Tuesday, May 17, 2011

bab 5


Arissa sedikit kekok memakai baju seperti itu. Namun dia tetap melemparkan senyuman kepada ahli keluarga bosnya.
            “Ingat apa yang saya pesan tadi. Jaga kelakuan. Faham?” Syed Airiel berbisik ditelinga Arissa yang disebelahnya.
            Arissa hanya mengangguk kepalanya.
            ‘Buat macam aku ni manusia dari hutan… eii.. Arissa sabar jela…’ bebelnya seorang diri.
            Ahli keluarga Syed Airiel sedang melambai-lambai tangan ke arah mereka berdua. Puan sharifah Hanum sedari tadi memandang tepat ke arah Arissa yang berada disisi cucu kesayangannya itu.
            Arissa tidak senang duduk apabila terlihat nenek bosnya sedang memandangnya. Jika dia tidak berjanji apa-apa dengan Syed Arieil pasri dia tidak akan diheret ke majlis seperti ini.
            “Umi…” syed Airiel menegur Sharifah Hajariah lantas mencium tangan ibunya.
            Tanpa disuruh Arissa dengan sendirinya menyalam tangan Sharifah Hajariah tanda hormatnya kepada orang yang lebih tua darinya. Begitu juga dengan Sharifah Hanum.
            “Umi perkenalkan ni Nurul Iman Arissa, pembantu peribadi Riel.” Syed Airiel memperkenalkan Arissa kepada uminya.
            Sharifah Hajariah hanya tersenyum lalu mengangguk kepalanya.
            “Eh tunggu apa lagi, marilah masuk. Dari duduk kat depan ni, baik kita ke ruang rehat. Sambil menunggu boleh kita berborak-borak.” Kata Syed Mokhtar iaitu bapa ke Syed Airiel.
            “Lupa pulak umi. Mari Arissa. Jom kita masuk ke dalam.” Pelawa Sharifah Hajariah.
            “Jom nek.” Syed Airiel memegang tangan neneknya.
            Lalu mereka berempat masuk ke ruang rehat seperti yang disebut oleh Syed Mokhtar.
            Arissa ternganga melihat hiasan dalam villa kepunyaan keluarga Syed Airiel. Menurut bosnya, villa ini akan digunakan untk menghimpun ahli keluarga. Villa ini juga digunakan unutk acara yang penting.
            “Tutup mulut tu. Kang lalat masuk, ada juga orang yang tak makan nasi lepas ni.” Perlahan Syed Airiel menegur Arissa.
            Tersentak mendengar teguran Syed Airiel. Arissa tidak menyangka yang dirinya diperhatikan.
            ‘Wah! Ramainya kaum sepapat bos aku ni.’ Arissa terkejut melihat ahli keluarga Syed Airiel yang sebenar. Dia ingatkan hanya ibu bapa dan nenek Syed Airiel sahaja yang disini, rupanya ahli keluarga yang lain turut hadir.
            “Riel, dah lama aku tak nampak kau. Kau apa khabar?” tegur salah seorang ahli keluarganya.
            “Eh, Mirul. Aku sihat ja. Tapi sibuk sikit kebelakangan ni. Kau tu pun apa kurangnya. Aku dengar dari mak uteh yang kau pun asyik ulang-alik dari Singapore.” Balas Syed airiel.
            Arissa yang masih berada disisi bosnya hanya membatukan diri. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya dalam majlis seperti ini. Mana taknya inilah kali pertama dia ke majlis yang seperti ini.
            “Riel, tak kenalkan ke?”
            Syed Airiel yang megerti soalan sepupunya itu lalu mengenalkan Arissa kepada Syed Amirul.
            “Ni pembantu peribadi aku, Arissa. Arissa, perkenalkan ni sepupu saya, Syed Amirul Naim.” 
            Syed Amirul menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Arissa sebagai tanda perkenalan.
            Arissa jadi serba salah untuk menyambut salam itu. Syed Airiel yang sedar keadaan itu cepat-cepat menjelaskan ke Syed Amirul.
            “Rul, maaf la. Arissa ni dia tak salam dengan lelaki.” Terus-terang Syed Airiel menerangkan kepada sepupunya.
            “Oh I see. I’m so sorry.”pinta Syed Amirul.
            Dia sedikit kagum dengan sikap Arissa. Masih ada lagi gadis yang menjaga tatasusila seperti Arissa dihadapannya ini.
            “It’s so kay.” Balas Arissa.
            Arissa terasa bajunya ditarik-tarik oleh seseorang. Eh! Bukan seorang tapi dua orang. Dikiri dan kanannya seperti ada yang menarik-narik kainnya.
            Dia memandang siapakah yang menarik kaik bajunya itu.
            Alangkah terkejutnya apabila kedua-duanya memunyai rupa paras yang sama.
            “Ahh!!!” Arissa terjerit.
            Syed Airiel yang sedang berbual dengan ahli kelurganya menoleh ke arah Arissa. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain.
            “Ke..ke…kembar?” terluah juga soalan yang tersekat ditekaknya.
            Tergelak ahli keluarga Syed Airiel mendengar soalan yang dilontarkan oleh Arissa yang tidak berkelip memandang ke arah kembar seiras itu.
            “Danial… Danish. Jangan kacau kakak tu. Dah terkejut kakak tu dibuatnya. Mai sini.” Panggil Sharifah Hajariah.
            Bahang panas terasa dikedua-dua belah pipi Arissa apabila dia tersedar sikapnya. Apa yang nak dihairankan. Dalam dunia ni memang ada kembar.
            Syed Airiel menggeleng-geleng kepalanya.
            “Ala baru je Danish ngan Danial nak main dengan kakak tu. Kakak tu cantik.” Serentak kedua-dua kembar tu membalas.
            Kedua-dua mereka memasamkan muka apabila harus kembali ke tempat duduk masing-masing.
            “Awak tak apa-apa ke?” soal Syed Airiel setelah mendekati pekerjanya itu.
            Pantas Arissa menggelengkan kepalanya.
            “Bos.. saya nak ke toilet jap.” Seakan berbisik Arissa berbicara dengan Syed Airiel.
            “Okay. But make sure if you need anything, tell me okay?”  Syed Airiel sedar Arissa seperti kurang selesa berada keadaan seperti ini.
            Tanpa berlenggah, Arissa segera meninggalkan mereka disitu.
            “Ke mana dia nak pergi tu?” soal Sharifah Hanum.
            “Katanya nak ke tandas.” Balas Syed Airiel sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Syed Amirul.
            “Biar Lina temankan Arissa. Kesian lak dia, nak gi sorang-sorang.  Lagipun tempat ni bukan dia tau sangat.” Kata Sharifah Erlina iaitu adik kepada sepupu Syed Airiel.
            “Bagus juga tu. Nanti kalau dah jumpa dia, ajak dia ke meja makan.” Sebelum Sharifah Erlina melangkah pergi, Sharifah Hanum sempat memberi pesanan kepada cucunya itu.
            Sharifah Erlina hanya melemparkan senyuman padahal dalam hatinya rasa cemburu membuak-buak kepada Arissa. Dengan rupa paras yang cantik dimiliki Arissa, Erlina cemburu jika Syed Airiel akan jatuh ke tangan Arissa. Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap abang sepupunya itu.
            Betapa hancurnya hatinya apabila dia mengetahui Syed Airiel membawa seseorang ke jamuan makan malam keluarga mereka. Jika dulu pasti Hana akan dibawanya ke mana saja. Sekarang Arissa pula. Bila saatnya dia dapat memiliki Syed Airiel.

