinta Lia.
            Suara Lia kedengaran sedikit sengau, mungkin kesan selepas menangis. Harap-harap Shafiq tidak mengesannya.
            “No way girl. Aku tak boleh tinggal kau kat sini sorang-sorang. Bahaya tau tak? Dah la nak dekat magrib. Kau ni pun kalau nak cari port pun, cari la kat tempat yang ada ramai orang. Ni tak, cari kat tempat yang sunyi macam ni. Kang kena culik ke apa ke, kan dah menyusahkan orang. Lagipun aku ke sini bukan nak gaduh dengan kau. Aku just nak sharing dengan kau.” Panjang lebar Shafiq berhujah.
            Shafiq menghulurkan sapu tangan kepadanya.
            Aku hanya memandang ke arah Shafiq.
            “Tu, lap air mata tu. And one more thing jangan kata kau sakit mata sebab tu air mata keluar. Alasan yang dah lapuk.” Shafiq menunjuk ke arah butir air mata yang bersisa dipipinya.
            ‘Ish, doktor ni, doktor baca fikiran orang ke apa. Gerun.’ Pemikiran Lia membuat andaian.
            “Banyak la kau punya air mata. Ni air terjun la. Tadi terpercik sampai ke sini. Tu yang ada butiran-butiran air kat muka aku ni. Kau ni yang suka buat andaian sendiri. Memandai-mandai je.” Bebel Lia sampai menggunakan sapu tangan Shafiq mengesat air matanya.
            Shafiq hanya tersenyum mendengar alasan Lia. ‘Lia… Lia asal la kau still nak elak perasaan sendiri. Tak faham aku. Kau dengan Darwisy sama aje. Sama-sama buta hati. Tak reti nak baca perasaan sendiri.’ Kesal Shafiq dalam hati.
            “Dasyat ea air terjun ni. Pandai pula dia nak landing kat muka kau yang tak seberapa cantik ni.” terbahak-bahak Shafiq mentertawakan dirinya.
            Dia ni kan memang nak kena tau.
            Buk!
            “Hadoih! Sakit la!” sergah Shafiq apabila Lia memberikan satu penumbuk dibahunya.
            “Padan muka kau. Tu la, lain kali cakap pakai mask la doktor. Baru orang tak dengar sangat. Ni tak, main pakai guna loudspeaker. Kan dah dapat habuan.” Lia tersenyum puas.
            “Badan kecik tapi tangan mengalahkan orang yang angkat berat. Eh, kau ni perempuan ke lelaki ea? Sakit tau.” Shafiq mengosok-gosok bahunya.
            Lia pura-pura tidak dengar apa yang dikatakan oleh Shafiq.
            “Ish! Dah la, dari aku layan kau buat tambah sakit hati je. Baik aku masuk bilik aku. Layan tv lagi baik.” Lia sudah berdiri ingin meninggal si Shafiq di stu namun tangan Shafiq menghalangnya.
            “Hoih! Apa ni, suka suki je. Bukan muhrim mana boleh pegang-pegang. Aku backhand kang.” Marah Lia.
            “Okay-okay. Sorry. Aku just nak borak-borak dengan kau. Mana laa nak tau, kau terpaut dengan aku satu hari nanti.” Shafiq mengangkat tangannya tanda menyerah.
            “Ah, tak ada maknanya aku nak terpaut dengan kau. Kalau la kau satu-satunya lelaki yang tinggal dalam dunia ni, seribu kali aku fikir untuk terima kau. Kalau tak jangan harap.” Bantah Lia dengan kata-kata Shafiq.
            “Memang laa kau tak akan pandang aku. Sebab hati kau, mata kau hanya ada Darwisy. DARWISY! Am I right Miss Arlia Syuhada?”
            Pantas Lia menoleh memandang Shafiq.
            “What do mean?” soal Lia yang tidak puas hati dengan pernyataan Shafiq.
            “You know the answer better than me. So should I answer that question? I don’t think so.”
            Shafiq yang berada dihadapannya ini betul-betul mencabar kesabarannya. Jika tadi dia boleh bersabar dengan gurau Shafiq yang pedas tapi tidak sekarang.
            “Muhd Shafiq Fahmi!” suara Lia mula meninggi.
            Shafiq masih menayangkan mukanya yang selamba.
            Lia menahan geramnya. Jika tidak difikirkan Shafiq ini merupakan sepupu kesayangan sahabatnya itu, dah lama si Shafiq ni merasakan penampar sulungnya.
            “Terima je kenyataan tu. Kau memang cintakan Darwisy kan. Sebab tu kau cemburu masa Darwisy asyik puji Tasya. Kan kan kan?” tambah Shafiq.
            Dia sengaja ingin menguji Lia. Dia ingin melihat sejauh mana Lia mampu menyembunyikan perasaannya. Dia yakin, gadis dihadapannya ini memang mempunyai perasaan terhadap sepupunya itu.
            “Can you stop it this nonsense. Tak mungkin aku cintakan Darwisy. Dia best friend aku. Kami dah berjanji tak kan masukkan soal hati dalam persahabatan. Tu janji kami dan aku tak akan sesekali memungkiri janji tu. And you Mr Shafiq, boleh tak kau jangan menyakitkan hati aku. Aku tak faham la, asal kau suka sangat sakitkan hati aku. Padahal aku tak pernah buat kau sakit hati.” Lia berang dengan sikap Shafiq yang memaksanya menyatakan perkara yang tidak mungkin terjadi.
            Shafiq tersenyum sinis. Dia sudah mengagak pasti ada sesuatu yang menghalang kedua-dua ini meluahkan hasrat masing-masing. Semua gara-gara janji lama. Janji yang mengikat mereka supaya tidak bersuara.
            “Yang kau tersenyum macam tu apasal? Nak sakitkan hati aku lagi!” Bentak Lia.
            “Tak ada apa. Aku just nak tergelak je bila kau bagi alasan tu. Ok la, if you want me to trust you. Apa kata kau jadi girlfriend aku? Aku cabar kau, kalau yang kau kata tadi memang tak ada sebarang kaitan dengan perasaan kau. I dare you!” kata Shafiq serius kedengaran.
            Lia menelan air liurnya. Perlukah dia menjadi kekasih Shafiq semata-mata ingin membuktikan kebenaran kata-katanya tadi? Benarkah apa yang diluahkan, keluar dari hatinya.
            “Gila!” tu yang terkeluar dari mulutnya dengan cadangan Shafiq.
            “Memang aku gila. Aku gila disebabkan kau jugak. Kau yang buat aku jadi macam ni.” luahan berani mati Shafiq membuatkan Lia terdiam seribu bahasa.
            ‘B tolong sayang… sayang tak tahu nak buat apa dah ni.’ dia teringkat kepada bekas tunangnya. Jika Fazriel masih ada pasti dia tidak akan sebinggung ini. Dan mungkin sekarang dia sudah bahagia bersama Fazriel. Sekali lagi hatinya dilanda hiba.
           