“Eii… malunya. Ish! Mulut ni, yang tu pun nak terjerit. Kan dah malukan diri sendiri. Arissa… Arissa…” membebel seorang diri sambil menepuk perlahan bbirnya.
            Arissa sedikit kagum melihat dirinya di dalam cermin. Dia tidak sempat membelek dirinya sebelum datang ke sini.
            “Wah cantik juga aku ni kan. He he he…” pujinya sendiri sambil mengayakan baju yang dipakainya itu.
            “Ekhem…” sharifah Erlina berdehem. Dia mencebik bibirnya mendengar kata-kata Arissa.
            Terkejut Arissa dibuatnya.
            “Oh ayam jantan beranak.”
            Cepat-cepat dia menekup mulutnya.
            Sharifah Erlina tersenyum sinis.
            “Dah nak start makan ke?” sopan Arissa bertanya kepada Sharifah Erlina.
            Sharifah Erlina pura-pura tidak mendengar soalan Arissa. Malas ingin melayan Arissa. Tadi dia ingin memberi amaran kepada Arissa supaya tidak mendekati Syed Airiel tapi setelah melihat sikap Arissa seperti ini tidak mungkin sepupunya itu akan memilih Arissa.
            Arissa binggung melihat Sharifah Erlina seolah-olah tidak mendengar pertanyaannya tadi.
            “Erm, cik…” Arissa tidak tahu nama gerangan gadis dihadapannya ini, teragak-agak untuk memanggilnya.
            Sharifah Erlina yang sibuk memperbetul make upnya, menoleh ke arah Arissa.
            “Oh you cakap dengan I ke? Sorry la I tak bercakap la dengan ‘stranger’.” Sinis Erlina melontarkan kata-katanya. Dia sengaja ingin menyakitkan hati Arissa.
            ‘Gila gedik perempuan ni. Arissa sabar. Sabar…’ Arissa menarik nafas perlahan-lahan. Jika perempuan dihadapannya ini tidak ada kena mengena dengan bosnya pasti dia akan menghemburkan rasa geram dihatinya.
            “By the way, tadi I terdengar yang you puji diri you cantik. Bagi pandangan I la kan, kalau dibandingkan pengemis dengan you, I think pengemis lagi la cantik kot. You jangan marah ea, I Cuma bersikap jujur je. Nanti kalau dengarnya orang lelaki, you sendiri yang memalukan diri sendiri. Okay la, I pergi dulu ea. Nanti jumpa kat meja makan.” Walaupun lembut Erlina berbicara tapi pedaas kedengaran ditelinga pendengar. Puas hatinya dapat mengenakan Arissa.
            Arissa mengetap bibir. Rasa geram tidak dapat ditahannya lagi. Kalau ada cili padi disini dah lama mulut Erlina dikasinya.
            “Oh yeke. Thanks ea sebab dah ingatkan I. You jangan risau I tak marah you pun. Bukan senang nak dapat orang yang ‘sejujur’ you. Jika dibandingkan I dengan you, you memang cantik.” Arissa sengaja menekan perkataan ‘sejujur’ lebih kuat.
Tersengih-sengih Erlina mendengar pujian Arissa terhadap dirinya.
            “Tapi sayang harap muka je cantik tapi pekak. Ops, sorry. I pun Cuma bersikap jujur je. You jangan marah ea.” Arissa kembali menyambung kata-katanya.
            Seperti cicak tertelan Clorox wajah Erlina mendengar kata-kata ikhlas Arissa. Main suka hati je tukar peribahasa. Lantaklah asalkan puas hati.
            Dengan manis muka Arissa meninggalkan Erlina terpinga-pinga.
            “Argh… tak apa Arissa, kau tunggu laa nanti masa makan. Kau sendiri yang akan malukan diri sendiri. Tengoklah…” sharifah Erlina berkata sambil bercekak pinggang.