Dia dan Shafiq beriringan ke meja makan yang ditempah oleh Darwisy. Dia sudah mengagak yang Darwisy pasti akan menghadiahkan dia bebelan.
            “Kau ni, tak habis-habis nak bagi aku risau. Lain kali kalau tak sihat bagitau. Jangan asyik nak diamkan diri je. Lagi satu, korang dari mana ni? Asal dua-dua monyok macam baru lepas telan air laut je.” Bingit apabila dengar Darwisy membebel. Sudah lama tidak merasa bebelan Darwisy seperti ini.
            Tasya yang berada  disebelahnya mengamit aku untuk duduk diruang kosong disebelah Tasya.
            Tanpa berfikir lagi, aku mengambil tempat disebelah Tasya.
            “Dah la Wisy. Tadi aku temankan Lia. Dia pening sangat tu. Nasib baik aku ada bawa spare medicine, kalau tak. Tak dapat aku menolongnya.” Shafiq sengaja menyembunyikan perkara yang terjadi diantara dia dan Lia sebentar tadi.
            Lia kelihatan lega mendengar jawapan Shafiq. Walaupun dia tidak suka menipu tapi mungkin ini yang terbaik daripada membahaskan perkara yang menyakitkan hati seperti tadi.
            “Betul tu Wisy. Nasib baik la ada si doktor Shafiq ni tau. Dia banyak menolong aku tadi.” Lia sengaja menekan perkataan menolong supaya kedengaran lebih ‘mesra’ ditelinga Shafiq.
            Shafiq hanya memberikan senyuman. Lia turut membalas senyuman itu padahal dalam hati berbakul-bakul sumpahnya kepada Shafiq.
            “Apa-apa je la korang ni. Sekejap baik, sekejap tidak. Aku dengan Tasya pun pening dengan korang. Dah la, aku dah order makan kat korang. So, jangan banyak songeh.” Darwisy masih bersisakan marahnya kepada dua-dua orang ini.
            Tasya hanya tersenyum mendengar kata-kata Darwisy. sememangnya Darwisy mengetahui apa makanan kegemaran Lia. Dia kagum melihatan keakraban mereka dalam persahabatan.
            ‘Sahabat ke?’ soal Tasya sendiri.
           