“Maaf lambat…” Arissa mahu melupakan peristiwa yang terjadi di dalam tandaas sebentar tadi. Walaupun hatinya masih panas namun dia tetap harus menghormati bosnya dan ahli keluarga yang lain.
            “It’s so kay. Eh, mana Erlina? Tadi dia kata nak temankan Arissa.” Syed Airiel bertanya kepada Arissa.
            ‘Oh Erlina nama perempuan gedik tu.’ Sempat dia berkata dalam hati sebelum menjawab soalan bosnya itu.
            “Dia kata kejap lagi dia datang.” Selamba Arissa membalas soalan itu.
            “Hye you all. Sorry Lina lambat.” Dengan ala gaya gediknya Erlina berkata-kata.
            “Hah! Panjang umur. Baru ja kami bertanya pasal kamu tadi.”
            Erlina mengambil tempat duduk berhadapan dengan Arissa.
            Sempat dia memberi jelingan maut kepada Arissa. Tapi Arissa berpura-pura tidak melihatnya. Syed Airiel yang berada disebelah Arissa dapat menghidu sesuatu berlaku diantara adik sepupunya itu dengan pekerjanya.
            “Tunggu apa lagi. Marilah makan. Nanti sejuk pula hidangan ni.” Pelawa Sharifah Hanum.
            Sungguh berselera Arissa melihat hidangan dihadapannya ini. Pelbagai juadah yang disediakan dan yang paling menarik perhatiannya adalah hidangan daging masak kicap. Meleleh air liurnya menatap hidangan tersebut.
            “Arissa tengok apa lagi. Makan la. Jangan malu-malu. Anggap je awak pun sebahagian dari keluarga ni.” Pelawa Syed Mokthar.
            “Hah? Oh ya ya…”
            Syed Airiel menggeleng-geleng melihat gelagat arissa.
            Belum sempat Arissa mengambil lauk tersebut, Erlina lebih pantas memindahkan lauk tersebut ke pinggan Arissa.
            “Nah Lina ambil untuk awak kay. Lina tau awak teringin nak makan lauk tu kan. Ni mesti dah jarang makan. Tu yang tengok lauk tu sampai tak berkelip.” Mungkin kedengaran mesra ditelinga ahli keluarga syed Airiel yang lain tapi tidak bagi Arissa. Kata-kata Erlina kedengaran begitu sinis ditelinganya.
            Erlina hanya melemparkan senyuman kepada Arissa. Namun senyuman itu hanya sekadar pura-pura supaya tidak disyaki oleh ahli keluarganya.
            Untuk menjaga hati bosnya dan Sharifah Hanum sekeluarga Arissa membalas senyuman Erlina.
            “Thanks…”
            Semua kelihatan berselara menikmati hidangan masing-masing Cuma Arissa yang masih tidak berpuas hati dengan ketulan daging dipinggannya ini. Liat mengalahkan tanah liat.
            ‘Eii… daging ni dah masak ke belum ni? Ish liat gila. Kang aku ambil lain, tak pasal-pasal dikatakan gelojoh pula. Aduh macam mana ni?’ desis Arissa seorang diri.
            Arissa masih cuba mencucuk daging tersebut namun alangkah terkejutnya dia apabila daging didalam pinggannya terpelanting ke riba Erlina.
            “Ahhh….” Erlina menjerit terkejut.
            Semua mata memandang Erlina.
            “Mummy… tengok la habis kotor baju Lina. Eiyuw daging Arissa jatuh atas riba Lina. Nenek… abang Riel…” merengek-rengek Erlina mengaadu kepada ahli keluarganya.
            “Arissa la ni. Ish! Hah mana pula dia? Bukan nak minta maaf ke apa. Main hilang macam tu je. Nak kena tau dia ni. Abang Riel, Lina tak kira. Abang riel kena berhentikan dia dari syarikat abang Riel. Kang dia buat hal kat majlis besar-besar, buat malu abang Riel je.”
Erlina masih tidak berpuas hati dengan Arissa. Alih-alih dia yang terkena dalam permainannya sendiri. Erlina memang sengaja menyuruh tukang masak menyediakan daging yang sedikit liat. Supaya menyusahkan Arissa untuk menikmati hidangannya itu. Namun dia tidak sangka akhirnya daging tersebut terkena dirinya.
Kini semua memandang ke tempat duduk Arissa. Kosong tiada orang yang mendudukinya. Syed Airiel pelik ke mana pula si Arissa ni pergi. Tiba-tiba lesap tanpa khabar. Dia sendiri tidak sedar Arissa bangun dari tempat duduknya.
            “Ala sikit je tu. Pergi cuci sikit, hilang la kesan kotor tu. Adik ni yang tu pun nak mengada-ngada. Tak kan la hanya sebab daging tu terpelanting jatuh atas adik nak suruh si Riel buang pekerja dia. Not making sense at all. Cuba berfikiran lebih matang lagi boleh tak?” Syed Amirul menegur sikap adiknya yang agak keterlaluan itu.