Malam itu Lia tidak dapat melelapkan mata. Dia pusing ke kiri dan ke kanan. Dia masih memikirkan kata-kata Shafiq.
            ‘Benarkah aku mencintai Darwisy?’ hatinya menimbulkan soal tanda tanya.
            Semakin difikir semakin kacau jadinya. Akhirnya Lia cuba melelapkan matanya. Dan tanpa dia sedari dia sudah tertidur sehinggalah alarm telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat di skrin telefonnya. Jam sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi.  Sebagai umat islam, dimana pun berada dia harus mengerjakan solat terlebih dahulu.
            Dia tidak mengejutkan Tasya. Dia tahu sekarang Tasya dalam keadaan ABC atau lebih tepat sebagai Allah bagi cuti. Disebabkan itu hanya dia yang mengerjakan solat subuh.
            Setelah usai solat, Lia berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan petunjuk kepadanya tentang isi hati sebenar. Dia tidak mahu berteka teki. Cukup hatinya dilanda hiba.
            Setelah selesai semuanya. Lia terlebih dahulu bersiap-siap untuk menjamah angin pagi yang segar disini. Dia ingin berjalan-jalan disekitar kawasan sini. Lagipun semalam harinya bertemankan mood yang tidak baik. Oleh sebab itu, dia ingin mengambil mood yang baru.
            Lia mengenakan seluar jeans berwarna hitam, dress paras lutut bersertakan inner yang berwarna brown muda dan tudung yang berwarna sedondon. Setelah puas membelek dirinya dihadapan cermin, Lia melangkah keluar meninggalkan Tasya yang masih dibuai mimpi. Tidak lupa juga meninggalkan nota ringkas kepada Tasya.
            Dia tidak mahu membuatkan Tasya tercari-cari dirinya jika dia sudah terjaga dari tidur.  Untuk mengelakkan masalah timbul lebih baik dia memberitahu kepada Tasya.
            Lia memilih untuk bersiar-siar disekitar kawasan restoran. Tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh yang amat membuat hatinya diserang taufan. Siapa lagi kalau bukan Shafiq.
            ‘Awalnya dia ni bangun. Buat menyemak je kat sini. Sibuk.’ Bebelnya dalam hati.
            Belum sempat dia mengelakkan diri dari bertembung dengan Shafiq, lebih pantas lelaki itu menghidunya disitu.
            “Assalamuailaikum.” Sapaan pagi yang penuh mesra.
            Lia terpaksa memaniskan mukanya.
            “Waailaikumsalam.” Mahu tak mahu dia kena menjawab salam yang diberi.
            “Awal kau bangun. Nak gi mana ni?” soalan pertama yang diutarakan oleh Shafiq.
            “Tak pergi mana-mana pun. Saja nak ambil angin pagi. Yang kau tu, nak ke mana ni?” dia tidak mahu melancarkan perang bersama Shafiq lagi. Mungkin hari ini, permulaan hari baru untuk dia berbaik dengan Shafiq.
            “Erm, sama la dengan aku. Apa kata, kita sama-sama take a morning walk together. Lagipun kalau Darwisy tau yang kau jalan sorang-sorang, naik angin lak mamat tu. Amacam? Setuju?” Shafiq memberi pendapat.
            Sejenak Lia berfikir dan akhirnya dia bersetuju.
            “Okay la. Lagipun aku tak ada teman nak bawa bersembang ni. Boring gak kalau jalan sorang-sorang.” Kata ikhlas Lia.
            Memang boring jika terpaksa habiskan jalannya seorang diri. Kalau ada teman boleh diajak berborak.
            “Jom…”
            Kemudian mereka berdua melangkah meninggalkan restoran itu bersama-sama.