            “Betul tu cakap abang kamu tu Lina. Arissa tak sengaja la tu. Kamu maafkan dia ye.” Sokong Sharifah Haliza dengan kata-kata anak lelakinya itu.
            “Nenek rasa lebih baik kamu lekas-lekas cuci kesan tu. Nanti lebih cepat hilang. Kalau tak hilang juga nanti nenek gantikan dengan yang baru kay.” Pujuk Sharifah Hanum.
            Erlina mengetap bibir. Semua ahli keluarganya lebih menyebelahi Arissa berbanding dirinya.
            “Eii… benci la dengan semua. Bukan nak marah Arissa malah bela dia.” Erlina bangun meninggalkan mereka dengan hati yang geram.
            ‘Tunggu kau Arissa. Hari ni hari kau. It’s so kay. Ada banyak lagi cara aku nak kenakan kau. Kau tengoklah. Aku akan balas setiap perbuatan kau malam ni.’ Kata-kata yang penuh dengan dendam dilafazkan dalam hati Erlina.
            “Riel mana Arissa? Tiba-tiba hilang macam tu je.” Soal Syed Mokhtar kepada anak terunanya itu.
            “Entah la walid. Riel pun tak tau. Tak sedar pula yang dia bangun dari tempat duduknya.” Jawab Syed Airiel sambil menagaru-garu kepalanya.
            “Eh mana pula si kembar ni?” tiba-tiba Sharifah Hajariah bertanya.
            “Danish… Daniel….” Sahut Sharifah Hajariah.
            Masing-masing mencari-cari kelibat kedua kembar itu dan Arissa yang hilang secara tiba-tiba.
            Belum sempat Syed Airiel berdiri untuk mencari Arissa. Tiba-tiba dia terasa kaki seluarnya ditarik-tarik dari bawah meja.
            Syed Airiel menyelak alas meja untuk melihat siapakah yang menarik kaki seluarnya itu.
            “Arissa… apa yang buat bawah tu? Hah Daniel, Danish. Kamu berdua ikut sorok bawah meja dengan kakak ni kenapa?” bertalu-talu pertanyaan yang ditanya oleh Syed Airiel kepada mereka yang menyorok dibawah meja makan ini.
            Arissa tersengih-sengih memandang Syed Airiel.
            “Ala bos, kami main sorok-sorok. Bos nak join sekali ke?” masih sempat Arissa berlagak selamba dihadapan bosnya itu. Padahal dia malu dengan peristiwa tadi.
            “Kamu bercakap dengan siapa tu Riel?” soal Sharifah Hanum yang melihat Syed Airiel sedang berbicara dengan seseorang dibawah meja.
            “Dengan Arissa nek. Dia main sorok-sorak pula dengan Danish dan Daniel.” Balas Syed Airiel sambil cuba menarik keluar kedua-dua kembar itu sebelum menyuruh Arissa turut keluar dari meja itu.
            “Ya Allah. Dah-dah panggil dia keluar dari meja tu.” Tegas Sharifah Hanum.
            Yang lain hanya memandang dari sisi meja makan tersebut.
            “Dah tak yah nak main sorok-sorok bawah meja ni. Jangan nak mengada-ngada. Cepat keluar.” Suruh Syed Airiel kepada Arissa yang tidak putus-putus tersengih ke arahnya.
            “Hai semua…” serentak Danish dan Daniel berkata-kata sambil melambai tangan ke arah ahli keluarga mereka.
            Perlahan-lahan Arissa mengesot untuk keluar dari bawah meja makan tersebut dengan dibantu oleh syed Airiel sendiri.
            “Arissa yang awak pergi sorok bawah meja tu kenapa?” soal Syed Amirul kepada Arissa yang kembali duduk ditempatnya.
            “Oh tadi teman budak-budak tu main. Dah lama tak main sorok-sorok, tu yang join sekaki tu. Lain kali boleh main ramai-ramai. Baru best…” Arissa yang baru sedar keterlajurannya berkata-kata menutup rapat bibirnya.        
            Syed Airiel menjegilkan mata mendengar jawapan Arissa.
            Tergelak-gelak mereka mendengar jawapan Arissa.
            Arissa merasakan bahang di kedua-dua belah pipinya.
            “Dah mari sambung makan. Hah Arissa makan elok jangan terpelanting sekali sudah.” Dalam nada yang bergurau Syed Mokhtar berkata-kata.
            Arissa menunduk wajahnya menahan malu.
            Masing-masing menyambung kembali memakan hidangan tersebut yang terbantut gara-gara pelbagai aksi yang berlaku sebentar tadi.
           
Sebelum berpisah, Sharifah Hajariah memeluk tubuh Arissa. Dia teringat kepada arwah anak perempuannya. Sikap Arissa saling tidak tumpah seperti sikap Sharifah Emylia. Melihat Arissa, Sharifah Hajariah melihat seolah-olah Sharifah Emylia yang menemani mereka pada malam ini.
            “Nanti senang-senang Arissa datang la ke rumah auntie ye.” Sharifah Hajariah tidak membahasakan dirinya puan.
            “Insya-allah.” Ringkas Arissa menjawabnya.
            “Arissa, mak uteh nak minta maaf dengan kamu pasal sikap Lina. Mak uteh tau kamu bukan sengaja. Maafkan Lina ye Arissa.” Begitu juga ibu saudara bosnya tidak membahasakan diri sebagai orang yang berpangkat.
            Arissa menggelengkan kepalanya.
            “Eh tak apa. Bukan salah Lina pun. Arissa yang tak perhati-hati tadi puan.” Arissa masih tidak biasa memanggil panggilan seperti itu.
            “Mak uteh. Panggil je mak uteh. Kamu tu bekerja dengan Riel bukan ngan mak uteh.” Sharifah Haliza memperbetulkan sebutan Arissa.
            “Ba… baiklah mak uteh.” Teragak-agak Arissa menyebutnya.
            Beralih kepada sharifah Hanum.
            “Puan terima kasih sebab sudi jemput saya ke sini dan pasal tempoh hari…” tidak sempat Arissa menghabiskan ayatnya Sharifah Hanum menyampuk.
            “Kalau pasal hari tu, nenek tak kisah. Cuma nenek minta kerja tu elok-elok. Kalau boleh tolong tengok-tengokkan si Riel tu. Dia tu kalau dah bekerja apa pun dia tak kisah.” Lembut Sharifah HAnum menbahasakan dirinya.
            Arissa semakin pelik dengan sikap ahli keluarga Syed arieil terhadapnya. Dia hanya membalas kata-kata Sharifah Hanum dengan tersenyum sahaja. Tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi.
            “So Riel. Next time kita jumpa lagi la. Kau tu jangan lupa nak contact aku pula. Apa-apa hal just give me call, kay. And you Miss Arissa, glad to meet you tonight. Saya harap lepas ni kita boleh la berjumpa lagi.” Syed Amirul berkata-kata sambil mengenyit sebelah matanya kepada Arissa.
            Syed Airiel tersenyum melihat sikap Syed Amirul yang ingin mengusik Arissa. Arissa yang berada disisinya menunjukkan dua jari untuk mencucuk mata syed Amirul.
            “Garangnya...” usik Syed Amirul lagi.
            Arissa menjuih bibir. Malas untuk melayan sikap Syed Amirul yang sengaja ingin mengusiknya. Teringat pula kepada si Erlina. Sejak dari tadi, dia tidak melihat batang hidung gadis itu yang tidak berpuas hati dengannya.
            ‘Mana pula minah ni? Tak kan dah balik kot. Ish, mustahil la. Bukan diorg tidur sini ke malam ni. Ah, biarlah. Kang jumpa lagi buat sakit hati je.’ Arissa berkata-kata dalam hatinya.
            “Okay la semua,Riel gerak dulu la. Lagipun nak kena hantar si Arissa ni. Nanti risau pula teman serumahnya. Kami pergi dulu la. Assalamuailaikum.” Syed Airiel meminta diri.
            “Hati-hati di jalan. Hantar terus anak dara orang, jangan melencong kemana-mana pula. Waailaikumsalam…” balas Syed Mokhtar. Sambil berpesan kepada anak terunanya itu.
Sepanjang perjalanan Arissa hanya mendiamkan diri. Begitu juga dengan syed Airiel. Yang kedengaran hanyalah suara-suara dicorong radio.
            Akhirnya sampai dihadapan rumah sewanya itu.
            “Erm bos…”
            “Arissa..” kedua-dua serentak ingin berbicara.
            “Bos cakap dulu la.” Arissa mengalah.
          “Nothing just wanna say thanks for tonight.”
            “It’s so kay la bos. Saya yang patut berterima kasih kat bos. Tak apa la bos, hati-hati. Assalamuailaikum.” Jujur Arissa berkata.
            Arissa menutup perlahan pintu kereta Syed Airiel sebelum berpaling ke arah pintu pagar rumahnya.
            Sebelum Syed Airiel meninggalkan Arissa disitu. Dia menekan hon keretanya. Lalu dia menurunkan cermin tingkap keretanya untuk berkata sesuatu.
            “Arissa… you look beautiful tonight. So jumpa hari isnin ni kat office.” Kata Syed Airiel kemudian meninggalkan Arissa termangu berseorangan.
            Arissa terkedu mendengar pujian dari syed Airiel. Ini merupakan kali kedua Syed Airiel memuji dirinya.
            “Apa kena dengan aku ni? Tak kan dah angau dengan bos sendiri kot. Ish! Arissa wake up! Jangan dok berangan-angan.” Arissa berkali-kali menggeleng kepalanya.
            Tanpa berlengah lagi, Arissa memasuki rumahnya. Terasa letih setelah seharian berada diluar rumah. Nasib baik esok hari ahad, boleh la dia berehat dirumah.