Percutian tiga hari dua malam benar-benar mencuit hatinya. Pelbagai perkara yang dapat dilakukan disana. Dengan adanya Shafiq, Darwisy dan Tasya, percutian itu membawa lebih banyak makna.
            Ketukan pintu biliknya membuatkan lamunannya terhenti.
            “Boleh mama masuk?” wajah mama kesayangannya menjenguk dari luar bilik.
            “Eh, masuk je la mama.” Lia yang sedang berbaring-baring kembali duduk.
            Puan Norizah melabuhkan punggung disebelah anak gadisnya.
            “Syu fikir apa tadi? Asyik je mama tengok Syu berfikir.”
            “Tak ada apa la mama. Syu teringat percutian hari tu. Seronok pula bila sekali skala keluar dari sesakkan Kuala Lumpur ni.”
            “Syu teringatkan percutian ke teringatkan Shafiq?” Puan Norizah cuba menduga hati anak gadisnya itu.
            Darwisy telah menceritakan segala-galanya kepadanya. Dia akui yang Shafiq seorang lelaki yang pandai mengambil hati, dan dia juga senang dengan sikap Shafiq.
            “Apa maksud mama?” soal Lia yang tertanya-tanya dengan soalan mamanya yang tergantung.
            “Syu tak terfikir untuk cari penganti Fazriel ke?” walaupun soalan itu amat sukar dikeluarkan tapi puan Norizah terpaksa. Dia tidak mahu melihat Syuhada hanyut dalam dunianya.
            “Mama, Syu rasa belum masanya la. Lagipun Syu ingat nak kerja dulu. Nanti-nantilah Syu fikir kay.” Lia cuba mengelakkan dari pertanyaan itu.
            “Tapi sampai bila Syu. Lagipun mama tengok budak Shafiq tu baik orangnya. Sesuai sangat dengan kamu. Dia doktor kamu pula belajar dalam bahagian farmasi. Padan sangat la tu.” Puan Norizah tidak berputus asa memancing Syuhada dalam topik ini.
            “Ish mama ni ke situ pulak dia. Tak ada maknanya Syu dengan Shafiq tu. Kang berserabut kepala otak jadinya. Dah la mama. Syu nak mandi ni. Dah macam bau kambing je rasanya.”
            Puan Norizah menggeleng-geleng kepalanya. Tu pasti alasan nak mengelakkan diri dari disoal lagi la tu. Syu.. syu..
            Tubuh mamanya didorong keluar. Tiba-tiba peluh dingin memercik didahinya. Nak tak nak, dia harus mencari alasan untuk mengelakkan diri. Kalau tak payah dia nak fikir.
            “Okay mama. Syu gi mandi dula kay. Nanti selesai mandi, kita sambung balik. Daaa… mama.” Lia meloloskan diri ke dalam bilik air.
            ‘Fuh, lega. Nasib baik selamat, kalau tak…’ dia berteka teki mengira nasibnya.
            Darwisy… Shafiq… korang buat hidup aku kacau bilau.

4 comments:

  1. shafiq ni suka kat lia ke???
    lia plak bru nak sedar ke yg dia sbnrnya sukakan darwisy...

    ReplyDelete
  2. aah.. tp lia tkut.. sbb terikat pd janji... huhuhu

    ReplyDelete
  3. ske part yg mna stu tu... hehhe.. mcm i xtau.. heheh

    ReplyDelete

relax corner ..!!!