“Aku terima nikahnya Syed Airiel Zafran bin Syed Mokhtar Yusoff dengan mas kahwinnya dua belas ribu tujuh ratus sepuluh ringgit tunai. Sah.. sah…” tok kadi mengoncang tangan Arissa.
            Dalam berpakaian baju melayu, Arissa mendekati Syed Airiel yang tersipu-sipu disebalik kipas tangan menanti upacara pembatalan air sembahyang.
            Ketika Arissa ingin mencium dahi Syed Airiel, tiba-tiba terdengar suara Amany memanggil-manggil namanya.
            “Arissa… Arissa… woi! Bangunlah. Nak pukul 8 ni. Kau tak nak pergi kerja ke hari ni. Woi!” Amany mengoncang-goncang tubuh sahabatnya yang masih enak dibuai mimpi.
            Arissa membuka matanya.
            “Amany mana tok kadi?” soal pertama yang terkeluar dari mulutnya.
            Amany mengaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal.
            “Tok kadi? Tok kadi kepala otak kau. Eh, dah la kita dah lambat nak ke pejabat ni. Cepat la. Eii…” balas Amnay.
            Arissa baru tersedar rupanya dia bermimpi berkahwin dengan syed Airiel. Eh tapi kenapa dia yang melafazkan ijab dan Kabul dan kenapa Syed airiel yang jadi penagantin perempuan.
            Tergelak-gelak Arissa mengimbau kembali mimpinya itu. Comel la pulak tengok Syed Airiel berpakaian baju pengantin perempuan sambil duduk bersimpuh. Ha ha ha…
            “Ya Allah. Dia boleh gelak-gelak lagi. Arissa!!!!!” jerit Amany mengejutkan Arissa dari lamunannya.
            “Pekak telinga aku kot. Kau ni Amany. Menganas betul.” Bebel Arissa.
            “Ganas tak ganan. Sekarang ni dah pukul 8.15 pagi. Kang lambat masuk pejabat baru padan dengan muka kau.”
            Sekali lagi Arissa terkejut mendengar Amany berkata-kata.
            “Hah?! 8.15? asal kau tak gerak aku awal-awal. Mampus aku dengan bos jap gi. Dah la hari ni ada mesyuarat.” Kelam kabut arissa bangun dari tempat duduknya mencari tuala.
            Amany menggeleng-geleng kepalanya.
            Alih-alih dia juga dipersalahkan. Sambil menunggu Arissa mandi, dia membantu mengemas katil arissa.


* sorry3... lme xpost new en3.. n sorry klu bab ni kurang memuaskan hati dan boring.. sorry again...

9 comments:

  1. hahaha..agak dah..msty men nyorok2 bwh meja sbb sume org x perasan si rissa tu bgn..hikhikhik...
    lawak je..smpai terpelantng..hahaha...
    pdn muka lina...

    newey..thanks ye cik nina coz memenuhi hajat beta..
    hihihi...
    pas ni turn KBK plak kn???hhehe...xpe..take ur time dear...

    ReplyDelete
  2. aduii!!senak perut dok tgelak dri tdi.
    lwk slumber tul la cite ni.
    pasni rjin2 ye post cite ni.
    best sgt2.

    ReplyDelete
  3. cik dila: ur welcme.. ok.. t nina try update lg ye.. huhuhu.. pe pn thnx yaa!!! =D

    siti: haha... i.allah.. maaf ea sbb dh lme xmsuk en3 bru.. biane.. pe pn thnx... =D

    ReplyDelete
  4. wokies.....yeay!!!
    same2 gak..hehehe

    ReplyDelete
  5. wawawa..sronok!!nak lagi!!

    ReplyDelete
  6. ala...
    dh abes ke???
    nak lagy,nak lagy...
    tak puas lah...
    cite ni best gile...
    selepas bace sinopsis cite nie...
    tros jatuh aty...
    SUKA!<3<3<3~

    ReplyDelete
  7. adik lina cite ni memang the best ar...
    cpt ar wat smbungan dia lagi.....

    ReplyDelete
  8. mmg luculah arissa ni...nina , bila nk smbung ye..dah lama tunggu..apa khabarlah si arissa tu ye

    ReplyDelete
  9. nina nina. sambung lah lagi.. bila nk sambung.. hee.

    ReplyDelete

relax corner ..!!!